21 November 2012

Najib tidak boleh samakan buah epal dengan bacang

Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-katanya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.

Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.

Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.

Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir-gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W. Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahukah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat? Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.

Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.

Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain daripada itu, setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.

Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi ‘double Standard' kerana UMNO selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden buat penggal kedua?

Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai ‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal dengan bacang.

Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh dihidu dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita.

8 comments:

Anonymous said...

Najib boleh ke kekalkan kuasa kalo BN menang nanti? Mahadeyy kan dah siapkan anak dia Mukrizz berserta Perkasa mahu halau dia dari kerusi Seri Perdana tu!

Sejak konvensyen umno (baru) di Johor dua tahun lalu, geng Muhideen sudah cabar dan berlaga dgn geng Ghani-Hisham yg pertahankan Najib! Dan kini poster Muhideen hendak gantikan Najib SEBELOM PRU 13 sudah bersepah hingga ke Kedah!

Nampak sangat Najib akan hancur dihalau oleh juak2 Mahadeyy.

Jib, kat Amarika Obama bole menang sbab kat sana takde mamak laaaa! Kat sini sori laaa yerrr, berlambak! Walau kami melayu, tak larat laaa kami nak bantu kamuuu!

Tobat weii, walau kami melayu tapi kami bukan bernaung dalam parti kuno umnoooo

Jangan marah yeeerr

Hahaha!

Anonymous said...

Obama was elected by the Americans twice
Najib has never been elected by the Malaysian people
The last time Malaysians went to the polls they elected the govt headed by Badawi

Anonymous said...

Perhimpunan Agung Umno ni kita tengok Round ONE mereka bergaduh!

Round kedua bila Najib umumkan nama calun!

Round ketiga lepas keputusan PRU diumumkan!

(Jangan lupa statement budak Mahadeyyy si Musa, akan ada dua letupan tu, angkara kerja2 fanatik agama!)

Anonymous said...

Aspan, Obama menyerahkan borang menjadi anhli UMNO kepada Najib semasa berjumpa di persidangan ASEAN semalam.

GUNUNG KEYANG said...

Perbandingan Najib dan Obama jauh api dari semanggang.Najib dibawah pengaruh Ma'atdeyy tidak boleh menerima 2 parti system.BN mau kontrol segalanya.

Cakap berapi-rapi di semua TV di Malaysia.Bila Anwar cabar berdebat Najib jadi kecut! Obama berani berdebat tapi Najib ya...rabbbii....lidah Najib kelu.lidah Najib kemerahan-merahan itu pun jadi pucat...Datuk nenek moyang Jib...daeng Parani tentu marah.

Najib terikut-ikut dg bau bacang Ma'atdeyy...selalu mengungkit-ungkit konon kerajaan BN telah menolong rakyat.

Bila ditanya knp Ma'atdeyy selaku penasihat Petronas
memberi projek berbilion kpd anaknya.....Ma'atdeyy senyum dg menjawab ya kah?Perangai Ma'atdeyy mamak ni memang suka mengungkit.Dia ingat itu duitnya.Ma'atdeyy lupa duit itu duit rakyat!.


Gunung Keyang

James Labi said...

Quote :

Brown's (Gordon Brown) never been elected by anybody. I'm supposed to be in a country where I get the chance to elect someone and I'm around here at the most dangerous of times led by a man who's never been elected. You've gotta be elected. A political party that's in too long is like a piece of meat - if it's there too long it will go rotten and they've gone rotten and they've gotta go.

Michael Caine, Hollywood Star. Acted as batman's butler, Alfred Pennyworth in 'The Dark Knight Rises.

Anonymous said...

NAJIB SEDANG MEMASTIKAN DIA AKAN DI NOBAT SEBAGAI PM. 100,000 PATI AKAN MENGUNDI.

Anonymous said...

- Mungkin kerana pemberian BR1A oleh presiden Obama sebelum pilihanraya telah berjaya mengambil hati pengundi untuk memangkah parti demokrat....ABU

- Tapi sungguh menghairankan bin ajaib di Amerika kenapa semua parti dapat liputan sama rata media massa....ABU

- Rakyat Amerika tidak kisah kalau negara mereka hendak berperang dengan mana-mana negara didunia ini sebab tahu duit rakyat memang digunakan untuk berperang(duit digunakan dengan betul) dan bukan untuk memakmurkan kroni@pemimpin parti yang memerintah....ABU