Nampaknya orang Melayu sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Kita orang Melayu terpaksa bercakap dalam erti bidalan, ‘kalau bercakap siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari dengar-dengar’.
Bercakap dalam rumah sendiri pun terpaksa berbisik-bisik takut didengari oleh orang lain dan terpaksa pula tunduk memohon maaf kepada siapa yang mendengarnya.
Noh Omar terpaksa memohon maaf kerana kata-katanya walaupun benar. Oleh kerana 'orang lain' itu marah, Noh tergesa-gesa mohon maaf.
Dari sekarang nampaknya orang melayu terpaksa bercakap bahasa isyarat sesama sendiri untuk mengelakkan dari didengari oleh bangsa lain untuk bercakap benar.
Noh Omar hanya membaca ungkapan pemimpin-pemimpin bangsa lain yang pernah diungkapi oleh mereka lebih 40 tahun dahulu dan itu merupakan fakta sejarah yang benar dan nyata.
Rupa-rupanya berkata benar itu salah dan terpaksa memohon maaf kepada bangsa lain kerana tidak membohongi sejarah. Orang Melayu diTanah Melayu ini sudah tidak boleh bercakap benar tentang sejarah bangsanya sendiri.
Keadaan diNegara ini sudah sama seperti diSingapura dalam mana orang Melayu disana dipaksa membohongi sejarah mereka sendiri dengan mengakui yang Singapura itu bukan dijumpai oleh Sang Nila Utama tetapi oleh Sir Stamford Raffles pada tahun 1819.
Sebelum itu Singapura tidak wujud dan segala fakta sejarah negara itu hanya bermula pada tahun 1819 sahaja.
Noh Omar terpaksa tunduk dan telah terpaksa mengakui bahawa bangsa lain yang berada dinegara ini wujud dari dahulu kala; Orang cina disini bukan datangnya dari negeri China dan orang India disini bukan datangnya dari negara India.
Apabila akhbar bangsa lain mengkritik beliau kerana membaca apa yang disebut sendiri oleh Tan Cheng Lok, Noh Omar seperti orang yang tidak ada ‘batu pelir’ itu terus sahaja memohon maaf.
Seketika dahulu seorang pemimpin Pergerakkan Pemuda UMNO pernah memohon maaf pada bangsa yang sama kerana menghunus keris sebagai symbol kepahlawanan Melayu zaman dahulu.
Ketua Pemuda itu berucap berapi-api dengan menghunus keris setara pahlawan Melayu tetapi bila dicabar oleh bangsa lain terus sahaja beliau memohon maaf, maka beliau dilihat hanyalah sebagai seorang ‘pahlawan tepok’ yang memacakkan keris kebumi sahaja.
He was just like an airplane which crashes even before taking off.
Sekarang pemimpin itu merupakan seorang yang berpotensi menjadi Perdana Menteri untuk mengambil ali tempat sepupunya, PM Najib semasa Najib bersara 20 tahun yang akan datang.
Sekarang ini nampaknya saya pun terpaksa memohon maaf jika apa yang saya katakan ini tidak disukai oleh mana-mana pihak.
Sekarang ini hanya satu perkataan sahaja yang orang Melayu dibenarkan menyebut iaitu…Maaf.
Sekian…………………………………………………Aspan Alias
10 comments:
Bro... nampaknya awak buta sejarah juga ya.. "Melayu kena tunduk untuk diketok dan gadai bini pada orang lain untuk diratah kerana berkata benar itu SALAH sejak zaman Mahathir lagi"
Ramai orang melayu berjaya, "hujan emas". Tahu kenapa? Sebab "hujan batu" sakit...
Gi baca posting "Another Brick in the wall" hari ni.. last ayat dia, pada saya la.... Masyarakat Melayu yang salah... hehehe, pandai dia... bagi nasihat... anyway betul juga, kan orang melayu yang pangkah gomen sekarang ni.. so, sendiri tanggung lerr... Politician melayu ada "batu pelir" tapi semuanya setaraf " auwwww" bahkan lebih teruk lagi... dah kena "main belakang" oleh ... hehehe.... dari 19XX lagi...
...adioss....
Org yg bercakap besar selalunya tak ada 'batu' itu.
Saya suka sdr kata Hishamudin 'panglima tepok'.
Memang dia panglima tepok; cakap bergegar tetapi tak ada apa-apa.
Noh Omar, lain kali kalau nak minta maaf akhirnya, elok jgn bercakap apa-apa.
wak sidi
Ini gara-gara calon Hulu Selangor diberi kepada MIC.
Jika PM kata org UMNO jadi calon Hulu Selango, org lain tak akan berani nak angkat suara.
Tak kan hanya PM dan TPM je yg boleh bercakap pasal Melayu !!!
Pihak lain telah mempersoalkan hak Melayu dengan tegas tetapi tidak ada pemimpin Melayu berani bertindak macam keluar dewan apabila pihak lain menghina kita.
Bak kata org Encik Aspan hanya kita sahaja yang terpaksa meminta maaf.
Sedfinya hati tidak tertera.
Malayman
Kenapa begitu dayus nya pemimpin melayu???
Pasai apa harus meminta maaf?
Depa nak tersinggung depa punya pasal la....
Kalau dah tau penakut fikir dulu baru cakap bukan cakap dulu baru fikir!!!
Tak salah kita selalu minta maaf. Kan kita selalu ajar anak cucu kita minta maaf kalau ada silap dan thank you!
That is what a gentleman should do !!
Salam Sdr Aspan,
Diantara sifat-sifat utama yg misti ada pada seorang pemimpin/pejuang ialah bijak,berani,tegas dan jujor.Manakala sifat-sifat yg lainnya merupakan pelengkap dan penambahbaikkan kepada sifat yg asas itu.Olih yg demikian,jika sesaorang itu didapati tidak mempunyai salah satu daripada apa yg dikatakan sifat utama itu maka orang itu sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin,jauh sekali untuk menjadi seorang pejuang.
Satu fenomena yg amat mengecewa dan menakutkan di dalam Umno sekarang ialah para pemimpinnya begitu gemar beretorik dan berlagak sebagai wira tetapi apabila tercabar mereka gementar dan terus menjadi apologitik,pengecut dan tunduk mengalah.Jika perkara semacam ini telah dilakukan oleh pucuk pimpinana parti sendiri yg menjadi contoh tauladan dan ikutan kepada orang bawahan maka tidak heranlah perbuatan pengecut dan dayus itu yg amat memalukan parti Umno khasnya dan orang Melayu amnya,terus berlaku sekarang,seolah-olah ianya menjadi sifat dan budaya Umno pada masa ini.
Perkara semacam ini berlaku kerana para pemimpin bukan sahaja tidak mempunyai sifat keberanian tetapi ianya kerana mereka itu terlampau menjaga kepentingan peribadi dan
kedudukan masing-masing lebih daripada segala-segalanya.Mereka bimbang bahawa kenyataan mereka itu,walaupun benar dan betul,akan dijadikan isu besar oleh "orang lain"dan dengan itu mereka akan diambil tindakan oleh pucuk pimpinan seperti yg berlaku kepada ketua Umno Bahagian Bukit Bendera.Jika perkara demikian itu berlaku kepada mereka,mereka merasakan mereka akan hilang segala-galanya.
Gambaran yg diperlihatkan oleh para pemimpin Umno sekarang amat mengecewakan.Mereka terlampau terpengaruh dengan kebendaan ,pangkat dan kedudokan.Komitmen dan rasa tanggongjawab
kepada perjuangan parti,bangsa dan agama tidak lagi menjadi keutamaan kepada mereka.Lantaran itu mereka ini sanggup mempergadaikan maruah diri dan menjualkan martabat dan kepentingan bangsa.Pemimpin semacam ini tidak ada prinsip dan amat gemar menjadi penjilat dan pengampu.
Oleh kerana Umno kini ketandusan pemimpin dan pejuang tulin yg berpegang kepada prinsip "berani kerana benar"dan rela berkorban untuk bangsa dan negara maka orang Melayu tidak ada lagi tempat meletak harapan untuk mendapat pembelaan dan pergantongan.Oleh itu, kehadiran PERKASA sangat dialu-alukan oleh orang Melayu yg merasakan Umno telah mengabai dan meminggirkan mereka.
Askar Tua
Saya amat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh saudara askar tua
Hakikat nya itulah yang sebenarnya berlaku pada Umno menyebabkan ramai orang melayu sudah tidak mempercayai kata-kata pemimpin melayu ini....
Bukti terbaru di H.Selangor suara orang melayu dipinggirkan!!!
Kepentingan pemimpin diutamakan....
My dear UMNO friend, I enjoy reading your articles both in Bahasa Melayu and English for your simplicity yet still captivating style of language. I laughed at your article on Batu Pelir not because I thought you ridiculed your minister but I thought you must be joking. Don't worry about Malays losing their rights of free speech. The Chinese population is shrinking by the year. The Civil service is fully controlled by Malay, the army. the police and all the monopolies and oligopolies in business to. The trouble with you Malays is you want to use the Chinese votes to hedge against your own divided selves. Look at Mahatir, he use the May 13 and Chinese fear of PAS Islamization to get Chinese votes to stay in power in 1999 when he knew the Malays are booting him out. He is a symbol of Melayu mudah lupa about gratitude when he uses Perkasa platform to speak! Those in UMNO who apologised are the ones who realised they need the Chinese votes to fend off the loosening Malay votes to stay in power. It is all about Malay politics and not about Chinese or Indian. Even PAS has moderated itself to say PAS untuk semua.To the Chinese, you just need to keep them happy with their mother tongue vernacular school, allow them some limited space for vices and gambling whilst letting them accumulate monetary and real estate wealth, they would just leave you alone with your political power amidst your own Malay political competitions. YTM Tunku was the most politically intelligent Malay in history. Gave most of the important ministerial positions to the Chinese to make them feel great but reality was Malay seats are in majority to call and shoot the shots from behind the scene.Salam Bahagia Sudara Aspan! Bye.
Post a Comment