26 August 2014

Hari ini hari penentu bagi Selangor

“Kalau kita tidak berikan kepada PR memerintah Selangor dulu, keadaan seperti ini tidak akan berlaku. Seburuk-buruk BN tidak pernah mereka bergaduh di khalayak ramai diantara pemimpin-pemimpin mereka. Tak pernah nampak parti-parti dalam BN itu bergaduh sesama sendiri seperti parti-parti dalam Pakatan Rakyat”  kata seorang yang saya baru kenali malam tadi.

Nyata peniaga yang baru keluar dari masjid di Kelana Jaya ini amat terkilan dengan apa yang berlaku dalam PKR yang membuatkan beliau pening memikirkan apa yang berlaku di Selangor yang dimulakan oleh PKR itu. Saya hanya menganggukkan kepala untuk mendengar keluhannya dan ingin mengetahui siapa gerangan yang meminta kebenaran untuk duduk bersama saya kerana kekurangan kerusi dan meja di warung minuman itu.

“Kalau nak bergaduh dan berebut pun, tak usahlah didepan orang ramai. Tak boleh lagi bagi PR undi dalam pilihanraya akan datang ni. Macam si kudung dapat cincin lagak deme ni” sambungnya selamba kepada saya dan rakan saya yang ada bersama. “Kalau keluarga bergaduh sampai kedengaran oleh jiran ni, menunjukan ketua keluarga tidak betul!.....betul tak bro?” tanyanya selamba lagi.

Nyata orang yang saya baru temui ini merupakan orang yang begitu kuat menyokong PR dalam dua pilihanraya yang lalu dan seorang pengundi di Kelana Jaya. Suara-suara seperti ini sememangnya selalu saya dengar akhir-akhir ini. Seperti yang saya selalu sebut akhir-akhir ini mengumpulkan 30 orang ADUN untuk menandatangani sokongan kepada seseorang untuk jadi MB itu tidak bermakna menunjukkan sokongan ramai yang mengundi dahulu.

Saya bertanya secara jujur kepada kawan baru saya ini, “you pernah sokong BN dulu tak bro? Dia menjawab, “last sekali saya mengundi BN ialah semasa Tan Sri Megat Najmudin menjadi calon di sini. Lepas tu saya undi pembangkang. Nampaknya kena undi BN baliklah. Dulu saya pernah menjadi AJK UMNO Bahagian di sini” jawabnya tangkas dan baru saya ingat Megat Najmudin pernah menjadi ADUN di Kelana Jaya.

“Pakatan ni tak boleh pakai…jantan betina sama aje…sibuk berebut jawatan. Kita tak mahu singa lapar macam ni....lama-lama nanti kita pulak dibahamnya” sambil ketawa kecil.

Saya dapat memahami apa yang ada di dalam pemikiran rakan baru saya ini. Yang nyata sekali beliau memberikan sokongan kepada PKR dengan harapan baru tetapi beliau merasakan kekecewaan dengan tingkah laku pimpinan parti itu. Saya selalu dikritik kerana berpandangan sebegini tetapi dari hari ke hari pandangan saya yang dikritik ramai itu sudah mula menampakkan kebenarannya.

Justeru jika dulunya rakyat memilih Pakatan Rakyat kerana tidak berpuas hati dengan BN, kali ini jika BN dan UMNO kembali disokong ramai, ia juga adalah kerana dan sebab yang sama. Jika UMNO memakan masa berdekad untuk menjadi lemah, Pakatan Rakyat akan mengambil masa yang sangat singkat untuk berhadapan masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO dahulu.

Hari ini hari penentu bagi Selangor dan kita hanya mengharapkan sesuatu yang boleh diterima ramai akan terjadi. 

11 comments:

Anonymous said...

I am just curious if you are for Malay nasionalisn or All Malaysian. Thanks

Anonymous said...

anon 9.26am

"all Malaysian" is mere rhetoric lah kawan. the fact that all parties in malaysia are fighting for their own race. don't hide behind glittering generality called "All Malaysian".

the worse among them are those fighting for rejected UMNO man.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Dalam setiap kebangkitan akan ada cabaran2 dan kesusahan yang harus ditempuhi. Seperti dizaman Rasullulah SAW dan semua Rasul2 sebelumnya akan ada cabaran masing-masing. Muhammad sendiri di fitnah dan di belot oleh Abdullah bin Ubai, sahabat yang sangat rapat dengan baginda. Akan tetapi Muhamad tidak mengaku kalah dan tetap berjuang demi menegakan keadilan kepada masyarakat yang di tindas oleh pemimpin mereka ketika itu.

Sikap perjuangan yang tidak lemah, lesu dan letih inilah yang dituntut didalam Islam. Menghadapi tohmahan dan fitnah ini adalah fitrah didalam setiap perjuangan kearah kebaikan. Seperti juga kisah Nabi Noh, najis dan umpat keji dilontarkan kepadanya.

Eloklah kita mengambil pelajaran dari kisah2 ini agar kita tidak tenggelam ditelan bencana.

Anonymous said...

Baru2 ni sy pun menemui kwn2 yg begitu kuat menyokong pkr. Kini mereka marah dan paling tidak setuju dgn azizah calo mb. Malu pun ada juga.
Mungkin ada elok juga klu buat PRN. Serah pd rkyat balik. Membazir2 lah. Apa nak buat. Klu dulu boleh buat by-election kajang tanpa sebab munasabah, so apa salah buat PRN pulak?

Satu lagi, Encik Aspan, sya baca ada komen2 yg marah kan encik. Biasa lah dgn PR crowd ni. Pi tengok Msian Insider. Dr Asri bertanya (dlm FB dia) bayangkan klu PKR memerintah. Tengok je lah komen2 maki hamun dari penyokong taksub PR. Double std lah. Asri ni setau saya paling lantang kritik umno. Klu dia nak kritik PR pun akan berlapik2 dulu, muqadimmah dulu.
Dari segi ini, saya lebih suka penyokong BN. Tak obsessive atau taksub sangat mcm orang pas/dap/pkr. Also, bloggers pro-BN boleh hentam pemimpin2 parti sendiri.Ok je.
Wassalam tuan,. Terus menulis. Bnyk yg tuan tulis, kami org biasa
rasa tapi tidak pandai menulis nya.
Arshat

Anonymous said...

Why not if they can govern Malaysia better.

Jebon said...

Walaupun menyokong tindakan pas tapi keikhlasan presiden pas amat diragui. Mungkin keputusannya dipengaruhi oleh menantu cap ayam. Ini disebabkan pernah kena tipu dgn presiden pas yg flip flop.

Anonymous said...

Rakyat sudah menilai penentuan yang akan dibuat. Krisis yang berlaku di Selangor ini tidak perlu dibuat PRN dikhuatiri akan mencetuskan pelbagai propaganda dan andaian oleh PR.

SPR tidak bising tentang PRN jangan pula hendak ditimbulkan isu ini

Anonymous said...

Rakyat sudah menilai penentuan yang akan dibuat. Krisis yang berlaku di Selangor ini tidak perlu dibuat PRN dikhuatiri akan mencetuskan pelbagai propaganda dan andaian oleh PR.

SPR tidak bising tentang PRN jangan pula hendak ditimbulkan isu ini

Anonymous said...

Tuan AA,
Nampak pada saya kerajaan yang dipimpin oleh PKR dan DAP berbanding UMNO/BN umpama seorang lelaki yang dah lama berkahwin berbanding yang baru kahwin. Suami yang dah lama kahwin jika isterinya terlupa masak kari ayam pun boleh close one eye and shut the other one. Tetapi suami yang baru kahwin jika isterinya terlupa buat SAMBAL BELACAN boleh menyebabkan GADOH SAKAN.

Sebagai pengundi, saya agak bimbang juga dengan parti PKR dan DAP ni. Depa ni yang biasa lompat parti. Dengan habuan sedekah tak seberapa jer..

Tak taulah saya apa yang gopoh sangat nak ganti TSKI tu. Akhir-akhir diakui pulak ketelitian dalam sesuatu perkara dan integriti TSKI. Boleh jadi betul juga telahan Tuan AA ada dedalu dok aim kot. Sebab tu PAS dok relek malah sokong kekalkan TSKI at least sampai habis penggal sedangkan kawan tu bukan YB PAS. Ooooo tak nak jugak dipecat terus daripda PKR disokong oleh sekutunya DAP.

Sahih..ibarat isteri yang terlupa buat sambal belacan.

Suffian said...

Pak Aspan…..
Saya tetap sukakan blog Pak Aspan , saya harap Pak AA terus sudi menerima saya sebagai pembahas….saya hargai Pak Aspan banyak bertolak-ansur dgn saya….terimakasih .
Namun rakan baru Pak AA , pemikiran politiknya tak buleh dipakai sangat.
Katanya “Seburuk-buruk BN tidak pernah mereka bergaduh di khalayak ramai “… dia lupe ke persaingan dalam umno bahagian kat negeri asal Pak AA akhirnya berbunuh awal 80 an dulu……..ada juga anggota RELA angkat senapang patah waktu mesyuarat cawangan di Batang Kali , dulu.
Katanya “Kalau keluarga bergaduh sampai kedengaran oleh jiran ni, menunjukan ketua keluarga tidak betul “…..pada saya patutlah umno parti penuh rasuah/penyelewengan , ketua2nya memimpin parti politik/kerajaan macam memimpin keluarga sendiri , kalau ada anak dara dibuntingkan logik lah mesti ditutup ceritanya , kalau ada rasuah/penyelewengan pun harus ditutup juga ke ?????? atau buleh ke kes2 rasuah/penyelewengan diuruskan secara tertutup ?????
Mungkin juga apa yg Pak AA nak sampaikan ialah……orang macam rakan baru Pak AA juga ramai yg lain yg punye pemikiran yg sama , akan membentuk tsunami di Selangor lantas menyebabkan Pakatan akan tersungkur pd election akan datang . Dlm demokrasi yg penting ialah persepsi majority. Rasenya teman yg lebih patutnya duduk dgn Pak AA minum2 malam tu , bukannya org kampong teman yg tah macam bengap gayenye , lagi rancak le labun kite , ye tak ! Tkasih .

Anonymous said...

Salam Suffian,
Tidak berapa lengkap rasanya jika tidak dimasukkan sekali pergeseran antara pemimpin sesama parti seperti MCA, MIC, Gerakan malah parti nyamuk PPP juga berlaku secara terbuka. Begitu juga parti komponen BN di Sabah dan Sarawak. Janganlah kita menuding satu pihak sahaja. Cuma isu semasa sedang berlaku dipihak PR, tidak patut dijustifikasikan gawat dipihak BN boleh ditutup.