21 November 2012

Kebenaran itu tidak akan 'kuning dek kunyit dan tidak lemak dek santan'

Seperti biasa Dr Mahathir akan mencelah apabila isu yang membabitkan Anwar berada di hadapan kita. Tetapi Dr Mahathir masih seorang ahli politik dan beliau boleh memberikan komen sesuka hati beliau. This is a free and democratic country. Beliau boleh kata apa yang beliau suka. Hanya Dr M yang selalu marah-marah bila ada yang mengkritik beliau semasa mentadbir negara dahulu.

Semua yang baik itu datangnya dari Dr Mahathir dan semua yang salah itu datangnya dari pihak lain termasuk yang datang dari Tuhan seperti hukum hudud dan syariat-syariat Islam yang tidak secocok dengan kemahuan beliau. Dr Mahathir ialah seorang yang boleh berjalan di atas air. Beliau seorang yang berani mempersoalkan hukum Penciptanya sendiri.

Pada beliau (Dr Mahathir) ada hukum-hukum dari Tuhan itu yang tidak betul dan beliau cuba mengelirukan orang ramai khususnya orang Islam yang hudud yang cuba diperjuangkan oleh PAS itu adalah hudud PAS, bukannya hukum agama. Bagi Dr Mahathir hudud itu adalah undang-undang potong tangan dan itu adalah satu pengetahuan yang amat cetek bagi seorang pembesar negara yang agamanya adalah Islam.

Tetapi Dr Mahathir ini dianggap oleh setengah dari pengikut membuta tuli beliau sebagai seorang negarawan sedangkan beliau masih seorang aktivis politik UMNO. Saya merasakan Dr Mahathir tidak akan mencapai taraf seorang negarawan kerana sudah terlewat untuk mendapatkan gelaran itu. Negarawan tidak bersikap seperti Dr Mahathir. Belaiu tidak ‘magnanimous’ dan amat susah bagi beliau untuk menjadi sebagai seorang yang bertaraf negarawan.

Dalam isu siapa menjadi PM jika PR memang dalam pilihanraya ini sememangnya kita telah mengagak yang Dr M akan mengkritik DAP kerana menyokong Anwar untuk dijadikan sebagai PM. Alasan Dr Mahathir yang DAP menyokong Anwar menjadi PM itu adalah kerana DAP ingin mengawalnya (Anwar). Tidak ada baiknya DAP ini dan Dr M masih menjadi seorang aktivis UMNO yang cuba memomokkan DAP itu sebagai parti yang merbahaya kepada Melayu. Tetapi kita hendak buat macam mana? Dr Mahathir sememangnya merasa resah jika Anwar menjadi PM. Sebabya semua orang faham.

Dr Mahathir selalu menganggap orang lain termasuk Anwar itu sama seperti sikap beliau yang pendendam. Bagi Dr Mahathir hanya beliau sahaja yang boleh melakukan kekalutan tetapi pihak lain yang tidak seperti beliau dianggapnya sama seperti sikap dan sifat beliau.

Kita mesti tahu yang DAP berdiri tegas kepada keputusan permuafakatan yang telah wujud yang Anwarlah yang akan menjadi PM jika PR memenangi pilihanraya nanti secara ‘outright’. DAP hanya mengingatkan rakyat yang mereka (DAP) tidak mahu memungkiri janji. DAP tidak mahu bersikap seperti UMNO yang selalu tidak menghormati apa yang dijanjikan dengan rakan-rakan di dalam BN.

Dr Mahathir tidak mahu meneruskan jawatan Ketua Menteri Sabah itu digilir-gilirkan di antara kaum suatu masa dahulu. Sekarang UMNO menjadi Ketua Menteri secara berpanjangan dan ini merupakan pelanggaran yang ‘head-on’ dengan rakan-rakan komponen dalam BN di Sabah itu sendiri. Dr Mahathir telah memungkiri janji beliau dengan Parti Berjaya Sabah semasa PBS sedang berusaha menumbangkan Berjaya pada tahun 1985 dahulu. Dr Mahathir telah berikrar untuk berenang dan tenggelam dengan Berjaya dalam pilihanraya negeri semasa itu.

Tetapi apabila Berjaya tewas Dr Mahathir tidak mahu tenggelam bersama Berjaya. Dr Mahathir terus berenang dan Berjaya terus tenggelam. Sekarang Berjaya hanya tinggal pada namanya sahaja. Parti itu sudah tidak wujud lagi sekarang ini.

Apa yang disebut oleh DAP yang memberikan sokongan kepada Anwar itu merupakan peringatan kepada ramai yang DAP bukan sebuah parti yang dengan mudah memungkiri janji seperti UMNO dan Dr Mahathir lakukan terhadap rakan-rakan komponennya sendiri. DAP menjaga dignitinya sebagai parti yang telus dan tidak mudah lari dari komitmen yang telah dibuatnya. Sebenarnya di sinilah kekuatan DAP jika siapa yang ingin tahu.

Saya percaya jika ada apa-apa perubahan kepada perjanjian itu, tentunya ia akan dibincang dengan rakan-rakan kongsi dalam PR dan tidak membuat keputusan secara unilateral seperti UMNO lazim lakukan terhadap rakan komponen mereka.

Lagi pula itu adalah tanggungjawab PR untuk mengendalikannya dan UMNO termasuk Dr Mahathir tidak payah bersusah-payah untuk masuk campur dalam isu ini. Dr Mahathir mesti ingat BN sendiri mempunyai masalah dalam yang hebat khususnya di dalam UMNO itu sendiri. Di bawah ini ahli-ahli dan penyokong pemimpin-pemimpin mereka di dalam UMNO sedang bertembung di antara satu dengan lain. Orang Presiden tidak sebulu dengan orang-orang Timbalan Presiden dan berbagai-bagai lagi perkara yang tidak baik untuk BN sedang berlaku di dalamnya.

Dr Mahathir tentu tahu perkara yang serius ni sedang berlaku di dalam UMNO kerana beliau ada banyak saham dalam perpecahan partinya dan perpecahan Melayu selama ini. Dr Mahathir sememangnya tersohor dalam memecah-mecahkan orang ramai dan itu merupakan ‘forte’ beliau dalam kehidupannya. Itulah kemahiran beliau yang paling nyata dan tidak ada siapa yang boleh menandingi beliau dalam bidang memecah-belahkan pihak lain termasuk puak-puak di dalam partinya sendiri. Kemahiran beliau itu masih dipraktikkan oleh beliau sampai akhir kalam beliau nanti.

Secara jelas Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang lemah dan akan tenggelam jika semua pihak bersatu dan berpadu menentang sikap beliau itu. Itulah sebabnya UMNO dan rakyat berpecah-belah kerana jika rakyat tidak berpecah tidak mungkin beliau boleh mentadbir kerajaan dan pemikiran rakyat selama 22 tahun termasuk sikap dan nilai orang Melayu itu sendiri.

Bagi saya sikap ‘gentleman’ DAP itu wajar dipuji kerana parti itu tidak mahu memugkiri janji kepada rakan sekomponen mereka. Itu sebab Dr Mahathir tidak mungkin selari dengan DAP sampai bila-bila.

Maka UMNO akan menggunakan isu kafir mengkafir terhadap sesiapa yang menyokong DAP. Ramai pemimpin dan penyokong UMNO menyifatkan saya yang menyertai DAP sebagi kafir. Tetapi saya tahu siapa diri saya. Saya hanya bertukar wadah, bukannya bertukar aqidah.

Saya adalah seperti seekor ikan yang hidup dalam lautan yang masin, tetapi saya tidak masin. Apabila kita mampu untuk bertawajjuh dan bertawassul secara terus-terusan, saya tidak akan kuning dek kunyit dan tidak akan lemak dek santan. Saya tidak kurang Melayunya dan tidak tercalar agama saya.

Kerja dan tugas untuk menentukan kedudukan seseorang di sisi Tuhan adalah hak Allah SWT semata-mata bukannya hak orang UMNO yang sudah koyak rabak nilai kesahsiahan mereka. Koyak mereka sudah tidak boleh ditampal lagi. Putus mereka pula sudah tidak boleh disambung-sambung.

Itulah keadaan UMNO sekarang ini. Bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh diikut.

16 comments:

Keyang Dot said...

Mahadeyy cerdiknya tidak boleh diikut! Mahadeyy suka mengkritik orang tapi tidak boleh terima kritikan org terhadap dirinya!Mahadeyy suka kena bodek dg kroninya.Maklumlah geng mamak memang begitu!.Mahadeyy loves to be a winner but not a loser! Mahadeyy sanggup menipu pd 1987 utk menang jawatan Presiden UMNO.

Mahadeyy egonya tinggi dg ISAnya.Do what i say! dont do what i do! Sebab itu Mahadeyy menjahamkan kesemua timbalannya.Mahadeyy suka melaga-lagakan orang.Mahadeyy cakap tak serupa bikin.

Oleh itu kena sangatlah mahadeyy tidak boleh lihat pulut kuning, dia akan jadi kuning dek kunyit.Mahadeyy suka nasi lemak dan dia senang berlemak dek santan.Mahadeyy boleh berubah kerana pujian.

Pemimpin UMNO sikapnya kuning dek kunyit bagaimana UMNO main politik tendang PAS keluar dari gabungan dalam th 1970an.Pas memang kenal sangat oleh kuning kunyit UMNO.UMNO tidak mempunyai pendirian dg approach perkaummannya.

Undi melayu nak!Apa usaha UMNO dg modal insan selepas 52 tahun memerintah?

Kita nampak pengorbanan LGE menyelamatkan budak perempuan Melayu bawah umur oleh kegilaan seks Rahim Thamby Chik.Mana UMNO ketika itu? DI mana Mahadeyy ketika itu?

Pemimpin DAP mempunyai pendirian yg kental.Saya percaya DAP tahu bagaimana ANWAR berjaya mobilised Rakyat menukarkan lanskap politik Malaysia.Jika LKS pernah bercakap di Kota kinabalu yg ANWARlah menjadi PM maka itulah pendiriannya.Dia tidak akan mudah berubah.

Walaupun UMNO tidak boleh diajar dan cerdiknya tidak boleh diikut.Ahli UMNO peringkat bawahan akan buat Cah keting utk meranapkan impian Najib dan Muhyiddin utk berkuasa.Ada juga gunanya ahli UMNO ni dalam PRU 13.


Keyang Dot

Anonymous said...

Jangan buang masa nak nasehatkan Tun Mahathir kerana dia tahu risiko yang dihadapi terlalu tinggi jika BN tumbang.Biarkan dia merepet /melatah kerana PR akan memperolihi point dan markah bonus dari apa yang dikatakannya itu.Dia hanya ada satu pilihan iaitu BN DAN UMNO MESTI MENANG even satu kerusi dimana kita tahu segala ucapan dan komen menjurus kearah melekehkan PR .PR mempunyaai berlori2 bukti atas sikap,tingkah laku ,ragam UMNO , sedangkan UMNO menuduh PR tak ada pengalaman,tak ada kesepakatan dll yang diulang berkali2 yang cakapnya dah macam budak2.Rakyat memang tertunggu pilihan raya untuk resmikan pengkebumian UMNO dan sebab itu PM tak berani adakan pilihan raya sekarang.Tapi dia lupa bahawa lagi lambat adakan pilihan raya lagi banyak cerita negatif keluar yang semuanya telah menutup hati rakyat nak sokong BN .Dicadangkan PR selalu cucuk Tun Mahathir biar dia latah kerana semua tahu hujahnya only one sided iaitu mustahil PR bolih perentah negara kerana yang berkemampuan hanya UMNO yang lain tu tak tahu dan bangang dan tak ada vision...dll Wallah hu alaam..Saya sebagai orang biasa tak bolih terima bahawa dia saja yang pandai,dia saja yang ikhlas,dia saja yang ada vision ,dia saja yang layak dan semuanya dia saja sementara yang lain tak layak ..Jadi kita sama2 tunggu keputusan rakyat jadi segerakanlah ...

Anonymous said...

Saya kasihan melihat telatah UMNO Baru ni yang meroyan bila sebut saja DAP. Memang nampak DAP ni macam lebih bangsa Tiong Hua.

Tapi mana yang lebih RACIS?

DAP = Democratic Action Party. Kalau dah demokratik, maknanya siapa kaum boleh jadi ahli. Orang Melayu boleh, org Iban boleh, org Kadazan boleh ....

MCA = Malay Chinese Association. Jangan haraplah orang Melayu jadi ahli. Kalau orang namanya Pak Mat jadi Ketua MCA ????

Yang meroyan gila-gila tuduh DAP itu ini, tak lain ialah orang UMNO yang Panic Disorder, kerana apa?
Kerana pimpinan DAP Pulau Pinang yang sangat tegas/berwibawa dalam soal etika dalam governance.

Sebab selama ini, pimpinan BN di Pulau Pinang puluhan tahun tidak ada governance yang baik. Sebab org Melayu tergadai.

Tiba-tiba Chua S L, mempersoal hukum Hudud!!! Mana dia ustaz UMNO Baru? Mana RTM/TV3??

Saya rasalah .... pak cik yang tidak bersekolah tinggipun sudah tahu betapa bahlulnya penyokong UMNO baru ni. Madu tiga MCA pun di orang tidak sedar diri ... asyik main Mahjong aja ...

Wahai penyokong setia UMNO baru =
Pandai-pandailah membezakan orang Cina yang bertanggungjawab dan org Cina yang tidak bertanggunjawab.

Ingat bangsa Cina juga ciptaan Tuhan. Kalau kita rasa org Melayu terhebat di dunia, maka kita sudah di kira sealiran dengan kaum Yahudi yang kononnya "The Chosen People".

Penyokong totok UMNO baru : Banyak-banyak baca Quran.

Anonymous said...

Mahadet la ni ibarat Pengarah/Ketua balai bomba.

Mana2 dia toleh, dia nampak asap. Asap orang bakar sampah, asap lori rosak tepi jalan, asap keretapi HINDIA lalu pun dia naik gusar!

Dia rata2 ingat kesemua asap itu berpunca dari api yang datang dari rumah ketua2 bahagian umno (baru) yang dia milik!!

Maka semua oranglah dia duk marah...merungut2...meleteh2, siang dan malam.

Dia terlupa ketua2 bahagian tu semuanya dia yang naikkan dengan menyucuk2, melaga2kan, mengapi2kan, menghalang dan mengenepikan sesama ahli parti yang dia punya.

Walhasil LKS terkentut pun dia terkejut beruk!!

ahaksss!!

Anonymous said...

Tulisan orang lama yang penuh dengan metafora tetapi tajam dan mengena pada sasarannya.

Tahniah!

Teruskan berkalam Pak Aspan

Bikinpeduli

"WASPADALAH" said...

Contoh :-
Ananda Krishnan = Mahathir
Yeoh Tiong Lay = Mahathir
Vincent Tan = Mahathir
Ting Phek Kheng = Mahathir
Daim Zainuddin = Mahathir
Syed Mukhtar = Mahathir
Mirzan = Mahathir
Mukhriz = Mahathir
Mokhzani = Mahathir
Dan beberapa kerat lagi.

Kesimpulannya :-
Mahathir bukan Aktivis UMNO tapi Aktivis Kroni. Kalau tidak, masakan beberapa kerat sahaja yang ditolongnya berbanding majoriti rakyat Malaysia yang hidup papa kedana.

Mahathir bukan Aktivis UMNO tetapi dialah Perosak UMNO. Cuba lihat, pernahkah Mahathir keluar-masuk UMNO Arwah dan UMNO Baru? Boleh ke Aktivis UMNO mengkuburkan Partinya sendiri? Inilah satu-satunya pemimpin yang jenisnya suka membakar kelambu disebabkan seekor dua nyamuk Aedes atau nyamuk Malaria yang mengganggunya ketika berkuasa.

Sikit hari lagi dia akan pergi meninggalkan rakyat dan negara ini. Samada dia suka atau tidak, sejarah telah dilakarkan dengan hasil tangannya yang berpalit.

Pemimpin cerdik tidak akan jadi penyamun, manusia pintar tidak akan merosakkan manusia lain. Manusia ikhlas tidak akan merosakkan janji.

Hanya jenis HAPRAK sahaja boleh melaksanakan semua kerja keji dan kotor tersebut.

"WASPADALAH"

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Dr M ni kita boleh samatarafkan dengan seorang lain yang dikenali sebagai Robert Mugabe. Kedua-dua mereka telah menciplakan agama mereka masing-masing. They are the inseparable twins!

Salam.
Observer

Anonymous said...

Whoever PKR wants to appoint as PM is none of Mahathir's business. If PKR wants to appoint Mahathir as PM , then when the time comes you make that decision.
Why is it that every day we hear childish talk coming from this man who had been a PM for more than 22 years. Don't the nation have someone better than this man who is not only making himself a fool but the whole nation as fools to the whole world.

Anonymous said...

Salam A dan bloggers,

1.TDM takut masuk penjara kalau DSAI jadi PM pasal banyak sangat 'skeleton in the closet' TDM dalam poket DSAI.

2.Lets be honest AA. DAP tak mahu Haji Hadi jadi PM takut pengaruh Islam dlm kerajaan dalam erti kata lain takut PAS betul2 melaksanakan hudud berbanding DSAI sebagai liberal dan sekular.

3.Namun begitu tidak sesiapa memepertikaikan integriti dan kesepakatan DAP memilih DSAI seperti AA sebutkan diatas.

Surrohate

Anonymous said...

Kebenaran yang terlahir dan yang akan menghantui Dr M??

http://www.malaysiakini.com/news/214347

Kita tunggu tindakan bersama Datuk Mat Zain - Datuk Ramli ke atas Gani dan Musa, dua watak penting Dr M yang dinaikkan pangkat hasil kerja besar mereka dalam kes Liwat 1 DSAI.

Najib VS Dr M??

hehehe

Anonymous said...

There are very powerful, but small, vested interest groups influencing and controlling the country.

It is an uphill battle for ordinary people to reclaim what is theirs.

Anonymous said...

Najib n cousin Hisham learned from Paklah's mistake for lettiing Musa and Gani a free hand.

Hisham whacked Musa off and Musa goes off bitterly! And now they both are eyeing Gani, using Datuk Ramli and Datuk Mat Zain as proxy!

Even the DIGP tried to flex his colours during Bersih 2. Come Bersih 3, Hisham and IGP Ismail silenced him off effectively!

The drama behind the top civil servant when the PSD head got flung off also points to serious power play!

Watch more proxy fights coming!

Anonymous said...

mahadey agen zionist..

Anonymous said...

umno penganas..mahadey bapak penganas..xpercaya??? tunggu bn kalah pru 13 nnti..

Anonymous said...

Semua orang tak betul pada che det, hanya dia saja yang pandai. Apa punya mamak la. Pencen dok la cara pencen. Pi masjid,buat amal sebelum mati.

Anonymous said...

Since when THIS DEVIL supports Pas

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dr-m-pas-is-backed-by-the-devil?

Ahakkss!