02 August 2014

Kita perlukan seorang 'planner' dan teknokrat berpengalaman untuk membawa politik baru

Terlalu kecuh pemikiran ramai berhubung dengan isu Khalid Ibrahim yang di desak untuk memberikan laluan kepada isteri Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Bermacam-macam cara masing-masing mempolimikan isu ini sehinggakan perhubungan diantara PKR dan PAS menjadi mangsanya. Ada suara yang mahukan PAS keluar sahaja dari Pakatan Rakyat kerana kenyataan TGHA, Presiden PAS yang mahukan Khalid dikekalkan.  

Pendeknya jika kesemua parti dalam PR untuk menurunkan Khalid, keadaan tidak akan menjadi sama lagi. Bolehlah mengambil gambar berpegang tangan dan mengangkatnya tinggi-tinggi di depan kamera media massa, diperingkat rakyat biasa keadaan akan tidak berubah dan kesatuan rakyat di belakang PR akan lemah dan tidak seiring dan selenggang lagi. Kesatuan mereka akan hanya satu kesatuan yang ‘superficial’ sahaja. Parut dari perselisihan diantara mereka dalam Pakatan Rakyat tetap ada dan akan memakan masa yang lama jika ia boleh dipadamkan.

Keadaan dan rasa curiga diantara satu dengan lain melibatkan rakyat seluruh negara. Nun di Sabah dan Sarawak pula sudah kedengaran dengan jelas seruan untuk kedua-dua negeri itu untuk berpisah dari Malaysia. Isu ini bukan isu kecil-kecilan yang boleh di diamkan sahaja. Ia memerlukan pencerahan yang cepat dan tepat. Perpisahan wilayah-wilayah dari sebuah negara itu bukan perkara yang ‘uncommon’. Kita mesti ingat jika ia boleh berlaku di negara lain, kita tidak boleh menganggap ia tidak boleh berlaku kepada kita.

Tetapi siapa yang akan berkemampuan untuk menyelesaikan masalah yang sangat merbahaya bagi sebuah negara yang di katakan berdaulat seperti negara kita? Siapa di pihak Kuala Lumpur mampu untuk membuat keputusan tepat bagi menangani isu berat ini?

Persoalan ini sangat penting kerana sesiapa yang bertindak untuk menyelesaikan kekusutan ini, ia memerlukan seorang yang berintergriti yang tinggi serta ‘magnanimity’ yang 'natural' dan dihormati oleh banyak pihak yang berbeza-beza pendapat ini. Pemimpin yang boleh menjayakan usaha ini bukannya pemimpin yang terlibat dengan terlalu banyak isu kelemahan peribadi dan berada dalam pertarungan politik yang membabitkan kredibiliti pemimpin tersebut.

Pemimpin yang terlalu pekat dengan perjuangan peribadi tidak mungkin berjaya menyatukan pemikiran yang berbelah-belah.  Pemimpin yang terlalu ‘parochial’ dengan wilayah dan jajahan masing-masing tidak mungkin berjaya jika diberikan tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan bahaya ini.

Apabila diberikan tanggungjawab menyatukan politik negara kepada mereka yang sedang berada di medan peperangan politik kepartian seperti sekarang ini, tidak mungkin dapat membuahkan keputusan yang berdaya maju. Ini ialah kerana segala keputusan mereka selalunya akan membawa isu parti dan wilayah masing-masing bagi mereka yang mempunyai sifat ‘parochial’ yang menebal.

Kita tidak mahu melihat pemimpin Sabah dan Sarawak yang hanya terlalu 'obsess' dengan negeri-negeri masing-masing di sana. Ia juga tidak boleh berjaya jika pemimpin dari Persekutuan Tanah Melayu terlalu bersifat ‘parochial’ yang menebal kerana ia akan hanya mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka dari Timur Malaysia itu.

Masalah ini masalah besar dan sesiapa yang mampu untuk menyatukan perhubungan diantara wilayah dan negeri dalam persekutuan ini hanyalah mereka yang memahami keadaan dan masalah-masalah yang ada ‘up to specific’. Apabila sudah memahami masalah secara terperinci segala masalah, barulah masalah-masalah dan kekusutan itu dapat di leraikan.

Pemimpin yang mempunayi ‘special relationship’ dengan semua pihak sahaja yang akan mampu untuk membawa ke meja perundingan mewakili setiap wilayah, bangsa dan politik yang ada dengan semangat cintakan penyatuan dan perpaduan. Pemimpin yang dipertanggungjawabkan itu seperti yang di sebutkan tadi memerlukan seorang yang ‘magnanimous’ dan mampu berdiri sendirian dalam isu-isu besar yang berbangkit nanti. Maksudnya ia mestilah seorang pemimpin yang tidak terikat dengan fahaman politik kepartian.

Kita tidak boleh memberikan tanggungjawab itu kepada pimpinan yang masih terikat dengan kemahuan peribadi mereka. Perubahan dan transformasi ini dan tidak boleh dilibatkan mereka yang terpalit dengan rasuah dan ‘nepotism’ serta mementingkan kehendak parti mereka sahaja. Kita tidak akan berjaya jika urusan untuk penyelesaian ini diberikan kepada mereka yang masih terlibat dengan kepentingan anak dan isterinya sahaja.

Pendeknya pemimpin itu mestilah pemimpin yang sudah menjadi ‘institution’ dan bukannya mereka yang masih bergerak merebut kuasa dengan cara terbuka. Itu sebabnya blog ini tidak pernah lupa menyebut dan berharap agar kita akan dibawa kepada ‘ambience’ politik yang baru bagi rakyat merasakan situasi yang baru yang lebih memberangsangkan kehidupan mereka.

Kita perlukan seorang ‘planner’ yang cukup ‘viable’ bukan sahaja yang berkemampuan untuk membawa poltik dan siasah yang baru yang boleh merangkumi masalah perlaksanaan yang betul dan adil. Isu GST merupakan isu yang sangat besar yang belum nampak jalan penyelesaiannya.

Maka hanya pemimpin yang saya katakan sebagai seorang ‘planner’ dan juga seorang teknokrat yang berpengalaman sahaja yang boleh membawa kita semua kepada ‘ambience’ politik yang baru. Kita mahu melupakan masalah-masalah yang terdahulu dengan penyelesaian yang rapi dengan dasar-dasar yang baru yang menyenangkan semua rakyat dan wilayah dalam persekutuan ini.


Jika tanggungjawab membawa pembaharuan ini di berikan kepada pemimpin dan ketua yang sedang ‘berperang’ politik, hasilnya adalah ‘predictable’….iaitu kegagalan. Rakyat akan terus tersepit dengan isu perbalahan yang kian hari kian menampakkan perpecahan yang tiada penghujungnya.

5 comments:

Anonymous said...

Malaysia perlukan TDM untuk mengembalikan sinar semula.Period. Yang lain hanya kunang kunang yang berkelip kelip untuk keseronokan sementara.

khalil said...


Anon, you are frightening me by suggesting the master of fist rule Mahathir to come back and rule.

He is the cause of all political evil in this country. He is the architect of building weak leadership tut know?

If he dies while in office whom do you think can take over. You mean there would be no leader after that?

Please don't call for another haul of problems. He did more harm than good bro.

Actually you shiver me...

Anonymous said...

Khalil;

Be factuallah...Mahathir master of fist rule..really..he put u behind bar like LKY put a lot of opponents behind bars for years..he blocked Chinese from prospering..he blocked Chinese language and culture from progressing, he put you as second class citizens forcing you to migrate in boats??? like the Vietnam Chinese.??

One of his doing he make this country prosperous and we are proud to be call Malaysian..and one his greatest contribution is shackling the great impostor from become a Prime Minister. We shall thank him for doing this.

Kalam Putih said...

Tidak kira apa jua ideologi politik yang diamalkan oleh kebanyakkan negara pada hari ini termasuklah Malaysia, sama ada kapitalis, sosialis, liberalisme, sosialisme demokrat dan lain-lain lagi ianya tidak akan dapat lari daripada hakikat bahawa ideologi-ideologi tersebut merupakan ciptaan manusia.

Manusia yang menciptakan dan mendesignnya dengan meletakkan prinsip-prinsip asas serta methodologi untuk ideologi tersebut diamalkan dan dikembangkan. Semua ideologi tersebut berasal dari akal manusia yang tidak akan dapat lari daripada hakikat ianya didesign untuk memberikan kebaikan atau manfaat kepada golongan-golongan tertentu dan pada masa yang sama akan memberikan keburukan atau kerugian kepada pihak yang lain.

Walau sebijak mana atau ‘sucinya’ manusia yang melahirkan ideologi tersebut, dia sama sekali tidak akan dapat lari daripada keterbatasannya sebagai manusia yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan. Tidak mungkin, dia sebagai manusia dapat melahirkan ideologi yang dapat memberikan kebaikan dan keadilan kepada keseluruhan manusia.

Naib Nabi said...

Tuan AA,

Ini lah saja tahap manusia yg Msia ada. Baik pemimpin nya atau rakyat nya. Manusia bukan macam benda. Kalau x suka boleh buang benda tu dan reka/buat yg baru.

Nabi saw di beri manusia yg sgt teruk lbh teruk drpd haiwan tapi masih boleh di usaha kan utk jadi manusia yg sgt bernilai hingga xde lagi manusia yg akan dtg ke dunia lbh hebat drpd Sahabat2 Nabi saw