24 July 2014

PAS wajar adakan muktamar khas dan dapatkan 'legitimacy' menyokong Khalid diganti dengan W Azizah

Pengumuman ringkas dari Ketua Umum PKR yang parti itu telah memutuskan untuk membawa cadangan untuk Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan TS Khalid. Beliau memberitahu yang PAS dan DAP telah bersetuju pada prinsipnya cadangan PKR itu dan kedua-dua parti itu akan berbincang dengan pimpinan di peringkat pusat masing-masing selepas hari raya nanti.

Pengumuman Anwar ini telah menimbulkan berbagai-bagai reaksi dari ahli-ahli dan pimpinan bawahan PKR dan juga PAS. Ramai yang tidak berpuas hati kerana membuat keputusan yang sangat penting ini tanpa diajak ahli-ahli yang ramai untuk bersama membuat keputusan. Ramai ahli-ahli dibawah kesal kerana keputusan pucuk pimpinan PKR yang membuat keputusan secara ‘unilateral’ tanpa merujuk kepada ahli dengan mengadakan perhimpunan khas untuk mendapatkan pandangan dan sokongan ramai.

Ada suara di Pulau Pinang sendiri menolak dakwaan Anwar yang Wan Azizah akan menstabilkan parti sedangkan PKR pimpinan Wan Azizah ini sedang berhadapan dengan kekecohan dalam pemilihan parti mereka yang sehingga hari ini belum lagi muktamad. Banyak cabang telah melalui kekecohan dan pemilihan itu tidak aman dan ini menunjukan parti itu juga mempunyai masalah besar. Lantaran untuk mengakui yang Wan Azizah akan membawa kestabilan kepada PKR itu adalah satu jangkaan yang pastinya satu jangkaan yang salah dari awal lagi..

PAS Selangor tidak sebulat mana dalam isu ini kerana ramai di antara pemimpin mereka di Selangor menentang keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dengan Wan Azizah, isteri kepada Anwar Ibrahim. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Salehen Muhyi telah secara terbuka memberikan tentangan untuk Khalid digantikan dengan sesiapa pun buat sementara waktu ini.

Ramai di antara ahli-ahli DUN Selangor pun membuat penentangan terhadap keputusan ini, termasuk ADUN Batang Kali yang secara terang-terangan mempersoalkan keputusan untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Pendeknya andaian awal yang menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar buat ketika ini akan menjadikan negeri Selangor lebih stabil dan aman itu meleset samasekali.

Jika ramai di kalangan pemimpin dan wakil Rakyat PAS sendiri menunjukan tentangan mereka ia juga akan membuatkan PAS sebagai parti yang tidak stabil di masa-masa yang akan datang. Ramai yang akan memberikan sebab yang kuat kerana tentangan mereka itu, tetapi di sebelah yang mahukan Khalid dibuang ini hanya mampu untuk memberikan alasan yang lembek sahaja.

Walau bagaimana pun DAP memberikan lampu hijau untuk Khalid diberhentikan kerana parti ini tidak selesa dengan cara Khalid menyelesaikan isu air, Kidex dan rampasan bible berbahasa Melayu oleh MAIS beberapa ketika dahulu. Keputusan DAP untuk menyokong seratus peratus untuk Khalid diganti tidak lah mengejutkan kerana itu sahaja caranya bagi parti itu untuk terus berkuasa bersama PKR di Selangor.

“DAP has tasted blood (kuasa)” kata seorang pensyarah IPTA kepada saya. Itu lah sebabnya DAP tidak mampu untuk tidak bersama Anwar dan pimpinan PKR mengambil keputusan berhubung dengan isu Khalid Ibrahim ini walaupun risiko bagi DAP menghadapi masalah pada masa depan itu ada.

Keputusan DAP bersama menyokong keputusan Anwar ini sebab tindakan Anwar ini adalah sebahagian dari Kajang Move untuk Pakatan menjejakkan kaki di Putrajaya. Anwar mengambil tindakan ini sebagai perancangan yang di fikirkan beliau akan menyelamatkan beliau dari keputusan Mahkamah Persekutuan yang akan bersidang untuk mendengar rayuannya dalam isu sodomi yang beliau sedang hadapi sekarang. Mahkamah Rayuan telah mendapati beliau bersalah dalam isu sodomi ini,

Pendeknya tindakan PKR ini semata-mata untuk menyelesaikan masalah Anwar dari dahulu sampai sekarang dan tidak banyak yang kena mengena dengan pentadbiran atau pembangunan rakyat Selangor. Hanya mereka menggunakan isu Kidex dan air Selangor dan beberapa isu yang lain hanyalah isu yang memberikan ‘expediency’ kepada Anwar untuk menghalalkan usaha menumbangkan pemimpin yang telah banyak memberikan jasa kepada PKR dan kepimpinan Anwar itu sendiri.

Ini di sedari oleh ramai pimpinan bawahan dan tentangan yang hangat dirasakan oleh PKR dan juga ahli-ahli PAS terhadap partinya juga akan membawa perpecahan yang amat jelas dan akan memberikan impak besar terhadap Pakatan Rakyat keseluruhannya. Kesoronokan Anwar itu merupakan kesangsaraan kepada ahli-ahli PAS dan ramai diantara ahli PKR sendiri.

Tetapi inilah politik dan kita wajar menerima hakikat yang politik ini boleh mewajarkan perkara yang tidak wajar dalam tindak tanduk mereka yang mempunyai pengaruh ke atas parti mereka.

Kalau kita tinjau yang sebenarnya bermasalah ialah Anwar dan PKR. Jika tercampak pun Khalid keluar kepimpinan kerajaan negeri Selangor ia merupakan satu insiden buruk parti kerana masalah peribadi Anwar itu sendiri. Yang tidak tenang jiwa ialah Anwar sendiri dan beliau telah mengambil tindakan dengan mengenepikan pandangan akar umbi. Jika Anwar mengambil konsesus dari ahli-ahli PKR melalui perhimpunan agung Khas terlebih dahulu, PKR tidak akan menghadapi apa yang sedang mereka hadapi sekarang.

Jika perhimpunan agung Khas yang memberikan lampu hijau, keadaan celaru  ini tidak akan sampai ketahap ini sekarang. Sekarang PAS akan menghadapi masalah dalaman sendiri kerana keputusan untuk menyokong tindakan menggantikan Khalid ini.

Pada pandangan kita yang tidak setara ini, elok PAS mengadakan perhimpunan atau muktamar khas bagi membincangkan tindakan mengganti Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah ini. PAS sepatutnya mengambil langkah untuk memanggil muktamar khas untuk membuat keputusan secara ‘collective’ dengan ahli-ahli parti Islam itu.

Jika muktamar Khas itu membuat keputusan menyokong menggantikan Khalids sebagai Menteri Besar itu, parti itu tidak akan mengahadpi risiko pemberontakan pemikiran dalam mengahadpi isu Khalid ini.

PAS sewajarnya mendapatkan ‘legitimacy’ untuk memberikan sokongan kepada PKR yang akan mengadakan penyembelihan kepada Khalid Ibrahim ini.

Pendeknya jika PKR tidak mengadakan perhimpunan agung khas ini, PAS sebaliknya patut memanggil muktamar khas bagi membincangkan isu ini dan jika muktamar khas itu mengambil keputusan untuk menyokong penyingkiran Khalid ini, untuk memperolehi tindakan yang ‘legitimate’ dalam sokongan mereka kepada cadangan PKR itu.

PAS yang mempunyai kerusi lebih banyak dari PKR itu tidak wajar menerima bahana dari ahlinya sendiri semata-mata kerana pengorbanan yang belum tentu berguna untuk kerajaan negeri Selangor dan parti itu sendiri

Bagi Khalid menerima penolakan Anwar itu dan bersetuju untuk bersara akan memberikan makna dan fahaman yang Khalid mengakui kelemahannya seperti yang dituduh oleh partinya sendiri itu.

Khalid lebih baik terpecat dari partinya sendiri dari dianggap mengakui tuduhan pimpinan partinya terhadap beliau sejak akhir-akhir sebagai benar. Biar mati dalam gelanggang dari mati beragan ditepian.

Jika Khalid mengalah maka akhirnya beliau akan duduk di sudut politik negara sambil menjilat luka-luka yang parah beliau alami itu sendirian dan kesaorangan.

6 comments:

i9smail a k said...


Betul Tuan AA, saya ahli Pas di Kuala Langat dan saya tahu Pas kepunyaan kami, bukan kepunyaan TGHA atau TGNA. Panggil ahli ahli Pas macam kami dulu, tanya kami dan kami buat keputusan.

Mengganti MB bukannya perkara kecil. Jangan pusing kepala kami dibawah ni.Pilihanraya nanti kami yang teruk berkerja bukan TGHA atau TGNA. Kami buat kerja kerana parti ini parti islam. Dimana Islamnya menggantikan Tan Sri khalid cara begini. Kami fed up dengan Pkr termasuk ahli parlimen kami yang glamor semacam ni. Kami bukan dunggu di bawah ni TGHA.

Wassalam

Anonymous said...


RTeman tak paham kenape betine pulak jadi MB.Bini teman dah eksyen dengan teman sejak semalam bila dengar betine jadi MB selangor.

Main buoh ketior le teman lepah ni...

Anonymous said...

i9smail a k said....ambil kat kau ler jadi MB Selangor...

Anonymous said...

Perceptions creates prejudice and slanderous are still the games around us. How long we have to accept all these slanderous to control our mind? The fact is, we do not know the truth about this matter and just hanging our mind to the perceptions which arosed slandering in our community.

ELBI RISALAH said...

Betul tu. Panggil muktamar dan terima keputusan ahli. Takut dapat MB baru, tapi ahli di bawah ada yang berang dan panas. Padahal merekalah yang berkerja mati2an masa PRU dulu. Peluh mereka belum kering lagi....

Jangan hendakkan untung sekilo, tapi nanti rugi satu tan !

ssn said...

Cantikkkk....knapa pkr x buat prhimpunan umum bncang mb baru...xkan nk suruh pas pulak....
Atau dap buat msy ....
Sebenarnya ketua umum dok atuq sapa yg nk jd mb bru selangor dlm bilik tidur saja...pas ni parti pelapik pkr n dap saja..