Jika pesawat MH 17 sengaja
ditembak dan dalam keadaan sedar oleh penembaknya, ia tidak lain pihak atau
negara itu sedang mengisytiharkan perang kepada sebuah negara yang berdaulat
yang tidak suka kepada peperangan. Jika ia tidak disengajakan, dan ianya berlaku
oleh kerana tersalah sasaran seperti setengah teori yang di dengar, ia adalah
kecuaian yang tidak terhingga tahapnya kerana pertelingkahan dua pihak yang
sedang dalam peperangan.
Dua pihak yang sedang berperang
itu ialah pihak pemisah di Ukraine
yang disokong oleh Russia
dan kerajaan sekarang di bawah pimpinan Petro Poroshenko yang di sokong oleh
Amerika Syarikat. Apa pun yang berlaku dan siapa pelaku dalam peperangan ini ia
merupakan krisis ‘geopolitics’. Dalam sesuatu peperangan seperti ini ia bukan sahaja
melibatkan kedua pihak yang berperang itu, tetapi ia melibatkan banyak negara
lain serta masyarakat antarabangsa dan kali ini serpihan peperangan itu melibatkan
negara kita dengan isu terhempasnya MH17.
Penembakan ‘missile’ berpandu
terhadap MH17 ini melibatkan nyawa penumpang seramai 295 orang yang telah maut
sekali gus, lebih dahsyat dari jumlah kematian yang dialami penduduk Palestin
sejak serangan Israel
terhadap Gaza
sejak 10 hari yang lalu. Negara baru sahaja mengalami insiden yang tidak pernah
berlaku dalam sejarah yang begitu panjang dimana sebuah pesawat kita telah
hilang dan tidak dapat dikesan sehingga kehari ini walaupun telah melampaui lebih
empat bulan kejadian itu berlaku.
Apa sebenarnya yang menyebabkan
negara kita menghadapi kejadian yang semuanya melibatkan nyawa yang tidak
berdosa ini. Persoalannya sekarang adakah kedua-dua kejadian ini hasil dari ‘geopolitics’
dunia ini? Satu pertiga negara-negara didunia ini telah bertindak mencari MH
370 dahulu tetapi sehingga sekarang pesawat itu tidak juga di jumpai. Tentunya
ia melibatkan teknoloji dan kepakaran yang begitu sofistikated sehinggakan tiada siapa dan mana-mana negara
pun tidak mampu mencari pesawat dan penerbangan itu berada.
Jika teknoloji yang begitu canggih
tidak dapat mencari penyelesaiannya apakah teknoloji yang lebih tinggi dari
yang ada pada hari ini? Adakah ini semua merupakan dalil-dalil yang lebih besar
dari itu. Apakah yang lebih besar dari sains selain dari kebesaran Tuhan yang
Maha Esa yang tiada boleh dibandingkan sesuatu itu?
Jika kita sandarkan kepada
hakikatnya, apakah mesej dan petunjuk-petunjuk untuk kita melakukan sesuatu
yang memerlukan bukan sahaja kekuatan ilmu malahan ia memerlukan kekuatan jati
diri yang sebenar-benarnya diri kita itu? Tidak adakah sesiapa yang bermain
dalam pemikiran mereka untuk menjadikan kejadian-kejadian ini sebagai petunjuk
bagi kita dan negara kita untuk berubah dan memperlihatkan perbezaan keadaan
kita dari apa yang kita ada pada hari ini?
Apa yang berlaku hari ini adalah
tanda arah kepada apa yang akan berlaku pada masa depan. Tidakkah ada yang
mengambil semuanya ini sebagai petunjuk kepada kita yang segala yang berlaku
itu adalah bersebab dan terpulang kepada kita untuk berfikir dan menilai samada
kejadian ini dijadikan sebagai perkara yang perlu di introspeksi kedalam diri
kita sendiri.
Persoalannya kenapa begitu
berlarutan dan kejadian yang buruk berlaku semasa pentadbiran Najib ini? Tidak
kah terfikir oleh pihak-pihak yang mahu berfikir yang ulil amri itu mempunyai
kaitan secara rapat dengan keadaan negara yang di pimpin seorang pemimpin itu?
Kita selalu bercakap dan
bertindak dengan sendirian tanpa mempunyai elemen mengaitkan segala-galanya itu
secara ‘spiritual’ dan ketuhanan. Orang seperti saya tidak layak untuk
memikirkan isu ini, tetapi saya tahu yang ramai yang lain, mungkin yang tidak
di kenali atau yang sudah di kenali boleh dan berkemampuan untuk menjadi
penyelesai kepada keadaan yang merungsing hidup ini.
Hanya yang saya dan orang yang
setaraf rendahnya dengan diri saya untuk berfikir dan memajukan idea yang luhur
yang berhubung kait dengan kepimpinan ini. Kita tidak boleh menjadi pemimpin,
tetapi kita juga tidak mahu mereka yang memimpin ini setaraf rendahnya dengan
kami dibawah ini.
Banyak tanda-tanda dan bukti yang
memperlihatkan kepada kita yang kejadian-kejadian ini merupakan petanda-petanda
yang jelas yang kepimpinan atau ulil amri itu wajar bertanggungjawab terhadap
semua kejadian seperti ini. Takkan lah semua kesalahan itu terbitnya dari musuh kita sahaja, masalah dari dalam kita sendiri pun wajib di fahami dan di akui.
Semoga kita semua di gerakan dalam
semua tindakan kita itu sentiasa dalam keredhaanNya.
6 comments:
Salam tuan. Den sotoju bona sobolum nak salahkan pihak lain, perikso salah pihak dolu pihak sendiri. Kalau pihak sendiri yg buek salah kemudian salahkan pihak lain pulo, itu nak nambah musuh namonyo.
Najib mana mai letak jawatan.
Saya di fahamkan ketua pramugara MH17 yg terkorban, Hj Abd Ghaffar Abu Bakar, memperjuangkan penghapusan hidangan arak dlm MAS dan membenarkan pramugari islam memakai tudung dlm penerbangan. Beliau pernah menulis kpd JAKIM dan Hishammudin ttp tidak mendapat respon.
Dlm perbahasan, PR hendaklah bangkitkan perkara diatas.
Jika Jakim, Perkasa, Isma dan Mais begitu lantang mempertahankan kalimah Allah, kenapa tidak lantang tuntut menjalankan perintah Allah.
Alasan hidangan arak kerana ada permintaan, bagaimana dgn permintaan Allah?
MAS diketuai oleh CEO org islam dan dimiliki oleh kerajaan org islam. Kita yg berkuasa dan membuat keputusan.
Kalau takut rugi tak hidang arak, MAS sudah rugi berbillion. Baik elak terus dari undangi kemurkaan dan bala Allah.
Buat apa yg diperintah Allah sbg kenangan kpd tragedi MH17.
Semoga 10 hari terakhir ramadan boleh membuka hati pemimpin umno.
Saya tidak berfikir secara sains dan teknoloji tetapi ini dari fikiran lojik akal orang bodoh macam saya sekiranya sasaorang yg menyurukan apa apa barang dalam rumah kita sendiri tidak akan ditemui olih anak atau isteri selagi kita tidak menunjukan barang itu, begitu juga dengan mh370 ini tidak akan ditemui selagi yang menyurukan tidak mendedahkannya selagi itu tidak akan ditemui berlainan dengan mh17 memang ternyata
buat anon 23:24,x kan nak harap PAS,PKR n DAP nak perjuang arak diharamkan di Fligfht MAS nak perjuang isu asas pun dia x mahu,ha ha ha ckp cam bagus jer nak perjuang hukum islam dah setengah abad ,tetiba bila dah kawan dgn kristian n puak LGBT tetiba x jadi pulak, gang sendiri nak bawak ususl , gang muslkim sokong dia pulak tekan brek, saya rasa sama le cam anon jugak, asik nak menyalak tp x pandai nak muhasabah diri, harap ramadan yg berbaki ni anon muhasabah diri sendiri jgn jadi cam org yg suka salahkan org lain lupa nak tgk diri sendiri
Ini saya akui Sdr AA. Jika lihat, lihat lah dengan mata hati. Jika dengar, dengar lah dengan akal. Jika berkata, yang benar dan apa yang kita tahu sahaja. Jika tidak, senyap sahaja.
Ini lah gandingan yang tuan sebutkan. Akal itu membezakan manusia dengan binatang. Ilmu itu membezakan pengetahuan - dalam Al Quran, adakah sama orang yang tahu dengan tidak tahu ? Adakah sama yang berilmu dengan tidak beriilmu ? Adakah sama yang beriman dengan tidak beriman? Tuan juga seorang berilmu, berakal dan manusia waras. Punya pilihan. Saya juga.
Maka kejadian MH17, adakah PM kita tahu ? Jawaban nya tentu tidak. Jika tahu, sudah tentu tiada tragedi. Begitu juga MH370. Maka yang selalu kita lihat dan baca, ramai manusia menjadi Tuhan. Ramai manusia berwajah syaitan. Apa lagi , yang tidak tahu, mengaku tahu, menghebahkan maka manusia ini di laknat Allah SWT.
Sedih melihat kerosakkan akhlak, budi bicara, dan pertimbangan anak-anak melayu. Ada kah pengaruh dan materialistik menjadi taruhan hidup? Jika ini hakikat nya, MH 17 itu satu petanda yang sungguh meresahkan semua kita Melayu, sepatut nya... kini sudah di 'divert' kan oleh fahaman sekular, neoliberalisma dan neopagan!
Post a Comment