12 August 2014

Selangor perlukan Menteri Besar yang 'Real', bukannya 'Rubber Stamp'

Kewibawaan Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar tergugat di pandangan ramai. Beliau yang telah dicadangkan oleh partinya untuk menjadi Menteri Besar tidak tahu adat dan adab untuk memohon mengadap Tuanku Sultan. Jika beliau yang hendak mencerahkan keadaan dengan Ketua Negeri itu, beliaulah yang sepatutnya menulis surat itu, bukannya Anwar Ibrahim kerana beliau akan menjadi Ketua Kerajaan yang akan bernaung di bawah Tuanku Sultan. Bagaimana seorang yang mahu menjadi Menteri Besar, tidak berupaya menulis sendiri surat kepada Tuanku Sultan.

Jika kita hendak berpolitik pun takkanlah kita hendak buang budaya dan adat. Di sini Wan Azizah telah menunjukkan yang tuduhan ramai pihak yang beliau akan hanya menjadi ‘rubber stamp’ kepada Anwar itu sebagai benar dan ia amat mudah diyakini oleh sesiapa. Apatah lagi sifat ‘domineering’ Anwar itu telah diapplikasikan oleh Anwar dalam isu menulis surat Kebawah Duli Tuanku.

Selepas ini apa pula yang PKR akan kata Ke Bawah Duli Tuanku kerana menolak surat dari Anwar itu. Tuanku pula yang salah? Selepas itu siapa pula yang salah? Jika ada yang memberikan komen seperti ini lagi, mereka yang salah? Jadi siapa yang betul kepada PKR? Menyalahkan kerja salah mereka juga adalah salah oleh Anwar dan PKR?

Sesungguhnya jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar, Menteri Besar yang sebenarnya ialah Anwar Ibrahim. Pusat untuk membuat keputusan penting bukan di Bangunan Sultan Sallahuddin Aziz Shah di Shah Alam tetapi di Segambut. Itu sebabnya politik sekarang bertambah bercelaru.

PKR sentiasa menyalahkan orang lain, tetapi semua langkah mereka sumbang dan sentiasa tidak kena. Apa sebabnya menjadi begini? Jawabnya senang. Ia adalah disebabkan yang ‘they are not meant to be there’. Mereka tidak mempunyai ‘attribute’ sebagai pemimpin sejati, tetapi pemimpin yang amat ‘superficial’. ‘They are faked leaders’.

Itulah sebabnya jika mereka menjadi pemimpin semuanya akan menjadi cacar marba dari langkah pertama sehinggalah langkah yang terakhir. Apabila tidak tahu menari dikatakan tanah tidak rata.

Apa yang Anwar mahu mudah untuk difahami. Beliau mahu kehendaknya Wan Azizah menjadi Menteri Besar dituruti oleh semua pihak. Apabila ada masalah dengan Tuanku Sultan, beliau hendak memberitahu Sultan buat cara yang dikehendakinya. Pendeknya, tugas Tuanku Sultan pun beliau hendak ‘dominate’. Kerja Tuanku Sultan pun beliau hendak masuk campur.

Sesuatu bangsa itu telah dijadikan Tuhan dengan ‘attribute’nya yang berbeza-beza. Orang Melayu ada adat dan adabnya sendiri. Jika itu tidak diikuti, ia bermakna kita cuba menghilangkan ‘identity’ bangsa kita sendiri. Apabila tata-susila itu tidak dapat diikuti maka tata susila itu pula yang salah. Tuanku pula yang salah. UMNO pula yang salah. Kita tetap benar dan sifat-sifat asal yang dianugerah Tuhan itu adalah salah.

Selepas ini, setelah Tuanku menolak surat kiriman Anwar itu, adakah PKR hendak berdemonstrasi pula kerana semua pihak lain salah?

Itu sebabnya kita mesti berikan tugasan dan tanggungjawab hanya kepada yang ahli dan mahir sahaja. Jika kita beri tugas tukang kasut untuk membuat songkok, songkok itu tidak akan sempurna buatannya. Begitu juga sebaliknya, jika tukang songkok diminta membuat kasut, kasut itu tidak akan sempurna. Akhirnya songkok macam rupa kasut dan kasut pula seperti macam rupa songkok.

Masing-masing sepatutnya mula pergi kursus sivik dahulu sebelum berfikir untuk menjadi pemimpin yang baik. Jika tidak duduk bersembang dengan saya sahaja di mana-mana, di kedai kopi mamak, di surau dan tempat-tempat lepak yang banyak di banyak tempat.

32 comments:

Anonymous said...

Aspan,

Khalid terang2 menipu Sultan, Dewan Raja2 dan rakyat Selangor dgn mengatakan ada sokongan majoriti Adun. Ini bkn saja menghina malah menderhaka kpd Sultan. Patut ke disokong bekas MB yg takde maruah ni.

meon said...


Anon 13:16

Mana kamu tahu TS Khalid tipu Sultan? Betul ke semua ADUN PKR sokong Wan Azizah dan semua DAP sokong Wan Azizah? Don't be too sure tuan...

Takut-takut PKR tipu saudara....bawa bertenang..tunggu apa yang berlaku selepas ini...

Anonymous said...

Statement menghina sultan/suruhanjaya diraja selangor bila dikatakan ditipu oleh TSKI. Ini sudah derhaka pada sultan.

Anonymous said...

Setuju dgn saudara Meon. Anom 13:16 ni, apa Pkr caakap semua betul. Kallau Pkr kata harimauu tu cicak, Anom 13:16 pun kata cicak....

azainia said...

Pak Aspan, saya berpendapat y
tulisan pak aspan bias and truly reflect your hate to anuar ibrahim..pls be fair to all the issue relating mb selangor sacking so that the reader will respect your standing.....be sporting!

PakNgahYob@AcikLee said...

JANGAN LAYAN JENIS YANG TAK BERTELUR....SPISIS ANONYMOUS NI SPESIS BUKAN ANAK JANTAN ATAU BETINA....NAK KOMEN PERKENALAH DIRI...BUKAN NYOROK-NYOROK. KALAU TERFITNAH KAN SUSAH DIRI SENDIRI. DAH CUKUP BANYAK KE PAHALA YANG NAK DITOLAK KAT AKHIRAT NANTI????
INI SEMUA BALA DAN UJIAN DARI ALLAH...BIAR YANG ARIF BERBICARA..KITA YANG BERI KOMEN JANGAN TERIKUT IKUT DENGAN NADA BLOGGERS....BACA SEKADAR LIHAT....TEPUK DADA TANYA IMAN.MANA KITA TAHU YG BENAR DAN SALAH......sekadar ingatan dari hamba yg. dhoif...

Anonymous said...

Dalam bab sokong menyokong ini masih lagi kabur. Tetapi apa yang tuan Aspan perkatakan diatas memang ada kebenarannya. Kalau nak buat sesuatu itu mesti beradap maka barulah Nampak sopannya.

Kalau sudah tak beradap lagi usahlah nak jadi kerajaan Selangor pula. Rakyat takkan suka kepada orang tak beradap sopan.

Basar said...

Kalau 16\09 anwar tipu semua
Kalau perak anwar tipu semua
Bab selangor hang pa nak percaya

Silakan

Anonymous said...

Bila sdr Aspan menilus dengan memberi penerangan secara details tentang salah laku Anwar, ada jugak lagi penyokong keadilan yang tak mahu guna akal, mat dan telinga siasat apakah betul dan benar sebagai dakwaan Sdr Aspan..

Kata-kata pemimpin PKR yang hari-hari dok spin sana sini jugak di pakai..

Cubalah pakai Otak Sikit, Mata ..lihat dan telinga dengar...

Cuba ambik sikap Khalid yang dipecat oleh Anwar masih mampu ucap selamat pd Anwar, walau seluruh Jentera PKR hantam, londeh, bogelkan untuk tujuan memalukan Khalid.

Dengan ucapan sinis itu, penyokong sepatutnya mencari kebenaran?

Isu melawan Perintah Pucuk Pimpinan, Tak Ikut arahan, itu RESMI dan ADAT dlm PKR, Anwar pon tak ikut arahan ketuanya dulu bila disuruh berhenti, letak jawatan?

Jadi siasat lah sendiri, parti PKR siapa yg benar, ikutlah, siapa yang salah tetap salah lah.

Bermula drp Pemilihan PKR kucar kacir, PKR dah confirm jadi Parti Caca Merba - apa Anwar buat untuk mententeramkan keadaan?

Lagi pon siapa Anwar dalam PKR? Dia pon Kalah bila Bertanding dgn Wan Azizah, siapa Wan Azizah, Isteri dia?

Jadi siapa Boss PKR, Anwar atau Wan Azizah?

Siapa Penasihat Menteri Besar? Kenapa Penasihat Gagal menasihat Menteri Besar?

Anonymous said...

Dia lebih tahu samaada ada sokongan atau tidak...hang duk diam2 sudah...

Anonymous said...

Pada GE akan datang, adakah TDKI akan menadapat sokongan spt GE13? Besar kemungkinannya senasib dgn exADUN Changkat Jering dan Behrang. Tidak percaya? Kita tunggu.

Anonymous said...

lantik MB, pada fikiran baginda yg mendapat sokongan majoriti DUN bukan majoriti adun PKR...reti? DAP, PAS dan umno, tiga2 ni majoriti d dun selangor...reti?

Unknown said...

Anon13:16
Buta huruf ke buta hati! selidik dalam-dalam kau bukan orang Selangor sbb itu biadab dan tak reti beradat.
Macam le mengkarung yang ingat semua orang boleh di`tekanayat' redah aje!
Dia betul semua, UMNO yang rampas hak die jadi MB.
Tuanku Sultan `dibawah tapak kaki dia!'
Halau je jauh-jauh DKK isteri dan PKR haprak bangsat nie.
Khalid nak tipu Sultan? Tuanku bengul, berbaris Peguam yg menasihatinya, Majlis Raja-raja lagi bukan TOLOL miskin macam kamu tak mampu byr loyar sorang pun ckp merapu!
Ade Tuanku ditipu?

Anonymous said...

Saya masih mahu PAS bersama Pakatan Rakyat”

ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman secara peribadi menjelaskan bahawa beliau masih mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
Menurutnya, pihak yang menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Selangor bukannya PAS, DAP dan PKR tetapi dilakukan bersama-sama sebagai Pakatan Rakyat.
“Saya secara peribadi tak nak Pakatan Rakyat berpecah,” ujarnya sewaktu diserbu oleh media di Lobi SUK.

Dalam pada masa yang sama, Rani turut menjelaskan sehingga 17 Ogos ini, beliau telah diberikan surat arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kemelut Menteri Besar di Selangor.
Rani turut menjelaskan bahawa tujuan beliau hadir ke SUK adalah bagi membincangkan mengenai isu sebuah kuil di kawasannya iaitu Meru bukannya untuk berjumpa Khalid Ibrahim.
“Saya hadir ke sini untuk jumpa Pegawai EXCO Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V. Ganabatirau berkaitan isu kuil di Meru,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa beliau tidak sependapat dengan beberapa ahli PAS yang tidak bersetuju wanita diangkat menjadi Menteri Besar.

“Saya tidak setuju dengan perkara tersebut. Kalau tak setuju wanita menjadi pemimpin, kenapa kita meletakkkan Dr Halimah Ali sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi, dan Pembangunan Insan,” katanya. -FMT

Jika berdasarkan kenyataan di atas dan jika kesemua ADUN PKR dan DAP dicampurkan, PR sudah memperolehi majoriti mudah yang dikehendaki iaitu 29. 13+15+1=29.

Ini bererti TSKI berdusta dengan Sulatn Selangor yang menyatakan beliau memperolehi majoriti ADUN untuk kekal sebagai MB.

Anonymous said...


Minta izin tuan rumah. Nak jwap sikit pd anon neh:
Pada GE akan datang, adakah TDKI akan menadapat sokongan spt GE13? Besar kemungkinannya senasib dgn exADUN Changkat Jering dan Behrang. Tidak percaya? Kita tunggu.
12 August 2014 14:17:00 GMT+8
Kan tski dah kata this is his last term. Di hanya mau bertugas sbg MB hingga habis tempoh ni. Faham? Leps tu dia nak bersara. Saya percaya ckp dia... tak spt seorang yg kita tahu kata nak bersara klu PR kalah, tapi masih ada hingga kecoh negeri Selangor pulak.

Rahim

Anonymous said...

Anon 13.06

Kalau EXCO DAP & PKR tak sokong TKSI, dah lama dia orang letak jawatan. Lain la kalau suka jilat ludah sendiri.

Anonymous said...

Mudahnya Anom 17:04 menganalisa isi.

Isunya skrg Bukan pemimpin wanita atau Bukan. Isunya kenapa nak tukar mb? Ini memilih pemimpin, Bukan baju. Kena ada sebab2 yg munasabah.

Anonymous said...

Mengkomer ni macam 7 orang buta dengan gajah. pendapat mengkomer tu benor tapi tidak lengkap. Kalau nak tahu sebenor nyer masuk politik, join depa baru tahu.
Orang Kualer

Anonymous said...

Saya masih berpendapat TSKI tidak jawab dengan bukti kukuh bagaimana beliau mendapat wang anugerah istimewa approx 70 juta (yg diberitahu oleh PA Pjbt MB) dari bank Al Ragni bank untuk selesaikan hutang hampir 8 tahun usia (since 2006) disebabkan bank tersebut tidak mahu bank Islam kalah di mahkamah atas sebab sebab teknikal polisi pinjaman cara Islam. Kalau saya hendak minta Contact person bank Al Ragni untuk selesaikan Loan rumah tak banyak 200K Loan polisi Islam dan ramai lagi saya rasa di luar sana yg mahu tahu dan dapat maklumat penuh bagaimana hendak qualified dapat anugerah istimewa selesaikan hutang Loan macam TSKI
Bantu lah kami yg tak cukup wang bayar hutang ni.

Anonymous said...

salam Tuan Aspan,

Saya takut bila PAS sokong Khalid,jalan menuju keneraka buat semua jemaah PAS akan terbuka luas.Apakah mengkhianati kawan atas nama islam dibenarkan Syarak.Saya takut ini kesannya bila amanat Haji Hadi pada tahun awal 80-an yang mengatakan umno kafir juga terpalit pada PAS yang juga telah kafir,kerana telah menipu rakyat.Sekian.

Unknown said...

PAS tak pernah cakap yang mereka tidak mahukan pemimpin wanita.
Yang PAS cakap mereka tidak mahukan MB puppet seperti yang cuba disogokkan oleh PKR.

Anonymous said...

Parti Kroni Rojak

Anonymous said...

TSKI menang PRU atas tiket PKR, atas dasar tak tahu malu terus menduduki kerusi yg diperuntukkan kpd PKR bagi negeri Selangor. Sepatutnya diadakan PRN Selangor untuk menjulang demokrasi dgn pembubaran DUN. Gila kuasa juga nampaknya.

Anonymous said...

Ini isu politik sememangnya ada strategi. Masing-masing nak jaga kepentingan sendiri. Kita sedikit pun tidak merasa malu dengan bangsa sendiri berebut kedudukan yang kita sendiri sedia maklum dunia hanya sementara.Bila bab kedudukan dan wang ringgit semua jadi lupa.Kalau Khalid tetap jadi MB apa yang bestnyer manakala kalau Khalid meletak jawatan pun apa pula kita dapat. Yang kita nampak kos sara hidup makin meningkat..Kita tak kisah sapa-sapa nak jadi MB asalkan kita rakyat sama-sama dapat merasakan apa yang dicanang-canangkan Selangor negeri paling kaya tetapi yang nampaknya yang paling miskin ialah yang sama bangsa dengan MB...

Unknown said...

Saudara,
Bangunlah kamu dari tidur mu itu. Syurga dan neraka adalah ketentuan Allah. Jangan terikut-ikut dengah hujah2 sesetengah ahli politik yang meletakkan diri mereka lebih tinggi dari yang Maha Esa. Sedarilah. Terimalah hakikat kebenaran. Sesungguhnya Allah bersama orang yang benar.

Anonymous said...

Assalam Tuan Aspan,

Kalu kita baca komen Hishamuddin Rais dalam Tukar tiub bab Daulah Terpendam @ Men in Grey suit, maka kita semua akan faham apakah kemelut yang berlaku di negeri Selangor ini.

Thank you

The Mind!

Anonymous said...

Kalau kepala di minta berundur maka pihak yang bersama sama dengan kepala dalam membuat keputusan harus juga berundur. Apa yang nampak ialah tidak begitu. Dari situ saja rakyat boleh nampak apa sebenarnya isu ini.

Anonymous said...

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

Anonymous said...

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

Anonymous said...

Anwar nak jadikan Khalid boneka tapi tak menjadi....

Anonymous said...

Apakah menjatuhkan peminpin Islam yg Amanah Itu halal? Ini Lebih mengundang kemurkaan Allah!

Anonymous said...

Bolehkah TSKI selaku MB berperanan menasihatkan sultan sedangkan nafas politiknya dipegang oleh sultan? Kenalah sentiasa Yes Boss nampaknya.