02 November 2012

Pilih satu dari dua jenis permuafakatan: yang hak atau yang bathil

Saya selalu bercakap tentang memulakan perubahan dan menjadikan negara ini kembali kepada keadaan asalnya, iaitu sebuah negara yang mempunyai tahap politik, budaya kehidupan dan ‘ambience’ yang baru, maksud saya keadaan seperti yang pernah kita alami dahulu.

Kita mahukan politik ini menjadi hak rakyat semata-mata dan bukannya ditentukan serta dibentuk oleh pimpinan yang mewujudkan suasana yang tidak sihat dalam politik negara. Kita mahukan sebuah negara yang mana kita akan tidak henti-henti menaruh harapan dan semua pihak berusaha untuk mencapai sebuah negara yang bersatu padu di antara kaum, cara hidup dan agama yang berbilang-bilang.

Hakikatnya Tuhan telah menjadikan kita berkaum-kaum dan berbangsa-bangsa serta berlainan budaya hidup untuk mengenali di antara satu dengan yang lain dan seterusnya menghormati sesama rakyat yang berbilang bangsa dan cara hidupnya ini. Usaha awal sedang berlaku di mana rakyat melalui parti-parti politik mereka sekarang mula melakukan dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang baik, walaupun mereka ada perbezaan samada cara hidup dan kepercayaan serta bangsa-bangsa yang berbeza-beza.

Kita telah berjaya dengan permuafakatan di antara parti-parti di dalam BN dahulu, tetapi sekarang cara dan kaedah itu telah tidak lagi mampu untuk mengekalkan keadaan kesatuan di antara kaum kerana setiap parti masih lagi terikat dengan semangat perkauman yang tinggi dan ini amat merbahaya untuk generasi yang akan kita tinggalkan setelah kita tiada lagi di dunia ini.

Keadaan ini lebih meruncing lagi apabila pemimpin tidak lagi memimpin dengan cara kepimpinan yang dituntut oleh rakyat, yakni dengan mentadbir pentadbiran yang bersih dan tanpa rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Oleh kerana elemen kotor ini sudah menular dan rakyat sudah sedar tentang kekotoran pimpinan hari ini maka rakyat sudah mula meninggalkan pimpinan BN yang telah memerintah sebegitu lama. Oleh kerana UMNO telah menjadi teraju kepada pemerintahan yang begitu lama ini maka UMNOlah yang mendapat bahangnya dari penolakan rakyat yang kian hari kian jelas itu.

Parti kedua terbesar MCA juga telah terbukti dalam perjalanan yang deras kepada kehancurannya dan parti itu hanya tinggal terkontang-kanting dengan 15 kerusi di Dewan Lagislatif Persekutuan dan dijangka akan menghadapi zaman termalapnya selepas pilihanraya ini.

Dalam keadaan seperti ini kedua-dua parti UMNO yang sudah mula ditinggalkan oleh orang Melayu dan MCA yang sudah pun merasakan hidup sebagai parti yang yatim piatu sedang berusaha untuk mendapatkan kembali sokongan bangsa yang masing-masing pimpin. Walaupun pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti ini tahu yang umur dan usia mereka akan berakhir, mereka tetap melakukan apa yang boleh mereka lakukan untuk ‘survival’ parti masing-masing.

Oleh kerana mereka sudah begitu lemah maka mereka tidak ada pilihan selain dari melakukan usaha yang mungkar iaitu dengan meniupkan sentimen perkauman yang menebal serta mengaitkan agama di dalam permainan politik mereka. UMNO dengan isu perkauman Melayu yang menebal sekarang sedang berusaha untuk memenjarakan pemikiran orang Melayu kononnya jika UMNO ditolak Melayu akan hilang di dunia ini dan Islam akan hancur lebur beserta dengan Raja-Raja Melayunya sendiri.

MCA pula memainkan isu perkauman Cina yang jika PR memerintah orang Cina akan diperkudakan oleh PAS dan MCA sedang meniupkan perasaan benci terhadap Islam. MCA berkata jika PR memerintah orang-orang Cina akan menjadi hamba kepada Islam dan mereka akan dipotong tangan jika hudud dilaksanakan. Dalam keadaan terdesak MCA dalam Perhimpunan Agong tahunannya beberapa hari yang lepas, telah meningkatkan usaha untuk membenci Islam dan hukum-hukum hududnya.

Justeru dengan permainan politik perkauman dan sentimen agama yang dimainkan oleh UMNO dan MCA ini maka berlakulah ‘polarization’ kaum, agama yang menebal dan ini tidak akan mudah untuk diperbaiki jika mereka mendapat mandat lagi dalam pilihanraya ini.

Jika BN memerintah maka pihak kita pula boleh menuduh yang MCA akan memperkudakan UMNO kerana ia terbukti dengan jelas yang Najib sebagai pemimpin UMNO hanya membisu seribu bahasa apabila bangsa dan agamanya dipersenda dan dimusuhi oeh MCA. Dalam keadaan sekarang ini pun kita sedang melihat bagaimana angkuhnya MCA dan mereka (MCA) begitu bebas menghentam agama anutan rakannya di dalam BN tanpa mendapat reaksi tentangan dari rakan-rakan mereka di dalam UMNO. Mereka bermuafakat untuk melakukan apa sahaja waimma terhadap agamanya asalkan berjaya mengekalkan kuasa yang sedang mereka pegang pada masa ini.

Kita terpaksa membayar harga yang begitu tinggi jika BN masih mendapat kepercayaan rakyat dan apa yang kita pasti akan lihat ialah perpecahan dan pembelaan rakyat mengikut kaum dan ini akan menjejaskan usaha kita untuk bersatu di dalam sebuah negara yang aman damai di kalangan rakyat berbilang kaum ini.

Saya begitu asyik memerhatikan apa yang sedang berlaku sekarang ini di mana rakyat berbilang kaum bersatu dalam usaha melakukan perubahan ini. Dalam siri ceramah-ceramah yang saya lakukan di seluruh negara, saya amat berbesar hati melihat di hadapan saya ribuan yang datang itu adalah dari semua kaum yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

Inilah satu fenomena yang baik yang sedang kita lihat terbina dan sememangnya kelakuan buruk dari pimpinan BN yang memainkan isu perkauman itu juga ada hikmahnya. Hikmahnya ialah rakyat menunjukkan dengan jelas yang mereka boleh bersatu dan mampu bekerjasama di antara sesama rakyat walaupun berlainan keturunan dan agama kerana niat yang satu iaitu untuk kebaikan.

Kita tidak boleh gundah dan gulana hidup dalam masyarakat berbilang kaum ini kerana itu adalah pemberian dan anugerah Tuhan yang paling baik jika kita tahu untuk mengendalikan kehidupan walaupun berbeza dalam banyak perkara. Melakukan perkara dengan niat yang baik itu telah dapat memenuhi tuntutan Tuhan untuk kita bermuafakat baik-baik apabila kita hidup dalam masyarakat seperti masyarakat kita di negara kita ini.

Bermuafakat untuk melakukan kebaikan memang tuntutan agama kita. Yang dicegah oleh agama kita ialah bermuafakat untuk melakukan kejahatan. Kita dicegah untuk bermuafakat mempertahankan pemimpin yang rasuah misalnya. Kita dicegah untuk bermuafakat untuk mencuri dan menjahanamkan harta rakyat. Itulah sebabnya banyak negara-negara di dunia ini dijatuhkan oleh rakyat kerana pimpinan mereka bermuafakat dan bersekongkol di antara mereka yang tamak haloba untuk bersama-sama merompak dan melakukan kerja maksiat seperti rasuah dalam masa mereka memimpin.

Oleh itu rakyat di negara ini sedang memilih di antara mereka yang bermuafakat untuk bekerjasama dalam Pakatan Rakyat untuk membina satu kemuafakatan yang akhirnya membawa kepada apa yang dicita-citakan oleh rakyat, iaitu perpaduan nasional.

Usaha ini sedang ditentang oleh pihak yang bermuafakat untuk melakukan apa yang mereka telah lakukan selama ini, iaitu untuk bermuafakat dan bersatu untuk terus membina negara yang dikuasai oleh kroni-kroni yang berkepentingan peribadi bagi membina ‘empire’ kekayaan dengan memperkudakan parti-parti dalam BN pada masa ini.

Rakyat boleh memilih di antara pihak yang cuba untuk memperbaiki keadaan kita yang bernegara ini dengan kemuafakatan bagi membina kebaikan dengan pihak yang telah lama berpakat-pakat melakukan kejahilan dengan menggunakan parti serta kuasa yang ada kepada mereka sekarang untuk terus menguasai politik negara kita ini.

Dengan penguasaan politik itu mereka akan terus menggunakan politik itu untuk memperjudikan nasib bangsa dan generasi mereka yang akan datang dan kumpulan ini adalah kumpulan yang sudah kehilangan hidayah sama sekali.

8 comments:

nick said...

Pak,

Yesterday the ever deluded "handsome" mini brain minister Nazri have all but confirmed without a doubt that UMNO and especially its leaders are totally corrupt and corruption to them is as normal as breathing. A few of UMNO blogger were aghast with Nazri's statement and a few were even perplexed at Nazri's apparent insult to the people's intellect (they are not sure if he is stupid or just born brainless to be unable to read the sentiment of the people on the issue) but just like their leaders, none of them see corruption with the same eyes and sight that the people have. All of them berated nazri for being insensitive and tactless but none of them opined that nazri is wrong on what constitute corruption and bribery.

To them, sons and families of ministers and politician receiving gifts, cash, cars, houses, boat and such, are just normal occurrences and are not corruption and bribery. To them it is normal for "elected" official to receive gift and "ufti" just like the olden time feudal lord. To them the present democratic system is just a mirage that hides the still present albeit enforced and unacceptable feudalism of the malay political belief. To them, even as elected leaders, once in power they become lord and master of the land and people, deludedly so. And this is the type of people or should I say the type of degenerates that is in power in Malaysia now. And malaysian and the malay especially are sick and tired of them!

And just like Najib, Nazri too didn't understand why the Malays especially, are determined to reject and kick out UMNO. najib and his "mini"sters are so out of touch with the people (even their bloggers who are supposed to read the pulse of the populace, are dead wrong on most occasion but then again, when their eyes are only fixed upon the RM symbol, the wishes and the anger of the people are nothing but unreadable signs) that they often mistook respect for their official position and post as sign of reverence and love by the people. They are too arrogant and too depleted in intelligence to even understand the duality of man and position. just like UMNO, they mistakenly believed that they are the owner and lord of the land and they deserved loyalty, reverence and love without question.

Well, they will soon find out the truth after GE13 and I must say it will be a time that is greatly anticipated by many malays and Malaysian alike. We will all wave good bye to them when we send them on their voyage to Sg Buloh. We will all shed tears when they cast off albeit tears of joy and happiness at their absence and incarceration. We will all breathe a sigh a relief when we finally got rid of those parasites, hopefully forever.

Nick.
Cape tiger

Anonymous said...

Satu malaysia,pemandu ,pemudah adalah rancangan licik MCA yang PM bersetuju dilaksanakan sebelum diberi peluang untuk orang melayu mengkajinya sedangkan yang banyak terlibat dan terjejas dan tersinggung adalah orang melayu.UMNO bawahan terpaksa ikut dan sokong kerana itu pilihan yang ada.Mana pergi taring UMNO yang dimegah2kan olih ahli UMNO bawahan ini dan atas kelemahan kepimpinan UMNO kini telah menerima bala penghijrahan beramai2 ahli UMNO keparti lain atau penhijrahan tidak mahu bersubahat dengan UMNO .MCA dah lari dan melayu juga dah lari muningggalkan MCA dan UMNO cuma tunggu perasmian untuk ditalkinkan atas kelemahan sendiri.

strategic deception said...

Tuan Aspan,

There has always been a debate over the destiny of this nation between those who believed they were entitled to govern because of their station in life, and those who believed that the people were sovereign. That distinction remains as strong as ever today. In every race this November, the question voters must answer is, How do we make sure that political power is used for the benefit of the many, rather than the few?

This struggle between the people and the powerful is the heart of PRU-13.

Anonymous said...

Salam

Yg penting ..jangan keluar mulut buaya, masuk mulut singa lak...

KEYANG DOT said...

Apa yg nak saya tonjolkan di sini adalah terkeluar dari kepompong yg hak dan bathil tapi ada kaitan dg tajuk sdra.

Kerajaan Bn telah bersetuju membawa masuk perkerja Bangladesh cuma 3 bulan dari sekarang.Dalam semua pekerja Asing hanya Bangladesh yg sanggup membayar komisyen per orang yg tinggi.Kita lihat Mekar Padu satu ketika dulu meminta bayaran RM 1000 waktu Megat junid TM KDN.Siapakah yg memiliki Mekar Padu? Ziela Jalil boleh memberi jawapannya!

Selanjutnya diikuti oleh Tajuddin Rahman pernah mendapat 20,000 kuota diberikan oleh MJ.Tajuddin mengenakan rm 800 per orang.Overnite Tajuddin jadi jutaan.

Kita melihat Muhyiddin TPM dan Hishamuddin MKDN tersenyum puas kerana mereka akan mendapat habuan dari Govt to Govt akan kemasukan pekerja Bangladesh di sektor ladang.Jangan hairan ya Bangladesh yg akan datang ke Malaysia mempunyai MYkad nanti dan seterusnya boleh mengundi PRU 13.

Kita akan melihat berapa puluh ribu pekerja Bangladesh akan ke sektor ladang kita. Katakan 30 ribu pekerja Bangla masuk ke Malaysia dg bayaran 1500 per orang. Sudah brapa banyak bayaran yg akan diterima oleh UMNO BN?

Sudah sampai masa dan ketikanya anak rakyat Malaysia yg menjadi penganggur diserap ke sektor ladang dg pendapatan gaji yg menarik.Ini tidak, Kerajaan masih membawa masuk lagi pekerja Asing!

Kerajaan tidak pernah berterus terang perangkaan Pekerja Asing yg ada di Malaysia.

Adalah amat menggerunkan KL mempunyai kampung Bangla,Naple di jalan Silang. Mereka boleh berniaga lagi.

Begitu juga di Petaling Street terdiri dari Naple,Bangla,Mynmar dan pelbagai lagi.Mereka ini adalah PS gengster.Hati-hati jika membelibelah di PS.

Pasar borong Selayang menjadi tempatan Mynmar.Batu Caves menjadi penempatan orang India.Kuil-kuil India yg tumbuh mcm cendawan diguna utk orang India dari India.

Orang Indon pula di Kg.Baru,Kg.Pandan, Ampang Bukit Belachan,Cheras,Balakong,Kelang Lama,Damansara dan banyak lagi!

Ini belum lagi Negro Afrika ( Gagak hitam) terkenal dg sifat agresif.Paling malang sekali ramai perempuan Melayu jadi keldai mereka!

Pekerja Asing ini terdiri Indonesia,Bangla,India,Mynmar dan Naples ditempatkan di negeri-negeri PR dg tujuan PR akan kalah dalam PRU 13.

BN tidak pernah memikirkan nasib bangsa Melayu.Melayu adalah majoriti etnik di Malaysia.

KEYANG DOT


Peminat p Ramlee said...

Kalau ugama ciptaan tuhan pun... majorit pemimpin dah ahli UMNO boleh langgar, inikan pula Raja Melayu, orang Melayu dan Tanah Melayu. Memang tunggu masa je kena lelong macam dalam filem P Ramlee tu.

Hati dah mati kot, telinga dah tuli dan mata dah buta, tak perlu cakap banyak lagi kecuali dihumbankan sahaja dalam PRU-13 nanti.

Cuma P Ramlee pesan ada satu senjata yang boleh membuat gengster ini bertahan...tapi senjata ini tak tahan lama...siapa tahu jawabannya?

Cepat...cepat... buah dadu nak di baling ni.....Siapa yang kena.....macam dalam filem Alibaba.



Jawapannya dalam filem seniman bujang lapuk dah: Pukul curilah.

"Peminat P Ramlee"

Anonymous said...

Cuba selidik hubungan Nazri dengan Johawaki dan Dato Hisham Nordin http://www.nkracorruption.gov.my/index.php/ms/maklumat-korporat/direktori/12-contacts/2-ybhg-dato-hj-hisham-bin-hj-nordin

Konon hero dalam melawan rasuah..

Anonymous said...

It is difficult to talk about the 'sensitive' and politiced religion.

Many Malays do not support PAS....MCA is given this task to win back some support for BN, Malays and non - Malays alike.