18 November 2012

Kalau membaca Utusan Malaysia, bacalah dengan terbalik

Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah-belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.

Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.

Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.

Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan rakyat di Senawang dan Kota Bharu  itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.

Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan didapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.

Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BNlah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan Mohamad Hasan wajib diganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat dengan kepimpinan? Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambil alih kepimpinan negara.

Saya menulis isu ini kerana masih ramai yang terpedaya dengan dakyah Utusan yang tidak bertanggungjawab itu. Utusan sekarang sudah hilang matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat Utusan ialah untuk memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Utusan tidak mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.

Saya juga menulis tentang isu ini kerana kita boleh agak apa yang akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya nanti. Saya juga pernah menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai ‘attribute’ yang sama seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula turun ‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Utusan.

Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu. Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik.

32 comments:

Anonymous said...

Datuk, satu lagi kalau nak baca Utusan atau 'Utusex' jgn anggap orang yang membaca nya Selamat kerana Awang Selamat akan menyesatkan pembacanya. Percayalah

-anakPodehN9-

Anonymous said...

memang celaka la wahai ko ni aspan babi tongek.

Anonymous said...

Saya diberitahu jumlah Utusan Malaysia yang terjual di Penang hanyalah sekitar 600 naskhah sahaja.

Saya juga dimaklumkan bilangan penonton TV3 kini adalah sekitar 1.5 juta, berbanding dgn kemuncaknya 4.5 juta.

Mungkin Tuan boleh tolong verify angka2 ini. Saya yakin fakta2 ini adalah benar. Kelompok rakyat yg masih lagi menjadikan media ini sebagai sumber berita mereka wajib disedarkan bahawa mereka sedang ditipu hidup2.

-MAKORANG-

Anonymous said...

Abis baca secara terbalik bolehlah dibuat membungkus nasi lemak, alas kaki supaya floor mat kereta tidak kotor. Ataupun bagi kaum tionghua yang lebih memilih untuk beristinja, akhbar utusan dikatakan amat susuai menggantikan tissue paper kerana kualitinya yang rendah serta boleh menjimatkan. Saya sering menggunakan akhbar berjiwa penipu tersebut untuk membalut bangkai tikus yang terkena perangkap sebelum mencampakkannya ke dalam tong sampah....sungguh berkesan dan sangat puas hati

ayah said...

ajen fitnah umno ada sesat disini..anony 14.23..ditinggalkan lembu ijat..gunakan perkataan b**i tu adalah utk diri dia sendiri..org ramai dah pasti nak tinggalkan umno busuk tu.. padan muka utusex meloya dan tv tigasuku tu

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

MAKORANG:

Akhbar utusan diedarkan kesekolah2,jabatan2 kerajaan dan badan berkanun secara percuma.

Edarannya cukup besar.

Percuma bererti dibayar oleh kerajaan iaitu duit rakyat.

Keuntungan jualan itu akan digunakan untuk membayar saman yang semakin bertali arus sehingga oleh rakyat Australia.

Surrogate

Anonymous said...

Contoh pembaca tegar utusan yg beri komen...."

Anonymous said...

memang celaka la wahai ko ni aspan babi tongek.

18 November 2012 14:23:00 GMT+08:00

Kesiannn melayu UMNO hilang akal dek membaca utusan setiap hari.....

Anonymous said...

Saya membaca semua akhbar dengsn fikiran terbuka.Takkanlah PR boleh dapat 140 kerusi.Tofal pwrnah dalam sejaraj pilihs raya PR dapat sebanyak itu.Betul ke PAS ada mendoakan hancur nya UMNO dan BN dalam Mingguan Malaysia hari ini.?.Apa ini tidak betul ? biar betul !.Tak baik doa buruk sesama islam Tak gitu ?.Politik begini yang saya tak suka kalai ia pun nak menang.Boleh ke ?

Aspan Alias said...

Anon 18:05

Kenapa sdr terkejut jika PR mendapar 140 kerusi? Kerana ia tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya negara kita?

Inilah yang akan berlaku dan ia akan mejadi pengalaman pertama seperti yang saya sebutkan itu.

Dalam sesebuah demokrasi jatug bangun sesebuag parti adalah perkara biasa dan ia akan menjadi biasa di negara kita ini kerana rakyat sudah memahami apa itu demokrasi.

Pimpinan negara bukan untuk sesuatu parti sahaja dan bukan menjadi harta keturunan sesebuah parti itu atau keluarga mna-mana pemimpin.

mengenai apa yang di tulis oleh Mingguan Malaysia tentang doa PAS terhadap BN itu saya tidak berada di sana untuk mengesahkannya. Saya telah memberi tahu jika kita membaca Utusan kita mesti baca secara terbalik seperti yang menjadi tajuk artikel saya ini.

T Kasih

Anonymous said...

Sekadar ingin berkongsi..

Selain membaca Utusan secara terbalik, kita juga boleh mentafsir nilai berita tersebut.

Sebagai contoh, pendedahan terhadap sesuatu isu seperti Kapal Selam Scorpene yang dilihat lebih kepada mengenakan seseorang pemimpin negara. Harus diingat, setiap artikel ada motif kepentingan pihak tertentu terutama dalam UMNO sendiri.

Saya fikir kebanyakkan pembaca Utusan akan cuba mendapatkan cerita sebenar atau maklumat kedua selepas membaca akhbar tersebut.

Bikinpeduli

Anonymous said...

Dlm muktamar seorang pembahas suruh ahli bc utusan kerana harakah tidak menyiarkan berita yg benar.so nk bc dgn cara firasat terbalik juga ke. Bodoh la cr korang spin. Anon yg sekor lg kata buat balut tikus lepas baca utusan,maknanya anon tu beli dan baca kui kui kui,

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kalu pegang paper tu terbalik sebetulnya tulisan2nya seperti tulisan sotkabar negeri Kerralla!

Ahakss!

Anonymous said...

Tuan Aspan,
Sama samalah kita lihat apakah pr boleh mencapai satu tahap kemenangan yang mereka jangkakan menakluki Putrajaya.I like your positive believe.Best of luck to you.TK

Anonymous said...

Masyarakat cina di Malaysia DEMAND utk dapat maklumat betul dari media mereka. Dulu STAR autonomous tetapi bila MCA beli STAR, masyarakat cina boikot STAR sehingga hampir lumpuh!

Masyarakat cina sentiasa diberi maklumat sahih dan sebab itu mereka mampu ubah parti supaya tunduk kpd kemahuan mereka!

Bila perkasa, pekida, jati, nak faham budaya ni? Zul 9/10 bila nak faham amat salah lagi berdosa membela geng perasuah dan pencekik darah?

GUNUNG KEYANG said...

anonymous komen tentang sdra dg perkataan kesat babi tongek.Dialah manusia babi celaka! bastard punya org UMNO!.

Menyentuh tentang Utusan ni senang sj.Baca flip tru'.tak usah beli! dalam hati kata wartawan Utusan tidak standard utk aku beli!Biarlah UMNO sendiri yg beli utk edaran ke sekolah dan pejabat kerajaan.Dalam hati kata Utusan pun nipu orang.Yg untung penulis Utusan.Celaka kau penulis Utusan!


Gunung Keyang

Anonymous said...

Komen mengatakan celaka tu agak keterlaluan daripada nilai2 orang melayu dan islam .Ini semua kerana marah tapi tak ada fakta nak ditonjolkan jadi itulah dia orang umno totok yang mindanya masih tertutup. Kita kena baca banyak surat khabar dan lepas nilaikan yang mana betul.Kalau dah habis baca surat khabar melayu cuba baca nanyang xiang pau,xing xi re pau dan tamil nesan dan barulah namanya rakyat bermaklumat. Kalau nak maju kita kena pecahkan tembok monopoli BN supaya siapa yang memerentah terpaksa kerja kuat kerana rakyat setiap masa dihormati.Kalaulah takada PR mungkinkah cerita scorpene,c4,rm40 juta,NFC ,rm10 juta dengan money changer keluar dan diketahui umum.Tentu mustahil.Jadi kenalah terbuka janganlah betfikiran sempit kerana yang rugi rakyat biasa macam kita ni, takkan tu pun tak faham.

Anonymous said...

Hahahahah... Ingat betul2, artikel hari ni berkenaan cara membaca fitnah pihak sebelah sana. Memandangkan anda berada di pihak sebelah sana, maka cara membaca komen anda ialah secara terbalik jugak hahaha...hai **** tongek wakakaka....

Anonymous said...

Pernah baca tak, Nabi Muhammad SAW mendoakan kecelakaan terhadap musuh dalam peristiwa Bi'ru Maunah selama sebulan berturut2. Kalau jahil bab agama, lebih baik diam kerana ia akan menyesatkan orang lain plk selain kamu. Berhujah biar berfakta

Anonymous said...

Ruang komen ini adalah untuk sampaikan pandangan secara fakta dan bukan untuk maki hamun. Dengan itu sesiapa juga tiada fakta serta daya fikiran yang positif eloklah jauhkan diri dari ruangan ini, janganlah macam pemberita dan editor akhbar murahan yang hanya berdaya berita yang diselewangkan. Untuk makluman saya sudah lama (sejak mulanya gerakkan Reformasi) tidak membaca mana-mana akhbar arus perdana,BM mahupun BI.

Anonymous said...

Usahkan nak baca pak aspan..tgk sekali imbas utusex kat kedai pun say da rasa loya nak muntah..apakan tidak..blum pernah lagi akhbar dlm negara kita pegang rekod paling banyak kena saman..dah la paling byk kena saman..kalah lak tu...x ke bangang utusex ni...dari beli akhbar utusex..baik duit tu sy simpan buat byr parking ke..beli air mineral ke..beli roti canai ke..x pun letak je duit tu dlm tabung masjid..dpt gak sedikit pahala buat bekal hari akhirat nanti...x gitu pak aspan???

Anonymous said...

Saya tidak faham just because Utusan tidak menyebelahi kalian semua kalian mengutuknya saolah olah kalian tutup minda anda pada satu akhbar lama orang melayu yang dah berpuluh tahun ada sebrlum adanya harakah, roket, suara keadilsn.Saya baca semua dan buat keputusan mana yang saya skan pilih.Bagitu jugs dengan siaran TV baik TV 1,2,3,9, atau Astro.saya tengok semua.Tak salah pun !

Anon 20.44

Anonymous said...

Tak baca lagi baik! Buang karan jer kalau baca, macam nonton TV 3/4 gak.

Anonymous said...

Setuju dengan anon 13.04.Putrajaya yang dahulunya do panggil Perang Besar adalah lambang kemegahan negara hasil ilham TD Mahathir mantan Perdana Menteri yang dipilih rakyat secara demokrasi selama 22 tahun menjadi rebutan semua parti politik.Mengapa anda tidak menghormati beliau di sini ?.Anda mahu mene gelamkan legasi beliau ?.Tak baik begitu sedangkan beliau tidak lagi relevan dari segi politik.

Anonymous said...

Ada cik anon kata TDM sudah tak relevan dari segi politik? Ni citer budak2 berhingus, kencing bersepah nak cover line TDM ni.

Tanya Paklah dan Najib bagaimana TDM asak mereka berdua. Bagaimana TDM pasang 'kaki' dalam pentadbiran Paklah dan kini dalam pentadbiran Najib. Bagaimana kaki2 di luar yang mencucuk Najib dan Paklah? Nak Tahu? Tanyalah Paklah dan Najib!!

Dan Putrajaya tu bukan milik umno (baru) atau BN atau legasi TDM. Modal duit bangunkan Putrajaya adalah dari duit Petronas. Siapa yang banyak untung majukan Putrjaya? Siapa? Siapa yang punyai harta strategik kini dengan pembangunan hartanah2 di Putrajaya? Nak bagitau? Keluarga Sharizat tak semena2 sudah diketahui miliki lot2 tanah di Putrajaya beli guna duit projek lemboo!

Keluarga Nazri bagaimana? keluarga menteri2 lain bagaimana? keluarga TDM bagaimana pulak?

Siapa rakankongsi Putrajaya Holdings? Siapa main con Putrajaya Holdings? Umno (baru) dapat bahagian bagaimana dalam pembangunan Putrajaya oleh Putrajaya Holdings?

Kawasan Perang Besar atau kini dipanggil Purajaya adalah kawasan milik kerajaan negeri selangor dan telah diberi kepada kerajaan pusat untuk pembinaan pusat pentadbiran baru mengikut perjanjian. Barapa kerajaan selangor dapat? Siapa broker nya? Siapa yang dapat kontrek2 besar? Anak siapa? menantu siapa?

Sah berita2 ini tak akan keluar dalam utusex dan TV 3/4. Cuma balachee umno (baru) macam anon2 loklak di atas yang akan cuba tutup rapat2 citer2 ini semua.

Mereka ingat otak kita beku macam otak atuk nenek mereka???

sekian

Gheng lama

Anonymous said...

Huh Gheng lama mempetahankan PAS yang tetap menjadi kuda tunggangan DAP berterusan.Cuba buktikan PAS relevan macam UMNO boleh?.Aku akan hormat kalau PAS boleh dapat 35 kerusi pun jadilah, penambahan 12 kerusi lagi.

Jangan buat fitnah tanpa bukti lah.Tak mesti sekira pr menang corruption tak ada.Anda masih budak hingus .Janganlah terlalu overspin.Terdesak nampak.Gracias.

Peminat P Ramlee said...

Hidup Gheng Lama. Ideanya keratif dan membuka minda. Alif Mim Nun Wau = Sirkis.

Anonymous said...

Anon 11:29

Daripada pengamatan aku tentang perjalanan politik negara yang umno (baru) mainkan, akhirnya umno (baru) akan main isu agama SAHAJA untuk halang orang2 melayu sokong Pas dan akhirnya akan berpatah balik kepada umno (baru)

Isu SYIAH akan digunakan keatas Pas. Di campur dengan isu murtad, LGBT, Pluralisme agama ke atas PKR dan akhirnya guna HUDUD dan agama Kristian untuk main DAP. Kesemua isu2 ini bertunjang kepada agama Islam.

Harapan umno (baru) adalah orang2 melayu akan takut dan berpatah balik kepada mereka.

Mereka akan putarkan isu2 ini sehingga orang2 melayu takut. Jika 1990 Ku Li dihapuskan dengan SATU gambar tengkolok bersalib, tapi kita tunggu mainan terkotor umno (baru) untuk PRU 13 nanti.

Takde manusia lain yang akan menggunakan isu2 agama Islam untuk menang PRU melainkan setan2 yang kita semua sudah kenali ini.

sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Anon 11:29:00

"Tak mesti sekira pr menang corruption tak ada"

Tak mesti - bererti masih ada 2 kemungkinan, mungkin akan berlaku rasuah atau mungkin tidak berlaku.

Maknanya kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, rakyat mempunyai 2 kemungkinan atas setiap keburukan yang dilakukan oleh UBN sekarang. Mungkin berlaku seperti zaman BN atau tidak akan berlaku langsung.

Kalau rakyat memberi mandat kepada BN - sah dan dah tentu keburukan yang ada hari ini bawah UBN akan berterusan. Logiknya senang je - tidak ada sebab mereka perlu berubah kerana rakyat tetap juga memberi mandat kepada mereka. Lagipun mandat tersebut adalah mandat rakyat untuk UBN meneruskan segala penyelewengan selaama ini. Mandat merupa pembaharuan lesen untuk meneruskan apa kerja sebelum ini.

Anonymous said...

Oh rupanya orang melayu ditakutkan umnp lah maka mereka takut dengan Pas dan DAP.Tak ada logik pun.Kalau begitu bodohlah professor2 melayu di universiti dan melayu yang bijak pandai.

Doa TGNA saya lihat adalah kerana PR terdesak dan hanya bermotif politik dan very unislamic and a desperate move.

Anonymous said...

rasuah ni mana pi pun ada. Saya yakin kalau PR perintah Malaysia pun rasuah tetap ada. sebabnya? setan aka iblis ada di mana-mana dan makhluq ni dah janji akan sesatkan manusia - perempuan@zina, wang@rasuah, kuasa@penyelewengan dll... cumanya mungkin tak sedahsyat dan sengeri perangai kerajaan BN sekarang... semua bagi kat anak-beranak dan kroni lahanat tanpa mengira kebajikan dan keselamatan rakyat. lagipun waktu tu hudud dah jalan... buatlah kerja gila tu!!! ada akibatnya. PEMBERI DAN PENERIMA RASUAH TEMPATNYA DI DALAM NERAKA- hadis sahih. tq

Anonymous said...

Sejak 1968 dia merayau2, sehinggalah ke New York utk letakkan dirinya dalam 'inner circle' umno.

Tunku mangsa pertama

Turutan mencucuk berterusan, dari sebelom naik hinggalah utk pertahankan takhta selama 22 tahun!

Kini dia masih aktif main watak tok dalang belakang tabir! Mungkin saya kata, mungkin si batu ronson ingat hero dia ini akan hidup 1000 tahun! Mungkin!

Sekian

Gheng lama

Anonymous said...

Masa mereka berkomplot menuduh tanpa bukti mereka beragama apa?

Masa mereka buat video dan edar2kan mereka beragama apa?

Masa mereka perah wang rasuah dgn kurnia projek2, mereka beragama apa?

Masa mereka salahguna kuasa makan haq rakyat mereka beragama apa?

Tiba2 mereka terdengaq sora adik TGNA mendoakan kehancuran mereka, tiba2 mereka tersdar! Tiba2 baru mereka perasan mereka semua sedang dikerumuni iblis dan setan, tiba2 baru mereka teringat tok dan moyang mereka beragama Islam!

Rupa2nya mereka hanya beragama Islam keturunan! Dan perangai melebihi iblis dan setan!

Tak gitu Anon?