11 November 2012

Dari ber'remos P Ramlee' sehingga tidak berambut, masih tidak ada pelapis


Tempat yang lapang itu, dulu remos P. Ramlee.
UMNO sudah menjadi parti yang tidak berkepimpinan. Maknanya parti itu sudah kekurangan orang yang boleh memimpin. UMNO tidak pernah membina kepimpinan yang berwibawa kerana pucuk pimpinan tidak suka kepada ‘budding leaders’ kerana mereka merasakan tergugat jika yang pandai-pandai ini naik ke aras politik yang tinggi.

Apa yang pucuk pimpinan bina ialah kumpulan pengampu dan mereka tidak boleh dipanggil atau dikategorikan sebagai pelapis tetapi sebaliknya mereka hanya digunakan sebagai pelapek sahaja. Maknanya mereka di bawah-bawah hanya digunakan untuk melapek segala perbuatan mungkar dalam semua bidang termasuk politik, agama, ekonomi dan sosial rakyat.

Ahli-ahli hanya menjadi pendinding kepada pimpinan yang rasuah dan pelapek kepada segala perbuatan keji dan nesta pimpinan mereka. Contohnya, isu NFC yang terang-terang merupakan isu panas dan boleh membawa maut kepada UMNO itu, ahli-ahli UMNO di setiap peringkat membisu sahaja malahan mereka bersuara untuk mempertahankan pimpinan yang telah melakukan perbuatan yang tidak mempunyai moral pentadbiran dan politik yang asas.

Pemimpin-pemimpin di setiap peringkat inilah yang mempertahankan pucuk pimpinan dengan terus menyokong tindakan hina pimpinan kita. Inilah yang saya sebutkan tadi... Mereka hanya menjadi pelapek dan tidak menjadi pelapis kepada kepimpinan yang kotor itu.

Oleh kerana kebanyakan daripada ahli-ahli dan pimpinan di peringkat bahagian dan cawangan hanya menjadi pelapek sahaja, maka di saat parti memerlukan mereka yang berkepimpinan isu ini menjadi isu besar. Itu sebabnya di setiap kawasan Parlimen dan DUN,  UMNO terlalu bermasalah memilih calon yang sesuai dan ini merupakan masalah dan isu besar yang perlu ditangani oleh UMNO sekarang ini.

Malahan banyak negeri di Semenanjung sekarang ini, UMNO tidak mempunyai pemimpin yang ‘viable’ untuk ditonjolkan sebagai Menteri Besar jika BN diberi mandat dalam pilihanraya nanti. Ini disebabkan UMNO tidak menyemai kepimpinan, sebaliknya mereka hanya dijadikan pelapek sahaja untuk mempertahankan segala kerja buruk pimpinan mereka. Mereka di bawah-bawah hanya menjadi hulubalang sahaja dan tidak pernah terbina nilai kepimpinan di kalangan mereka.

Maka dalam pilihanraya nanti, yang akan diletakkan untuk menjadi calon adalah di kalangan pelapek-pelapek tadi dan bukannya dari golongan pelapis, kerana UMNO tidak mempunyai golongan pelapis lagi. Itu sebabnya di Jelebu misalnya, Rais Yatim tidak pernah membina kepimpinan kerana beliau (Rais) masih berselera untuk menjadi calon dan Menteri walaupun sudah begitu lama dalam kabinet. Itu sebabnya beliau (Rais) dari mempunyai ‘remos P Ramlee’ sampailah beliau sudah kehilangan banyak helaian rambutnya, Rais ini masih akan diturunkan sebagai calon kawasan Jelebu.

Di mana-mana UMNO tidak mudah untuk mendapatkan calon walaupun ramai yang berfikir mereka adalah calon-calon ‘winnable’. Mereka sebenarnya hanyalah ‘winnable’ di dalam parti yang sudah tidak ‘winnable’ lagi. Seperti Jelabu yang saya contohkan tadi, yang ada di bawah Rais di sana hanyalah pemimpin-pemimpin pelapek kepada Rais sahaja dan tidak seorang pun pemimpin pelapis dibina oleh Rais di Jelebu.

Jelebu juga seperti kawasan lain adalah kawasan-kawasan yang tidak mustahil untuk dimenangi oleh PAS selagi UMNO bahagian itu dan juga bahagian lain hanya mampu untuk menonjolkan pemimpin yang layak mereka sebagai pelapek sahaja.

Mungkin pemimpin pelapis untuk Jelebu datangnya dari PAS kali ini.

17 comments:

Anonymous said...

Aspan,

Masaalah eh siapa dari PR yang boleh menggantikan Rais di Jolobu ?.Hishamudin Rais pun tak buleh.Ini yang den risau.Rais Yatim bijak ,dari Semangat 46 beliau masok UMNO balik.Tengku Razali pun samo.Habis camno...

Unknown said...

tuan silap .... ada pelapis tetapi pelapis entot-entot atau istilah yang digunakan oleh Tukar Tiub ..."berancok".....kah..kah..kah..!!!

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan,

Sudah terang lagi bersuluh,
Sudah cerdik(konon)lagi diajar,
Sudah tua tak sedar diri,
Sudah terantuk menyombong diri,

Sudah lusuh tiada peganti,
Tiang buruk maseh berperi,
Daki terkumpul memakan diri,
Nanti mati diatas kerusi.

Ilmum mana yang dituntuti,
Tamak lobanya tiada bertepi,
kuncu2nya makan berpeti,
Tak Kenyang2 makan bara api.

Yang maseh bebal tetap menyatakan orang lain dari umno tak boleh perintah, habis orang melayu, mereka2 ini kebanyakan yang makan ditangan, kontrektor kelas F, duduk dibawah payung.
Satu bandar bilangan mereka dalam 600 ke 900 orang,95% jenis "hardcore" bilas dengan klorox pun tak luntur.

Harap2 PRU kali ini rakyat dapat memberi pengajaran kepad umno agar mereka sedar tempat yang dia dok joli selama ini ada tuannya, bukan pusaka mak bapak mereka.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Dulu di Melaka, yang ada Majlis Perbandaran Melaka (MPM). Kemudian naik taraf jadi Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB). Kini sudah tukar darjat kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Kini, sebahagian kawasan perbandaran ini diambil dan begitu jugak sebahagian kawasan2 perbandaran Jasin dan Selandar diambil, dan kini ada satu Majlis Perbandaran baru, di panggil Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)

Apakah kehebatan MPHTJ?

Hampir kesemua ahli majlis MPHTJ terdiri dari barisan budak2 pemuda umno bahagian dan Puteri umno bahagian Bukit Katil. Kat Melaka, KM dikenali sebagai KM Bukit Katil! Ahli2 majlis ni muda2 lagi jantan betina sudah bawak ALPHARD!!

Inilah cekapnya KM Melaka LAPIK mereka dengan kenikmatan DONIA supaya mereka kekal menjadi pelapik!

Pun ada orang kata KM melaka hebat! Melaka hebat!

sekian,

Gheng lama

Jerlun Lana bulu said...

itulah penyakit Pemimpin UMNO.Semua org belajar dari Mahaddayy.Mahaddayy ni tiada seorang pun dia percaya! KuLi kata apa? apa nama...suka curi idea org lain!

Tidak hebat mana pun mamak tongkang Yat Sg korok Alok Setak ni.

Mahaddayy kaki gaduh! Dia tendang Musa. Dia tinggalkan Ghaffar Baba.Dia sumbatkan Anwar dalam Penjara.Dia juga mobilise UMNO utk tidak percaya Dolah Kaki Tidor.Dia juga tidak senang dg anak Razak ni!

sindrom ikutan dari atas turun ke bahagian dan ke cawangan.Tidak ada pemimpin pelapis yg berkalibre.Yang ada cuma kaki pengampu!

Pemimpin muda yg kacak beremos di peringkat Nasional akan ditumbangkan oleh mereka yg menduduki hirarki UMNO.

Yang ada kaki pelahap projek dan samseng-samseng UMNO yg tidak berpendidikan.Oleh itu UMNO tidak berkapitan utk menerajui Politik Nasional.Semuanya kaki korap!Ramai Pemimpin UMNO yg botak dan beruban tidak lagi boleh berfikir.Fikiran mereka berkisar bagaimana nak beri protection ke atas harta dan duit yg bertimbun-timbun.

Jerlun Lana Bulu

Anonymous said...

Rais ni boleh hidup semua zaman. Dia pembodek no wahid.

Anonymous said...

Rais. Bila nk repair jalan kat pasoh ngan sg lui? Pilihanraya da dekat ni. Xkan xde bajet kot. Kalo jalan teruk mcm mana aku nk blk sg lui ngundi ko?

Kalo xnk repair xpe la.. kali ni aku ngundi PAS.. Nnti aku hasut skali org kg aku ngundi PAS.. Rasenye... org kampung aku pun nyampah da ngan BN.. Maklumla kene tipu ngan isa hidup2.. durian runtuh kunun.. puuiihhh..

Budak Kilang @ Generasi ke3 Felda..

Anonymous said...

Yang motan nyo Melaka bukan tompek PR bro gheng lama ooi.Semalam Najib buka RTC kat Kuala Linggi.Apo kau tak tengok ko mana ado PAS kek Melaka ?.Tak tahulah kot ada satu MP PAS jadilah.Den tak nampak bayang li.Sorry lah bro.

Orang Mesjid Tanah

Anonymous said...

Kalau Rais bolih bertahun2 tak mahu turun kini pula bekas wakil rakyat yang satu,dua,tiga term gunakan faktor rais untuk tawarkan diri jadi calun , ini adalah bukti nyata bahawa umno untuk dia sahaja sedangkan ahli biasa sampai kiamat kena tenggekkan sajalah.Orang2 kanan pemimpin ni memperolihi berbagai kurniaan material serperti tanah,balak,lesen tapi ahli biasa ni yang dulu bermegah2 tengok saja tapi kini telah mula luntur dan hilang semangatnya lanjutan pendedahan berterusan penyelewengan ,kerakusan dll pemimpin umno.Rais kata dia bertanding kerana razak nak,hussein nak,mahathir nak,dollah nak dan sekarang pula dia akan kata najib nak tapi semua orang tahu rais menangis depan DYMM untuk mohon lagi satu term sebagai last term tapi bila last teru Wallah hu alaam ..Jadi sampai rais mati barulah orang baru naik.Tapi kini telah diberi alternative dan berharap orang jelebu gunakan otak untuk ajar orang tamak kerana kuasa ditangan orang umno ,tapi kalau itu pun tak berani tak tahulah apo nak dikato ...bangangnya orang jolobu

Anonymous said...

kepada Anon 18:41 dan orang masjid tanah

Pemimpin2 umno (baru) senang main dengan korang. Bila Ku Li masuk balik umno (baru), bila Rais masuk balik umno (baru) pemimpin2 kata semuanya baik, bagus, maka korang percayalah! Otak dan minda simplistik kekampongan inilah yang sebabkan umno (baru) sudah takde pelapis!

Rais masuk umno (baru) aku tak heran sebab dia ni seperti jugak berahim ali adalah tukang junjung mahatdeyyy sampai mereka padam. Ku Li masuk umno (baru) ada hasrat besar.

Kita tahu bagaimana mahatdeyyy bunuh Ku Li dalam Semangat 46 dengan meletak berahim dan rais dalam kem itu!. Dia terpaksa buat benda ini kerana dia tahu dia menipu utk menang 43 undi tahun 1987. Satu donia sudah tahu!

Kini Ku Li hendak dibunuh oleh pemimpin2 umno (baru) tapi tak mati2! Malah dia lebih kuat lagi. Kini dia sudah dilihat sebagai pencabar terkuat Najib!. Ku Li mesti dibunuh karrier politiknya kalu tak nanti Mukrizz tak dapat ikot bontot muhideen utk jadi TPM selepas mahatdeyyy main Najib selepas PRU 13 ni. Kini Najib sudah rasa bagaimana nak jaga diri kerna dia dihimpit oleh bebudak Perkasa berahim ali yang buat kerja kotor utk susahkan pemerintahan dia!. Bab ini semua penganalisis politik sudah nyatakan, bahawa muhideen ikut telunjuk mahatdeyyy bersama2 perkasa lemahkan 1Malaysia Najib!

Kita tunggu mainan sepenuhnya.

2010 lagi sudah ada berita tersebar Najib akan dijatuhkan oleh mainan ke atas rosmah!

Jadi Najib nak ikut sapa? Main game mahatdeyyy utk sekat Ku Li atau buat baik dengan Ku Li utk kekalkan nyawa politiknya. Dia tahu muhideen memang belaan mahatdeyyy utk hapuskan dia!

Najib tahu bapak dia terkena sebab ikut telunjuk mahatdeyyy. Ini sejarah! Dia takkan nak ikut mahatdeyyy sedangkan dia sendiri tahu nyawa dia dengan ikut mahatdeyyy akan lupus jugak?

Maka disini, kita tengok wayang umno (baru) yang akan berbelit2 sehingga masing2 akan terbelit. Ku Li, bersama2 Pas (Ust Fadhil Noor) dan Dap bangkit dulu melawan mahatdeyyy. Masa itu pemimpin2 Sabah dan Sarawak ramai mengikut Ku Li. Kini berserta DSAI, gelobang kedua mengikut pakatan tahun2 1990'an akan lahir semula!.

Umno (baru) akan bergolak sebab pelapik2 tak kan mampu buat apa2.....

sekian,

Gheng lama

P/s - Orang masjid tanah, kek melako, gnagster2 India sudah bertobat dan mau balik ke pangkal jalan...mereka sudah masuk MIC!. Tengoklah wayang mereka nanti yo!

Jaga2, nak harap pelapik melayu sebok melaram dengan ALPHARD jo!

Anonymous said...

Dalam umno (baru) zaman mahatdeyyy sehingga kini, akan selalu ada KONONNYA seorang LAW MINISTER yang dikatakan DE-Facto. Dia ni akan dikatakan sebagai yang bebas berkata2 dan bebas menyuarakan bantahan kepada PM. Dia seolah2 bermusuh dengan PM

Watak De-facto Law Minister yang paling terkenal adalah Rais Yatim. Dia sebelom jadi de-Facto adalah orang Semangat 46. KUNUNNYA dia bermusuh dengan Mahatdeyyy kerana bersama dengan Ku Li

Tetapi apakah hakikatnya?

Dia ni lah kaki bodek tersohor Mahatdeyyy. Masa dengan S 46, dia buat PhD yg tesisnya KUTUK Mahatdeyyy. Dia tinggalkan Ku Li bila S 46 sudah lemah. Bila S 46 dekat padam, dia pun balik semula ke Malaysia.

Maka BOSS sebenarnya Mahatdeyyy pun buat dia sebagai LAW MINISTER yang KUNUNNYA de Facto! Maka gamai lah yang percaya wayang dia dengan Mahatdeyyy.

Kemudian, Zahid Ibrahim pulak main watak tu. Tapi dia ni memang kaya dengan kontrak kerajaan!. Dia jugak loyar kerajaan lawan Kerajaan Kelantan dalam bab hukum hudud. Kerana dia dikatakan de facto, maka KUNUNNYA dia tak sefahaman dengan Paklah dan berhenti jadi law minister. Itu jalan dia nak masuk PKR. Tapi niat jahat dia yg kerjasama dgn mahatdeyyy utk purak perandakan PKR terserlah bila dia terlibat OVERKILL nak langgar Syed Husin sebagai Timbalan Presiden!

Kini deFacto minister adalah dak nazri. Kalo tak kenal, dia ni bapak nedim al hummer!

Dia pun kununnya De Facto jugak!. Kononnya dia tak sehaluan dengan PM Najib! Dia jugak berlakun kuat bermusuh dengan Mahatdeyyy!

Tapi ni semua adalah watak2 budak belaan Mahatdeyyy. Serupa sahaja mainannya seperti Rais dan Zahid.

Tapi timbalan menteri paling kuat main wayang adalah tok him masa DSAI kena lutu tahun 1998 dulu. Entah apa yang dia buat dalam bab undang2 masa tu.

Inilah bijaknya Mahatdeyyy gunakan pak2 sanggup utk ditunggangi. Kini tok him dan rais adalah dua manusia yang sudah takde nilai.

Yang akan ikut mereka berdua adalah Zul Kulim dan Hassan ali.

Bab azmin ali pun kita tunggu mainan dia yer.

sekian

Gheng lama

p/s- ringkasannya, hebatnya mahatdeyyy main politik adalah melaga2kan, mempermain2kan, melenyapkan dan mengaturkan para pejuang utk makan sesama pemimpin yang dia nak halang. Inilah hebatnya sejarah umno (baru) chap mahatdeyyy.

Hari ini, dia masih tercungap2 mengatur, mencatur, susunatur siapa yang akan pastikan anak dia naik jadi TPM dan PM kemudiannya.

Ramai yang masih taksub dengan kehebatannya. Dalam cerdik2 dia, di tangannya jugak, umno (baru) akan leburrrrr.

Anonymous said...

Betulah pendapat tuan Aspan...,

- Pelapis cuma dari kalangan anak2 dan menantu2 menteri umno bn.Mereka ini tiada perjuangan sebenar kepada rakyat dan matlamat mereka cuma satu iaitu mengaut semua kekayaan masuk poket sendiri.Mereka tidak kisah walaupun negara bankrap untuk menjadikan mereka kaya dan yang paling penting kuasa tetap ditangan mereka untuk mengelakkan jenayah mereka diadili rakyat.

- Pelapik sudah tentu datangnya dari kalangan rakyat yang bijak pandai, tapi sayang sebijak-bijaknya kalangan rakyat biasa ini hanya akan dijadikan sebagai pelapik kepada pelapis keturunan umno bn.Dalam umno bn, jangan cuba-cuba tunjuk pandai, lagi bagus jadi pembodek, kerana semuanya sudah ditentukan secara feudal(Dewa parti).


- A.B.U

Anonymous said...

Orang Masjid Tanah,
Apo, ko tak nampak punyo bosar tiang bendera PAS kat simpang solok duku pegi tanjung bidara, meleleh air liur org UMNO nak suruh MPAG turunkan, tapi tak boleh...tu baru sikit. Tungguuuuu

Orang PR Masjid Tanah

Anonymous said...

Terasa malu jadi melayu lihat telatah, kerenah dan pe'el pemimpin2 melayu dari umno. Mereka sudah hilang nilai dan maruah

Anonymous said...

Hip, hip, horey, Dah baca sejarah melayu bagaimana sikitul punya peranan sampai melaka jatuh ketangan portugis. tu lah cara mahatir telah merosakkan umno , biar semua orang bebalah , dia yang untung. ABU.AMIN.

Tak faham tiori said...

Anon 8.51..Kalo lu punya tiori Mahaddaayy itu betul2 dan tiada yang tidak betul mahu menjatuhkan Najib, aku heran jugak apa pasal YB DS Anwar dan dengan segala strategist, usaha yang tak henti2 mengkondem dan mengaibkan DSNajib dan Isteri?? Biarkan lah Mahaddaay yang maha kejam itu leburkan DSNajib sampai kelubang najis..Kan itu lebih menjimatkan dan DS Anuwar dapat bergerak dan memimpin PR dengan lebih berjaya.

Anonymous said...

Macam mana nak faham nama pun tak faham!

Usahlah nak cover mahatdeyy punya perangai! Strategi dia atas paklah adalah dia balun sendiri. Ke atas Najib, dia kenalah tunjuk baik lebih, main wayang tapi komen2 dia bnyak susahkan najib! Budak2 perkasa yg dia punya tapi suruh berahim terajui jelas menyusahkan najib!

Bab dsai tu memanglah, dia kena main dalam umno (baru) maka seperti Ku li memanglah dia balun umno kaw2!

Umno (baru) sedang bergolak! Mahatdeyy akan guna anak dia cucuk Najib lpas PRU nanti! Ini kita tak heran pasal inilah yg mahatdeyyy tanam dan galakkan berlaku sejak dia tubuhkan umno (baru) miliknya itu!

Kita rakyat berbangsa melayu amat alu2kan mahatdeyyy buat kerja ni dalam parti milik dia. Moga cepat melingkop!

Sekian,

Gheng lama