11 April 2010

Kekalahan diHulu Selangor - Hikmah bagi MIC?

Tidak berapa lama lagi BN dan PKR akan mengumumkan nama calun masing-masing dan akan bermulalah siri kempen PRK Hulu Selangor yang menjadi isu panas masa kini.

PKR akan mengumumkan calunnya pada 13hb April dan sehari dua selepas itu BN akan mengumumkan calunnya dari MIC untuk mengakhiri berbagai spekulasi panas dikalangan ahli-ahli MIC sendiri.

Diperingkat peti undi kerja untuk melakukan persediaan sudah dirasai; hanya menunggu nama calun-calun masing-masing.

Bagi MIC kemenangan calun yang dicadangkan oleh Samy Velu adalah sangat penting kerana jika parti itu kalah lagi kali ini, maka MIC memang boleh dianggap ‘bungkus’ maka MIC akan menghadapi masalah ‘intra’ dalam parti itu keseluruhannya.

Saya memang berbaik-baik dengan beberapa orang aktivis MIC sejak beberapa lama dulu dan tidak kurang diantara mereka menganggap kekalahan MIC diHulu Selangor mungkin ada hikmahnya kerana itu sahajalah caranya untuk membersihkan parti itu dari cengkaman Samy Velu dan rakan-rakannya.

Mahu tidak mahu kita mest akui yang Samy adalah 'liability' bagi MIC dan seterusnya untuk BN.

Jika MIC tertewas maka kumpulan Dato S Subramaniam atau sesiapa yang bertokohan dan bersih dari elemen-elemen yang tidak baik akan mudah untuk meraih sokongan perwakilan MIC untuk meneraju dan membuat pembersihan imej MIC yang sangat banyak tercalar itu.

DAN ianya juga merupakan ‘blessing in ‘disguise’ bagi BN keseluruhannya khususnya bagi UMNO.

Seorang orang kuat MIC Selangor memberikan pandangan, “It is good to lose this battle in Hulu Selangor to prepare for winning the war in the PU13. MIC has baggage problems. Too heavy to carry. It gives problems to UMNO very much”

Maksudnya biarlah kita kalah dalam pertempuran ini tetapi kita menang dalam peperangan akhirnya.

Kawan-kawan dari kaum India begitu bermasalah untuk menolak Samy Velu kerana sifat kuku besi beliau, tetapi selagi beliau berada dipersada kepimpinan MIC parti itu tidak mungkin berfungsi sebagai parti yang kuat lagi.

Bagi mereka Samy sudah tidak relevan lagi kerana beliau sudah terlalu lama memimpin MIC itu. Disebabkan oleh Samy kaum India telah berpecah kepada 3 parti serpihan dan ini memudharatkan bangsa India yang kecil jumlahnya dinegara ini.

BN akan kembali pulih jika MIC mampu membersihkan parti itu dari noda yang dilakukan oleh pimpinan pusat mereka.

Rakan-rakan kita dari kaum India ini bukannya kekurangan tokoh dikalangan ahlinya tetapi sesiapa yang bertokohan tidak boleh hidup politik mereka kerana kemahiran Samy menyekat mereka dari menerajui kepimpinan parti itu.

Kaum India nampaknya sedang berfikir dengan serius; hendak kalah dalam pertempuran dan menang dalam perperangan, atau menang dalam pertempuran tetapi akhirnya kalah dalam peperangan?

Pilihan adalah hak mutlak ahli-ahli MIC.


Terima Kasih………………………………………..Aspan Alias

7 comments:

Vela said...

that is exactly our problem. if mic wins samy velu will claim credit and he will stay as president for another 100 yrs.
very hard to recall the good image of the past.

Vela

fendi said...

Betul bang, kami susah buat kerja dibawah bang. Ramai orang tolak calun bang.

Anonymous said...

Aspan, I work here and I reside in KKB. I don't think all Indians are supporting BN.

apolitical

Ryzal72 said...

Assalamualaikum,
Anon 12.47. Im Kuala Kubu resident. Yr statement is right. All my indians friend already declared tht if they wont support MIC candidate. They rela support malay if BN choosed the best Malay fr ths election. But, sad to say.....BN go for MIC....
Text to me if u want me join u. Tq

Anonymous said...

aku harap BN kalah di hulu selangor
sebab tak mahu dengar pandangan penduduk2 disana

Anonymous said...

kalau kita boleh berbaik dengan Yahudi, masakan kita tidak boleh berbaik dgn calun Melayu.

imranhamad

santai said...

Dear Imran

"kalau kita boleh berbaik dengan Yahudi, masakan kita tidak boleh berbaik dgn calun Melayu.

Kalau esok Anwar cakap yg Osama akan memerintah Malaysia, itu pun orang macam awak akan percaya.Sigh!