Saya terpanggil untuk memberikan
pandangan tentang keresahan Dr Mahathir terhadap kedudukan bangsa Melayu di
dalam pembangunan Johor Baru yang akan merupakan pembangunan fisikal yang
begitu drastik seperti yang di rancang. Pelan pembangunan Johor Baru itu merupakan
pelan pembangunan yang akan memberikan imej Johor Baru sebagai New York dalam
mana akan terdapat puluhan bangunan pencakar langit dengan ‘finishing’
struktur yang mahal-mahal dan akan membuatkan orang Melayu tertinggal
kebelakang lebih jauh lagi.
Justeru ‘ultimate’ kita untuk melihat
setiap bangsa duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi tidak akan tercapai dan
Melayu akan berada dalam keadaan seperti 'itik kehausan dalam air' dan 'ayam mati
dalam kepuk padi'. Bagi orang seperti saya tidak pula saya tahu pembangunan yang
dirancang oleh kerajaan Johor itu mengambil kira isu ini kerana kestabilan
politik negara kita besar penggantungannya kepada kedudukan bangsa Melayu yang
merupakan bangsa yang terbesar di negara ini.
Najib yang secara tidak langsung
telah mengaku dirinya sebagai seorang yang sangat berkepimpinan itu diharap
berfikir panjang tentang apa yang hendak dilakukan itu, membuktikan kepimpinan
beliau di sini. Pemimpin yang sebenarnya berkepimpinan akan berjaya mengimbangi
kemajuan semua bangsa yang berada di dalam negara ini tetapi apa yang akan
berlaku di Johor Baru adalah sebaliknya. Orang melayu akan berundur jauh
disudut dunia nanti.
Saya ingin menarik perhatian
ramai kepada kenyataan Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Timbalan Perdana
Menteri semasa berucap dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung UMNO pada
tahun 1972 dahulu. Perhimpunan itu merupakan perhimpunan agung yang terakhir
yang beliau hadir sebelum beliau meninggal pada tahun 1973 dahulu. Orang yang
masih hidup dan sihat yang berada bersama dalam Majlis Tertinggi UMNO semasa
itu ialah Tengku Razaleigh Hamzah sahaja. Dr Mahathir beluim lagi diterima
kembali kedalam UMNO dan beliau semasa itu berada diluar UMNO setelah dipecat
oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.
Tun Dr Ismail telah memberikan
alasan kenapa kerajaan tidak mahu bertindak untuk membangunkan negara dengan
cepat sedangkan semasa itu kata beliau, kita mampu mungkin untuk mencapai
pembangunan pesat sehingga sepantas ‘double-digit growth’. Tetapi adalah dalam
perancangan kerajaan untuk memperlahankan pembangunan untuk mempastikan sudah
ada persediaan bagi kaum-kaum yang ketinggalan dari semua sudut untuk
bersama-sama menikmati pembangunan yang bakal kita lalui nanti.
Tun Dr Ismail bercakap dengan
penuh kesedaran betapa perancangan yang teliti dilakukan bagi mempastikan
negara dibangunkan dengan mengendung sekali matlamat untuk menjadikan
kesaimbangan kedudukan semua bangsa yang dikatakan 'berdiri sama tinggi duduk
sama rendah itu'. Pimpinan semasa itu memikirkan banyak perkara dan isu sebelum
merancang pembangunan negara agar tidak menghasilkan kecelaruan kepada rakyat
yang berbilang kaum ini. Perancangan semasa itu penuh dengan ‘wisdom’. Segala
perancangan untuk rakyat dan negara itu telah difikirkan betul-betul dengan
matlamat yang jelas dan laluan ke matlamat itu jelas dan telus.
Itu sebabnya dalam era tujuh
puluhan selepas kematian Tun Dr Ismail kerajaan sesungguhnya melaksanakan
impian kerajaan itu dengan sepenuhnya tanpa banyak memikirkan untuk kepentingan
keluarga dan peribadi. Itu sebabnya pimpinan semasa itu mudah melaksanakan
segala dasar kerana sifat mereka yang jujur terhadap tanggungjawab mereka yang
hanya untuk negara.
Mempertimbangkan cara dan kaedah
serta kepantasan pembangunan pun ditentukan dengan semangat dan jiwa untuk
rakyat. Di samping membangunkan negara pimpinan semasa itu mengendung sekali
tanggungjawab untuk tidak meninggalkan tanggungjawab terhadap bangsa yang
ketinggalan yang kebetulan adalah dikalangan bangsa Melayu dan bumiputra.
Semua syarikat ‘public companies
by guarantee’ yang kini dipanggil GLC bertanggungjawab untuk membangunkan
perniagaan dan memegang perniagaan itu sebagai 'trustee' terhadap orang Melayu
dan bumiputra. Dalam hujung tahun tujuh puluhan dan awal lapan puluhan syarikat-syarikat
GLC yang maju itu dipindahkan kepada bumiputra yang masih belum berkemampuan
untuk melalui saham amanah dan berbagai-bagai cara lagi.
Tetapi kini GLC diperguna oleh
mereka yang rapat dengan kuasa untuk kepentingan beberapa kerat yang diberikan
tanggungjawab untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut. Malahan GLC tidak
pun memberikan munafaat kepada bumiputra sampai kehari ini sejak tahun lapan
puluhan dahulu. GLC hanya membentuk dan membina ego sebahagian kecil beberapa
kerat individu yang dianggap professional dan dasar untuk memberikan faedah
kepada orang melayu dan bumiputra itu diabaikan samasekali.
Sampai sekarang matlamat
penyertaan orang Melayu dan bumiputra untuk duduk sama rendah dan berdiri sama
tinggi itu tidak tercapai dan ia tidak mungkin
tercapai sampai bila-bila.
Pimpinan sedang menggila untuk
melihat pembangunan sepesat negara-negara seperti AS dan Eropah tetapi anak
watan tidak akan merasakan nikmatnya. Percayalah ia tidak akan membawa apa-apa
faedah kepada kaum yang masih ketinggalan.
Sekarang Dr Mahathir yang
perencana kepada pembangunan pesat yang telah mengabaikan nasib orang Melayu, merasa resah gelisah dan beliau harus mengakui yang sikap membangunkan negara
tanpa perancangan untuk kepentingan rakyat itu bermula dari zaman beliau
sendiri.
Sekarang beliau berkata benar dan
menyalahkan beliau kerana membina sikap ini kepada beliau itu juga benar.
Pembangunan di Johor itu tidak akan membawa orang Melayu dan anak watan
kehadapan malahan ia akan mengundurkan Melayu dan bumiputra jauh kebelakang
dalam jangka masa yang cepat dan tangkas.
Selepas ini orang melayu akan
hanya dapat berkata. Ooh! Ooh! Sahaja setiap hari. Orang melayu apabila
diberitahu ini pembangunan yang terpesat dirantau ini mereka akan hanya mampu
berkata, ooh! Oh! sahaja.
Apabila diberitahu kepada orang
Melayu yang melihat pembangunan itu hanya mampu dibeli dan didiami oleh orang
kaya raya dari Singapura dan China
sekali lagi orang Melayu akan hanya berkata, ooh! ooh! sahaja kerana itu sahaja
yang mereka ada, iaitu 000.
Maka pembangunan pesat di Johor
ini nanti merupakan permulaan kepada bangsa Melayu khususnya Melayu Johor untuk
beransur-ansur masuk kepinggiran hutan untuk memberikan laluan kepada mereka
yang mendapat keistimewaan dari pihak pemerintah kita.
Kepada Dr Mahathir elok kita
ingatkan satu perbilangan Melayu yang popular, ‘jika bapa kencing berdiri, anak
akan kencing berlari’.
Selamat hari jadi yang ke 89
kepada Tun Dr Mahathir, semoga dipanjangkan usia dan berada dalam kesihatan
yang baik sentiasa, sambil menyaksikan hasil kerja beliau sendiri semasa
berkuasa dahulu. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.
Kalau kata-kata semangat ‘Melayu
tidak akan hilang didunia’ itu sudah tidak boleh dipakai lagi, kerana ‘Melayu
akan hilang dunianya’.
14 comments:
Tepat sekali pandangan yang diutarakan ini. Yang menjadi mangsa adalah kaum melayu, bukannya mamak. Sifat mamak ini umpama ular yang pakar membelit dan persis juga seperti biawak, yang bercabang lidahnya. Membujur lalu melintang patah, tapi melayu kekal terpesona dalam kebodohan menentukan hala tuju generasi kemudian.
Memang benar. Tun Mahathir sebagai penggerak pembangunan dan ia berlaku dalam kerangka kawalan bersepadu di mana terdapat keseimbangan.
Kala ini di bawah PM Najib, tidak terkawal dan gaya pembangunan di nukil Pemandu konsultan beliau dan percaturan berisiko Khazanah Nasional. GLCs sudah tersasar dan paling teruk pemangkin nya Petronas sudah di jadikan syarikat persendirian, menafikan keterlibatan Melayu, dari polisi Melayu yang berjaya di bawah DEB, lantas mendabik dada dengan angkuh, sombong!
Maka Melayu hanya di jadikan batu loncatan, bakal di hilangkan, seperti Sdr AA tuliskan. Pembangunan terlampau terdorong ketamakan keuntungan yang sudah di beri amaran oleh Tun Dr Ismail.
Melayu yang bersekongkol dengan musuh tradisi Melayu, lebih hina lagi, membunuh saudara nya sendiri tanpa rasa bersalah. Sesuatu perkara yang tidak di lakukan oleh bangsa lain. Tidak berpendirian dan gagal menghayati tuntutan perjuangan yang kini sudah melanda sebahagian tokoh-tokoh tertinggi UMNO. Halatuju mereka mengelirukan Majoriti Melayu.
benarlah kata hang tuah. melayu takkan hilang didunia. sbb benggali boleh jadi melayu, Nepal boleh jadi melayu, org iban boleh jadi melayu. bila kawin dgn melayu.
Asmkm saudara Aspan.Apa yang nak diharapkan daripada Dr Mahathir yang mudah berbohong tanpa rasa bersalah.Ini yang dikatakan kera di hutan disusukan anak di rumah kelaparan.Namun masih ramai lagi orang Melayu yang memujanya termasuk ahli keluarga saya.Lebih malang lagi tokoh tokoh tertinggi UMNO hanya mengumpul harta masing masing.Olih itu mari kita mendidik anak anak kita dengan berteraskan agama dan mengukuhkan jati diri mereka. Tanamkan sifat berjiwa merdeka tanpa tersasar dari ajaran Islam Ameen.
Agama Orang Melayu telah di rosakkan oleh politik pemimpinan PAS dan sandiwara Anwar Al-Juburi. Kebijaksanaan dan kesolehan orang melayu kampung telah di gantikan oleh kekasaran dan kebiadaban budaya Badui mahupun kemodenan Barat. Orang sekarang tak kenal tokoh dan wali Melayu dulu, apalgi nak cari ilmu yang diwarisankan mereka.
Tapi dekat-dekat ini, alhamdu lillah ada usaha untuk membangkitkan ilmu hakikat, iaitu buku makrifatullah tulisan Tok Kenali dari Kubang Kerian, Kelantan.
Sudah terlampau lama kaum muda Wahhabi dok menyelewengkan hati dan akal orang mukmin, sampai yang perkara yang tak pernah tersangka terjadi diKetereh baru ini :-perogolan lelaki ramai atas seorang budak sekolah.
Kita berdoa supaya Allah Ta'ala Ar-Rahman Ar-Rahim mengasihani orang Melayu dan memberkati kita dengan perkenalan hakikat diri sebagai insan yang beramah dan bijak yang tak pernah terlepas dari hikmat Tuhan dan teladan murni Sayyidina Muhammad s.a.w.
Saya sungguh rasa terganggu dengan perkembangan yang sedang berlaku di Johor.
hampir 70 peratus tanahnya dimiliki oleh rakyat asing. tekanan kos akan menyebabkan rakyat johor akan terpinggir dan akibatnya mereka akan memilih untuk berhijrah keluar dari johor.
Melihat kepada fenomena kerabat istana gairah menjual tanah-tanah kepada kenglomerat asing dan labanya masuk ke kantung sendiri.
Kerabat istana kena ingat adanya raja kerana adanya rakyat yang masih mengiktiraf raja.
tapi bila rakyat sudah tiada apa mungkin raja boleh memaksa rakyat asing mentaati raja.
ingat selagi ada melayu maka adalah raja tertapi bila melayu sudah tiada...,
maka siapa yang akan mendokong raja. jangan sampai raja pupus dengan sendirinya
Singapura di langgar todak. Sekarang todak todak di Singapura telah penuh dan mencari kawasan baru untuk melanggar.
Semenjak Malaysia merdeka, yang menjadi MB Johor adalah orang UMNO dan semua syarat pindah milik tanah memerlukan kelulusan MB. Bagi mana mana pengulas yang meletakkan kesalahan kepada pembangkang, adalah tidak siuman fikirannya kerana orang lain yang makan nangka orang yang lain pula digetahnya. Waraskah akal orang begini? UMNO sendiri yang curang dalam mengendalikan urus tadbir tanah, gelap mata dengan habuan maka generasi kemudian menanggung akibatnya.
Untuk makluman Anon 09:20:00. Berhubung dengan “AGAMA” orang Melayu, benar kah PAS yang menjadi perosak? Setahu saya UMNO lah yang menjadi punca nya kerana tidak mengamal kan keseluruhan isi kandungan Al-Qur’an, terutama hukum hukum yang di garis kan.
Berkaitan dengan buku “HAKIKAT INSAN” karangan Tok Kenali, saya memiliki dan sudah beberapa kali membaca nya. Mungkin apa yang Anon faham tidak sama dengan apa yang saya faham kerana keterangan nya begitu abstract sekali. Untuk memahami nya perlu berguru dengan mereka yang benar benar mendalam dan memahami ilmu tasauf nya dan dapat membezakan diantara Hak dan Batil, walau pun ilmu itu bukan dari sunnah Nabi. Kerana ilmu ilmu seumpama itu di reka oleh puak puak Syiah.
Di dalam upaca nikah khawin dan menanam mayat orang orang tertentu terdapat unsur, Syiah(tiupan nafiri)dan agama kristian. Upaca nikah khawin pula di selaputi dengan adat hindu(tepung tawar, renjisan air, mawar, pulut kuning, tepak sirih dan bersanding.
Di dalam buku itu tidak di jelaskan sama ada membaca talkin, merhaban, tahlil yang banyak lagi yang di lakukan oleh "AGAMA" orang Melayu tidak di berikan dalil sama ada boleh atau pun tidak. Senang cakap, mengikut syarak ke tidak?
Perihal Al-Juburi pula ada kah anda merupakan salah seorang dari empat saksi yang melihat nya. Kalau tidak mana anda tau perkara itu benar benar berlaku atau pun tidak. Di bulan puasa ini elok lah muhasabah diri kita. Mana tau kok lebih teruk dari makhluk yang di laknati ALLAH.
Saadun Sulaiman, dgn bersangka baik anggap saja anon tersebut masih jahil kesedaran agamanya. Kita doakan supaya mereka diberikan petunjuk agar sempat bertaubat dan memohon maaf drp individu yg difitnahnya.
Tuan,sebenarnya ini semua salah orang melayu.Kita ada pilihan setiap 5 tahun sekali.Seperti kata pakar perunding antarabangsa, negara tidak akan stabil dari sosio politik dan ekonomi kalau pemerintahan itu tidak pernah berubah kerajaan.Jalan terbaik mari kita ubah dari mengundi BN ke PR.Kami telah lama berubah dan rasa senang dengan pemerintahan kerajaan PR sebab yang penting bila ada perubahan rasuah dan penyelewengan mudah di bendung. Dengan kejatuhan Selangor dan Pulau Pinang ke tangan pembangkang maka puak2 BN menumpukan usaha penyelewengan seterusnya ke Johor.Selamat berubah,kami dah selesa dengan PR.Bye..bye..
Anon 19:00,
Masalahnya apabila dapat kat PR di Selangor contohnya kerajaan dan pemimpin-pemimpin negeri itu berebut kuasa dan tidak bersatu..bergaduh 24 jam..
salam ramadan Tuan,
dalam dunia penuh persaingan islam melayu yg dah kurang lebih 57 tahun, juga alami masa sukar sekarang. malaysia ada bagai bangsa . keciciran ekonomi adalah masalah islam melayu masa mula merdeka dan sekarang ada kesedaran.
keadaan lintang pukang mengatur kemajuan politik dan arah maju bangsa yang kabur itulah yg ada depan mata kini. dan kelebihan bangsa cina berekonomi yg populasi no. 2 terbanyak adalah faktor penting muncul corak keadaan sekarang.
singapura yg asalnya berpenduduk melayu majoriti kini maju di perintah bangsa cina. bila en, KYLee tidak lagi perintah, era baru nampak lebih terbuka dan melayu cuba diberi peranan. cina telah dan memang terbukti kuat berekonomi. namun keterbukaan pemerintah pada bangsa melayu adalah langkah baik.baik untuk negara.
struktur sosial majmuk malaysia dan adanya cina yg ada kelebihan ekonomi, membuat pemerintah negara banyak buat tindakan dan polisi yg tidak tepat.
bentuk bangsa malaysia yg tidak jelas kesatuannya/acuannya. generasi kini patut maju dengan nilai baik yang tepat. jika tidak keadaan kalut/kabur tak berkesudahan. bagi org muda yg baik perintah negara.
ruler negeri pun mesti jelas garis sempadan pengurusan kerajaan. supaya mudah rakyat buat kerja mengurus dgn betul.
nasib lain lain muslim:
palestin memang tempat bertarung. terus berjuang.
arab muslim di libya, iraq satu rumpun, kaya minyak tapi sedang kucar kacir.
egypt corak diktator menjadi trend yg diguna. cuba didemokrasikan tapi tak menjadi.
afrika muslim somalia,kenya,uganda negeri miskin dan sukar dikawal.
pakistan juga sesuai dgn diktator buat masa kini.
afghanistan cuba untuk stabil.
turki pernah guna cara sekular dan trend kurang sekular nampak bagus.
kesimpulannya terus usaha yg baik.
salam
sy
zubirr
UMNO bergaduh berpuluh tahun berebut kuasa nak kaya tanah bagi cina. Tanah rezab Melayu dari 3 juta eka tinggal 1.8 juta ekar di jual murah nak cepat kaya, bangsa tergadai.
Post a Comment