Tiga tahun lagi pilihanraya umum
akan diadakan dan apa yang berlaku semasa itu nanti tidak dapat kita telah.
Politik negara begitu ‘fluid’ dan apa sahaja boleh berlaku, dan ia bergantung
kepada permainan politik kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat. Kita
lupakan sahaja apa yang baik yang akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak
kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada negara selain daripada bermain
politik untuk kepentingan peribadi individu-individu dalam parti-parti
tersebut.
Politik sekarang ialah politik
untuk pergaduhan dan bukan untuk menyatukan rakyat. Rakyat dijadikan sebagai
alat mereka membuat tuntutan sahaja. Lagi berkocak rakyat lagi untung setengah
pihak. Apa pun yang terjadi ia pihak kerajaan tidak akan berhadapan tekanan
seperti yang mereka hadapi semasa PRU ke-13 lalu.
Apa yang berlaku di Selangor
kini, akan memberikan impak yang begitu negatif terhadap Pakatan Rakyat. 'Lenggang tidak sehayun lagi, langkah sudah tidak seirama lagi' dan
bermacam-macam lagi yang tidak kena samada dalam masalah ‘intra-party’ yang
dialami oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga berhadapan
dengan masalah ‘inter-party’ dalam gabungan itu.
Dalam PRU yang lalu ‘life force’
yang ada dalam diri masing-masing dalam Pakatan Rakyat begitu tinggi dan
seolah-olah BN akan terkubur selepas sahaja dalam pilihanraya itu.
Pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat sudah ada yang mendabik dada
dan memberi amaran kepada banyak agensi kerajaan yang mereka akan diambil
tindakan setelah Pakatan Rakyat berada di Putrajaya.
Semasa itu saya bersama-sama
mendukung perjuangan mereka dan saya telah gambarkan yang selepas PRU itu ramai
pemimpin BN akan masuk ke Sungai Buluh kerana sudah ada kecenderungan
masing-masing mahu membesarkan keluasan penjara Sungai Buluh semasa itu untuk
menempatkan ramai pimpinan BN di sana.
Semasa mereka menyebut tentang
penjara Sungai Buluh terasa juga di dalam diri saya yang Pakatan Rakyat tidak
akan berjaya kerana kerakusan untuk berdendam semasa itu amat tinggi. Saya tahu
yang sikap itu akan digagalkan oleh ‘nature’ kerana itu bukan matlamat
perjuangan seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Rakyat yang sentiasa
ada dalam saku saya.
Imbasan yang datang kepada saya
memberikan keyakinan yang matlamat PR akan terbengkalai kerana sikap terlalu
ghairah untuk berdendam itu akan menyekat kemaraan PKR untuk ke Putrajaya.
Keputusannya telah kita saksikan dan apa yang terasa di dalam hati saya dan
beberapa orang yang berbincang secara ‘private’ itu benar-benar berlaku. Bagi
saya keputusan itu tidak mengejutkan walaupun ada pemimpin DAP yang begitu
yakin yang Pakatan Rakyat akan memenangi 125 kerusi di dalam Dewan Legislatif
Persekutuan.
Apa pun semasa dalam masa
berkempen Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan untuk membina aura penentangan
yang besar terhadap BN tetapi keputusannya tetap kalah. Berbagai-bagai tuduhan
terhadap pihak pemerintah seperti SPR dan sebagainya, malahan ada tuduhan yang
mengatakan seramai 40,000 pengundi dari Bangladesh telah mengundi secara
haram semasa PRU itu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi mereka yang sudah masak
dengan politik negara ini isu itu hanyalah isu untuk mengalihkan perasaan
kekalahan dan kelemahan mereka kepada pihak lain.
Tetapi bagaimana pula kemungkinan
yang akan berlaku dalam PRU yang akan datang? Bagi setengah pihak keadaannya
adalah ‘predictable’. Ada
yang yakin yang PR akan berjaya menumpaskan BN dan ada yang mengatakan yang BN
akan lebih kuat dari sekarang. Semuanya berhak umtuk membuat telahan dan
andaian masing-masing.
Tetapi jika didasarkan kepada
penilaian yang agak ilmiah, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan mendapatkan
kejayaan lebih dari apa yang mereka perolehi semasa PRU yang lalu. Perpecahan
hari ini, mengambil masa untuk bersatu kembali dan cantas-mencatas di antara
mereka akan tetap berterusan. Masing-masing ramai yang tidak berpuas hati
dengan parti masing-masing dan parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat
itu.
DAP terutamanya, tersangat
mengada-ngada dan menekan PAS dalam isu Khalid Ibrahim ini. DAP mahukan
semuanya dalam Pakatan Rakyat mahu mengikut telunjuknya dan perasaan tidak puas
hati terhadap rakan kongsinya itu dengan mengambil kesempatan untuk melakukan tekanan terhadap PAS sekarang ini. .
Saya begitu tertarik dengan
kenyataan Subki Latif, veteran PAS, yang berpendapat amat mudah untuk menyalahkan
PAS tetapi DAP dan Anwar tidak melakukan secukupnya untuk mempertahankan
Pakatan Rakyat daripada berpecah. PAS tidak bersetuju untuk menyingkirkan Khalid
Ibrahim, samalah seperti DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud. DAP
tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi PAS tidak pernah mendesak supaya Lim
Guan Eng meletakkan jawatan.
PAS seperti DAP juga, sedar
mempunyai kemahuan agar Pakatan Rakyat kuat, tetapi takkanlah PAS sahaja yang
berkorban. Sesungguhnya perpecahan dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor
adalah kesalahan semua parti dan PAS tidak wajar menjadi kambing hitam kerana
ketamakan kuasa sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu.
Kecenderungan Anwar hanya mahukan
semua dalam Pakatan Rakyat itu untuk mendengar dan tunduk kepada telunjuknya
sahaja itu akan melemahkan semangat parti-parti dan ahli yang menganggotai
parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Anwar tidak boleh menggunakan
sokongan yang telah diterimanya untuk menyembelih sesiapa di kalangan jemaah
kepimpinannya. Yang hendak dipaksanya ini adalah manusia yang mempunyai
perasaan dan bukannya haiwan belaannya.
Sedangkan 'anjing kurap pun boleh
mengotekkan ekornya kalau dibuli' sedemikian rupa. Apatah lagi manusia yang
telah sama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor dan menaikkan
imej parti itu dahulu.
Jika tidak dilakukan ‘langkah
kajang’ dahulu, keadaan yang kita hadapi sekarang mungkin tidak akan kita
alaminya. Ingat tu. Sesungguhnya keadaan sekarang adalah satu keadaan yang
begitu ‘unnecessary’ untuk berlaku.
Perancangan untuk menjatuhkan
pemimpin dalam parti sendiri itu adalah perbuatan yang hanya dilakukan oleh
mereka yang dipandu oleh ‘devilish intentions’ dan ia bermula dengan ‘Kajang
Move’ yang dimulakan oleh ‘semua orang tahu’ itu.
Sesudah itu paksa PAS untuk
mengikut telunjuk mereka. Anwar mahukan dirinya seperti Nabi Adam di mana semua malaikat
itu tunduk kepadanya. Yang tidak tunduk dianggapnya sebagai Iblis.
19 comments:
Kalau kita angkoh dan takbur ,yang bersama kita hanya syitam.
Sdangkan Allah yang menentukan ,segala-galanya.
Kobou Den bolom minum lagi.
Saya sokong penuh intipati tulisan tuan. Saperti tulisan tuan dimasa lepas bahawa yang perlu disuruh turun (singkir lebih tepat) adalah anuar dan kuncu- kuncunya bukannya orang kuat yang bermatian menaikkan nama PR.
dagang
terbaiikkkk tn
Kalau bukan kerana anwar pr tak akan berada pada tahap sekarang,masih boleh wujud lagi ke pr sekiranya anwar ibrahim tiada?
Assalamualaikum
Tahniah kerana memberi hujah yang berbeza.
Yong tidak taksub kepada sesiapa. Yong juga tidak setuju cara TSKI dijatuhkan. Juga tidak setuju dengan kenyataan/tindakan sesetengah pemimpin PAS.
Walau bagaimanapun, membuat analogi Anwar Ibrahim dengan Nabi Adam adalah melampau.
We just don't hit people below the belt.
Kalau nak cari kesalahan ...senang aje. Pak Sheikh punya kerja kerana nak jadi PM..Yang lain tukang penuh skrip cerita .Period.
Anwar bukan wali jauh sekali nabi dan pastinya bukan tuhan.
Anwar lahir seperti mana semua manusia lahir
Manusia mati
Anwar pasti mati
Begitu juga dengan pakatan rakyat
Pakatan rakyat adalah organisasi tidak berdaftar
Seperti mana organisasi lain
Pr juga pasti berkubur
Anwar tiada dunia tetap berputar
Anwar ada dunia tetap berputar
Akhir kalam, anwar bukanlah yang terbaik untuk menumbangkan ubn. Kerana anwar telah terbukti dua kali menumbangkan kerajaan pembangkan di perak dan selangor... Some said in kedah also
Komentar terbaik pak aspan..teruskan usaha pak aspan untuk sedarkan mereka yg hanyut dengan kuasa
Mohon maaf Pak Aspan. Saya istiqamah mengikuti tulisan tuan. Banyak yang saya belajar untuk saya juga menulis dalam blog saya. Berkaitan tajuk di atas, saya ada sedikit komen yang saya mohon ampun maaf. Semoga Allah meminmpin kita semua kepada kebenaran. Mohon sudi kunjungi blog saya dan saya mengalu-alukan pandangan Pak Aspan dan semua pembaca; http://suaramuhajirin313.blogspot.sg/2014/08/jika-pr-berpecah-jangan-dikambing.html
Saya sanada dgn seduara..ramai dikalangan kita perlukan pengurusan politik baru.yg dapat membawa rakyat kealaf baru memancu nengara dengan timbang rasa kerana negara kita berbilang bangsadan kaum.sedar tugas adalah amanah..
Mesyuarah yang baik adalah apabila semua pandangan dan bantahan diambil kira dan keputusan akhir yang diambil memuaskan semua pihak.
Jangan tiru mesyuarah yang dikendalikan oleh kounsil keselamatan PBB yang mana keputusan akhir boleh diveto yakni semua keputusan harus dipersetujui pihak yang memiliki kuasa veto.
Tak jadi berpecah pulak.
PAS tidak bersetuju TSKI dilucutkan jawatan bergantung hanya semata mata tuduhan serupa PAS tidak bersetujuan DSAI dituduh bermacam dan tidak mendapat pembelaan. Bagaimana sebuah parti islam boleh mengambil keputusan atas dasar syak wasangka. PAS juga perlu menghurmati Sultan dalam perkara perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum, kerana Sultan juga sebahagian daripada kerajaan. Apabila PKR memecat TSKI, beliau bukan lagi ahli PKR dan tidak lagi menjadi ADUN PAKATAN. Pas tidak menyokong TSKI kekal sebagai MB bukan atas dasar pertama tadi tapi atas dasar perundangan. Isu kerjasama dalam Pakatan dan Isu TSKI mempunyai dua sudut yang berbeza. Satu dari sudut dosa dan pahala dan satu lagi dari sudut kerjasama politik. PAS bukan parti autokratik dan jumud, Suara presiden bukan jadi kata pemutus. Suara syura yang jadi kata pemutus. Masalah dedah mendedah, londeh melondeh, ini kerja orang yaang tidak beriman. Pas tidak perlu dipengaruhi olih orang jahil dalam membuat keputusan, Bagi PAS perkara pertukaran MB buakanlah satu masalah yang melanda tapi ia adalah masalah yang dicipta. Sepatutnya yang mencipta masalah berfikir dahulu sebelum bertindak, berbincang dan sama sama mengambil kata sepakat. Yang nampak bersalah adalah PAS, sepatutnya PAS boleh senang lenang tapi malang diheret dalam isu ini dan tak semena mena apabila presiden menyatakan perkara agama, presiden PAS dimaki hamun, dituduh lembab dan sebagainya. DSAI dan kuncu kuncu nya dilihat HERO, malah ada ADUN PAS mengambil tindakan sediri tanpa menunggu Keputusan Mesyuarat PAS. Diharapkan cadangan meletakkan 2 orang calon dipertujuan dalam mesyuarat tergempar PKR. Jika sekira nya PKR bertegas hendakkan DSWAI juga dengan meminggirkan AZMIN maka kita perlu persoalkan kenapa DSAI mahukan sangat DSWAI sedangkan telah dimaklum nama DSWAI akan ditolak oleh sultan. Adakah ini perancangan DSAI untuk menyerah Selangor kepada BN dan merealisasikan rancangan Konsensus National bersama Dato Najib. Dalam keadaan sekarang kalau TSKI bubar DUN, Kemenangan dipihak BN amatlah cerah. Dalam politik jangan percaya sampai dalam perut. 99 % penasehat sultan adalah orang UMNO, Siapa tahu perancangan DSAI, DSWAI, TSKI, DS Najib, UMNO dan pihak istana ingin mengambil Selangor. Usia DSAI semakin lanjut. Mustahil DSAI rela menghabiskan usianya 5 -6 tahun lagi didalam penjara disamping cita cita politik masih belum tercapai. DS Najib mempunyai masalah untuk terus memimpin. Sekarang mereka berdua mempunyai common enemy iaitu Dr. Mahathir dan puak puaknya yang sentiasa mempastikan DSAI tidak punya peluang dalam politiknya dan juga mahukan DS Najib turun dari menjadi PM kerana kepentingan harta dan jawatan anak anaknya.
disamping untuk menghalang kesalahan dan penyelwengan nya semasa menjadi PM akan dibingkar. Kita tunggu dan lihat. Cuma bacaan politik kita biar lebih, banyak buat hipothesis.
Apa keadaan pun kerja secara jamaah tetap betul dan kuat serta berwibawa berbanding kerja secara individu...
pak aspan x bg ulasan lg tentang keputusan mesyuarat Pas dan juga pakatan hari ni.. memandangkan pas tdk lg menyokong TSKI, jangkaan tindakan yg mungkin diambil oleh TSKI ialah melantik Exco dari kalangan Adun BN sementara menanti tarikh yg sesuai untuk dun selangor dibubarkan sebelum sidang dun november nnt..
... kalau PAS tak bersungguh turun menentang kezaliman UMNO kat anwar di jalaraya dulu... bole ka anwar berada ditahap sekarang. berapa kerat sangat ka ahli PKR yg sanggup bermandi air asid dan tearing gas FRU tu?? berapa kerat???! mungkin lepas ni biar la PKR ja turun demontrasi kalau bersangkut kes anwar sbg individu. bila ada kaitan PR pertimbangkan dulu... kalau sama banyak baru bole kira. DAP tak yah cakap banyak... berapa ekor ja yg turun je jalanraya. sembang ja lebih. PAS perlu lebih tegas dan keras slps ini. cukup-cukuplah dihina dan dimaki oleh PKR DAP. Tak salah bertahaluf siyasi dgn DAP PKR tapi SALAH membiarkan HUDUD DIPERMAINKAN OLEH DAP PKR.. TERSANGAT SALAH!!! Harap kepimpimpinan PAS faham
pak aspan... cpt2 le bgi komen...jk x... nampak sgt pak aspan nk pakatan pecah...
Apa keadaan sekalipun Anwar memang hebat... seolah2 dia presiden kepada 3 parti terbesar dlm Malaysia. Kena anggok apa juga kemahuan Anwar.
Bukan salah siapa ,salah PAS sendiri yg sudi di buli , dulu kini dan selamanya .
Mana tak kena buli , 3/4 drpd AJK pusat PAS adalah yg Pro DAP dan PKR.
Silap PAS lagi ialah kerana jadikan saudara seislam dan seagama sbg musuh No. 1 , maka bergembiralah para iblis laknatullah kerana pak-pak lebai PAS menurut segala titah perintah iblis supaya saling bermusuhan dan benci membenci .
Post a Comment