16 July 2014

Kok nak cari pemimpin negeri, pertamannya elok, keduanya pandai

TS Khalid hari ini lebih tegas dengan mempertahankan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang telah beliau janjikan kepada rakyat Selangor semasa mengangkat sumpah jawatan itu selepas pilihanraya yang lalu. Selama ini semuanya membuat kenyataan dalam ‘riddle’ baik dari Khalid sendoro mahupun dari kumpulan yang ingin menjatuhkan beliau.

Semalam Tuanku Selangor berkata supaya tidak ada sesiapa yang perlu menunjukkan arah kepada beliau terutamanya dalam isu yang beliau mempunyai hak untuk membuat keputusan termasuk perlantikan Menteri Besar Negeri Selangor itu. Apa yang di titahkan Tuanku Selangor itu semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang semalam, menunjukkan yang Tuanku Sultan mahu masing-masing menjaga lopak masing-masing.

Melantik seorang Menteri Besar itu adalah lopak baginda sendiri dan tidak siapa yang wajar memaksa baginda untuk melakukan yang lain dari apa yang telah diperuntukan untuk baginda. Itu telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh negeri dan jika ada mana-mana pihak untuk merencatkan perlaksanaan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang tubuh itu, pihak itu sememangnya mengundang krisis perlembagaan dinegeri itu yang sangat besar implikasinya kepada rakyat Selangor dan Persekutuan kita ini.

Mungkin oleh kerana keyakinan Khalid itulah yang menyebabkan hari ini beliau membuat kenyataan tegas yang beliau akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal ini seperti yang terkandung dalam sumpah jawatan beliau mach tahun lepas. Apa yang boleh kita fahami ialah Tuanku Selangor tidak akan melayan kehendak mana-mana pihak yang ingin melakukan apa-apa yang tidak secocok dengan kehendak rakyat Selangor. Biar Selangor menentukan nasib Selangor itu sendiri.

TS Khalid hari ini mengingatkan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menghormati sistem Raja Berpelembagaan Negeri Selangor, tentunya dalam usaha memperkuatkan natijah yang beliau mendapat sokongan kuat dari pihak istana.

Anwar, kata seorang rakan saya, tidak akan beberapa faham tentang isu ini kerana beliau tidak mempunyai Raja di Pulau Pinang itu, dan tidak boleh juga di salahkan beliau jika beliau tidak menjiwai isu ini.

Bagi beliau, jika berjaya mengumpulkan manusia untuk berdemonstrasi itulah pemimpin sebenarnya. Tetapi dalam isu Selangor ini membuktikan yang tidak semua kehendak sesiapa dapat dipenuhi dengan tikam menikam dari belakang ini.

DAP dan PAS kena faham siapa yang bermain api dan siapa yang hendak memadamkan api ini. Kena faham ada pihak yang mahukan keuntungan dari kemelut yang dihadapi oleh Selangor sekarang ini.

Dalam politik ini ‘wisdom’ itu penting. Itu sebabnya sesiapa yang lemas dengan publisiti dan telah merasakan kehebatannya, ia akan merudum kerana yang tidak mempunyai ‘wisdom’ untuk melakukan sesuatu tindakan politiknya.

Rafizi Ramli yang pada awalnya mengakui yang ‘Kajang move’ itu adalah ‘brainchild’ beliau patut sedar yang merasakan dirinya pandai itu akan akhirnya menjadi orang yang hanya ‘memandai-mandai’ sahaja. Yang akan hancur dengan sikap memandai-mandai itu ialah ahli-ahli dan rakyat awam akhirnya.

Kok nak cari tempat mandi,
Pertamanya teluk, keduanya pantai
Jika mencari pemimpin Negeri,
Pertamanya elok, keduanya pandai.

Mana-mana yang tidak pandai seperti diri saya ini, elok duduk bersama-sama saya minum diwarung kopi dan teh tarik sahaja. Jangan hendak memandai-mandai. Rakyat sudah sengsara dengan sikap pucuk pimpinan UMNO yang selalu memandai-mandai ini, sekarang ditambah pula oleh pimpinan PKR yang juga lebih memandai-mandai itu.

Nasib menyebelahi orang ramai dalam pilihanraya yang lalu dengan menggagalkan perjalanan ke Putrajaya oleh PKR itu. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan sekarang jika PR yang dipimpin oleh PKR itu berjaya menduduki Putrajaya selepas PRU yang lalu.

Di mana-mana akan berlaku pergolakan yang tidak berkesudahan.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

Kalau iku pengalaman semasa krisis Perak dulu, pihak istana akan kena tempias.

Sehingga kini, di Perak kalau ketika hari keputeraan sultan, baginda negeri yang di kibarkan tidak sebanyak sebelum krisis terjadi.

Manakala ketika solat Jumaat pula jamaah ramai tidak mendoakan ketika khutbah kedua.

Di Selangor, ramai penduduknya adalah dari luar negeri itu. Dengan tindakan keatas MP Shah Alam, sudah pasti akan ada kesan seperti di Perak.

buling mat, kpg ketior said...


Anon 18:28, saudara tidak faham yang kedaan di Perak dengan Selangor berbeza.

Di Perak dulu BN nak topple Pakatan, tetapi di Selangor PKR nak tople MB PKR sendiri.

Umno tidak terlibat dan ia adalah dua isu yang berbeza.

Di Selangor PKR sendiri menjatuhkan PKR dan jika ia jatuh dalam Pru yang akan datang itu adalah kerja Pkr sendiri.

Jangan samakan buah bacang dengan buah kiwi.

Anonymous said...

Apabila raja mencampuri ehwal politik, maka pandangan anon 18:28 tidak perlu dipertikaikan lagi. Raja juga perlulah menjaga lopaknya sendiri, bukankah begitu tuan AA?

maae said...

Betul Sdr AA. Kalau ikut adat Pepatih, bulat air dek pomotong.... kecoh nak tukar MB bukan 'bulat' tapi 'bullets' pula ganti terbang melayang-layang. Kobau(kerbau) kalau tak 'bogondam lumpur' bukan kerbau nama nya.

Dalam kes ini, ia kerbau ( buffalo) dalam lidah Amerika untuk 'bison'. Kita tahu rupa bentuk bison dan karakter nya. Dulu, Omputeh hapuskan bison untuk kulit dan bulu nya saja. Di hambat nya Red Indian ( kaum asli Amerika) di mana bison untuk 'survival', juga omputih menghalau puak-puak ini dari penempatan mereka.

Ini lah strategi atasan PKR demi meluaskan kepentingan dan tembolok sendiri. Paling buruk, menjadikan melayu menjadi JUMUD. Pendirian MB Selangor memang tampuk sirih duduk dalam gagang nya jika beliau 'memiliki hati Melayu beragama Islam'. Jangan rugikan ummah Melayu ! Hormati sistem Raja berparlimen dalam demokrasi yang kita ada. Jaga Perlembagaan Malaysia, Tanah Melayu kita.

Yang lain boleh di seiringkan...

Anonymous said...

Krisis tidal akan berpsnjangan srkiranya TSKI faham tentang selok Belok politik.

Anonymous said...


ANON 16:03, pasal TSKI sudah faham tentang selok belok p[olitik itulah yang beliau tak mahu berenti. Skrg dia baru tahu politik Anwar terhadap penyokong-penyokong setianya.

TSKI tak mahu Anwar menggomeng kepalanya lagi. Itu yg menyebabkan Anwar tidak senang dgn TSKI kerana TSKI tidak mahu kepalanya di gomeng-gomeng oleh Anwar.

Sikap Anwar yang memperbodohkan kawan-kawannya berlaku sejak dia dalam Umno lagi.

Kalau kami ingat macam mana dia mainkan Hj Shuhaimi Kamarudin dahulu, tak nak nak tengok sebelah mata terhadap Anwar ni.

Politik cucuk perut dan tepuk bahu Anwar ni sudah difahami oleh ramai orang.

Siapa yg masih belum kenal Anwar sokonglah sampai anda rebah. Masa akan menentukan keadaan.