Kekalutan di Selangor yang belum
lagi selesai sekarang ini, banyak perkara dan isu dapat difahami dan
sebagaimana orang yang beragama percaya di dalam segala-gala yang buruk yang
berlaku akan ada hikmahnya. Jika tidak berlaku yang terburuk tidak akan tiba yang
terbaik. Apabila keadaan yang amat buruk berlaku kita bersabar dan belajar lagi
kenapa keadaan itu berlaku. Jika cepat kita memahaminya, maka yang baik dan
terbaik akan timbul.
Jika terjumpa yang buruk dan
tidak cantik, jangan terus dibuang kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.
Di sebaliknya jika terjumpa yang cantik dan yang lawa, jangan terus diterkam
kerana di sebaliknya mungkin ada kecelakaannya. Itu sebabnya mereka yang
berjaya di peringkat akhir ialah orang yang mempunyai tahap kesabaran yang
paling tinggi dan itu jugalah apa yang diajar oleh semua agama.
Tetapi dalam usaha menjadi yang
sabar itulah yang tersangat susah dan payah untuk dilakukan. ‘The one who laughs
last laughs the loudest and the one who smiles last will smile the sweetest’
itu kata-kata setengah orang yang bijak pandai yang saya dengar berkata.
Apa yang kita belajar dari
insiden di Selangor ini? Masing-masing memandang sesuatu perkara itu dari
banyak sudut, tetapi yang paling rapat sekali ialah pandangan dari sudut kepimpinan
bagi pihak yang ‘alternative’ kepada pimpinan yang menyandang pada hari ini.
Sebagai pihak ‘alternative’ elemen
yang terpenting ialah kewibawaan barisan pimpinannya terutamanya bagi pemimpin
utamanya. Itulah yang saya secara jujur memandang terhadap pimpinan Pakatan
Rakyat ini. Kewibawaannya perlu lebih baik dari kepimpinan kerajaan yang sedang
hendak diganti dan di ambil alih ini. ‘Ibarat menggantikan sebatang pokok yang
reput, benih dan pokok yang hendak menggantikan pokok yang reput itu perlu
mempunyai kualiti yang lebih baik dari pokok yang hendak dianjak dan dialih’.
Anwar mempunyai masalah yang
besar terutamnya masalah peribadi yang sudah menjadi stigma kepada dirinya
sendiri. Kita tidak boleh menuduh dan menuduh yang segala apa yang berlaku terhadap
dirinya itu adalah fitnah semata-mata. Yang pentingnya beliau sudah didapati
bersalah dan isunya adalah isu yang sangat besar dan susah hendak ditanggalkan
dari dirinya.
Kita tidak mahu membesarkan isu
ini tetapi pihak yang hendak mencari kepimpinan itu wajar memahami bahawa isu
yang dihadapi oleh Anwar ini adalah isu yang teramat sensitif dan bukannya
boleh diselesaikan dengan mudah begitu sahaja. Berbagai-bagai perkara akan
berlaku jika Anwar masih dijadikan pimpinan utama kepada Pakatan Rakyat ini. Anwar boleh menyumbang kepada keamanan politik negara dengan cara yang amat mudah, iaitu dengan bersara sahaja dan pengorbanan itu akan dikenang sehingga bila-bila. Dengan bersara juga boleh memberikan sumbangan yang bukan kecil kepada negara.
Isu ini tidak akan selesai dengan
mengembalikan tuduhan itu sebagai fitnah dan ‘conspiracy’ politik semata-mata.
Bukan semua manusia boleh yakin dengan alasan itu. Malahan bagi mereka yang
lebih senyap dan memerhatikan dari tepian politik akan lebih memahami keadaan
kerana mereka boleh ‘menyelam air dalam tunggak’ apabila menilai isu ini dengan
tenang.
Beban ini telah dipikul oleh
parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan mesti kita fahami yang mereka yang yakin
Anwar telah melakukan seperti apa yang telah diputuskan oleh mahkamah itu tidak
akan bersama dengan perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengganti BN yang sudah
reput ini.
Bagi saya Pakatan Rakyat perlu
mencari dan menentukan Ketua kepada gerakan mengganti kepimpinan kerajaan ini
adalah dari yang berwibawa dan ‘magnanimous’. Isu sekarang bukan sahaja untuk
mencari pimpinan yang menang dalam pilihanraya semata-mata.
Negara kita begitu serius
keadaannya dan cara yang boleh menyelesaikan masalah-masalah dan isu berbangkit
ialah dengan bertaut dan bersatu diantara semua yang bertelagah termasuk mereka
yang berada dalam kerajaan sekarang.
Kita mesti sedar keadaan
perpecahan ini bukan sahaja berlaku dalam Pakatan Rakyat tetapi juga berlaku
dalam BN, terutamanya diantara rakan-rakan kita di Sabah dan Sarawak ,
yang berkait dengan berbagai isu, nasional dan tempatan.
Itulah sebabnya blog ini belum
lagi berhenti untuk kita semua yang bertelagah ini untuk duduk di meja bulat
untuk berunding dan memulakan siasah baru. Elok perundingan ini di ketuai oleh
seorang yang berwibawa dan tidak terlibat dengan perebutan kuasa yang tidak
membawa apa-apa faedah dan hasil kepada mana-mana pihak.
Kita tidak boleh memberikan
tugasan ini kepada mereka yang terpalit dengan apa-apa isu yang buruk terhadap
batang tubuhnya. Jika ini tidak dilakukan, maka kita akan menjadi sebuah negara
dalam mana setiap hari dan setiap masa rakyatnya berbelah-belah dan akan
sentiasa berpolimik politik yang tidak manghasilkan apa-apa.
Yang akan kita alami hanya
perpecahan dan pergaduhan kerana kepentingan peribadi semata-mata. Ingat samada
PAS atau DAP dan PKR, tanggungjawab anda bukan semata-mata untuk memenangkan
individu dan menghapuskan politik individu lain. Anda mempunyai perjuangan yang
lebih besar dari itu.
Tunjukkan kejujuran dan lakukan
yang terbaik. Melakukan yang terbaik bukannya bersukaria pihak lawan kalah,
tetapi untuk membawa semua yang bermasalah itu ke meja perundingan bagi mencari
penyelesaian yang berkekalan untuk kesejahteraan negara yang berbilang kaum
ini.
Semuanya, UMNO, DAP, MCA MIC dan semua parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu berkumpul kepimpinannya dan berunding. Jika keadaan sekarang masih berterusan, tidak ada yang menang dan kalah diantara meraka. Yang kalah hanyalah rakyat jelata yang sedang berperang dengan kesempitan hidup seharian ini.
Semuanya, UMNO, DAP, MCA MIC dan semua parti-parti di Sabah dan Sarawak perlu berkumpul kepimpinannya dan berunding. Jika keadaan sekarang masih berterusan, tidak ada yang menang dan kalah diantara meraka. Yang kalah hanyalah rakyat jelata yang sedang berperang dengan kesempitan hidup seharian ini.
12 comments:
Apakah dengan mencari orang yang 'bersih' menjadi ketua boleh menyelesaikan masalah?
Syaitan dan manusia parti 'syaitan yang dikenali' akan menimbulkan fitnah baru untuk merosakkan imej ketua yang 'bersih' pula... ITU KERJA TETAP MEREKA. Mereka punya kuasa dan wang(buat masa sekarang)
Apa yang perlu pemimpin2 Pakatan buat ialah saling memperbaiki diri, memahami dan melaksanakan kehendak rakyat.
Hikmah krisis Pakatan. Yang tergoda akan tergelincir dan terdedah akhirnya.
Yg ada dalam pakatan tu semuanya malaikat ke?
Tanya diri sendiri. Bka mata dan buka telinga.
Dua-dua pihak ada syaitan. Ada faham?
Meliwat tu kerja siapa? Malaikat?
Pak Aspan.....
TAHNIAH....anda telah memberi suatu " endorsement " bahawa pihak yg sanggup bermain kotor dgn cara mengaibkan pihak lawan...adalah pihak yg betul. Anda telah memberi kemenangan percuma kepada mereka dan generasi kita yg akan datang hanya akan punye pemimpin2 yg sanggup bermain kotor menjadi pemimpin mereka. Tahniah sekali lagi.
Betul2....
Ingat qada & qadar..
Lantak le deme2 nak berdrama "Power + Kepala Agong"..
Aku duduk relax makan pop corn + air soda 1 round, sambil kutip setiap cerita yg berbentuk "Maze"...
Rakyat menang hanya sehari dalam lima tahun, the rest goes to them-tikus yg membaiki labu.
Pernah jumpa labu yang siap dibaiki tikus?
Anon 13:39,
Kenapa terlalu jumud sedangkan saranan Pak Aspan (berlapadang dada, bermusyawarah) sangatlah Islamik dan seharusnya disokong? Bukankah memburukkan pihak lawan yang awak sifatkan sebagai perangai syaitan itu jugalah permainan pihak Pakatan yang awak sokong? Bukankah 'politics of hatred' itu strategi kamu selama ini untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap pihak lawan?
Suffian 14:06,
Anda memesongkan pendirian AA: bila pulak beliau merestui pemimpin yg bermain kotor? AA sekadar melihat 'the big picture' dengan hajat membawa politik Malaysia maju ke hadapan. Jika tidak, selagi itulah politik negara berkeadaan sempit dek perangai orang2 yg berjiwa kecil dan berfikiran songsang.
Hikmahyna isu MB Sgor ini: rakyat lebih jelas perangai Anwar Ibrahim. Ini semua takde kena mengena dengan kepentingan rakyat ke, hape ke. Sebaliknya, dia berkuntau mengelak dari masuk penjara. ITU SAJA!
Saudara Aspan,
Apa-apapun saya amat bersedih kerana fitnah terhadap TSKI dijaja disana sini.
Bagi saya issue ini tidak akan habis begitu saja. DUN mungkin bubar dan BN akan kembali menang.
Kupasan saya sebab2nya
a. Tindakan golongan gila kuasa dalam PKR
b. Tindakan yang tidak sistematik dari PAS
c. Tindak balas dari TSKI terhadap bekas bossnya dalam PKR
Untuk PAS, saya rasa inilah permulaan pengusiran dari PR, dan pada yang sama kekalahan PR secara overall pada PRU 14 di Selangor. Saya rasa PRU 14, paling banyak PAS Menang 3 kerusi dan begitu juga PKR.
Isu ini kalau dilihat adalah kerana DAP dan PKR bergerak kearah 2 party system di Malaysia seperti di US. Tetapi PAS hanya berdasarkan on loose coalation format.
Ingat ramai yang sudah terluka hati dengan tindak tanduk Anwar
DajjalmataSatu..
Kalau Anwar Ibrahim jadi MB sekalipun apa Mahkamah x boleh jatuh hukum ke kalau dah sabit dia salah?
dia akan guna 'loophole' dalam undang-undang dan hak sebagai MB untuk elak diri dari penjara. Mari kita sama sama saksikan.
Post a Comment