Dr Mahathir menafikan yang beliau
tidak menyuruh Najib berhenti, hanya beliau tidak bersetuju dengan dasar-dasar Najib yang tidak memberikan keuntungan dan kebaikan kepada negara. Semalam
saya menulis tentang kelemahan tindakan Dr Mahathir sambil menyatakan yang jika
Najib diberhentikan, siapa yang ada untuk menggantikan Najib dalam pemikiran
dan pandangan Dr Mahathir. Saya juga menulis yang selama ini semua pilihan Dr
Mahathir itu akan akhirnya dipersalahkan oleh beliau sendiri.
Saya menyebut itu kerana itu
adalah hakikatnya, tetapi kenyataan yang beliau buat untuk menarik balik
sokongan terhadap Najib itu tidak pula salah dan sememangnya Najib bertanggungjawab
kerana beliau adalah a ‘failed leader’ kepada rakyat yang berbilang kaum ini.
Saya menyebut itu dengan tujuan
untuk kita memahami kenapa kita sentiasa disuakan dengan pemimpin yang tidak
betul dan kena kepada kehendak rakyat dan negara. Hanya setelah kita memahaminya
barulah kita mungkin dapat mencari penyelesaiannya yang baik supaya keadaan menyalahkan
pilihan kita sendiri itu berulang lagi.
Apabila berlaku lagi keadaan kita
menyalahkan pilihan kita sendiri, ia bermakna itu bukan lagi kesalahan mereka
yang telah dipilih, sebaliknya ia adalah kesalahan kita yang memilih pula. Jika
kita terus memilih pilihan yang salah ia menyebabkan kredibiliti yang memilih
itu tidak mempunyai nilai lagi dan pandangan mereka yang memilih itu akan diabaikan
oleh rakyat buat selama-lamanya.
Tetapi hakikatnya sekarang Najib
sesungguhnya wajar melepaskan tanggungjawab memimpin negara kerana kita
seolah-olah tidak ada kerajaan lagi. Kerajaan tidak berjalan di atas landasan
yang boleh dihormati dan diyakini oleh rakyat dan jika kita tilik dan kaji
sehalusnya, negara kita sedang berundur dan akan menjadi negara seperti negara
dunia ketiga yang selama ini sudah menghampiri dunia yang pertama.
Tidak payah diulangi apa yang
sedang berlaku sekarang dan blog ini bersetuju dengan pandangan Dr Mahathir. Apa
yang perlu sekarang ialah untuk menerima hakikat yang Najib wajar berhenti
kerana beliau sememangnya tidak mempunyai alasan untuk terus memimpin kita.
Beliau sepatutnya bersara berbulan atau bertahun yang lalu dan keadaan sekarang
memperkuatkan lagi alasan untuk Najib tidak lagi berada di Putrajaya itu kerana
tidak ada apa yang akan dicapai selagi beliau berada di sana .
Kita sudah muak dengan sikapnya
untuk menjadikan kita sebagai tentera upahan semata-mata menjaga beliau kukuh
di Putrajaya dengan upah BRIM setahun sekali itu. Upah itu pun dibayar oleh
kita sendiri dan tidak ada kena mengena dengan sumbangan peribadi beliau.
Bayaran upah itu datangnya dari cukai-cukai yang dikutip dari rakyat jelata
juga.
Keadaan negara kita begitu kucar
kacir kerana perhubungan kaum yang buruk tidak dapat dikawal lagi Najib menyebabkan kaum Melayu dijadikan
umpatan dan kejian kaum lain bukan kerana apa, tetapi kerana kelalaian Najib
mentadbir urus isu ini dengan tidak betul. Oleh kerana kelemahan Najib sekarang,
kaum Melayu dipandang remeh oleh kaum bukan Melayu dan mereka sedang mengambil
kesempatan yang ada untuk mendominasi segala-galanya di dalam negara ini.
Amat mudah bagi kaum bukan Melayu
untuk memecahkan Melayu itu kerana mereka tahu Melayu sekarang dalam keadaan
yang paling lemah dan mudah dipersendakan oleh kaum bukan Melayu. Oleh yang
demikian ‘ultimate’ kita untuk mencapai perpaduan kaum itu sudah pasti tidak
akan ke mana-mana kerana Melayu itu boleh dipecah-belahkan secara halus dan itu
pun matlamat mereka.
Itu sebabnya sudah ramai orang
Melayu tidak menyalahkan pertubuhan berhaluan kanan yang berikhtiar untuk
mempertahankan ‘invasion’ kaum lagi terhadap orang melayu itu yang dilakukan
oleh mereka semata-mata kerana kelemahan orang Melayu yang semakin jelas
sekarang ini.
Tidak berapa lama dahulu kita
mempunyai harapan untuk memperbaiki keadaan ini dengan kita mengambil tindakan
politik dengan bersandar kepada pihak alternatif kepada pihak yang memerintah
sekarang tetapi hajat itu tidak kesampaian kerana di pihak alternatif itu juga
mempunyai kelemahan, malahan lebih lemah daripada yang kita ada sekarang ini. Ramai rakyat mulai sedar yang Pakatan Rakyat telah menunjukkan rupa dan keadaan
di masa depan jika mereka diberikan mandat untuk menggantikan yang ada pada
hari ini.
Orang Melayu mudah diperkotak-katikkan
sehinggakan ada yang memuji pihak kerajaan alternatif sebagai terbaik
semata-mata kerana pemberian peruntukan RM60 juta kepada Majlis Agama Islam
negeri tertentu. Sesungguhnya peruntukan untuk Majlis Agama Islam itu bukan
setakat RM60 juta, malahan mereka boleh membiayai Majlis Agama Islam itu
sehingga ratusan juta kerana itu adalah cara yang boleh menambat hati orang
Melayu tanpa memberikan kuasa atau bersama-sama menentukan hala tuju politik
kita.
Mereka akan menentukan
segala-galanya dan tidak boleh berbuat apa-apa kerana kita telah tertambat
dengan peruntukan bagi Majlis Agama Islam yang RM60 juta itu. Pendeknya kita
boleh dibeli dengan berumpankan peruntukan yang besar tetapi mereka yang
menentukan masa depan kita. Dalam konteks ini kita sesungguhnya telah memajakkan
jiwa dan siasah kita kerana peruntukan RM60 juta itu.
Sikap menerima wang pajakan
itulah yang menyebabkan Kedah kehilangan Pulau Pinang dengan pajakan RM10 ribu setahun selagi ada bulan dan bintang dan Johor kehilangan
Singapura dahulu. Sekarang dengan kepimpinan sejak beberapa dekad dahulu
apabila sudah tiada apa yang hendak dipajakkan kita sekarang sanggup memajakkan
jiwa raga kita kepada si pemajak yang rakus di sekeliling kita.
Maka yang paling penting ialah
untuk membuat pemilihan yang betul kali ini. Jangan kita membuat pilihan kerana
mengharapkan keuntungan peribadi dan ego kita. Yang terpenting ialah untuk
mencari kepimpinan yang boleh menyelamatkan negara kita.
Tidak guna kita mengalih dan
menganjak yang ada jika penggantinya adalah seorang yang lemah dan tidak
berkemampuan. Ia memerlukan seorang yang ‘credible’ yang terbukti tidak
mempunyai masalah dengan yang ada hari ini mahu pun dengan yang membangkang.
Negara kita ini kecil tetapi cukup luas untuk ditadbir. Buat masa kini kita
hanya menumpukan masalah yang kita lihat di Semenanjung ini sahaja tetapi kita
agak terlupa yang kita mempunyai wilayah nun di Malaysia Timur yang tidak
kurang masalah yang menghantui mereka sekarang ini.
Mereka juga memerlukan penyelesaian yang adil dan saksama.
12 comments:
Nak gantikan dengan siapa? Cakaplah...
Syabas Aspan,
Baru kali ini saya mendapati pandangan saudara ,yang bolih saya katogerikan sebagai satu pandangan yang "sangat matang", mungkin keadaan mengajar kita.
Hakikatnya tiada guna kita menyalahkan sesatu pehak ,dan membela pehak yang lain ,dek kerana hubongan kita atau kencenderongan kita. yang pentiag kemana halatuju dan masa depan kita sebagai rakyat Malaysia.
Jangan kita terlalu terikat ,kerana sebagai manusia ,para pemimpin (kanan atau kiri)tidak lari dari sifat-sifat manusia ,tamak haloba ,mementingkan kauasa tidak dapat terpisah.
Peristiwa dalam negara dan di Selangor telah membuka segala-galanya dimana kelemahan pemimpin sangat terserlah. Olih itu taksub kapada sesuatu pimpinan adalah sangat bahaya untok masa depan kita semua ,terutama bagi orang Melayu ,kerana kita tiada negara lain untuk dipilih.
Eden nak tengok kobou , mana tahu kobou pon dah ikut perangai manusia.
"siapa yang ada untuk menggantikan Najib"
SIAPA KATA TAKDE? ADA, BELIAU LAYAK, PUNYA PELAJARAN DAN CHARISMA, BELIAU ADALAH DR. ZAMBRY ADBUL KADIR.
APA PENDAPAT ANDA ?
Semuao eh tak senereh....
Sudah-sudahlah Aspan Alias backing Che Det.Tak ada yang betulnya pemilihan Che Det ni...bak kata MSO Tun M sedang menerima hari pembalasan....Cuba lihat dari Musa Hitam,Ghafar Baba, Anwar Ibrahim, Pak Lah dan terkini Najib, semua baginya tak betul.Jangan ingat rakyat Malaysia ini bodoh....
Cakap terus terang jer. Nak Mukris naik.
Semua PM tak bagus kecuali dia seorang yang memerintah secara autocratic selama 23 tahun.
Ha! Kan dah jelas nak meneruskan dinasti beliau.
Satu analisa yang seimbang.
Saya tertarik dengan gadaian dari sumbangan yang di nyatakan. Betul sekali kerana ini lah cara mengabui terbaik dan hasil nya mesti menerima dasar percaturan mereka. Kita, Melayu selalu tegadai akibat permainan halus ini. Lagi satu kes ialah di Selangor, Tropicana. Jumlah nya dan cara bentuk urusan terlalu mudah dan mengelirukan. Bahana nya, balik kepada kerajaan.
Memang tiada pelapis terbaik mengganti Najib. Tun M pun kata, ingin melihat Najib mendengar dan berubah seperti rakyat mahukan.
Salam Tuan!
Saya hairan pada kalangan yang mengatakan siapa boleh ganti PM?Macam kata sahabat karib Tuan, kalau PM Najib boleh dipilih menjadi PM, maka sesiapa pun boleh jadi PM. Tuan dan saya pun ada kelayakan untuk jadi PM,sekiranya umno boleh lantik Najib.Tiada apa istimewanya Najib.Banyak rakyat Malaysia di luar sana yang lebih amanah dan layak.Tetapi yang memilihnya selalu mengatakan ia tersilap lagi, boleh kah Tuan katakan Mahathir seorang yang bijak?Atau pun itu satu taktik kelentong yang sengaja di buatnya?
Mahathir saje je kata silap tu.... nak syokkan sikit pembangkang.... Dia geli2 je tu...
mahathir ni cekap orangnya wahai tuan aspan..............saya yakin mahathir sampai mati ppun akan masih di ingati oleh semua rakyat xkira pihak kerajaan atau pembangkang...itulahkehebatan cekdet...
Firun sampai sekarang diingati oleh semua rakyat dikebanyakan dunia.
Anon 13.44 statement anda amat bahaya dari segi aqidah.....kena mendalami agama yg sebenar...
Post a Comment