30 August 2014

Anwar Ibrahim mungkin dapat menyelamatkan enam ribu kakitangan MAS dari diberhentikan

Sekarang pandangan ramai agak beralih dari isu pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR dan perletakkan jawatannya dari pejabat Menteri Besar kepada isu MAS yang sedang diusahakan pemulihannya dari kerugian yang berterusan yang melibatkan berbillion ringgit.

Pihak Khazanah telah mengumumkan penstrukturan semula MAS dan ia akan melibatkan kerajaan sebanyak RM6 billion. Seramai 6,000 orang kakitangan dan pekerja penerbangan Malaysia itu akan kehilangan pekerjaan dan ia adalah isu yang sangat panas yang sedang dimainkan oleh pihak pembangkang, khususnya Anwar Ibrahim.

Apa yang dikatakan oleh Anwar itu adalah benar, hanya Anwar tidak pula memberikan cara penyelesaiannya jika situasi itu dihadapkan kepada beliau jika beliau menjadi Perdana Menteri seperti yang beliau idam-idamkan itu. Anwar menyelar Putrajaya dalam isu terbaru ini, dan mengkritik Putrajaya sambil bertanya apakah keadaan 6,000 keluarga yang terlibat dari pemberhentian mereka dari syarikat penerbangan negara itu.

Anwar berkata benar, bagaimanakah nasib enam ribu keluarga itu dari penstrukturan MAS itu? Tetapi kita wajar bertanya kepada Anwar apakah solusi yang paling baik jika beliau diberikan tanggungjawab memperbaiki keadaan MAS, tanpa memberhentikan enam ribu kakitangan dan pekerja MAS itu?

Bagi saya bukan masanya untuk menyalahkan Dr Mahathir dan Daim dalam kegagalan MAS itu sejak ia di ‘privatized’ oleh kepimpinan Mahathir dahulu. Sememangnya sakit kerugian itu bermula dari tindakan Mahathir dan Daim menswastakan syarikat penerbangan itu kepada Tajuddin Ramli kerana sememangnya isu itu adalah Dr Mahathir dan Daim yang bertanggungjawab.

Bagaimana pula dengan ‘accountability’ nya? Bukankah ‘accountability’ nya tertanggung kepada ahli jemaah kabinet negara yang Anwar sendiri merupakan ahli kepada Jemaah Kabinet itu semasa pengswastaan syarikat penerbangan itu? Kenapa Anwar membiarkan sahaja Tajudin diberikan ‘indemnity letter’ untuk mempastikan beliau tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian syarikat itu?

Hasil dari ‘indemnity letter’ dari kerajaan itu Tajuddin mendapat jalan mudah untuk melarikan dirinya dari sebarang tanggungjawab dan kerajaan terpaksa akur menanggung RM589 juta yang sepatutnya ditanggung oleh Tajuddin Ramli itu. Saya mencadangkan kepada Anwar agar beliau mengemukakan cadangan pilihan untuk mengambil kira tentang enam ribu orang pekerja MAS yang akan diberhentikan dalam penstrukturan semula MAS itu.

Anwar mempunyai saham besar dalam isu ini kerana beliau merupakan ahli ‘senior’ dalam Jemaah Kabinet Mahathir semasa itu. Anwar bukan sahaja tidak memberhentikan tindakan Mahathir melakukan ‘bailout’ terhadap Mirzan Mahathir yang melibatkan hampir RM2billion pada 1996 yang lalu. Beliau selaku Menteri Kewangan sepatutnya membantah dalam usaha Mahathir melakukan ‘bailout’ terhadap anaknya yang gagal dalam perniagaan itu.

Jika kita berbahas secara simlistik kita boleh memberikan alasan yang baik untuk ‘bailout’ MAS ini, kerana syarikat kepunyaan individu anak kepada Perdana Menteri semasa itu boleh di ‘bailout’ dengan berbillion ringgit, kenapa kita begitu risau dengan ‘bailout’ syarikat penerbangan kepunyaan rakyat yang ramai ini?

Kita tentu akan kagum dengan Anwar jika beliau mencadangkan kaedah pemulihan alternatif  kepada perancangan pemulihan yang dicadangkan oleh Khazanah Nasional ini, bagaimana caranya Anwar berfikir untuk membatalkan pemberhentian 6,000 orang pekerja dan kakitangan MAS itu?

Di sini merupakan satu ujian bagi Anwar yang telah mengkritik cara pemulihan MAS itu dan tentunya amat baik dan ditunggu-tunggu jika Anwar dapat memberikan cadangan ‘alternative’ bagi pemulihan ini tanpa memberhentikan enam ribu pekerja ini.

Kita tunggu pelan pemulihan cadangan dari Anwar Ibrahim. Pelan itu wajar dipaparkan kepada umum kerana MAS adalah kepunyaan rakyat yang melibatkan wang pembayar cukai negara.

Kita hendak mendengar dan melihat apakah cadangan-cadangan beliau untuk menyelamatkan enam ribu orang pekerja MAS dalam penstrukturan syarikat penerbangan nasional itu

35 comments:

bren said...


Salah satu cadangan DSAI ialah melantik isterinya jadi MB Selangor. MAS akan pulih jika W Azizah dilantik jadi MB Selangor....he..he..he

Anonymous said...

Jom ramai2 kita dengar pembohongan KetUm Bang Non Al-Juburi Wal Liwati Ad DAjjal ni.......

tebing tinggi said...


Apa kata lantik W Azizah jadi CEO MAS yang baru pasti gajinya lagi lumayan dari jawatan MB.

Aden tongah kiro brapo ekor kobou Den keno jual ,nak bayor naik kapal trobang .

Anonymous said...

Mungkin sebabnya mengapa Anwar mahu Kerajaan Selangor membayar 10 kali ganda iaitu rm2.5 bilion syarikat Splash kepada konco nya Wan Azmi supaya digunakan untuk menyelamatkan MAS.

Iaitu dengan membekalkan air percuma kepada MAS. Tak ke gitu, tuan punahsihat rm1 Anwar?

Anonymous said...

Mengharapkan Anwar si lulusan general degree sastera untuk menyelesaikan masalah korprat berbilion ini suatu expectation yang menjangkau kemampuan dia.

Tindakan2 ala-IMF Anwar sebagai Menteri Kewangan yang bertentangan dengan langkah2 Mahathir semasa kegawatan ekonomi 1997-1998 hampir meranapkan terus ekonomi negara.

Anwar is a complete failure, a disaster to PKR, Pakatan, Selangor, and to this nation.

XUMNO said...

Mengkritik memang mudah, tetapi jika mahu disanjung kemukakan pelan alternatif untuk menyelamatkan 6ribu pekerja tersebut seperti yang dicabar olah Sdr Aspan.Tukang tebar roti canai pun boleh kritik tindakan bailout Mas oleh Najib sambil sapu peluh kat dahi, kan. bagaimana kalau PKR ambil 6ribu pekerja tersebut jadi ahli dan jadikan bloger2 pencacai untuk burukkan Pas.Bloger2 dan Cai2 upahan sekarang belum begitu ramai dan kurang berkesan dalam kerja2 kotor menyalahkan Pas untuk membersihkan najis2 tahi yang ditabur merata tempat oleh PKR.

Anonymous said...

Anwar hanya guna isu itu sbg political mileage beliau. Pemberhentian itu bukan terus pecat staff, ttp ada tatacaranya...sprt sykt2 lain TM, TNb, dll. Mungkin melalui vss dsb.

Anonymous said...

Punca kerugian MAS adalah rasuah dan ketirisan. Bayangkan HR Manager MAS dibayar gaji RM 150k sebulan,lebih mahal dari CEO syarikat swasta.

Anonymous said...

Tak elok perli perli Pak Sheikh ni.. Dia kan anugerah Tuhan, dihormati seantaro dunia. kalau pergi US diberi 'red carpet' welcome. Mana ada pemimpin Asia diberi kehormatan seperti ini.

Ilmu dia ditagih ramai orang. Dia jadi konsultan IMF walaupun lulusan General Degree Pengajian Melayu. Diakan pensyarah bertaraf Professor di universiti terkenal di Amerika. hebat tu.

Hebatnya dia hinggakan undi parti PKR pun makan bulan-bulan kalah undi Presiden Amerika. hebatnya dia hinggakan jawatan KETUM pun tak ada dalam perlembagaan parti, tapi sebab dia boleh pulak.

Orang lain kalau lantik bini jadi MB akan dicop kroni tegar tapi untuk dia bukan.. Memang Hebat dia ni.

Anonymous said...

Eleh masa MH370 hilang dulu DSAI ckp kalau dia perdana menteri dlm 1 minit MH370 boleh jumpa, kalau betul2 tau dan berperikemanusiaan x perlu kot tunggu sampai jd PM....skrg isu MAS pulak...suka menangguk di air keruh...

Anonymous said...

Kjaan nak dgr tak?bab kurang harga myk dah diberitahu tp tak buat pun

Anonymous said...

Apa saja cadangan yg dikemukakan Anuar semuanya akan dibakul sampahkan oleh Najib & BN. Najib akan mendengar & melaksanakan cadangan Rosmah. Maka lebih baik tidak memberi apa apa cadangan.

Anonymous said...

Itulah mudahnya jadi PEMBANGKANG di Malaysia, kutuk kutuk kutuk, kritik kritik kritik, kemudian cabar kerajaan atau PM suruh letak jawatan ...
Tapi jalan penyelesaian kpd isu yg dikritik dan dikutuk tu TAK PERNAH diketengahkan langsung.
Teringat pulak video-video sikit masa dulu, BANGKANG DARI LONGKANG.

Anonymous said...

Cadang Khalid Ibrahim jadi Ceo Mas

Anonymous said...

Mcm mane nak bakulsampahkan cadangan Anwar ni. Sampai sekarang tak pernah pun dia cadangkan apa2 yg bernas pun, asyik menghentam mengkritik memperlekeh kerajaan siang malam.

Contohnya apa cadangan dia nak cari mh370 tu dalam tempoh 1 minit? Nanti dia akan pusing pulak 1 minit start dari 16 Sept 2016....hah, tunggulah kita, macam tunggu malam sebelum 16 September 2008 dulu. Tiunyeseng kena tipu aku kat PJ malam tu.

Anonymous said...

Busuk2 Rosmah pun takde le dia kantoi tipu skodeng mcm si Anwar ni...pun ada hamlau yang masih percaya. Sudah2lah Anwar ooi

Anonymous said...


Lantik Wan Azizah jadi CEO MAS, tentu selesai masalah!

daud said...


Betul, patutnya dari dulu lagi lantik Wan Azizah. MAS tak rugi macam skrg ni.

Anonymous said...

harap khazanah lantik tan sri khalid ibrahim jadi ceo mas memandangkan dia akan meletak jawatan tidak lama lagi

Anonymous said...

harap khazanah lantik tan sri khalid ibrahim jadi ceo mas memandangkan dia akan meletak jawatan tidak lama lagi

Anonymous said...

lantik tan sri khalid ibrahim jadi ceo mas sebab tak lama lagi tan sri khalid akan meletak jawatan sebagai mb selangor dan dia sekarang adun bebas

Anonymous said...

Anwar Ibrahim mungkin dapat menyelamatkan enam ribu kakitangan MAS dari diberhentikan, tapi tak dapat menyelamatkan diri dari dipenjarakan.

Anonymous said...

Alasan Klise:

"kalau aku cadangkan nanti kalau cadangan itu baik dan berjaya, pihak yang mendapat kredit adalah parti pemerintah."

Bagi mereka yang menyokong alasan diatas dia berasakan bahawa sememangnya cadangan itu ujud tetapi tidak dinyatakan secara umum agar tidak di gunapakai tanpa kebenaran pencadang.

Bagi mereka yang skeptikal terhadap retorik, alasan untuk tidak memberikan cadangan bukanlah kerana kebimbangan cadangan berkenaan akan digunakan tanpa kebenaran tetapi alasan itu dibuat kerana cadangan itu sebenarnya tidak ujud.

Kalau ada cadangan yang baik dan praktikal diutarakan melalui media dan kalaulah nanti cadangan berkenaan digunapakai dan betul-betul membawa kepada kejayaan, bukankah pihak media tahu siapa yang akan diberikan kredit?

Justeru tidak timbul isu, 'lembu punya susu sapi dapat nama' dalam hal berkaitan kepentingan umum dan negara kerana umum dan pihak media akan sedia maklum pihak mana yang sepatutnya mendapat pujian dan ganjaran.

Anonymous said...

Compliant stooge...pkr dh jd compliant stooges...aziz bari...ahmad awang...lajnah pkr...and mb pulak...then anwar plak compliant stooges washington.

Anonymous said...

Jauh lebih bagus Rosmah, Hasan Malek, Shafiee Afdal, Zahid Hamid Ali Rostam dan Isa Samad dpd Anwar Ibrahim... kejap lagi Hishamudin jadi PM ganti Sepupu dia.i

Anonymous said...

Antara taktik2 diguna pukir:

1) reward n punishment
2 adun pas yg baghal dpt apa...erkkk...alhamdulillah...yg lain klu xsetuju...cuba ditelanjangkan supaya yg lain2 takut nk melawan...muslimat xpasti.. psl pkr ni pandai main ayat...kdg2 lain dlm dokumen...lain dia isytihar

2) expertise
Tang ni kononnya aziz bari, mazlee, usup qordawi...org yg ada otoroti kredibiliti dan disegani..bg pendapat yg meyebelahi mereka je...skrg dok guna ngo pompuan plak..kononnya pas tolak pompuan

3) gifts
Tang ni byk org pas terkena..dpt jawatan dan habuan...wahan...lajnah2 pkr dpt apa tk tau...terhutang budi or bodi. Siap la perwakilan pas time muktamar nnt...cam lembu kenyangla

4) debts
Ini yg blogger balaci2 dok ungkit...suruh dok igt jasa pkr x masuk campur kt kedah perak trg walaupun semua tu bohong belaka

5) moral appeal
Tang ada la sekor dua termasuk ularmamak...kononnya mereka ni nk mempertahankan islam dan mempertahankan jijah itu lbh islamik

6) fear
Uishhh x junjung titah pkr blh kalah teruk pas ni...netizen marah la...hilang 10 kerisi la...cina xksn undi la

Dan lain2.....

Anonymous said...

anuar ne bukan hebat hanya kita je mengagungkan dia. dia cakap sepuluh sebelas xleh percaya. banyak masalah yang ada dia ngaku leh setelkn tp cakap xserupa bikin...... semuanye terjawab bila dia jd PM... lingkup

Anonymous said...

Adakah kegagalan nanti wajib meletak jawatan kerana bertanggungjawab penuh. Setakat idea bagi lepas tu gagal macam2 alasan utk menyelamatkan kedudukan.

Anonymous said...

Ramai yg untung bila anwar masuk penjara... yg tak untung tu tetap tak unthng.

Anonymous said...

Sku dah x reti nk kata ape...pas pun bodoh gak...dah tau anwar kaki klentong nk join juga dulu...yg berjaya anwar buat negara ni adalah mengurangkn majoriti umno jer...tu aku kira bagus juga sbb krajaan jd seimbang...bru nampak rancak sikit dlm parlimen...x mcm dulu...yb umno pun ramai dh sdar diri...psl cdngan anwar ni payah sikit...patutny dio nyatakn dgn jelas apa hasrat yg terkndung dlm pemikiran politik dia utk sama2 pulihln mas..jgn reti lantik bini jd mb sudah lerrr...patutnya awal2 lg kamu wahai anwar tolak pencalonan bini kau utk jd yb wlu parti hanya mahu bini kamu...sudah2 la anwar...ko dh x sesuai jd ahli politik..bh baik kau jd pemerhati politik jer la...blh juga ko ketawa tgk gelagat org politik baru...

Anonymous said...

Sku dah x reti nk kata ape...pas pun bodoh gak...dah tau anwar kaki klentong nk join juga dulu...yg berjaya anwar buat negara ni adalah mengurangkn majoriti umno jer...tu aku kira bagus juga sbb krajaan jd seimbang...bru nampak rancak sikit dlm parlimen...x mcm dulu...yb umno pun ramai dh sdar diri...psl cdngan anwar ni payah sikit...patutny dio nyatakn dgn jelas apa hasrat yg terkndung dlm pemikiran politik dia utk sama2 pulihln mas..jgn reti lantik bini jd mb sudah lerrr...patutnya awal2 lg kamu wahai anwar tolak pencalonan bini kau utk jd yb wlu parti hanya mahu bini kamu...sudah2 la anwar...ko dh x sesuai jd ahli politik..bh baik kau jd pemerhati politik jer la...blh juga ko ketawa tgk gelagat org politik baru...

Anonymous said...

Ramai yg pening memikirkan masalah negara. Najib sedang pening pikir nak jadikan Hishamudin PM . Setuju dgn anon 14:13.a KPI KPI KPI tak pakai pun.... Retorik je.

Anonymous said...

assalamualaikum wbr,

1. Saya kira MAS pernah membuat keuntungan pada satu ketika, adakah mustahil utk membuat keuntungan semula selepas kerugian sekian lama ?
2. Konsep privatisation yg telah dilaksanakan tidak menjadi ,kena lihat semula kemungkinan2 yang wajar utk membuat untung, termasuk membuang pekerja yang mungkin telah berlaku kesilapan di dalam pengambilan terdahulu, sesuatu yang tidak boleh dielakkan.
3. Teamwork utk pembaikkan perlu ada, kalau anwar seorang atau PR sahaja melaksanakannya, adakah ada kemampuan tanpa bantuan/sokongan kerajaan pusat?
4. TSKI adalah calon paling sesuai, perlu ada seorang yg kreatif/inovatif serta berani utk melaksanakannya tanpa gangguan politik dsbnya .
5. Apa peranan Board of directors MAS yg tidak dapat menyelesaikan kemelut ini? Adakah banyak faktor kecewa di kalangan mereka kerana banyak halangan? Adakah mereka mereka ini banyak kehadiran meeting selain dari membuat kerja? Dimanakah bleeding cost yg sentiasa berlaku?

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Untuk selamatkan 6ribu staff daripada diberhentikan bukannya susah sangat.Bahagian Kejuteraan mempunyai 4 hingga 5 ribu staff,bahagian airport operation ada 3 ribu staff.Kalau kedua-dua bahagian itu di out source atau di ambih alih oleh syarikat lain,selesai masalah.Tetapi jangan lah buat perjanjian sampai 20 tahun.

Anonymous said...

Kerugian MAS bukan hanya sebab kesilapan pengurusan tetapi banyak faktor2 yqng lain terbabit.

1.Staff terlalu ramai.MAS mempunyai 20ribu pekerja.Berapa bayaran gaji ,elaun dan sebagainya sebulan.Semasa pihak kerajaan memberi saguhati sebanyak rm2 ribu seorang,seramai 20ribu pekerja .Jumlah dah mencapai angka 40juta.Itu baru rm2 ribu seorang,MAs membayar gaji dan sebagainya kepada 20ribu pekerja dianggarkan sebanyak rm80 hingga 100juta.Kalau setahun dah berapa jumlahnya.
2.Kos operasi tinggi sedangan revenue sangat sedikit.Untuk sesebuah kapal terbang MAS ,lebih kurang 200 pekerja diperlukan untuk melaksanakannya,dari bahagian penempahan,kejuruteraan,airport operation hingga didalam kapalterbang sedangkan SQ hanya separuh daripada MAS.
3.Penerbangan dalam negeri tidak mendatangkan keuntungan daripada dulu sampai sekarang.Ianya lebih kepada national obligation.Pihak MAS terikat untuk memberi service kepada penumpang dan negara,mungkin ramai yang tidak mengetahui.
4.Ramai yang tidak tahu bukannya hari2 kapalterbang MAS penuh,Setengah destinasi penuh sebab cuti sekolah dan sebagainya.Sebagai contoh penerbangan luar negara,Kuala Lumpur ke Sydney,dalam sebuah kapal AB330 yang boleh muat seramai 250 penumpang ada seramai 80peratussaja,sedangkan kapal Sydney ke Kuala Lumpur hanya mempunyai 30 hingga 40peratus penumpang,,ini tidak mendatangkan keuntungan.Itu boleh termasuk pernerbangan ke destinasi yang lain.Setengah destinasi penuh bermusim,dalam setahun cuma 3hingga 4bulan yang penuh dengan penumpang,sedangkan 8bulan kekurangan penumpang.Bagaimana keuntungan 4bulan untuk menampung kerugian 8bulan.
5.Hutang laput,masih ada pihak kementerian kerajaan yang menggunakan MAS tidak membayar hutang,hutang menjadi bertindih hingga mencapai beratus juta hingga ada yang mencecah rm1billion.Mereka menggunakan warrant tiket tetapi pembayaran memakan
masa 6bulan sehingga setahun.
6.Perjanjian yang berat sebelah,ramai yang tahu ,tidak payah saya terangkan.

Selain daripada faktor2 diatas,banyak lagi faktor2 lain yang menyumbang kepada kerugian MAS.