26 July 2014

"PAS tidak setuju guling MB, Khalid tidak pernah khianat!" kata TGHA

Akhirnya, Presiden PAS, TGHA bercakap secara terbuka di Rusila semalam yang PAS tidak bersetuju untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dan berharap semua ahli PAS bersama beliau dalam isu ini. TGHA...Menteri Besar boleh diganti selepas pilihanraya nanti, itu maksud TGHA.

Tetapi ia terpulang kepada Ke bawah Duli Tuanku Selangor untuk bersetuju atau sebaliknya, tetapi adalah dijangkakan Tuanku akan bersetuju untuk Khalid kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal keduanya.

Menteri Besar hanya boleh ditukar jika beliau telah melakukan kesalahan jenayah dan terlibat dalam menyalah gunakan wang rakyat dan rasuah. Jika setakat masalah dalaman parti PKR sahaja, ia tidak memberikan sebab PAS bersetuju untuk menggantikan beliau dengan sesiapa yang lain.

TGHA menyedari yang parti itu terpaksa mendengar pandangan ahli-ahli parti di peringkat ‘grassroots’ dan tidak boleh mengambil tindakan sendirian. Parti tidak boleh membiarkan ahli-ahli tidak diberikan peluang untuk bersama menentukan hala parti. Pimpinan parti PAS tidak boleh ‘disconnected’ dengan ahli-ahli di bawah kerana itu merupakan satu tindakan yang tidak adil terhadap ahli-ahli yang selama ini setia dengan perjuangan dan terhadap kepimpinan parti.

Dengan kenyataan Tok Guru Haji Hadi Awang ini ia sesungguhnya selari dengan kehendak ahli di peringkat bawahan yang telah memberikan sumbangan banyak terhadap kerajaan PR di Selangor. Dengan pendirian PAS ini parti itu akan dipandang sebagai parti yang setia kepada rakan seperjuangan  dan tidak terlibat dengan permainan politik yang tidak sihat di dalam PKR sekarang ini. PAS tentunya tidak mahu parti itu diperlekeh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana kekuatan PAS bergantung kepada kekuatan akar umbi.

Apa pun yang akan terjadi diantara PAS dengan PKR, parti PAS akan dipandang tinggi dan dihormati oleh banyak pihak khasnya rakyat yang menyokong selama ini. Sebagai parti yang berlandaskan kepada Islam PAS sudah tentu tidak semudah itu untuk mengorbankan nilai-nilai Islam yang mana melakukan penyembelihan terhadap rakan seperjuangan itu adalah tindakan politik tidak bermoral.

PAS tahu membezakan diantara kesalahan dan kesilapan. Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak terdengar beliau menyalah gunakan wang rakyat seperti yang kita dengar dikalangan pimpinan BN.

Jika ada orang yang ingin dan terlalu berselera dengan perasaan tidak sabar untuk menggantikan Khalid, agar mengesat lelehan liur mereka dahulu sementara menunggu tamatnya penggal Khalid sehingga pilihanraya ke 14 nanti.

Tidak lari gunung dikejar dan bersatulah dalam parti dalam mentadbir kerajaan negeri terkaya di negara ini. Janganlah memberi alasan untuk mengganti Khalid ini dengan menggunakan alasan yang tersurat, kerana apa yang tersirat juga yang akan di lihat dan di nilai oleh rakyat yang ramai.

Apa yang Khalid mesti buat sekarang ini ialah untuk meneruskan mentadbir negeri seperti sekarang, dan beliau perlu memahami yang pimpinan PKR tertinggi hanya mempunyai satu masalah dengan beliau, iaitu beliau dianggap terlalu kedekut kepada parti.

Walaupun kita faham yang wang rakyat tidak boleh digunakan untuk parti, saya berharap TS Khalid berbuatlah apa yang perlu terhadap parti ini, tetapi jangan menggunakan wang rakyat.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau ikut merit, bagi kedudukan kerusi MB, Pas ada kata penentuan di situ. Namun atas semangat setiakawan Pas memilih sistem "konsensus" sebagai penentu pilihan.

Cumanya Pas tiada suara veto dan suara yang dimiliki ialah mewakili 1/3 dari keseluruhan kata pemutus dalam PR dan kata putus akhir adalah terletak pada baki yang 2/3 itu.

Ini bermakna pandangan Pas dalam isu status kerusi MB perlu seiring dengan setidak tidaknya 1/3 lagi yang sama ada milik Dap atau PKR. Pendirian PKR sudah jelas dan muktamad iaitu bertentangan, hanya Dap belum nampak kecondongannya.

Kini Dap berada dalam posisi yang sukar kerana terpaksa memilih antara memberi kegembiraan kepada satu puak dan melukakan perasaan puak yang satu lagi. Apakah Dap ada keajaiban? Sama samalah nantikan.

Anonymous said...

TGHA seolah menyindir apa yang pernah berlaku di Selangor dibawah pemerintahan BN sebelum ini. Begitu juga dengan Ketua Menteri Melaka melibatkan kes gadis bawah umur. Pukul anak sindir menantu agaknya ni.

Anonymous said...

Pak pan... betulkan fakta. Sejak bila pulak pertukaran mb blh dibuat hanya jika ade kesalahan jenayah dsb. Sejak bila undg2 mana.
Sy lihat pak pan makin x cermat

Aspan Alias said...


Anon 12:01

Bila pula saya kata begitu. Saya hanya 'quote' kata-kata TGHA. Saya ingat sdr yang perlu cermat membaca artikel ini. Dan cermat sikit menongkah pandangan.

awang batuburok said...

Sala Eidul Fitri Tuan Aspan,

Rakyat semakin muak dan bosan dgn kerakusan kuasa dan gelagat sesetengah pemimpin PKR yg tidak banyak beza dgn perangai pemimpin UMNO (asal dari lubok yg sama.....).
Secara terbuka saya katakan kemelut perebutan jawatan MB Selangor sekarang ini langsung tidak ada kaitan dgn isu agenda menjaga kepentingan hak rakyat tetapi lebih kpd kerakusan nafsu utk mendapat kuasa dan harta semata mata....
Hentikanlah kemelut ini dan tumpukanlah masa dan tenaga untuk memberikan khidmat kpd rakyat yg telah memberikan amanah kpd PR dalan PRU13 yg lalu. Kalau nak tukar, berilah mandat kpd rakyat utk memilih dlm PRU14 nanti.. ...