Saya bersama seluruh rakyat
seolah-olah tidak percaya yang MH17 ditembak jatuh oleh pihak yang sedang
berperang di Ukraine
malam tadi. Tidak tahu apa yang sebenarnya dan apa kah hikmahnya yang berada
disebalik kemalangan pesawat-pesawat MAS tahun ini kerana kejadian kali ini
adalah kejadian kali kedua selepas kehilangan pesawat MH370 hampir empat bulan
dahulu.
Kali ini 280 orang penumpang dan
15 anak kapal menjadi mangsa oleh puak yang sedang berperang dan ini merupakan
satu trajedi yang terbesar menghadapi negara sejak beberapa bulan yang lalu.
Kenapa yang menjadi mangsa itu hanya MAS dan kenapa ia perlu dilakukan keatas
penerbangan nasional kita itu?
Kita hiba mendapati nasib malang yang di terima
oleh Nur Shazana Mohd Salleh yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama
lagi, adalah salah seorang dari anak kapal MH 17 itu. Sangat hiba kita mendapat
tahu yang seorang rakyat Malaysia
berusia emas (67 tahun) yang menetap di Switzerland
berada dalam pesawat itu untuk kembali berhari raya setelah lima tahun tidak kembali ke tanahair.
Kami berharap kepada keluarga
mangsa-mangsa trajedi ini sentiasa bersabar menerima dugaan ini. Berat mata
memandang berat lagi bahu memikulnya. Tetapi itu sahaja lah yang dapat kita
sumbangkan dalam menghadapi dugaan yang amat perit bagi mereka ini.
Semoga roh mereka yang terkorban
ini di tempatkan dikalangan roh-roh solihin dan shuhada serta dibariskan
dikalangan roh mereka yang beriman.
Al- Fatihah
No comments:
Post a Comment