Sebegitu kuat tekanan yang dihadapi rakyat yang dilakukan oleh pihak BN yang berkuasa, orang ramai tetap
menzahirkan keinginan untuk bertukar dan mewarnai politik dan siasah negara
khususnya bagi rakyat Negeri Sembilan. Berbagai-bagai halangan dihadapi oleh
rakyat dalam usaha mereka untuk melihat perubahan yang amat diperlukan oleh mereka.
Rakyat mahukan suasana politik yang berbeza dan mereka mahu melenyapkan politik
yang mereka anggap sudah ketinggalan zaman dan memeritkan perasaan dan
kehidupan seharian mereka.
Himpunan Kebangkitan Rakyat
anjuran Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada 3hb yang lalu amat berjaya kerana
dalam cuaca yang sangat sejuk kerana hujan yang tidak berhenti-henti sepanjang
hari lebih daripada 30,000 rakyat telah hadir. Elemen yang amat memberi rangsangan
ialah kehadiran rakyat berbilang kaum yang berduyun-duyun datang membawa payung
dan baju hujan untuk memberikan sokongan kepada himpunan yang sangat penting
bagi pihak ‘alternative’ kepada BN itu.
Tidak wajar
rasanya jika tidak memberi sekalung pujian dan tahniah kepada PAS serta parti-parti yang
menjadi komponen kepada PR Negeri Sembilan, iaitu DAP dan PKR. Pujian ini
sangat wajar diberikan kepada PR Negeri Sembilan kerana dari awal lagi pihak
pentadbir BN di NS tidak memberikan kerjasama untuk rakyat mengadakan himpunan
ini. Tapak himpunan ini telah berubah sebanyak tiga kali kerana halangan-halangan
pihak kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Mohammad Hasan yang mahu menggagalkan
himpunan ini.
Bagi BN apa yang mereka mahu
lihat ialah kegagalan perhimpunan ini. BN pula menggunakan kuasa mereka dengan
mengadakan konsert M.Nasir di Padang MPS yang merupakan lokasi asal untuk PR
mengadakan perhimpunan itu. Hasilnya konsert itu hanya dihadiri oleh tidak
sampai lima
ratus orang dan nyata yang berniat jahat sentiasa tidak kesampaian hajatnya.
Manusia berduyun-duyun ke padang
usang di Taman Seremban Jaya dengan berbekalkan semangat perjuangan dengan
membawa payung dan baju hujan untuk merintasi hujan yang tidak henti-henti
itu.
Kejayaan ini tidak disenangi
oleh pihak BN kerana himpunan ini menjelaskan lagi hasrat rakyat untuk
perubahan kali ini. Berita Harian menyiarkan gambar-gambar kerusi kosong, iaitu
gambar yang diambil selepas petugas-petugas himpunan itu menyusun kerusi pada
siang harinya. Berita Harian mengatakan bahawa perhimpunan itu gagal dan menunjukkan
kerusi-kerusi kosong itu, padahal himpunan itu diadakan pada malam hari
sedangkan gambar yang disiarkan oleh Berita Harian itu diambil pada siang
harinya sebelum himpunan itu diadakan.
Usaha bodoh media perdana ini
sahaja sudah menunjukkan yang BN sedang keadaan terdesak di NS dan terpaksa
melakukan pembohongan secara terang-terangan. Saya dihubungi oleh ramai
rakan-rakan dalam UMNO yang mahukan perhimpunan itu berjaya kerana mereka adalah
dari pihak yang berbalah dalam UMNO itu sendiri. UMNO tidak mungkin dapat
menghimpunkan rakyat sebegitu ramai tanpa memberikan bas-bas percuma serta
makanan dan kemeja T beserta dengan topi.
Bagi penyokong PR yang hadir di Himpunan
Kebangkitan Rakyat di NS itu mereka berbelanja sendiri dengan membawa payung
sendiri. Makan pun sendiri, baju T sendiri malahan ramai di antara mereka telah
memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan perjalanan usaha ke arah
perubahan di NS itu berjalan dengan baik dan lancar. Kejayaan himpunan itu
menunjukkan yang perasaan rakyat bukan boleh dibendung dengan Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) dan berbagai cara pembelian perasaan rakyat. Rakyat mahukan
perubahan dan tidak mahu yang lain.
Rakyat mahukan perlindungan dari
sebuah kerajaan yang adil dan saksama. Rakyat
NS seperti rakyat di negeri lain
juga mahukan sebuah kerajaan pilihan untuk masa depan mereka. Mereka meletakkan
harapan terhadap parti pilihan. ‘Kok nak berlabuh pada yang tenang, kok nak
berhenti pada yang teduh, kok hendak bersandar pada yang kuat dan kalau nak
bersila pada yang rata’.
BN sekarang menumpukan usaha
untuk menyekat kegiatan PR tetapi tidak berusaha untuk menumpukan usaha untuk
menyatukan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika perpecahan di antara ahli-ahli
mereka sendiri tidak dapat diatasi bagaimana mereka hendak berhadapan dengan
kebangkitan rakyat. Mereka tidak sedar yang pada setiap waktu mesti ada
sebahagian dari ahli-ahli UMNO di setiap kawasan yang ingin melihat parti
mereka kecundang kerana tidak bersetuju dengan perlakuan parti mereka itu.
Pendeknya, Himpunan Kebangkitan Rakyat
itu benar-benar menunjukkan yang rakyat Negeri Sembilan benar-benar mahukan BN
dijadikan sejarah di NS, negeri adat itu. Rakyat negeri yang beradat ini
serius mahukan perubahan. Mereka sedang bersepakat untuk menjayakan usaha itu.
Orang Negeri Sembilan sedang
berkata-kata dan mengingati nasihat beradat sesama sendiri: ‘Bulat air dek
pembetongan, bulat manusia dek muafakat, rundingan jangan selisih, muafakat
jangan bercanggah’.
Kata-kata nasihat beradat ini
nampaknya terjalin kuat di antara rakyat yang sedang bermuafakat untuk
perubahan ini. Rundingan dan muafakat ini nampaknya tidak berselisih dan tidak
bercanggah di antara satu dengan lain.
Di Negeri Sembilan permuafakatan
di antara semua rakyat sedang dijalinkan dengan baik dalam rundingan yang
sehayun dan selenggang. Rundingan di antara pihak-pihak yang mahukan perubahan
jelas telah berlaku dan apa yang kita nampak sekarang hanyalah hasil daripada
rundingan-rundingan yang tidak bercanggah dan berselisih tadi. ‘Rundingan telah
berlaku dalam gelap, adat berlalu dalam terang’. Apa yang kita lihat berlaku
adalah hasil daripada rundingan-rundingan di antara rakyat yang dahagakan perubahan
dan kelainan yang dituntut oleh masa dan zamannya..
Itulah yang akan memungkin BN di
Negeri ini akan mendapat giliran untuk berehat barang sepenggal untuk
memperbaiki laku dan adat mereka. Kita mesti ingat, mati kita dikandung tanah, hidup kita dikandung adat. Adat itu bersendikan syarak dan kitab Allah.
22 comments:
Kok bolabuh pado yang tonang
kok beghonti pado yang toduh
kok besilo pado yang ghato
kok mengongkek soghah kek soi lek
kok menipu memang kojo umeno la wei!
kah kah kah
Salam Pak Aspan,
Kita semua wajib buang mereka yang khianati amanah yang kita beri.
http://anilnetto.com/economy/development-issues/government-debt-soars-and-that-excludes-contingent-liabilities/
Apa itu off-Balance sheet? 1 atau 2% dari hutang2 off-balance sheet ini jadi masaalah (kita tahu ianya memang sudah bertaraf PUNCA rasuah!), maka negara akan kecundang seperti Greece.
Ayoh kita humban mereka ke dalam penjara!
sekian,
Gheng lama
NS as good as writeoff for BN kerana perpecahan dan keyakinan dalam kalangan kepimpinan umno dan ahli2nya beyond repair.Semua penipuan olih menteri besar dari rais,isa dan mat hasan dah menjemukan ahli umno kerana ahli bawahan ditenggekkan untuk kekayaan dan kesenangan pemimpin dan kuncu2nya.Manakah dia orang berniaga yang berjaya atas bantuan bekas MB lepas dan MB sekarang ?Rakyat NS berharap sangat supaya heret kepengadilan semua bekas menteri besar termasuk mat hasan kerana merekalah rakyat sengsara dan merempat.Mat hasan kata gajinya dari C&C melebihi rm80 sebulan tapi mana dia jawapan rm10 juta yang dikaitkan dengan money changer masih lagi tak terjawab.Orang waras takkan terima gaji 90% rendah dari yang diperolihinya tanpa perkiraan lain.Pan ,jangan takut semua program umno dah tak jalan kerana sokongan bawahan dah habis cuma yang tinggal duo tigo korek yo ,itu pun bolih jalan jika ditolak dengan fulus.3 nov tu saya sekeluarga singgah di padang MPS dulu pada 10 mlm dan lepas tu ke seremban jaya.Sedih 10 kali sedih UMNO dah hilang ummmnya kerana yang ada adalah petughas kulu kilir tak dapat lari sedangkan yang lain beberapa mat rempit sahaja.Pendedahan demi pendedahan adalah senjata yang sungguh berkesan hinggakan pemimpin bahagian dan cawangan takut nak jumpa ahli umno kerana "apo nak dikato ".Mereka dah tedesak hanya merekareka ugutan dan amaran saja tapi dah terlambat .Bahagian penuh dengan masaalah dalaman sibuk dengan menaikkan nama masing dengan alasan mereka tu berpengalaman dsbnya tapi kalau muka bekas wakil rakyat atau ajk bahagian eloklah tarik diri dari hilang deposit.Dalam pokan ni UMNO tinggal nyawa2 ikan cuma dikampung masih bernafas tapi semangatnya lemah dan bolih dipengaruhi melalui anak2 dan cucu2 mereka yang bekerja .Overall UMNO akan padam.Dedah dan tekan UMNO berterusan dan ramai ahli umno bawahan yakin mereka akan lari sebelum masuk gelanggang ...ini tak mustahil...
Wow! Tuan Aspan da layak jadi Dato Lembago nih, tutur kato Tuan Aspan dah macam orang-orang ponting pendukung adat yo bunyi nyo
bro aspan,
ramai tidak semestinya menyokong. mereka nak dengar auta anwar and the gang sahaja.
Seorang pemimpin PKR berkata, " orang Melayu sepatutnya bebas pilih agama"; ... Apa komen Aspan dan blogger lain.
Batu Ronson
Mana pergi meja (B)Razali Zakaria? Dia tak melawan dg lautan manusia 30 K itu? ke dia lari lintang pukang? Dia ni gempaq keling!...
Tahniah PR N9 yg berjaya mobilised Rakyat to attend such big event to make sure PR would win in the PRU13.
PR berjaya ! Isyaallah
Keyang Dot
Botul tu TA , kasi padam cepat2 sama umno ni
Datuk AA,
Lepas PRU ni ada 3 perkataan saja yg sesuai buat UMNO dan kuncu kuncu nya di NSembilan ini. Pertama : Hayun (tangkap) Kedua : Dititik (Dakwa) & Ketiga: Dihumban ( Dlm penjara). Insyaallah PRU 13 NSembilan bakal dlm tangan PR sebab ' eden jelos nengok nogori lain bawah PR'
-anakPodehN9-
john white,
ebby yus ckp apa kalau org mengarut?
abah kauuuu!
Di sini ada suara sumbang yg tidak tahu surat khabar perdana dipunyai oleh UMNO,MCA,MIC dan parti lain.
Wartawan yg bekerja di utusan Malaysia semuanya kaki putarbelit.Tambahan pula jika forum itu diadakan dalam English sememangnya senang disalah mengertikan.
Apa yg ditulis itu utk menyenangkan Majikannya iaitu UMNO.Itulah wartawan Utusan yg tidak mempunyai kredibiliti.
Padanlah dg si pembaca yg tidak boleh berfikir dan percaya dg apa saja yg ditulis oleh wartawan UM.Sememangnya wartawan yg cari makan akan tahu nasibnya jika PR memerintah nanti.Mereka akan datang merayu dg mengatakan mereka menulis demikian kerana nak cari makan!
Apa kata Pembaca yg tidak berfikiran kritikal?Adalah paling malang jika percaya apa yg diwarwarkan dalam suratkhabar itu.
Jerlun
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih saudara di atas artikel terbaru ini. Rasanya cukup dah dengan membaca tulisan ini, realiti kebenaran yang sedang kita impikan sekian lama, insha Allah, akan jadi kenyataan tak lama lagi. Sekaligus, tahniah buat pasukan PR NS di atas kejayaan perhimpunan itu, lantas, satu lagi pelancar peluru berpandu buat regim zalim berusia 55 tahun ini. Justeru, pada hemat saya, tidak timbul soal niat datangnya orang ramai itu kerana siapa atau mahu apa; juga, siapakah pemimpin PR yang dimaksudkan oleh salah seorang rakan kita ini yang kononnya mencadangkan kebebasan beragama total sebegitu? Bukankah dengan imej perhimpunan nan berjaya itu, sekaligus telah menjawab persoalan hakiki, bahawa, makhluq insani, tidak kira individu atau kumpulan, pasti memerlukan dan tak akan boleh hidup sendiri aja? Oleh itu, ayuhlah, cukuplah rasanya untuk saya menukilkan saranan Al-Fadhil TG Hj. Abdul Hadi, yang mengajak rakyat agar bersama PR dan menolak jemaah 'asabiyah kebangsaan semata-mata. Oleh itu, tepuk dada dan tanyalah iman sebelum kita terpaksa memakan makanan daripada dasar neraka dan minum air yang teramat panas campuran entah apalah tu pada hari yang dimaklumi itu nanti, yang pastinya, tiada gunanya lagi sesalan dan tebusan ...
Terima kasih dan salam jihad.
Batu Ronson,
Ulamak besar UMNO, ulamak rasmi UMNO, Shahibul Samahah Ustaz Fathul Bari telah memgeluarkan fatwa menyokong penghinaan yang dibuat oleh Chua Soi Lek kepada Islam tempohari.
Maknanya secara rasmi penghinaan Islam dan setiap hujahan Chua Soi Lek dianggap betul dan benar oleh fatwa Fathul bari. BERMAKNA UMNO BERSETUJU DENGAN SETIAP PATAH PERKATAAN PENGHINAAN CSL ITU DAN INI ADALAH PENDIRIAN RASMI UMNO YANG PERLU DIKETAHUI OLEH SEMUA RAKYAT!!
Amacam tafsiran sonsang aku mengenai Pendirian UMNO berdasarkan kenyataan Fathul Bari, betul ke tak ? atau aku buat kesimpulan menggunakan stail sonsang engkau begini...."UMNO SECARA RASMINYA MENYOKONG PENUH PENGHINAAN YANG DIBUAT OLEH CHUA SOI LEK".....
Bak kata Newton's Law - what goes up must comes down! Dalam bahasa politik putar alam UMNO hari ni, "berhati-hati.... jangan putar belit bodo, kalau kita baling najis kat orang, orang pun boleh baling najis balik kat kita..."
Batu Cincin
yo bro jihn white,
hang dengaq ka pemimpin PR@Nurul Izzah tu cakap macam tu. Kalau tak dengaq, sekadar baca Utusan Meloya, tak yah la. Kalau betoi dia cakap macam tu, dia kena istighfar bebanyak, kalau dia tak cakap macam tu, elok la ' abah kauuuuuu' tu letak atas kepala hang. Kalau TV3 ka, RTM ka ada teloq, siarkan la ucapan penuh Nurul Izzah, baru tau ada betoi ka, berita tipu ka. Ini tidak, ambil sekerat-sekerat, tu la jadik bangang. Berita bingai, pembaca bangang.
tq.
yo john white,
minta maap. Komen pasai nurul izzah tu bukan untuk hang tapi untuk batu ronson. minta maap lo silap channel.
tq
Sdr. John White
Ini menunjukkan kesedaran rakyat NS yang bijak dan yang paling penting kehadiran Rakyat di NS itu berbelanja sendiri dengan membawa payung sendiri. Makan pun sendiri, baju T sendiri malahan ramai di antara mereka telah memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan perjalanan usaha ke arah perubahan di NS itu berjalan dengan baik dan lancar tidak ada kakitangan kerajaan yang dipaksa menghadiri dan tidak ada bas bersusun untuk memunggah seberapa banyak yang mungkin rakyat tahap lembu mendengar pie em teloq ta'daq.
Sdr. Batu Ronson
Nasihat saya jangan sdr. berpaksikan berita dari media pendukong UMNO saja. Baca dan teliti sepenuhnya ucapan penuh Nurul Izzah. kalau Sdr. percaya apa yang sdr baca dari media sebelah sahaja itu menunjukkan tahap pemikiran sdr ditahap mana walaupun sdr duduk di Subang Jaya dan dirumah banglo dan jangan lah menjadi contoh pemikiran penyokong-penyokong UMNO yang hanya tahu mengambil berita sekerat-sekerat atau pun sdr perlu mendekati dan mendalami tentang islam klu sdr bukan muslim sekiranya sdr muslim perlulah bynk mengaji kerana apabila kita ke sana nanti tidak ditanya awak tinggal di mana rumah awak jenis apa.
Terima kasih
Batu Ronson
Tolong baca apa statement Nurul Izzah ye. Jangan main cekup jer.
BERIKUT PENJELASAN DARI NURUL IZZAH BERKAITAN ISU TERSEBUT..
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Semoga anda sentiasa diberkati Allah SWT dan dibukakan minda yang waras lagi sihat.
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Maaf, mencelah lagi, dalam jarak waktu yang agak kejap aja. Apapun, syukur alhamdulillah, saya yakin, saya telah menemui jawapan yang ditanyakan salah seorang rakan pengulas kita ini, kononnya terdapat seorang pemimpin PR yang bagaikan memberi lesen bebas kepada orang Melayu bebas beragama ...
Apapun, sebelum saya menjawab soalan ini, saya ingin menyatakan terus-terang, sebenarnya soalan yang diajukan, tak lain, hanya kerana ketaksuban melampau rakan kita itu terhadap jemaah maksiat yang disokongnya. Justeru, sedarkah saudara, dengan saudara mempercayai berita fitnah sebegitu bulat-bulat, apatah lagi saudara sanggup menyebar-luaskannya tanpa siasatan, saudara sebenarnya telah berdosa berkali-ganda, tau? Amat malang, seorang yang telah dikurniai kelebihan dan kesempurnaan fizikal, tetapi dalam masa yang sama, kurang upaya aqal dan imannya lantas menjadi golongan kurang sedar ... Nah, bukankah ini antara gejala kerosakan manusia yang tak akan selesai jika cara hidup, termasuk sistem bernegara, lari daripada acuan yang telah ditetapkan-Nya? Justeru, biarlah saya nyatakan di sini, sebaik-baiknya kalau kita tak pasti akan kesahihan sesuatu berita, siasatlah dahulu sebelum membuat kesimpulan agar kita tidak terus mengumpul saham neraka yang pasti buruk padahnya nanti ...
Sebenarnya, menurut sumber berita yang lebih sahih, kenyataan pemimpin yang dimaksudkan itu mempunyai dua maksud. Pertama, sebagai seorang yang belum Islam, walaupun berbangsa Melayu, tentu sekali tiada paksaan beragama ke atasnya, kerana, masih belum Islam, bersesuaian dengan ayat 256 Surah Al-Baqarah. Tetapi, sekiranya dia telah Islam, sama ada diwarisi secara keturunan atau proses memeluk Islam, tidak kira bangsa mana sekalipun, maka, ketika itu, wajiblah ke atasnya mematuhi kesemua syariat Islam itu. Sebab itulah, janganlah kita berlagak tahu kiranya memang tak tahu, atau dik tidak sehaluan dengan sesiapa, semua yang datang daripada pihak yang tidak kita senangi ini, walaupun baik, dibakul-sampahkan lagi ditafsir sesedap nafsu. Dengan itu, marilah kita bersama mengubah cara berfikir agar insha Allah, kita nanti dikira Allah sebagai golongan bertaqwa, bukan golongan penderhaka.
Terima kasih dan salam jihad.
Dari komen yang di buat oleh batu pelir, maaf, batu ronson menggambarkan seolah-olah beliau tidak tinggal di rumah banglo subang jaya. Ini adalah kerana penghuni rumah banglo di subang jaya selalunya cerdik-cerdik belaka. Walaupun masih menonton tv3 dan membaca utusan, mereka juga membaca berita alternatif lain dan mendapat kebenaran. kalau si batu pelir, maaf batu ronson membaca kenyataan sebenar yang dibuat Nurul Izzah, beliau tak mungkin menimbulkan isu yang diputar belitkan media penipu itu......
jangan-jangan batu pelir, maaf batu ronson ni memang benar menginap di rumah banglo di subang jaya. Tetapi bukanlah sebagai pemilik, cuma tukang kebun yang tinggal di pondok kecil di dalam kawasan banglo tersebut. Tahp pemikiran yang dipamirkan oleh beliau selama ini amat meragukan bahawa beliau mampu memiliki rumah banglo di subang jaya. Lainlah kalau abah yang belikan.........
Saudara Batu Ronson,
Sebelum memetik mana-mana kenyataan dari media. TOLONG pastikan berita tersebut adalah sahih dan benar.
Anda akan diperbodohkan sekiranya didapati berita yang anda petik adalah salah dan palsu ataupun diputarbelit.
Media di Malaysia kini dipengaruhi oleh fahaman politik. Si A spin begini, Si B putar begitu.
Jangan begitu mudah membuat konklusi. Meminta pandangan keatas berita yang tidak benar menunjukkan kedangkalan anda sebagai manusia.
Sekian.
Budak Kilang
>john white; Datang guna duit sendiri dan berhujan nak dengar auta?? Tak logik langsung..
Ketahuilah bro,,majoriti yg dtg ke ceramah UMNO adalah dari jabatan2 kerajaan yg dipaksa hadir; dari pelajar2 sekolah dan Uni;dari warganegara segera PATI, dimana kesemua perbelanjaan ditanggung menggunakan duit rakyat.
Ramai juga yg dtg hanya utk mengetahui tipu helah pemimpin2 UMNO yg sememangnya dari dulu, kini & selamanya tiada kerja lain selain memutar bangsa Melayu utk mengkayakan kaum kerabat & kroni2 UMNO shj!!!
salam pak aspan dan saudara batu cincin..
baru kono kek batu ronson...iyo kojo ek nak spin yo..
Post a Comment