Bila pilihanraya akan diadakan
Tuhan sahaja yang tahu. Inilah kali pertama seorang Perdana Menteri belum lagi
disahkan oleh rakyat sokongan mereka terhadap beliau. Mandat yang sekarang ini
adalah mandat dan sokongan rakyat terhadap Abdullah Badawi. Najib tidak berani
membuat keputusan kerana beliau masih ragu untuk mengadakannya kerana rakyat
semakin hari semakin menunjukkan sikap tidak berpuas hati dengan kerajaan
pimpinan Najib yang meminjam mandat Abdullah Badawi.
Tetapi tidak mengapalah. Bagi
pandangan ramai lagi ditangguhkan pilihanraya ini lagi mudahlah untuk
menundukkan BN kali ini. Oleh kerana terlalu lama menangguhkan pilihanraya ini
maka lagi jelaslah yang kerajaan hari ini yang mempunyai segala-galanya untuk
memperkuatkan diri mereka tidak berdaya untuk menolak arus perubahan yang ingin
dibawa oleh rakyat.
Apa yang pasti Najib akan terus
keluar menjelajah ke seluruh negara kerana beliau terpaksa melakukannya disebabkan UMNO di peringkat bawahan tidak bergerak dan tidak berdaya untuk berfungsi
lagi. Maka kita terpaksalah menanggung kos perbelanjaan penjelajahan Najib yang
setiap kali lawatan itu memakan belanja yang berjuta jumlahnya. Semuanya itu
adalah tanggungan rakyat belaka. Saya selalu berkata yang kita terpaksa
menanggung perbelanjaan Perdana Menteri dalam siri kempen untuk menegakkan
benang basah mereka.
Bagi Pakatan Rakyat, mereka tidak
menggunakan wang kerajaan untuk berkempen. PR tidak menggunakan jutaan wang
rakyat seperti yang dibelanjakan oleh BN dalam kempen mereka. Seperti contoh
yang akhir sekali yang kita tengok ialah semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Seremban 3hb yang lepas dalam mana rakyat berpusu-pusu hadir di dalam hujan
yang lebat dan keadaan padang
yang becak.
Jika BN hendak mendapatkan
keramaian seperti itu di dalam hujan lebat itu mungkin UMNO dan kerajaan
terpaksa berbelanja jutaan ringgit wang rakyat dan entah berapa ratus biji bas
yang terpaksa disewa mereka. Itu tidak masuk tempahan karipap lagi. Agaknya
jika BN melakukan kempen dengan jumlah kedatangan yang sebegitu ramai mungkin
tidak kurang 200,000 karipap dan 200,000 pulut udang dan yang lain-lain.
Selalunya kedatangan dan sambutan
terhadap anjuran UMNO tidak akan mencapai sasaran kehadirannya. Semasa
perjumpaan Hari Raya yang dianjurkan di Alor Setar beberapa bulan yang lepas,
UMNO telah menjemput 70,000 orang tetapi yang hadir hanyalah 3,000 orang sahaja.
Ratusan ribu karipap dan satay terpaksa dibahagi-bahagikan kepada yang datang.
Maka berboyong-boyonglah orang-orang UMNO membawa balik kueh-kueh dan satay
yang telah disediakan sebegitu banyak untuk perjumpaan itu.
Sesungguhnya begitulah keadaan
dan sokongan orang ramai terhadap UMNO. Walaupun Najib datang dengan karipap
yang berlori rakyat tetap tidak menghiraukan UMNO itu lagi. Mereka sebenarnya
bukan berkehendakkan karipap tetapi mereka mahu melihat jika ada tanda-tanda
UMNO dan pimpinannya akan berubah. Mereka mahukan perubahan dan transformasi
yang dijanjikan oleh Najib dan Muhyiddin itu, tetapi mereka tidak juga nampak
tanda-tandanya.
Mungkin Najib beranggapan dengan
bantuan BRIM itu adalah satu tindakan transformasi yang dijanjikan oleh Najib
itu. Tetapi kalau benar itulah dia transformasi yang dijanji-janjikan itu maka
rakyat akan merasa hina dan akan menghukum UMNO dalam pilihanraya kali ini.
Pemberian BRIM itu tidak lebih tidak kurang sebagai satu bantuan kebajikan
masyarakat kepada fakir miskin setiap kali Hari Raya Aidilfitri setiap tahun.
Malahan pemberian bantuan dari
badan kebajikan masyarakat kepada fakir miskin lebih konsisten kerana mereka
yang telah mendapat bantuan itu akan menerimanya setiap bulan sedangkan BRIM
ini hanya diberikan semasa pilihanraya
sahaja untuk membeli jiwa dan hati rakyat sahaja. Kalau pemberian BRIM itu menjadi
kaedah pilihan untuk meningkatkan pendapatan rakyat kepada RM48,000 setahun, ia
merupakan satu usaha yang tidak datang dari pemikir yang baik dan setanding
dengan cita-cita yang disebut oleh Najib itu.
Sebenarnya UMNO tidak tahu apa
yang dimahukan oleh rakyat. Najib berfikir rakyat masih boleh digula-gulakan
dengan bantuan BRIM yang sejemput itu. Rakyat mahukan pemimpin-pemimpin mereka
yang bersih dan terhindar daripada kegiatan rasuah. Rakyat mahukan kerajaan yang
tidak menipu rakyat seperti mengadakan projek-projek pembangunan dengan harga
yang ditambah-tambah kerana pertambahan kos sesuatu projek itu termasuk
komponen rasuah yang akan diterima oleh pemimpin-pemimpin mereka.
Mereka tahu jika kos membangunan
sesuatu projek infra itu rakyat akan membayar kosnya yang terlalu tinggi itu.
Rakyat mahu melihat yang penggubal dasar dan penjawat awam tidak terlibat
dengan ‘business’ dan berlumba-lumba dengan rakyat untuk berniaga. Rakyat sudah
benci dengan sikap pimpinan yang menerima komisyen dengan pembelian kapal selam
dengan jumlah yang beratus juta ringgit itu.
Rakyat mahukan sejuta ekar tanah
rancangan Felda yang tidak berpeneroka itu diberikan kepada rakyat yang tidak
bertanah dan bukannya untuk disenaraikan di Pasaran Saham Kuala Lumpur yang
hanya memberikan keuntungan kepada pemodal dan kapitalis di kalangan kroni-kroni
pucuk pimpinan sahaja. Sejuta ekar itu boleh menempatkan 80,000 orang peneroka.
Itu yang dimahukan oleh rakyat kepada barisan pimpinan hari ini.
Rakyat hendak tahu apa cerita
sebenarnya tentang isu RM40 juta yang dikaitkan dengan Musa Aman dan Nazri Aziz
itu. Rakyat tidak lagi menaruh harapan untuk masa depan mereka kerana terlalu
banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan berkait dengan pemimpin
berlaku setiap hari dan masa. Semuanya itu melibatkan wang rakyat. Oleh kerana
semua ini berlaku setiap hari dan kepada hampir setiap pemimpin UMNO maka
rakyat membuat persepsi yang
pemimpin-pemimpin kita tidak ada masa untuk memimpin negara tetapi menghabiskan
masa untuk membuat duit dan kekayaan secara haram itu tidak berhenti-henti.
UMNO gagal untuk memahami
kehendak rakyat dan rakyat pun sudah hilang keyakinan yang UMNO akan mampu
untuk memahami isi hati rakyat yang dipimpinnya. Manakan boleh segala-gala
kesalahan ini hanya boleh ditebus dengan bantuan Rakyat 1Malaysia yang sejemput
itu? UMNO ingat kami di bawah ini sebagai apa? Hamba abdi? Keldai-keldai untuk
membawa barangan berat atau untuk dijadikan sebagai peminta sedekah dan
penerima bantuan kebajikan masyarakat sahaja?
UMNO akan dapat jawapannya
apabila pilihanraya ini sampai.
6 comments:
Pak Aspan,
Izini saya letakkan rangkap sajak Gus Mus dari Tadarus Puisi Indonesia -
Gajah mati meninggalkan gading
Rimau mati meninggalkan belang
UMNO mati meninggalkan hutang!
Tok pan semenjak ini ramai bloger umno yg cuba melontarkan isu2 ugama yg boleh merosakan aqidah mereka di mana majlis fatwa utk melihat perkara ini terkini kenyataan mp lmbh pantai yg d tokok tambah oleh media perdana utk d lihat nurul bersalah ayoh majlis fatwa perbetulkan lah situasi ini
Saya suka yg UMNO padam meninggalkan bahana hutang! Mahadday pernah berbuat begitu bila dia dah habis pikiak! Dia terus melalak menangis atas rostrum.
Lepas itu Dolah ambik alih duit tak ada dalam perbendaharaan.
Sekarang ini Najib belanja sakan dalam kempennya nak menang.Ramailah kroni UMNO buat duit sakan. Tender makan bayar karipap, teh tarik lagi...UMNO perhabis duit RAKYAT.Itu sj dalam kepala juak-juak UMNO Bahagian.Cawangan tidak bergerak kerana tidak sambutan ahli UMNO.
Rakyat dah belajar banyak sangat dari mamak mahadday bohong Rakyat.Mahadday kaki temberang ni bila kalah Forex menyalahkan Soros.Rakyat ketawa sinis tengok telatah Mahadday.Mahadday is a bad LOSER!Musa Hitam pernah sindir dia.
Dia menang 43 undi itu pun kerana apa? Sanusi Junid dah beri pengakuan yg dia tipu KULI atas desakan Mahaddday.Begitulah telatah Mahadday mamak kerala ni.Mahadday telah tunjuk contoh yg diperhati oleh Rakyat.
Mirzan anak dia dapat 2 billion.Sekupang tak bayar balik.Sekarang Mirzan jadi tokeh arak St.Miguel, Filipina.Mahadday perhabis duit Rakyat tanpa berasa salah! Mahadday buat penganianyaan 5 hakim termasuk Salleh Abas.Dia boleh tersenyum puas dan akhirnya Allah telah beri SIGNAL akan dosanya.Hatinya berkata " Mahadday engkau berbohong. Berdosa itu Mahadday".
Bila Dolah ambilalih, perbendaharaan tiada duit!Jenohlah Dolah kaki tidur berjimat.Menantunya KJ pula dah naik tocang.Dia boleh menentukan siapa yg dapat projek BN.KJ berangan nak jadi PM sebelom umurnya 40.Rakyat ketawa melihat telatah menantu Dolah.
Siapa yg singkirkan Dolah? Siapa lagi? dung din dam Mahathir..dung din dam daim..
Najib sekarang sebuk jual slogan.Tranfomasi... lama-lama dah jadi basi! APCO juga kenyang! Mak Mah perhabis duit sakan.Cincin berlian 76 juta. eksesori lain lagi bag,kasut,bangle, barang make up dg surgery sana sini.kekadang Mak Mah jadi PM.Inilah kehebatan Najib dan bini dia RM.
Mak Mah pun pandai bohong.Dia kata dia kumpul duit sewaktu kecil-kecil lagi.Bila dah jadi isteri Pm baru beli cincin berlian.
Enuf is enuf !Kita berharap PR tidak menipu kami lagi. Kami Rakyat Malaysia!
Gunung Keyang
PM kena sedar bahawa dia naik kerana rakyat dan olih yang demikian serahkan balik kepada rakyat untuk buat keputusan.Kalau dia tak bolih hayati prinsip ini yang disokong olih perlembagaan kita bolih agak apakah nama pemimpin ini.Ini semua ditujukan kepada pemimpin umno dan barisan kerana merekalah yang buat keputusan .Dari pergaulan saya dengan ahli umno bawahan ni adalah jelas morale ahli2 ni cukup down kerana sikap tamak,rakus pemimpin umno terutama lagak menteri besar dan menteri penuh.Nazri aziz nampak tegas dan tak berpehak sekarang terbongkar yang dia ni dua kali lima saja.Rais,isa dan mat hasan lagi teruk dan rakyat jelata mahukan PR heret mereka kepengadilan termasuk menjejaki setiap kekayaan mereka .Rakyat dah tak yakin apa bentuk imbohan atau bonus atau suapan atau apa nama sekali pun mustahil untuk kembalikan keyakinan yang telah hancur berkecai apabila amanah diberikan selama 54 tahun digunakan untuk mengayakan mereka sebagai pemimpin.Jika PM membuat lawatan keseluruh negara sebagai PM segala perbelanjaannya ditanggung olih kerajaan dan ini tidak ada rungutan tetapi kalau dia berucap menghentam PR atau melekehkan atau menghina PR adalah salah perbelanjaan itu ditanggung olih rakyat.Rakyat dah bermaklumat jadi jangan berucap tanpa fakta atau ikut nafsu kerana inilah akan menjatuhkan mereka balik ..Wallah hu alam...
Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.
Teruskan! Terus dan teruskan pendedahan demi pendedahan sebegini. Semudah yang boleh kita simpulkan terhadap puak-puak dajjal ini ialah, mereka ingat mereka ni Tuhan, agaknya ... Sebab itulah kita sering diugut dengan pelbagai bentuk sentimen, diselangi "Tak pilih XXX (mereka), negara akan hancur ..." Malah, yang sedihnya, yang turut berucap dengan nada sejijik itu ialah mereka yang kelihatan memakai songkok berbaju Melayu, bersolat di khalayak ramai, memegang portfolio keagamaan di jabatan dan agensi keagamaan terpenting ... Kalau tidak pun, sampai tak berani berjuang menegakkan kebenaran dan menggadai aqidah murni ... Oleh itu, ayuhlah! Apa dan bila lagi mau tunggu, kan? Bukankah hak rakyat memilih pemimpin adalah seperti hak pengguna melanggan barangan dan/atau perkhidmatan?
Terima kasih dan salam jihad.
Perjalanan umno menuju istirehat terakhir sudah menemui titik nokhtah nya ,,,, maka berehat lah umno utk selama2nya
Post a Comment