26 August 2010

Hilangnya seorang sahabat lama

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang sangat mengejutkan; iaitu kepulangan kerahmatullah seorang sahabat serperjuangan selama puluhan tahun lamanya, yang baru saya temui 2 minggu yang lepas.

Kamaruddin Awang Teh meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kamarudin Awang Teh meninggal dunia jam 6 pagi ini akibat terlibat dalam kemalangan jalanraya di Rawang. Turut bersama meninggalkan kami ialah isteri beliau Nariah Dato Malek.

Kamaruddin merupakan Ketua Pemuda UMNO Bruas pada awal tahun 80-an dan pernah dilantik menjadi Setiausaha Pergerakkan Pemuda UMNO Perak dan merupakan seorang yang berani dan lantang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Negara.

Permergian beliau amat saya rasakan kerana saya mengenali beliau dan keluarga beliau dengan begitu rapat dan mengenali hati budinya secara mendalam. Walaupun beliau tidak menempa kejayaan dalam politik dan telah dua dekad tidak bergiat aktif beliau tidak pernah undur dari mengingati rakan-rakan supaya teruskan agenda perjuangan Melayu.

Kali terakhir beliau menghubungi saya ialah pada hari pertama Ramadhan baru-baru ini selepas 2 tahun tidak berhubung. Beliau memanggil saya dengan nama ‘orang pencen’.

“Jangan kita berhenti berfikir tentang perjuangan asal parti kita, walaupun kita sudah tidak berada dimana-mana dalam parti. Walaupun UMNO sudah hilang serinya Melayu tetap berseri jika masih ada manusia Melayu yang berdoa dan berfikir tentang bangsanya. Kome jangan berhenti bercakap tentang isu Melayu kita!” Itulah ayat yang keluar dari mulut beliau dalam pertemuan terkhir kami itu. Teringatkan nasihat beliau itu saya tidak tertahan menahan sebak di dada ini.

Semoga roh Kamaruddin dan Nariah sentiasa berada dibarisan roh-roh yang terpilih. Al-fatihah.

5 comments:

anakdegil said...

Sama-samalah kita sedekahkan Fatihah..Al-Fatihah...

Anonymous said...

Walaupun saya tidak kenal saudara Kamaruddin Awang Teh tapi kata2 allahyarham membuatkan saya respek. Melayu telah hilang seorang pejuangnya...

Al-Fatehah...

mahaza said...

Al fatihah kepada kedua-dua mereka. Semoga mereka dirahmati apatah lagi pemergian mereka di dalam bulan penuh barokah ini.

Anonymous said...

Semoga ditempatkan Roh beliau dan Isterinya ditempat orang-orang yang diRedhai Allah SWT.
Amin...

Unknown said...

Alfatihah kepada pejuang bangsa....