Jika akhirnya Wan Azizah menjadi
Menteri Besar melalui undi tidak percaya terhadap TS Khalid Ibrahim, pertamanya ia
adalah Menteri Besar wanita yang pertama di negara ini Tentulah ramai yang
ternanti-nanti apa kah perubahan yang hendak dilakukan oleh partinya setelah
masih tidak berpuas hati dengan ‘performances’ Menteri Besar sekarang ini.
Badainya ada dua, pertamanya ia
akan menunjukkan perbezaan yang jelas lebih baik dari yang ada pada hari ini.
Keduanya mungkin keadaan akan sebaliknya. Itu terpulang dari sudut
mana kita melihat perubahan itu. Tetapi perubahan tetap ada, mungkin terlalu
jelas perubahan itu nanti.
Oleh kerana beliau belum lagi
menjadi, kita hanya mampu mengagak dan menelah sahaja dalam isu ini. tetapi
yang pasti PKR akan lebih ‘bergumbira’ jika terjadi peralihan kuasa ini
terjatuh ke tangan Wan Azizah. Khalid mempunyai imej kedekut kepada parti, dan
itu adalah pengetahuan umum. Kepada beliau wang kerajaan itu rakyat yang punya dan parti tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya wang itu. Parti nak belanja carilah sendiri.
Salah satu yang menyebabkan UMNO
merudum dahulu ialah kerana pimpinan parti itu tidak berapa tahu dan faham yang
wang kerajaan itu adalah wang rakyat. Mereka mempunyai fahaman yang wang
kerajaan itu adalah wang UMNO. Seorang pemimpin UMNO pernah berkata kepada
saya, “when you are in power you better be powerful, or else you a bloody fool”
katanya mempertahankan isu UMNO menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengambil
wang rakyat itu.
Mereka menggunakan kuasa untuk
memberikan kemudahan kepada parti untuk berebut dengan rakyat biasa berkenaan projek-projek besar kononnya untuk parti bergerak. Sesudah tiadanya Khalid nanti dan
diambil alih oleh Presiden parti ini, masalah yang di hadapi oleh UMNO itu akan
juga menjadi amalan PKR. Mereka akan beranggapan yang jika parti tidak
menggunakan kesempatan untuk membuat wang, mereka akan dianggap sebagai ‘bloody
fool’.
UMNO kuat kerana wang, dan dengan
wang sahaja boleh melawan ‘supremacy’ UMNO itu. Jika tidak mungkir pandangan
ini, sama-samalah kita saksikan yang PKR dan sekutunya akan menjadi parti yang
kaya raya, apatah lagi Selangor ini merupakan negeri yang terkaya dan mempunyai
peluang yang begitu banyak untuk menambah kantung parti yang kini tidak berapa
berisi. Perubahan akan tetap boleh kita lihat tetapi perubahan itu ialah
perubahan untuk menjadi sama, sehayun dan selenggang dengan UMNO.
Di sini lah kesilapan Khalid yang
terbesar kerana berbuat cara yang baik itu adalah satu kesalahan, dan beliau
telah dilemparkan dengan alasan-alasan yang lain semata-mata untuk menjatuhkan
beliau. Salah satu sebab timbulnya isu ini ialah kerana mereka menganggap Khalid
sebagai ‘bloody fool’ kerana menyekat parti mendapat pertolongan dari kerajaan
pimpinannya.
Isu ini pun boleh dibahaskan dan
tidak menggunakan kesempatan menghimpunkan wang ini boleh dianggap betul dan
ada yang beranggapan sebagai salah. Mempertahankan prinsip wang kerajaan itu
wang rakyat, dan wang parti itu wang parti boleh di salahkan. PKR yang
mempunyai kuasa majoriti dalam Dewan Undangan sebagaimana yang didakwa itu, akan menerima budaya wang kerajaan boleh digunakan oleh parti. Itu tidak siapa
yang boleh menolaknya kerana mereka adalah suara majoriti walaupun itu adalah
satu kesalahan besar.
Itu sebabnya saya bertanya dalam
posting yang sebelum ini, betulkah yang majoriti itu bertindak benar dan yang
minoriti itu salah? Kalaulah yang majoriti itu sentiasa benar kenapa berlaku
semua perkara buruk bukan sahaja di negeri ini tetapi berlaku di banyak negara
di dunia ini?
Benar untuk memilih siapa yang
berkuasa itu bergantung kepada suara majoriti, tetapi persoalan saya tadi,
adakah yang majoriti yang terpilih tadi akan melakukan perkara yang benar.
Tidak payah kita pergi jauh. Kita tengok UMNO yang hampir dengan kita. Parti
itu merupakan parti yang paling besar di Dewan Parlimen. Adakah mereka
melakukan perkara yang benar?
Bukankah itu isunya yang PKR dan
Pakatan Rakyat berdemonstrasi dan memaki hamun pemimpin UMNO yang mereka anggap
sebagai parti yang melakukan kerja yang tidak ada kebenarannya. Jika yang
majoriti seperti UMNO jelas tidak melakukan kerja baik dan benar.
Itu sebabnya saya bertanya kepada
yang ramai, betulkah yang majoriti itu benar dan yang minoriti itu salah? Sesungguhnya yang ber majoriti itu tidak semestinya benar, dan yang minoriti itu salah.
Pakatan Rakyat yang jumlah
kerusinya minoriti di parlimen sekarang sedang mengatakan UMNO yang majoriti
itu salah. Jika benar yang majoriti itu benar, maka kita hentikan sahaja
melawan UMNO itu kerana mereka itu adalah majoriti dan yang majoriti itu benar.
Saya tidak pernah menafikan yang
cara memilih itu adalah berdasarkan kepada mereka yang mendapat sokongan majoriti.
Hanya saya bertanya mereka yang mendapat sokongan majoriti ini sudah pastikah
melakukan perkara yang baik dan benar?
Jika benar yang 30 orang ADUN Selangor yang
bersama Wan Azizah itu akan melakukan yang benar, sama-samalah kita tengok
nanti. Walau bagaimana pun untuk mempastikan yang majoriti itu benar dan yang
minoriti itu salah, elok juga diadakan pilihanraya negeri Selangor dahulu.
Itu sebabnya saya memberikan
contoh umat di zaman Nabi Nuh Alaihissalam. Terbukti yang majoriti itu salah dan yang
minoriti yang hanya berjumlah 83 orang itu yang benar. Kes ini kes yang sahih
dan diadili oleh Tuhan Pencipta Alam ini sendiri.
9 comments:
Ini baru la
Politics in Malaysia becomes so dynamic and very interesting. Di Selangor semakin ligat nak jadi HERO macam cerita Hindi..but pelakon pelakon yg membintangi filem "Selangor @Sangam " ; semuanya PELAKON HEBAT ! Betul kata pujangga "there is no permanent friend nor permanent enemy in politics except permanent personal agenda"...so Kito tungggu dan lihat adengan Filem Sangam di Selangor.Tetapi PKR akan berpecah dan PAKATAN RAKYAT DI AMBANG KEMURUMAN.Percayalah...tiada yg kekal dalam politik , tiap yg naik pasti akan TURUN.Lihat saja "KAJANG MOVE RAFIZI SUDAH JADI KETUPAT KAJANG yang lazat untuk hidangan SATE KAJANG TETAPI yang memakannya SEMUA KENA KERACUNAN MAKANAN..fikir fikirlah...Tahniah Pa Aspan for the good analysis of "cerito Sangam di Selangor ".
Sya sependapat dengan Sdr Aspan. Gist isu di Selangor ialah PKR yang mempunyai DNA umno beranggapan apabila MB dari parti itu, sewajarnyalah wang rakyat Selangor difaraidkan kepada parti dari belanja mensyuarat hingga kepada sewa/beli ibu pejabat parti.Begitu juga apabila ada projek2 kelolaan kerjaan keutamaan mesti diberikan kepada kroni2 pemimpin PKR.Di sinilah perbezaan Pas dengan PKR. Lihat saja Pas sejak penubuhan hingga memerintah dua tiga negeri, belanja segala aktivitinya di seluruh negara masih bergantung daripada sumbangan ahli2 akar umbi hingga potongan elaun wakil2 rakyatnya.Jika benar Wan Azizah berjaya dinobatkan sebagai MB Selangor yang baru rakyat Selangor dan negara mahu melihat samada amalan menyamun wang rakyat akan bersemarak semula di kalangan PR.
Pak Aspan....
Pak Aspan seolahnya memberi gambaran bahwa TSKI adalah pemimpin yg bersih dgn alasan :
(1) duit krjn Selangor tidak jatuh ke tangan org2 PKR yg berkepentingan.
(2)Bagaimana pulak hutang bank Islamnya yg langsai tiba2 dan penjanjian2 besar yg membingungkan yg dilaksanakan oleh TSKI .
Boleh jelaskan bagaimana fakta (2) boleh memberi testimoni yg beliau MB bersih mengatasi fakta (1)???
Umno ialah parti penuh rasuah serta tidak punye wibawa lagi dikawal oleh kapitalis2 yg ramainya bukan melayu. Umno membentuk kerajaan selama lebih 50 tahun. Tak payahlah terlalu "naive" menyakini penyakit rasuah umno boleh dipulihkan. Apa yg saya perhatikan dari tulisan Pak Aspan...Pak Aspan cuba sedaya-upaya memalitkan bau busuk dosa2 umno ke parti2 opposisi terutamanya PKR. Kalau semuanya sama tarafnya busuk maka kita tak perlukan kerajaan lagi utk negara ini. Masing2 boleh buat kerajaan sendiri. Tkasih.
kalau gitu bukan Dun Selangor je la kan patut buat pembubaran. Patut bubar semua buat PRU14. kita pakat2 tengok siapa yg kena. aci tak gitu?
Saya nampak ramai yang membangkitkan tentang hutang TSKI dengan bank Islam. Tetapi berapa ramai yang meneliti isu itu? Sebenarnya sangat mudah bagi kita mencari jawapannya dalam internet. Saya berpendapat jika seseorang itu kita tahu secara umumnya seorang yang bersih dan tidak ada melakukan sebarang salahlaku dalam pentadbirannya, tiba-tiba ada orang yang datang mengatakan bahwa orang yang kita percayaai itu ada melakukan kesalahan. Maka hati kita akan tertanya-tanya betulkah berita tersebut. Lebih-lebih lagi yang membawa berita itu orang yang memusuhi yang dituduh. Sepatutnya kita tidak mudah terima dan kita akan menyelidik kesahihan berita tersebut.
Adakah kita telah menyelidik laporan tentang penyelesaian TSKI dengan Bank Islam?
Ada juga yang menyatakan sepatutnya TSKI memberi penjelasan. Pada fikiran saya yang perlu membuktikan adalah orang yang membuat tuduhan dan sehingga hari ini mereka yang menuduhnya tidak mengeluar sebarang bukti terhadap tuduhan mereka. Seterusnya TSKI juga mencabar mereka membuat laporan polis atau SPRM. Adakah mereka lakukan?
Seterusnya ada yang mengatakan TSKI mesti meletakkan jawatan untuk menyelsaikan kekecohan yang berlaku. Pada saya ini suatu kenyataan yang aneh. Sepatutnya orang yang membuat tuduhan terhadap dan kemudian memecat TSKI yang sepatutnya menarik balik pemecatannya serta semua tuduhan yang tiada bukti. Selesai masalah.
Ada yang mengatakan TSKI dipecat kerana mengengkari arahan parti. Apakah arahan parti? Arahan parti adalah supaya TSKI berhenti sebagai MB untuk memberi laluan kepada Wan Azizah. Persoalan seterusnya kenapa hendak memberi laluan kepada Wan Azizah?
Kita boleh beri berbagai alasan untuk menamatkan TSKI sbg MB. Tetapi semua alasan akan diikuti dengan kenapa?
Apakah Wan Azizah boleh mentadbir lebih baik dari TSKI? Apakah semua masalah yang dikaitkan dengan TSKI itu Wan Azizah ada penyelesaiannya.
Bolehkah Wan Azizah jelaskan bagaimana ia hendak menyelesaikan masalah air di Selangor tanpa menaikan kos tarif terhadap rakyat?
Jikalau apa yang dilakukan oleh TSKI itu salah, bererti pihak Wan Azizah sudah ada yang betul. Sebab itu boleh mengatakan yang TSKI lakukan itu salah. Jadi sila kemukakan untuk rakyat nilai yang dikatakan betul itu (kalau ada).
Bagaimana Wan Azizah hendak menyelesaikan jalan berlubang dan kutipan sampah di seluruh Selangor?
Kalau Wan Azizah tiada jawapan penyelesaian, kenapa hendak suruh TSKI meletak jawatan? Kalau jawapan nanti pegang jawatan dulu baru nak fikir cara penyelesaiannya, alamat nak mampuslah kata Nujum Pak Belalang.
Mengenai Kidex, buktikan bahwa TSKI telah menandatangani surat perjanjian dengan LLM?
Mengenai Tropicana, saya cadangkan pembaca cuba cari siapa yang memberi surat "power of attorney" kepada Tropicana? Saya juga sedang mencarinya. Mungkin Saudara Aspan ada jawapan.
Rumusannya boleh selesai dengan menarik balik pemecatan TSKI dan kekalkannya sebagai MB.
Kalau teruskan juga, saya percaya TSKI akan hilang sokongan DUN. Tetapi selepas itu ramai orang yang akan beri duit percuma kepada TSKI. Ia telah pun bermula terhadap sebuah portal berita dan yang lain-lain akan turut.
Kalau bercakap mengenai kebenaran adalah subjektif melainkan boleh dibuktikan seperti matematik dan sains.Yang lain itu adalah diatas kefahaman dan kepercayaan seseorang.sebagai pengundi saya menilai yang majoriti adalah pemenang.kalau nak menjaja benar tidak benar perkara tidak akan selesai. Siapa yang bijak dan licik mendapat majoriti dan dapat dibuktikan dialah yang berjaya dalam konteks perlembagaan kita.tidak usahlah membenci sangat orang yang kita tidak kenal.Mereka yg bergaduh diatas itu sudah kaya raya wahal yang bertopeng agama sendiri.
Sangat setuju. Satu pandangan yang amat waras.
Walaupun ada majoriti seperti didakwa, takbole tunggu masa sidang DUN buat undi tak percaya? DYMM lantik dah TSKI, tunggulah DYMM balik dari 'cuti'. Kalau cuti kau orang diganggu marah tak? Sementara tu biarlah TSKI buat kerja dia sementara nasibnya dapat ditentukan.
Post a Comment