Anak-anak yang babah kasihi,
Babah bersyukur tidak terhingga kerana anak-anak semua mendengar kata-kata dan niat babah yang babah rasakan baik untuk anda berempat.
Babah, rasanya telah membekalkan segala-segalanya untuk anda menjalanani hidup dalam keredhoan dan pemiliharaan Tuhan yang Maha Esa.
Walau bagaimana pun itu hanya usaha dari ayah anda yang serba kekurangan ini . Samada ianya diberkatinya hanya dia sahaja yang mampu menentukannya.
Ingat anak-anak ku, roh yang sesuci-sucinya itu dimasukkan kedalam lembaga kita ini diringan dengan sifat-sifat yang lain untuk tuhan menduga kita dalam menjalankan kehidupan dialam fana’ ini.
Sifat yang babah maksudakan ialah 13 sifat ternoda itu, diantaranya dengki, takbur, ujub, takbur, sombong dan yang lain-lainya, dan semuanya telah babah ajar dan peringatkan anak-anak semua.
Sesaat kita melupakannya sesaat yang bathil itu akan masuk kekalbi kita. Pertembungan ini anda berempat mesti menjaganya dengan baik, kerana kita berwjib menjaga kesucian dan segala kerahsiaan Tuhan yang Maha Esa tadi.
Untuk menjaganya ialah dengan zikrullah yang intensif dan berterusan selain dari solat yang telah disyariatkan itu.
Jika ada perasaan marah jangan sekali kali…..jangan sekali kali memanggil manusia lain dengan panggilan nama-nama yang kotor dan menjijikkan, kerana manusia lain itu juga adalah insan yang dicipta tuhan dengan bentuk mim ha mim dal juga.
Ingat anak-anak ku, memanggil manusia lain dengan kata-kata nesta itu adalah serupa kita menghina tuhan yang telah membentukkan diri manusia itu dengan bentuk mim ha mim dal sejak kita berada didalam kandungan rahim ibu kita.
Lagi pula Tuhan sentiasa memperingatkan kita bahawa manusia itu adalah secantik cantik kejadian seperti yang kita baca dalam solat syariat kita semasa kita membaca surah lazim itu.
Ingat anak-anak ku, bentuk tubuh manusia adalah ‘architectural’ tuhan yang Maha lengkap, dan jangan kita menghina hasil ‘architectural’ Tuhan terlengkap itu.
Babah akan malu didunia dan akhirat jika anak-anak memanggil manusia lain dengan nama-nama yang kotor seperti memanggil sesama insan seperti babi, anjing sial dan perkataan-perkataan nesta yang lain.
Hidup ini ibarat cermin, jika kita panggil orang babi maka babilah kita. Jika kita panggil manusia lain beruk maka sesungguhnya kitalah yang beruk.
Tegur menegurlah diantara satu dengan yang lain secara yang baik, walaupun maksudnya berbisa.
Ingat anak-anak ku, mengikuti syariat itu semata-mata untuk kita hidup dalam keadaan ‘civil’ dan itu tuntutan agama dan ianya wajib. Tetapi yang membolehkan kita hampir kepada syurga ialah ubudiah dan amal jariah kita yang jujur dan tulus.
Anak-anak ku, kehidupan diakhir zaman ini sentiasa diduga oleh keadaan sekeliling yang tidak baik dan janganlah anak-anak ku terpengaruh dengan unsur-unsur yang kotor.
Hiduplah seperti ikan hidup dilautan yang masin. Ikan yang berjiwa dan hidup itu tidak masin walaupun ianya lahir dan membesar didalam lautan luas yang masin.
Jangan hidup seperti ikan yang tidak berjiwa dan yang mati; apabila ikan yang mati dikeluarkan dari air yang masin dan dijemur makan ianya menjadi ikan masin kerana diresapi oleh air yang masin itu tadi.
Bercampur gaullah dengan sesiapa pun, tetapi jika kita seperti ikan hidup dalam lautan itu insyaallah anak-anak tidak akan terpengaruh dengan unsur-unsur keji disisi Tuhan itu.
Setakat itu buat anak-anak ku. Maaf kerana babah memperingati anda selalu. Tetapi percayalah, babah hanya ingin melihat dan meninggalkan anak-anak yang soleh jika diizin olehnya.
Yang penting jiwa mesti kaya, jauhi dari hidup dengan jiwa yang fakir.
Sekian……………………………………Aspan Alias (babah)
2 comments:
Dah baca both bahagians..very touching and full of reminders..thank you for sharing your articles meant not just for your children but for everybody actually..salam pada Raja.
Aspan, saudara memang nyata tahu bagaimana hendak hidup sebagai insan dengan kelansungan dar Tuhan.
Say meminta untuk menggunakan isi tulisan sdr untuk anak-anak saya yg sedang belajar diNew Zealand. Harap sdr tidak ada apa-apa halangan
Mohd Sidek Abdullah JB.
Post a Comment