Posting yang lepas saya menyebut
Melayu tidak lagi dihormati kerana Melayu gagal memaparkan pilihan pemimpin
yang betul atau pemimpin Melayu yang setidak-tidaknya mempunyai daya kepimpinan
yang sesuai dengan negara berbilang bangsa dan agama ini. Kekosongan dalam
kepimpinan Melayu, kepimpinan bangsa yang terbesar dinegara ini menyebabkan ada
pihak atau bangsa yang mahu mengambil alih kuasa kerajaan tanpa mempunyai asas
yang realistik untuk melakukannya.
Jika ada niat bangsa lain untuk
menguasai politik negara ini ia merupakan satu niat yang salah kerana
keputusannya adalah ‘predictable’. Mereka tidak akan berjaya kerana bangsa
Melayu itu merupakan bangsa yang terbesar dinegara ini. Melayu akan bersatu
walaupun mereka dianggap lemah dan kurang daya untuk memajukan diri atau negara mereka, tetapi mereka akan mengambil keputusan untuk menyokong Melayu dalam
keadaan terdesak.
Mereka akan menanam pemikiran ‘sebusuk-busuk
Melayu itu mereka tetap bangsa ku. Memilih pemimpin Melayu walaupun lemah itu
setidak-tidaknya ada juga bau Melayu nya. Sebusuk-busuk daging jika di bersihkan
boleh di masak dan di gulai juga’. Pemikiran yang simplistik ini merupakan pemikiran yang biasa dikalangan kita orang Melayu.
Itu sebabnya dulu kita terpaksa
mempunyai pemimpin Melayu yang dihormati secara peribadinya dan bukannya
pemimpin Melayu yang naik menjadi pemimpin kerana politiking diantara mereka
yang lemah dan bersatu untuk menaikan mereka. itu saya sebut dalam posting yang
lepas, dikalangan pemimpin-pemimpin Melayu yang ada pada hari ini dalam
kerajaan mereka adalah ‘scum’ semata-mata.
Ibarat padi yang direndam, sekamnya
yang timbul itulah dijadikan pemimpin dan kita letakkan nasib Melayu kepada
orang dan pemimpin yang sejenis ini pada hari ini. Padi yang berisi terendam
dan tidak mampu untuk memberikan sumbangan kerana permainan kumpulan
sekam-sekam yang banyak pada hari ini. Sejak tiga puluh tahun lebih dahulu
semua pemimpin yang berbakat direndam oleh pemimpin yang berkuasa kerana
kepentingan peribadi dan bukannya kerana kepentingan negara.
Kesalahan UMNO parti Melayu yang
masih dalam sisa-sisa kuasa pada hari ini, ialah ia tidak menumpukan tenaga
untuk membina kepimpinan yang dihormati oleh rakyat. Maka keadaan kekosongan
ini diambil kesempatan oleh mereka yang chauvinis bangsa untuk mengambil alih
kepimpinan negara walaupun mereka tahu cita-cita
mereka tidak akan kemana.
Jika UMNO dan kepimpinan hari ini
masih tertutup hijab mereka untuk memberikan pencerahan terhadap masalah
kepimpinan negara hari ini, tunggu sahajalah padah dan bahananya dalam masa
yang mungkin tidak lama lagi. UMNO akan hilang kuasa buat selama-lamanya dan
semasa itu kita mungkin melihat dan menyaksikan kehancuran kerana yang akan
mengambil alih kepimpinan dari UMNO itu sendiri tidak akan mendapat
penyelesaiannya.
Kita perlu ingat sesuatu
pertubuhan yang berasaskan perpecahan tidak akan mampu mengekalkan suasana aman
kepada negara jika mereka mengambil alih sekali pun. PKR diasaskan oleh
penyokong Anwar setelah bergaduh dengan Mahathir, maka kita lihat PKR tidak
mampu untuk mentadbir partinya sendiri. UMNO itu sendiri diasaskan oleh
perpecahannya, itu sebabnya parti itu yang diasaskan pada 1998 dahulu tidak
sama kemampuannya dengan parti UMNO yang asal itu. Itu hakikat dan siapa yang
hendak menentang pandangan ini silalah. Saya tidak perlu menjawabnya lagi.
PAS merupakan parti yang baik
tetapi masalahnya parti itu tidak mampu untuk mentadbir kejayaan. Kehilangan
kuasa di Kedah adalah semata-mata kerana PAS tidak memilih pemimpin yang
secocok dengan keadaan sekarang. PAS lebih mementingkan orang baik untuk
memimpin tetapi tidak memberikan fokus untuk memilih pemimpin yang baik dan
secocok dengan kehendak masa dan zaman nya. Pemimpin baik dengan orang baik
adalah dua perkara yang besar bezanya.
Bagi orang mengamati keadaan
dengan rapi, mereka akan memahami kenapa DAP sanggup untuk bekerjasama dengan
PAS. DAP mahukan ‘groundswell’ yang PAS hebat melakukannya. DAP mahu sokongan
orang Melayu dan mereka faham mereka tidak akan berjaya tanpa sokongan orang
Melayu. Isu ini sememangnya isu yang besar yang dihadapi oleh DAP kerana untuk
memungkinkan orang Melayu secara besar-besaran untuk menyokongnya adalah satu
situasi yang mustahil untuk diperolehinya.
Keadaan ini bertambah buruk
lagi apabila DAP agak takbur dalam pilihanraya yang lalu semata-mata kerana
terlalu percaya kepada apa yang mereka lihat sebagai ‘groundswell’ penentangan
terhadap kerajaan. Kenyataan-kenyataan pimpinan mereka mempunyai kecenderungan
yang parti itu sudah tidak perlu sokongan Melayu lebih dari apa yang mereka
perolehi semasa itu kerana mereka percaya mereka akan berada di Putrajaya
selepas pilihanraya itu. Malahan pemimpin veteran nya dengan tinggi laungannya
yang Pakatan Rakyat akan mendapat 125 kerusi tanpa masalah dan akan mengambil
alih Putrajaya.
Keadaan itu berubah dalam sekelip
mata sahaja apabila apa yang dilaungkan oleh parti itu tidak terlaksana kerana
mereka masih menunjukan sikap ‘Chinese first, the rest is not important’.
Apabila bercakap tidak beradat lagi maka niat parti itu untuk ke Putrajaya telah
kecundang walaupun mendapat penambahan kerusi yang agak besar.
Dalam pilihanraya yang akan
datang DAP mungkin mengambil giliran untuk kehilangan beberapa kerusi yang
mereka telah menangi dalam pilihanraya umum yang lalu. Malahan parti itu sudah
pun hilang satu kerusi dalam pilihanraya kecil baru-baru ini. Apa pun sebabnya
itulah keadaan yang mungkin mereka hadapi dalam PRU yang akan datang.
Doa mereka untuk mendapat
penambahan kerusi tercapai tetapi hajat besar mereka untuk ke Putrajaya tidak terkabul.
Hajat dan doa itu adalah dua perkara yang jelas perbezaannya.
Mungkin semua pihak yang berhajat
untuk ke Putrajaya memerlukan introspeksi yang intensif dan mengenali hakikat
sebenar negara ini. Ia tidak semudah yang difikirkan untuk menyampai hajat
mereka itu. Kalau setakat bersandar kepada kelemahan UMNO dan BN sahaja, tanpa
kekuatan sendiri, segala hajat itu susah untuk terkabul. Negara akan tetap bersama
UMNO yang lemah itu.
Sesungguhnya tanggungjawab
membetulkan keadaan ini mau tidak mau mesti dilakukan oleh seorang yang
berkemampuan untuk melakar jalan yang baik untuk melakukan perubahan ini, bukan
diasaskan kepada pertarungan parti-parti politik.
Kita perlu memahami masalah
ketahap yang ‘detailed’ sebelum kita cuba untuk melakukan perubahan dan
transformasi negara kita ini. Kita wajar, saya ulangi, berada dalam situasi politik
baru untuk menjauhkan diri kita dari berada dalam situasi yang sangat merungsingkan
dan menjemukan ini.
Yang tidak boleh memimpin dan membina kembali negara ini elok ketepi dan duduk bersama saya diwarung-warung kopi dimana-mana. Tugas kita ialah untuk mencari kepimpinan, bukan untuk menjadi pemimpin.
2 comments:
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
Saya amat bersetuju 100% tentang komen anda tentang apa yang berlaku di kalangan UMNO dan PAS yang diterajui oleh orang melayu. Bagaimanapun, saya kurang setuju prasangka saudara terhadap DAP kerana saya berkerja dan tinggal di negeri yang di perintah oleh DAP dan saya sendiri alami sendiri hasrat murni parti tersebut untuk membawa negeri ini kepada yang lebih baik. Cuma orang melayu saja tidak mahu menerima hakikat bahawa parti tersebut adalah baik dan mungkin juga orang melayu menyimpan prasangka perkauman yang tinggi kerana mereka itu bukan berbangsa melayu. Tak hairanlah negara-negara bukan islam lebih islamik daripada negara-negara islam sendiri contohnya Ireland, Denmark, Sweden Dan UK. Manakala Malaysia yang dikatakan negara islam contoh kononnya hanya menduduki di tangga yang ke 38 paling islamik.
Post a Comment