Akhir-akhir ini ramai di antara
pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah
membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan
membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan
selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah.
Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang
dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.
Dengan kata-kata itu ia memberi
makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO
telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah
melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah
berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan
pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan
sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita
rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.
Persoalannya sekarang apa yang mereka
telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang
mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk
meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah
taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka
taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh
pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan
balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.
Orang yang telah sedar dan
bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar
terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan
ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang
hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka
sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh
kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga
dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem.
Banyak cara untuk merawat penagih ini.
Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi
ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat
pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke
pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini
akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan
memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan
mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk
menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih
lagi untuk agamanya.
Begitu jugalah dengan
pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku
pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit
ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan
musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah
pemimpinnya.
Oleh kerana secara terus menerus
UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan
pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan
negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan
negara kesayangan kita ini.
Maka tidak boleh lah UMNO sendiri
mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk
manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini
tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur
segala kegiatan kehidupan mereka. Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan
penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan
rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat
serenti itu.
Tetapi yang pentingnya sekarang
UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap
pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan
di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.
Ramai pemimpin-pemimpin UMNO
telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah
mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka.
Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah
pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka
(pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.
Buat sementara waktu UMNO
biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu
pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah
nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih
semasa dalam ‘political confinement’ itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang
bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan
menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan
rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.
Maksud saya ini ialah, menjadikan
negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya
akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti baru lah rakyat sedar
betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada ditangan mereka dan
bukannya di tangan ‘war lords’ UMNO seperti sekarang ini.
Rakyat yang bermaruah tidak akan
membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan
seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan
hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.
Harga diri rakyat itu lebih
tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah
bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak
makan ikan mentah lagi. Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas
yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka.
20 comments:
Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah......
Betul ke? ya UMNO akan berubah, berubah mengaut byk kekayaan! Apa yg hendak dibetulkan kesalahan? Kesalahan mereka yg telah gian dg KUASA, akan menggunakan kuasa mcm Ma'atdeyy " Power is corrupt and absolute power corrupts absolutely!Betul ke mereka tidak akan lakukan kesalahan mereka? Tiada maaf bagimu wahai UMNO " Untung Mereka Nipu Orang" UMNO telah sinonim dg menipu duit Rakyat! Patut ke kita memaafkan mereka ? Berapa ratus billion wang rakyat telah dirompak oleh pemimpin UMNO?Betul ke mereka tidak akan lakukan lagi? Jika dah jadi pencuri, habit pencuri tidak dapat lari dari dirinya.PDRM memang tahu tentang ini tetapi UMNO gunakan PDRM menentang Rakyat dg ISA dan OSA.Pemimpin UMNO tidak mahu Rakyat tahu cara mereka merompak! Akhirnya hutang negara bertambah.Jika keborosan terus berlaku tanpa halangan maka negara akan jadi bengkrap!Inilah masanya Rakyat berganding bahu merehatkan BN menjadi pembangkang dalam PRU 13. PR mesti membicarakan pemimpin UBN dan memastikan mereka memulangkan balik wang Rakyat.
Keyang Dot
Bang, rasuah kat Pusat Pemulihan pun khabarnya kuat! Kita tak usah terkejut dgn cerita2 sensasi bila waktu malam.
Satu lagi kucing belang kuat curi ikan goreng bang! Tudung saji Mak Limah pun dia boleh terbalikkan!
Dag tobat? Bila tuan punya parti umno (baru), Mahatdeyy nak bertobat? Ini kena berlaku dulu bang sebelom kita boleh percaya dgn cucu cicit dia!
Umno.
Nama dalam muzium negara selepas pru13.
As Salam Tuan Aspan,
Will the nation prosper and the peoples’ well being enhanced by giving handouts financed through debts?
Past mistakes and scandals and misappropriations highlighted in 2012 AG’s report are all swipe under the carpet. BN government never want to learn and therefore rent seeking, cronies getting lucrative contracts and government bailing them out goes unhindered with no sense of guilt. Crony monopolies and negotiated huge tenders enrich UMNO cronies and those in power and not private enterprises.
People are not stupid. They read in between the lines and are capable of coming to their own conclusions.
When Umno leaders say this country will go to the dogs if Pakatan Rakyat takes over, that is the height of hypocrisy.
It is Umno which has supported the pillage and plunder of this nation. It has worked hand in hand with the thieves of this country for 55 years. That is the reason people are disgusted with Umno.
Without an independent expert/doctor opinion, a mentally sick patient said he/she has recovered and posed no danger to the society....everyone must trust him/her?
It's like a sex offender/murderer telling everyone he/she will not reoffend/commit murder and let him/her to live in the community.
Tak boleh tak boleh.Buah yang udah rosak hendaklah dibuang.Carilah buah yang lain pulak.
Pak Aspan,
Pada awal tahun 2008, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih Timbalan Perdana Menteri, beliau secara tidak langsung mengakui bahawa kerajaan BN telah kehilangan kepercayaan rakyat.
Beliau berjanji akan terus berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat
Persoalannya ialah setelah memimpin sebagai Perdana Menteri selama ini, mengapa beliau masih gagal mendapat kepercayaan rakyat?
Assalamualaikum Aspan,
Kejujuran UMNO sentiasa dipertikaikan. Contohnya keengganan Kerajaan Pusat dan pelbagai kenyataan pemimpin Umno Kelantan melayan tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dilihat banyak pihak, termasuklah pengundi atas pagar yang rasional, lebih berpunca kepada keengganan Umno untuk memberi ruang dan kelebihan politik kepada Pas Kelantan. Mungkin Umno menelah bahawa royalti itu, jika diberi, akan menjadikan Pas semakin kuat dan kian disayangi rakyat negeri itu.
Banyak pihak melihat Umno lebih banyak mendera rakyat Kelantan, bukan cuba memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat negeri itu. Malah, sesetengah rakyat Kelantan melihat keengganan kerajaan pusat membayar wang royalti adalah satu perbuatan mendera rakyat negeri itu kerana memilih Pas dalam pilihan raya.
Kunci utama yang menentukan kejayaan sesebuah parti politik ialah KEJUJURAN........jujur kepada ahli dan juga jujur kepada RAKYAT! Tetapi sudah menjadi lumrah manusia, apabila sampai tempoh masa, KEJUJURAN yang dijanji hilang sikit demi sedikit kerana sudah mula tamak kuasa dan ingin kekal berkuasa.
Kita perlu JUJUR dan selalu merenung ke belakang untuk menyingkap sejarah jatuh bangunnya sesebuah kerajaan yang dibentuk melalui sistem Demokrasi berparlimen.
Sejarah telah membuktikan tiada satu pun parti politik yang KEKAL SELAMANYA termasuklah semasa zaman Nabi, zaman kegemilangan empayar Islam dan tidak terkecuali juga penganut agama lain seperti empayar Rom dan lain lain.....sebab utamanya HILANGNYA KEJUJURAN.
Ramai orang berkata pembangkang kuat, padahal hakikatnya bukannya begitu. Umno menjadi lemah disebabkan kesilapan sendiri, kerana tanpa Anwar Ibrahim pun, Umno dan Barisan Nasional akan ditolak bila tiba masanya.
Bila sudah lama berkuasa, maka timbullah pelbagai perkara yang sering dan pasti dilakukan oleh mana mana parti politik dalam dunia. BILA sudah rasa selesa dengan kedudukan dan kuasa yang sentiasa ditambah "perisanya", ahlinya menjadi semakin tamak haloba, maka terjadilah perkara perkara yang membelakangkan hak rakyat. Maka HILANGLAH KEJUJURAN untuk membela nasib rakyat!
Mengapa Umno mengalakkan budaya tamak haloba ini?
Dato, sepuluh mahupun beratus kali UMNO taubat nasuha pun saya memang tak akan percaya lagi. Dengar nama UMNO pun dah cukup menjijikan!
-anakPodehN9-
Pembunuh pun bertaubat , tapi gantung tetap gantung.
latest-
Hairan bin Ajaib...pada kain ren tang Perhimpunan Agung UMNO kali ini cuma gambar Najib dan Rosmah Mansor sahaja .Ke mana gambar Muhyiddin? Ada apa yg tak kena ke? Ini menunjukkan UMNO menghadapi faktor dalaman! Kem Najib dan Muhyiddin memang ada masalah ni!.Ini menunjukkan UMNO lagi mudah tersungkur dalam PRU 13.Najib dan barisan kabinetnya sekarang tunjuk muka kesian...mengaku pernah buat salah.Orang salah mesti dihukum!Oleh itu kita rakyat malaysia mesti menukarkan kerajaan BN kpd PR!
Jerlun
Camana dikatakan dah taubat kalau pembelian kamera AES dengan harga berlipat kali ganda tak dapat diperjelas dengan memuaskan... Ceritanya sama macam beli kapal selam Scorpene.
UMNO dah 55 tahun menipu rakyat. Korang ingat mereka akan menjadi baik pada tahun 56??? Jangan mimpilah....tumbangkan BN!
Penuhi tuntutan BERSIH 2.0 dan 3.0 sebagai langkah awal taubat, bicara pemimpin UMNO/BN yg korup, jangan mencampuri urusan kehakiman, polis dan banyak lagi yang perlu diperbuat oleh UMNO/BN. Biar rakyat menjadi hakim.
Boleh ke umno taubat? Kan ke madey sendiri yg declared umno parti setan. Setan boleh tobat ke?
Tobat setan:
'I SUMPAH YOU!.....ekekekek
Yang kuat menipu dah mengaku menipu dan dah kata sudah tobat. Dan dengan muka tak malu MINTAK, nak kita beri lagi kepercayaan kepada mereka!
Kini ada puak juak lain yang nak buat kacau:
i)Perkasa berahim yang mahatdeyyy punye;
2)budak2 Gaps kat Selangor;
3)Hassan Ali yang mahatdeyyy ngaku kerajaanya antau buat PhD sudah nak bawak isu aqidah;
4) kaki kencing Zul 9/10 dan Jahren RM 2hinggit nak bawak isu melayu penang;
5) Ust Nasha yang terkenal zaman student dulu kaki tunjuk muka kat officer2 gomen yang datang melawat pun nak bawak isu agama.
Orang2 Melayu nak KENA percaya ke dengan pujuk rayu umno (baru) chap penipu yang Najib ketuai secara sementara ni????
Khabarnya 30 hb ni DPPMM nak nobatkan anak mahadeyy sebagai entrepreneur of the year!
Inilah rupa melayu celop yg berjaya berniaga? Guna duit pak dia songlap dari Petronas yg tak dibayar balik, guna duit utk beli syarikat kilang pengeluar BEER terbesar Asia Tenggara dan juga guna duit tu utk beli sykt minyak Petron dari Filipina.
Apa nilai yg DPPMM guna sebagai umat Islam utk beri penghargaan kpd sorang ahlinya mengikut jalan yg busuk ini?
Melayu sudah terlepas dari nilai agama Islam? Ini halal Islam umno ker?
orang umno selagi belum hidup mewah dan kaya-raya duit berbilion-bilion jangan cakap nak bertaubat.
- Kalau dapat duit dari kroni : katakan duit itu sumbangan untuk parti
Kita perlu hormati perlembagaan dan undang2 apalagi pemimpin yang melaksanaakanya melainkan undang2 dan perlembagaan mengecualikan mereka.Ini adalah asas yang pemimpin perlu tahu.Jawatan sebagai amanah jadi serahkan balik kepada rakyat untuk rakyat putuskan kerana pemimpan bertugas untuk rakyat yang juga tertakluk kepada undang2 yang sama.
Kalau pemimpin tidak tahu perkara asas macam mana dia bolih dilantik untuk memimpin kita? Nampaknya kumpulan yang diberi kepercayaan untuk perentah negara dah tak amanah jadi ini giliran rakyat untuk tukar semua mereka itu dan lantik kumpulan baru.Kita dah nampak lagi lambat PM umumkan pilihan raya lagi banyak mereka melatah yang menunjukan kelemahan mereka. Jangan terima apa2 alasan kerana kita ada pilihan dan itu hak kita bukan hak pemimpin kalau pemimpin tak bolih terima mereka bolih pergi atau bertanding.Saya harap setiap pemimpin politik kena berikrar supaya mengaku merekalah orang pertama tertakluk kepada undang2. Kita sebenarnya dah disilapkan jadi perlulah tetapkan pendirian dan ikut undang2 untuk pilih pemimpin yang hormat undang2.
Post a Comment