Pertandingan pilihanraya kecil diHulu Selangor nampaknya bertambah sengit. BN sedang mencuba sedaya upaya memerangi pengaruh Zaid Ibrahim yang nampaknya menjadi igauan kepada BN kerana sambutan yang diberikan kepada Zaid sangat menggalakkan.
Berbagai cara dilakukan seperti mengumumkan projek-projek yang melibatkan rakyat diumumkan seperti menumumkan dimana-mana calun BN melawat.
Seperti biasa apabila sesuatu kawasan mengadakan PRK masa itulah pengumuman demi pengumuman dibuat tetapi jarang terlaksana selepas pilihanraya berlalu.
BN menghadapi masalah, kerana Kerajaan Negeri Selangor adalah kerajaan pimpinan PKR.
Walaupun begitu banyak tohmahan terhadap kerajaan Selangor, mahu tidak mahu kita terpaksa akur kepada kenyataan yang Negeri Selangor diruskan oleh PKR dalam keadaan lebih baik dari pentadbiran BN dahulu.
Kerajaan Selangor telah menguruskan sumber alam dan kekayaan darinya dengan baik. Saya berkesempatan melihat bagaimana urusan sumber pasir diuruskan dengan baik.
Jika zaman BN kerajaan Selangor hanya mengutip pendapatan dari konsessi pasir contohnya,hanya sebanyak 3 juta ringgit, tetapi sejak dua tahun yang lepas kerajaan Selangor telah dapat pendapatan hampir 60 juta ringgit setahun walaupun konsessi yang diberikan lebih kecil jumlahnya berbanding yang dikeluarkan oleh kerajaan BN dahulu.
Ini tentulah kerana urusan yang jujur dan tidak ada penyelewengan sumber yang dilakukan oleh perlaksana dasar di Selangor.
Adalah dijangkakan Kerajaan Negeri Selangor akan mendapat pendapatan sehingga melebihi 80 juta ringgit bagi tahun ini.
Begitu juga hasil dari sumber hutan: jika dizaman BN dahulu kerajaan hanya mendapat pendapatan diantara 1000 ke 2000 ringgit bagi seeker ‘compartment’ yang dikeluarkan tetapi sekarang kerajaan Selangor mampu meraih sebanyak lebih dari 8000ringgit bagi seekar.
Tentunya perbezaan ini boleh membayangkan betapa besarnya ketirisan yang berlaku dalam pemerintahan BN dahulu.
Bayangkan jumlah pendapatan Negeri yang terbuang begitu sahaja kerana permainan rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan BN dimana-mana negeri sekali pun.
Pujian patut diberikan kepada syarikat Alam Semesta, syarikat milik kerajaan Selangor yang telah berjaya mengutip sumber kewangan yang begitu banyak yang sebelum ini masuk kesaku individu yang berpengaruh dan berkuasa semasa BN dahulu.
Setiap pegawai kerajaan jelas begitu bersemangat untuk menambah pendapatan kerajaan negeri dan ini adalah amat menggalakkan dan saya berkeyakinan semangat ini hanya terbentuk jika pemimpin tertinggi kerajaan Selangor tidk berebut untuk mengumpul kekayaan peribadi.
Seekor ikan itu akan busuk jika kepalanya sudah busuk. Jika kepala pimpinan negeri itu tidak mengamalkan rasuah maka secara otomatis pegawai dan perlaksana tidak akan bernafsu untuk melakukan kerja-kerja hina itu.
Saya beranggapan dari awal yang isu YBK akan menghantui kerajaan PKR, tetapi rupa-rupa keadaan itu adalah terbalik. Terlalu banyak isu yang melingkari pimpinan BN semasa tanah-tanah yang diperuntukkan kepada YBK ini.
Rupa-rupanya pihak yang cuba meraih simpati rakyat dalam YBK itu sendiri mempunyai banyak persoalan yang mesti mereka jawab. Kerajaan negeri telah pun membentangkan segala-galanya kepada rakyat baru-baru ini.
Sesungguhnya dosanya amat besar kerana ianya melibatkan harta rakyat dan pembayar cukai…jauh lebih hina dari seseorang yang dituduh minum arak denga tidak berwajar itu.
Patutpun tidak ada pula pihak yang berani menjadikan isu YBK sebagai isu pilihanraya untuk memperkecilkan kerajaan Selangor.
Ini lah secebis yang saya dapati dari banyak lagi cebisan yang umum akan mengetahuinya.
Sekian……………………………………………….Aspan Alias
6 comments:
Yes Aspan...you are saying the obvious. There are much and much less 'toll gates' and make our business less costly.
No reason for this state government to be replaced any more.
I am one of the thankful recipients for this good government governance.
Datuk SNS
TS Khalid may be weak in handling politic but he manages the state much better than Toyo or Mat Taib.
People say he stammers alot but he does not rule the state by his mouth. He rules the state with his head.
I shud say that PKR can manage other states given the opportunity.
The worst of PAS or PKR ruled state is better than the best of BN.
Salehman
Encik Aspan, pertama kali saya baca blog sdr.
Nak bagi tau, BN telah cuba membayar saya undi dapatkan undi saya sekeluarga dan tetangga saya.
Saya kata tidak payah bayar dan saya menolak.
Sepatutnya saya ambil dan jadikan bahan bukti jika perkara in dibawa kemahkamah.
YBM
YBM,
Kalau BN beri duitsaya tak masuk campur. Yang pentingnya sdr berfikir habis-habisan sebelum menhundi. Siapa sahaja yang sdr undi selepas berfikir itulah undi yang betul.
Kalau sdr nak ambil duit tu tapi sdr undi pihak lain pun boleh.
Kita tolak ketepi isu perbezaan politik sekarang ini.
Mengundi Zaid adalah tidakkan yang paling realistik sebab yang sama-sama kita fahami.Lagi pun beliau dah azab dihina dan dicerca oleh pihak lawannya.
Kalau itu dah dilalui oleh Datuk Zaid maka dialah yg patut mendapat mandat.
Sedikit nasihat untuk D Zaid;
Berdoalah disetiap saat sambil bersalawat terus terusan agar dijauhi sdr dar korba fitnah manusia, jin dan syaitan.
Saudara dalam proses dugaan dan ingat, jika sdr kuat bertahan dengan fitnah-fitnah ini sdr akan berjaya akhirnya.
Yang penting sdr menang akhirnya.
Assalaamualaikum Datuk.
Post a Comment