11 August 2014

PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam krisis politik Selangor

Mengikut ‘insider’ DAP Anwar Ibrahim akan berjumpa dengan TGHA Khamis ini untuk menyelesaikan masalah yang sudah berpanjangan di Selangor. Di Selangor sekarang Menteri Besarnya ada tapi tidak berparti hasil dari pemecatannya tiga hari yang lepas. Ini bermakna kerajaan Pakatan Rakyat secara automatik gugur di Selangor bersama dengan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan (Exco) dari Pakatan Rakyat sendiri.

Sekarang ini kerajaan Selangor ialah kerajaan Khalid Ibrahim. Sementara Khalid di ketepikan, Khalid boleh membentuk dan memilih Exconya sendiri dan tidak dapat kita ketahui samada memecat Khalid sebagai ahli PKR itu adalah jalan penyelesaian yang betul.

Oleh kerana Khalid tidak berparti lagi maka pada lojiknya Khalid boleh menyertai PAS atau DAP. Tetapi jika pun Khalid memilih  mana-mana parti, PAS adalah parti yang paling hampir untuk di sertai Khalid. Tindakan Anwar mahu berjumpa TGHA itu pastinya merupakan perjumpaan yang sangat penting kerana pada Anwar dan kita semua, penyelesaian sangat perlu didapati bagi menentukan untung nasib Pakatan Rakyat dan Kerajaan Selangor.

Pakatan Rakyat sudah retak seribu dan apa caranya untuk menghilangkan keretakan ini terpulang kepada 'wisdom' kepimpinan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang ini. Sebagai sebuah ‘coalition’ yang longgar diantara parti-parti dalam Pakatan tanggungjawab setiap parti terhadap rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat itu tidak lah permuafatan yang kukuh. Ia merupakan setakat persefahaman diantara ketiga-tiga parti itu sahaja dan tidak ada perjanjian yang kukuh dan muktamad diantara mereka.

Buat masa ini, perhubungan diantara PAS dan PKR sudah sampai ketahap perpisahan kerana itu sahaja yang boleh menyelesaikan perselisihan kedua-dua parti ini. Sekarang ini lestari kehidupan rakyat Selangor adalah isu terpenting sekali. Kita tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan bagi menguruskan kerajaan bagi rakyat Selangor ini.

Jika demi kepentingan rakyat berbilang kaum di Selangor ini terlindung dari bahang pergaduhan diantara pemimpin dalam PKR ini, maka adalah tanggungjawab parti seperti PAS untuk melakukan tindakan yang drastik dan jangan di biarkan rakyat Selangor terjejas kehidupan mereka.

Nampaknya PAS merupakan parti yang berkebolehan untuk memainkan peranan untuk menyelesaikan dengan mengutamakan rakyat Selangor dahulu dan lupakan untuk menyelesaikan masalah peribadi seseorang yang rakus untuk mendapatkan kuasa.

Apa pun orang kata, PAS perlu bertindak dan mengambil alih kerajaan negeri Selangor agar kesulitan ini tidak sampai dirasai oleh rakyat biasa negeri Selangor. Tidak ada masa lagi bagi PAS untuk berunding semata-mata untuk kepentingan peribadi seseorang yang tidak mendahulukan kepentingan mandat yang di berikan oleh rakyat Selangor dalam pilihanraya yang lalu.

Selangor tidak ada masa untuk diberikan kepada Wan Azizah untuk menyesuaikan dirinya sebagai Menteri Besar. Bila masa hendak menyesuaikan diri lagi dan bila pula masa nya untuk merancang pemulihan semangat rakyat Selangor yang kini semakin lemah sekarang ini. Jangan di biarkan nasi yang kini sudah menjadi bubur bertambah teruk dan tidak dapat di perbetulkan lagi.

Semoga keberanian PAS dalam membela rakyat Selangor akan memberikan keberkatan kepada parti ini sambil memperbaiki keadaan dalam sistem rapuh yang di amalkan oleh BN sejak beberapa lama dahulu.

Anwar sepatutnya di beritahu yang rakyat tidak boleh di jadikan alat permainan kanak-kanak kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti Anwar sendiri. Cukup-cukuplah permainan politik yang menyimpang jauh dari adat dan budaya kita orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Anwar sepatutnya mengawal perasaan rakusnya kerana ia hanya memberikan kegelisahan rakyat yang ramai. Seorang pemimpin yang baik ialah pemimpin yang tidak mencetuskan keresahan rakyat. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang memberikan kesejukan terhadap rakyat yang ramai apatah lagi setelah rakyat memberikan keputusan muktamad dalam pilihanraya yang lalu.

Anwar patut akur terhadap kehendak ramai dikalangan rakyat yang ramai.

14 comments:

Anonymous said...

HANYA PAS YANG MEMIKIRKAN RAKYAT..
PKR DAN DAP SEKARANG HANYA MEMIKIRKAN JAWATAN,PANGKAT DAN KUASA...

Quantum Metal Consultant said...

Jika PAS menyokong PKR apa bentuk sekalipun dan menjadikan ancaman kepada Khalid - DUN akan dibubarkan dan PAS sukar menang untuk jumlah kerusi yang sama.

Jika dalam jangkapendek PAS berkecuali dan tidak memberi ancaman kepada Khalid - Rombakan Exco akan berlaku di mana PAS akan mendapat tambahan dan kemungkinan besar UMNO juga dapat satu atau dua dan selebihnya dari ADUN PKR yang melompat Bebas.

Jika PAS sokong Khalid - Khalid kekal MB dengan dengan rombakan exco memperlihatkan PAS menguasai sebahagian besar exco.

Krisis Mb Selangor dan tindakan saman Lim Guan Eng terhadap Nasarudin Tantawi adalah permulaan titik perbalahan yang berterusan dan dendam mendendami sesama mereka.

Kalau macam ni - kenapa tak cakap dari dulu !!!

Anonymous said...

Melayu hanya melihat menerusi kaca mata mereka tetapi bagaimana dengan bukan Melayu (seperti Cina) apakah yang mereka lihat?

Dari kaca mata apa pun isu ini dilihat fakta yang sahih ialah inilah pertama kali kerusi MB jadi sedemikian rupa. Betulkan?

Satu fakta lain yang mengiringi fakta di atas ialah inilah pertama kali kerusi Cina diletakkan di satu barisan dun dan tidak ada satupun kerusi Cina di barisan bertentangan.

Dalam konteks fengshui, susunan kerusi harus betul dan seimbang untuk menghasilkan gelombang yang harmoni dan progresif.

Sebaliknya susunan kerusi yang tidak seimbang antara dua barisan bertentangan menjejaskan penghasilan gelombang yang baik-baik.

Justeru, kalau sebab musabab dewan jadi tidak menentu adalah kerana susunan kerusi Cina yang tidak seimbang, bukankah jalan penyelesaiannya ialah dengan mengatasi ketidakseimbangan berkenaan.

Bukan sedikit pihak cuba menyelesaikan masalah ini tetapi hingga setakat ini ianya masih belum tercapai sepenuhnya? Kenapa?

Jawapannya adalah jelas iaitu formula penyelesaian yang digunapakai tidak tepat untuk permasalahan sebenar? Pengundi yang faham feng shui akan nampak jalan di depan.

Makanya kalau ada pengundian semula, pengundi yang berasakan feng shui harus ditukar supaya kemelut ini tidak berpanjangan atau berulang, kerusi Cina dalam dewan harus kembali dalam kedudukan seimbang seperti sebelum PRU 13-kerusi Dap disusun bertentangan kerusi MCA/Gerakan.

Unknown said...

mereka sudah salah langkah. nak undur, serba salah, mahu tak mahu nak teruskan juga. bukan soal kalah atau menang. kemelut di Selangor ini lama kelamaan mengheret kepada "kuasa" lain untuk campur tangan bagi membunuh semua peluang yang diidam-idamkan oleh pihak yang "sangat mengidam" jawatan. kematangan dalam berpolitik diperlukan. jika tidak PR akan jadi sejarah politik negara. percayalah!

Anonymous said...

If PAS is political party with wisdom then its leader such as son-in-law of Hadi Awang would not support organization such as ISIS. Did you know ISIS killed innocent children? Please remember people such as me voted for PAS because of Dr zul, husam, mat sabu, khalid samad and others. We do not support the ulama

Anonymous said...

PR sebenarnya hanyalah dipergunakan sebagai lambang keadilan perjuangan bersama antara parti bergabung. Tetapi setelah separuh jalan berlalu terpancarlah niat asal perjuangan parti parti bergabung ini. Berlakulah pertelingkahan ,bertindak menjatuhkan batu penghalang, perjuangan memertabatkan kuasa dalam keluarga sendiri dan saling membuka pekung busuk masing masing atau menegakkan fitnah sesama sendiri.

Tidak dinafikan rakyat Selangor sudah bagitu mual dengan permainan munafik bagini.

Anonymous said...

Tuan,

Apalah yang boleh diharapkan dari parti PAs?PAS bukan parti yang berjaya di Malaysia.Sejarah dah buktikan.Memerintah negeri-negeri yang pernah dimenangi hanyalah sepenggal saja,Pas wajib di bubarkan,kerana pemimpin-peminpin mereka hanya sebagai penonton sahaja di Selangor.

z_molan said...

Mengapa kita membicarakan gila kuasa anwar...mengapa kita tidak fikir orang yang berkuasa itu gila kuasa...seperti kata yb khalid samad..TSKI hanya perlu jawab soalan2 yang dibangkitkan...yang saya ingin tahu bagaimana TSKI bolih selesaikan hutang rm60juta itu...kerana saya ingin tahu kerana bolih bantu saya menyelesaikan hutang...jangan
Ah kita hanya menyerang anwar tanpa melihat isu sebenar

Anonymous said...

anom 22:34

kita tengok la parti mana yg akan dibubarkan. Bila buat langkah kajang tak beritahu PAS, sekarang ni baru anwar nak melutut depan presiden PAS sampai sangggup ke terengganu....huhuhu

Anonymous said...

TSKI khalid menjadi MB disebabkan parti kenapa ingkar tak macam MB terangganu, jika ini dah menjadi satu tauladan pening kepala PM jika nak tukar MB dibawah penguasaan BN jika tak nak ikut arahan parti.

Anonymous said...

PAS cannot be trusted! As a friend or a political ally. The moment an opportunity present itself, PAS will grab power.
I am not a Muslim. I have voted for PAS because they claim PAS is for ALL.
Now I know. PAS is only for PAS. The rest can be thrown away like used-rags.
PAS is tak boleh caya.

Anonymous said...

00:51,

Because of the slogan "pas for all", you gave ur vote to them but do you aware that it has also given more votes to Pkr and Dap?

So if you said that slogan tak boleh caya and if it is shared by those who have the same opinion as u, what will happen?

Logically the votes will go back to where they belongs, Mic and Mca isnt it? And bet ya that will be true.

Aziz said...


z-mOLAN..KALAU FAHAM eNGLISH LAH YA..In the original suit filed in 2007, Bank Islam had sued Abdul Khalid to recover RM70 million given to the latter under an Islamic loan facility. The money was used by Abdul Khalid to buy a 5% stake in Kumpulan Guthrie Bhd, of which he was chief executive officer.
Abdul Khalid subsequently countersued Bank Islam and, among other things, said the bank had wrongfully sold the Guthrie shares that were pledged as collateral. The two cases were subsequently consolidated into one.
Out of court settlement bukan perkara baru. Anwar Ibrahim pun ada out of court settlement.

Aziz said...

Aku bukan sokong TSKI. Tapi tak setuju cara dia dituduh. Perangai aku sama dengan TSKI kot? Kalau kena tuduh macam tu...aku mmg naik angin.
BIMB & TSKI Dua-dua piohak pun ada kes. Berapa jumlah syer TSKI yg Bank Islam jual kau tahu ker? Kalau jumlahnya bersamaan atau lebih banyak dari RM 70 juta dan BIMB memang boleh didapati bersalah menjual saham TSKI tanpa kebenaran, out of court settlement tak mustahil. Contoh, kau buat biz loan RM 65k gunakan rumah kau sebagai cagaran. Lepas tu tak semena-mena kau sangkut bayar 2 bulan jer bank dah lelong rumah ko yg berharga RM 100k. Kau saman tak bank tu? Tengok2 tahun 2014 rumah ko naik pulak valur RM 145 k..naik angin tak? Yang lain pikirlah sendiri..Bumiputera kena banyak mengaji sendiri macam mana nak buat urus niaga..jangan salahkan non-bumi sahaja. Untuk makluman, kompeni aku kena tipu dengan kontraktor bumi jugak...yg siapkan kerja non-bumi..apa lah nak jadik dengan politik ni..sakit hati betul dengan semua..