03 August 2010

Politik Malaysia, politik Melayu - jangan lupa hakikat itu

Politik diMalaysia khususnya disemenanjung memang tidak boleh dianjak jauh dari politik orang Melayu. Kepada orang Melayu politik dan kuasa yang ada bersamanya itulah ‘survival’ mereka.

Jika orang Melayu tidak diberikan kuasa, pihak yang lain tidak akan juga berkuasa.

Jika ada pihak yang lain mempunyai keyakinan yang politik dinegara ini boleh mengasingkan orang Melayu darinya itu merupakan pendapat yang amat besar kesilapannya..

Yang menjadikan keadaan tidak menentu pada hari ini ialah kerana politik orang Melayu. Melayu tidak boleh diketepikan dari semua bidang kehidupan dinegara ini; politik, budaya, ekonomi dan lebih-lebih lagi agamanya.Jika Melayu berpuas hati maka elok dan moleklah politik negara.

Sesiapa atau parti mana sekali pun, jika mahukan kewujuddannya secara kekal tidak boleh melarikan diri dari mengambil kira isu orang Melayu, tidak kira dibandar atau pun didesa.

Ahli politik kaum Cina atau pun India tidak akan sampai kemana-mana jika tidak mendapat sokongan orang Melayu bersama dengan budaya dan agamanya.

Berasaskan kepada hakikat ini mana-mana kaum dan parti berwajib untuk mendapat sokongan dari orang Melayu keseluruhannya.

Itu sebab dulu-dulunya mana-mana parti yang ingin mendapat kejayaan maka mereka mestilah bergabung dengan UMNO. Mana-mana pihak yang mendapat sokongan UMNO pihak itulah yang akan berjaya.

TETAPI sekarang UMNO tidak lagi mampu menyatukan ahli-ahlinya kerana ahli-ahli sendiri tidak berkayakinan dengan sepenuhnya terhadap kepimpinannya. Rasuah pula membawa bencana. UMNO jelas telah gagal menguruskan kejayaannya kerana rasuah.

Pemimpin dan ahlinya sudah berjauhan dan ‘disconnected’. Walaupun nampak pemimpin bersatu tetapi ahli-ahli umno sendiri yang keluar parti dalam jumlah yang besar dengan cara mengundi parti pembangkang didalam peti undi semasa pilihanraya.

Mereka tidak payah mengisytiharkan keluar UMNO tetapi mereka menggunakan kaedah mengundi parti ‘alternative’ semasa pilihanraya. Jadi UMNO tidak payahlah hendak membuat publisiti murahan mengisytiharkan disana sini seratus atau dua ratus orang ahli PAS atau PKR menyertai UMNO.

Sebaleknya ahli-ahli UMNO mengundi pembangkang dalam jumlah ratusan ribu bilangannya semasa pilihanraya nanti seperti yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas.

Mana-mana pihak yang tidak suka saya berfikiran sebegini tidak mengapa kerana masa akan menentukan kebenaran yang saya katakana ini. Sementara menunggu tentang apa yang saya perkatakan ini terbukti berseronoklah mengkritik saya sepuas hati. Saya memilih untuk membuktikan kebenaran ini kemudian hari. ‘I choose to smile last but with a sweet one’.

Maka untuk menjadikan orang Melayu menjadi penentu mana-mana pihak yang ingin berjaya maka orang-orang Melayu mesti bersatu dalam keadaan yang sejuk dan nyaman tanpa berdepan dengan masalah.

Itulah sebabnya saya selalu merungut kepada pemimpin-pemimpin kita supaya berbuat baik. Jangan rasuah dan jangan salahgunakan kuasa dan pengaruh supaya UMNO itu dihormati.

Tetapi tidak juga mampu untuk menghilangkan persepsi orang ramai kepada UMNO sebagai parti tempat perasuah berselindung. Kalau UMNO itu bersih maka orang Melayu akan bersatu dibawahnya dan Melayu akan mempunyai ‘consequence’ yang besar terhadap politik negara.

Tetapi keadaan UMNO semakin hari semakin tenat maka orang Melayu lebih cenderung untuk bersatu diluar UMNO dan ramai diantaranya memilih untuk bernaung dibawah PAS. Maka salah siapa lagi kalau bukan salah pihak kita?

Hanya PAS sahaja ada Melayunya, ada budayanya dan lebih-lebih lagi ada Islamnya.

Orang Melayu yang dulunya mengundi calun MCA sekarang memilih untuk mengundi DAP kerana DAP ada Melayunya jika kita mahu. DAP akan meletakkan beberapa calun Melayu dalam pilihanraya yang akan datang dan Melayu itu ada budaya dan agamanya. Jika DAP tidak meletakkan calun-calun Melayu maka parti itu akan juga mengalami kerugian besar.

Jumlah perwakilan orang India sekarang bertambah ramai kerana orang India berada dalam banyak parti walaupun mereka hanya mewakili 15 peratus dari jumlah penduduk negara. Orang India berada dalam BN melalui MIC dan juga melaui PKR dan DAP.

Lagi banyak perkelahian diantara mereka lagi ramai mereka duduk didalam Dewan-Dewan 'Legislative' negara.

Tetapi apabila orang seperti saya berkata hakikat ini penyokong UMNO memilih untuk membelasah saya dan tidak mahu mengakui yang diperkatakan itu adalah benar. Tetapi saya tidak peduli. Masa akan menjadi penentu.

Mereka masih bertungkus lumus untuk menegakkan benang yang basah itu. ‘Saying the truth seems to be forbidden in UMNO’.

Pilihanraya semakin hampir. Orang seperti saya hanya mampu berdoa. Mungkin doa-doa kita dikabulkan Tuhan, tetapi hajat untuk berpayung dibawah pimpinan yang bersih tidak kesampaian.

Berbagai usaha dilakukan oleh setengah pihak untuk memperbaikki UMNO tetapi hanya bertemu dengan kegagalan.

Dari saat ini kita hanya berharap kepada nasib sahaja. Nasib sabut kita timbul, nasib batu kita tenggelam.

Jika Melayu timbul semua yang lain akan timbul. Jika Melayu tenggelam yang lain juga akan tenggelam.

13 comments:

Anonymous said...

Syabas bro, politik mesti kita punya. Mesti Melayu punya. Tak kira PAS mahu pun UMNO.

Sdr Melayu!!!!


norazlan, rompin.

ramli saim said...

Bro Aspan,

You are indeed a good communicator. Easy to understand your idea and writings.

Keep it up bro.

ramli saim

Anonymous said...

Bila pilihan raya bro??? Serius je bunyi. Esok, tahun depan, 2013 ???

Pewaris said...

Salam hormat Pak Aspan,

Inilah buah bicara yang saya nanti-nantikan. Sangat-sangat tepat. Orang Melayu perlu tahu tentang politik Malaysia, politik Melayu.
Orang Melayu Felda perlu tahu ini.
Orang Melayu Bandar dah lama tahu.
Orang Melayu kampung mesti faham tentang politik Melayu.
Politik Melayu perlu dibangunkan dengan baik. Agama Islam boleh jadi penjaga politik Melayu. Orang Melayu Islam atau orang Islam Melayu mesti berubah untuk kuatkan politik Melayu.

Salam perjuangan.

Anonymous said...

Yang timbul itu Melayu
Yang tenggelam itu Umno
Umno bukan Melayu
Dan Melayu bukan Umno

ayeharis said...

salam bang,

abang dah lama dalam UMNO sebab itu walaupun idea abang kritikal dari yang lain tapi masih ada kerak UMNO lagi...mana boleh politik ini melayu punya ,steadylah bang ,saya pun melayu juga,usj juga,teh tarik mamak ehsan juga,keluarlah dari kepompong lamo tu....ALLAH S.W.T. jadikan maknusia bukan melayu saja...melayu boleh bersatu maju dalam tali ALLAH S.W.T. ,ISLAM bukan melayu,UMNO saperti Nabi S.A.W. menyatukan dan memajukan umat di bumi Hijaz melalui ISLAM bukan Arab dan bangsa bangsa lain...

schenker78 said...

Bye Bye UMNO, ketua pembangkang Pusat yang baru...tapi minta maaf banyak2.....Najib tak qualify, dia akan letak jawatan kecuali kalau bini dia mahu dapatkan elaun Ketua Pembangkang.....

Selamat datang Muddin Yassin...Ketua Pembangkang 2013-2018....

suka tun hasmah said...

kah3..setuju bangat bro...

masalah UMNO selain Rasuah adalah Rosmah.

Rosmah tidak mcm bini2 PM sebelum ini.

Bini PM dulu tidak dikecam, malah bini Tun Dr M, Tun Hasmah sendiri tidak dikecam walaupun semasa zaman anwar mula dipecat dari kabinet. Keperibadian tun hasmah amat dipuji.Orang marah kepada mahathir tetapi tidak kepada tun hasmah.

sekarang apa yang berlaku? semua orang meluat termasuk ahli UMNO sendiri.

Masalah UMNO selain rasuah adalah rosmah. Rosmah lebih dominan berbanding najib.

untuk mengyingkirkan rosmah, kita terpaksa menyingkirkan najib. baru nak dekat 2 tahun, dah mcm2 berita yang kita meluat nak dengar pasal rosmah...

bayangkan 10 atau 15 tahun lagi, sendiri fikirlah...

Anonymous said...

Mengapa mesti menggunakan bahasa Inggeris untuk singkatan VOGUE ini sayap parti Inggeris ke atau parti Melayu Oooops terlupa UMNO tu kan om putih!!!!!!! Apa la nak jadi dengan bangsa Melayu ni!

azraai said...

We are ready for a change since UMNO does not change. PAS is a Malay party and that can be a perfect substitute for the purpose.

There can be some problem of adjustment but at least it's a fresh problem.

UMNOis facing the same old problem...corruption and corruption.

It's too costly for the people to maintain UMNO. Like charging 1.5 billion ringgit for 900 million jobs and things like that.

In the end the people like you and me have to pay for such misdeeds.

Thanks

azraai.

schenker78 said...

Bro Hishamudin Rais ada pandangan menarik....

http://www.malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=33556:bila-mat-ezam-rekrut-allah-saya-serender&catid=15:dari-jelebu&Itemid=100089

schenker78 said...

singapore malays reply to UMNO and Mahathir....

SINGAPORE, July 30: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad's assumption that Malays in Singapore had failed and their neighbouring Malays should take lesson from their plight has not impressed a Singaporean daily.

Right: An Islamic school cum mosque in the Aljunied district in Singapore

The republic's Malay daily Berita Harian in an editorial said Malay-Muslims in the state were successful and it was a result of their hard work in line with the values of meritocracy, not a result of being spoon-fed.

“We do not believe in being spoon-fed or being too dependent on the government - in other words, we do not have a crutch mentality,' wrote editor Guntor Sadali.

Guntor said Singapore Malays believed that a community with such a mentality would soon become a “two M” community, which stands for ‘manja’ (spoilt), and ‘malas’ (lazy).

“We definitely do not want to be labelled as a pampered and lazy community,” he said, adding that the Malay community in the island raised their own funds to build Islamic schools, mosques and other community properties.

“Now, what could have happened to the Malays here in the last four decades? What could have driven Dr Mahathir to voice his concern and to caution the Malaysian Malays? I wonder,” he added.

'Knowledge is power'

The paper however noted that Mahathir could be referring to the political power of Singapore Malays.

For the Malay minority there, power is not about wielding the keris, but is about being equipped with knowledge, the paper adds.

“Malay children here attend the same schools as other Singaporeans with a shared aim - to obtain a holistic education and, of course, achieve good examination results,” the editorial went on, adding that while it was tough for the community yet like all others, it left them with no choice but to work hard.

“There is certainly no short cut to success,” Guntor said.

He said the island state's meritocracy system pushed Malays to work harder, and cited the increasing number of professionals and corporate leaders among the community as proof of their success.

He said the Malays would not want to achieve success any other way, and said Singapore Malays were proud of their self-reliance, unlike their northern brethren.

“We may wear the same clothes, eat the same food, speak the same language and practise the same culture. However, the similarities end there.

“Shouldn't our friends and relatives across the Causeway be like us – Malays in Singapore?” asked Guntar.

anakdegil said...

Tapi selalunya Melayu yang khianati Melayu.Betol tak? "Apakah Matlamat Penubuhan PKR?"---> www.Ragam1Malaysia.Blogspot.com