15 December 2012

Najib tidak boleh membisu

Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishamuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang di lemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah di kaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besar nya di kaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.

Malaysia bukan letaknya di benua Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini. Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti. Apabila seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga sepatutnmya meletakkan jawatan. Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya.

Selama ini kita tidak mengamalkan moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau. Itulah sebabnya kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini sebagi isu teras bagi kepimpinan negara. Banyak masalah negara sepatutnya telah dapat di selesaikan jika isu moral dan etika ini di ambil berat oleh mereka yang sedang berkuasa.

Dalam isu Deepak dan Musa Hassan yang sedang menjadi perbualan ramai sekarang ini, mereka yang dikaitkan, iaitu Najib dan isterinya sepatutnya tampil kedepan dan memberikan penjelasan terhadap isu yang di timbulkan oleh Deepak terutamanya. Apabila matinya seseorang wanita asing yang di kaitkan dengan orang-orang yang hampir dengan Perdana Menteri, Najib mesti tampil kehadapan dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat.

Ini sangat penting, kerana Najib itu adalah Perdana Menteri dan Rosmah itu adalah isteri kepada Perdana Menteri. Rakyat ingin tahu kenapa Rosmah mencari Deepak untuk memaksa Bala Subramaniam melakukan ‘retraction’ terhadap akuan bersumpah yang pertamanya dan menyediakan seorang peguam untuk mengadakan akuan bersumpah yang kedua. Ianya tentu ada kena mengena dengan Rosmah dan Najib. Kalau ia tidak kena mengena dengan suami isteri itu masakan mereka sibuk untuk meminta Deepak mencari Bala Subramaniam.

Jika Najib dan Rosmah tidak tampil kedepan dan memberikan penjelasan, apa yang perlu dilakukan sekarang oleh Najib ialah untuk berundur dan seluruh kabinet  patut berundur kerana ini adalah cara demokrasi dan etika kepimpinan negara yang sudah maju mengamalkannya. Itu sebabnya seseorang pemimpin bagi negara yang sedang membangun mesti menjaga kewibawaan mereka dengan tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti pembunuhan dan rasuah serta apa jua perkara yang melanggar moral dan etika kepimpinan negara itu.

Di negara barat seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain, seseorang yang bersedudukan dengan teman wanita tanpa pernikahan yang sah itu adalah menjadi budaya dan perkara yang biasa. Tetapi Gary Hart seorang calon ‘primary’ dari parti Demokrat telah berundur dari pemilihan itu kerana beliau di dapati pernah bersedudukan dengan seorang wanita di luar perkahwinannya. Kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang ‘normal’ bagi orang negara barat.

Tetapi apabila isu itu di ketahui umum, Gary Hart telah mengundurkan diri dari pertandingan itu kerana semata-mata untuk menjaga etika kepimpinan dan moral negara AS itu. John Terry pernah di gugurkan sebagai ketua pasukan bola England apabila beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita sahabatnya sendiri. Tindakan itu ialah untuk menjaga moral dan etika pasukan bola negara England.

Begitulah tingginya nilai moral di mana-mana negara maju jika ia berkaitan dengan kepimpinan. Nilai inilah yang kita tidak pernah mengambil pusing kerana kita menganggap pemimpin itu boleh melakukan apa sahaja yang tidak bermoral dan beretika itu.

Kita perlu ingat yang kita pimpin ini adalah negara. bukannya pemimpin persatuan silat atau persatuan pemandu teksi dan beca.

25 comments:

XUMNO said...

Minta maaflah sdr. Aspan. Dalam kamus UMNO mana ada perkataan moral. Kalau ada ahli yang membangkitkan soal moral dalam mesyuarat UMNO di mana2 peringkat dia akan ditertawakan oleh yang lain, sebab 99.99% pemimpinnya terlibat dengan soal moral...samada mencuri, menipu,memfitnah hinggakan membuntingkan anak bini orang.Budaya ini mula menular apabila Mahathir menjadi presidennya.Dan itu sebabnya saya keluar dan berhenti menjadi ahli UMNO hingga mati!

Anonymous said...

Sebab itu lah, mati mati dia orang nak berkuasa sebab dapat kuasa immuniti. Buat apa sahaja janji tak kena tindakan. Tak boleh buat apa dah selagi BN memerintah.

Anonymous said...

pemimpin negara berfikiran..selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah..mereka buat pekak badak sahaja..bg mereka , kuasa adalah tempat utk kumpul kekayaan dan pengaruh..

KTWong87 said...

Sepatutnya Najib tidak boleh membisu lagi.

Tapi dah berapa lama dia buat begitu?

Sekarang... ramai yang mengesyaki bahawa hakikatnya dia tidak ada apa-apa yang boleh dikatakannya. Tiada pun apa-apa balasan yang boleh dipakai yang tidak diketawakan ramai.

Tidak ke chogankatanya sebagai "Best Democracy", "Kami Mendengar", ""Rakyat Didahulukan" dan sebagainya jelas bahan gelakkan.

Takkan dia setebal kulit sehingga tanyakan, "Do I look like a liar? No, right?"

Tiada pilihan lagi melainkan membisu.

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Syabas dan terima kasih jutaan kali, saudara, juga kepada dua rakan pengulas yang sempat saya tinjau. Malah, pada hemat saya, seburuk-buruk benua Afrika itupun, mereka masih tahu cermin diri. Bukankah telah tertegaknya beberapa buah tamadun Islam di sana sejak zaman sahabat dan tabi'in? Juga, jika kita masih ingat, bukankah dasar apartheid Afrika Selatan itupun akhirnya berjaya diruntuhkan oleh kuasa pendesak rakyat? Justeru, inilah sebenarnya gaya keterpesongan qiblat perjuangan UMNO Baru bin haram yang ditunjangi pendakyah terkenal, bapa syaitan 1-Malaysia ini, yang hanya boleh diubati dengan kita menghalau mereka berambus sahaja dari Putrajaya dengan menghalakan dakwat pangkah kita kepada lambang selain dacing, seterusnya mempermudahkan sekalian rakyat yang tertindas ini mendesak mereka bayar balik segala-galanya yang telah mereka rompak dan samun itu walau nyawa juga dipertaruhkan. Setelah itu, kita serahkanlah segala-galanya kepada-Nya Yang Maha Segala untuk mengadili kita semua (UBN dan rakyat). Boleh, kan?

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Pak Aspan,

Kenapa Najib harus jawab kepada rakyat padahal beliau jadi PM pun bukan atas pilihan rakyat.

Beliau hanya perlu jawab kepada Mahathir saja kerana dipilih mengganti Pak Lah.

Anonymous said...

salam. saya mersakan inilah masanya untuk bertindak terhadap pemimpin yg sebegini iaitu setelah cukup bukti drp deepak maka seharusnya diambil tindakan mahkamah secepat mungkin dan setelah lapor polis. bagi pihak2 berkaitan harus mengemukakan saman sama ada deepak atau pihak2 tertentu. dan inilah masanya kpd seluruh rakyat malaysia bangkit demonstrasi di semua negeri. kebangkitan rakyat ini harus dipimpin oleh bukan sahaka PR malah semua rakyat tua atau muda. dan inilah masanya kita kena tunjukkan bahawa rakyat sangat2 perihatin tentang kehidupan mereka di masa mendatang. kalaulah pemimpin kita seorang penjenayah besar apakah masih lagi rakyat nak pertahankan. justeru itu bangkitlah wahai rakyat malaysia jangan biarkan penjenayah besar ini menguasai kita sekali lagi.

Anonymous said...

Salam. Secara mudah bagi UMNO biar di permukaan ( surface) nampak elok tiada cacat celanya.. dalam penuh dengan 'kahak' (kotor) walaupun mereka ini menyedarinya tapi buat muka tebal. Sebab apa? Sebab kekuasan, kemewahan yang ada dalam UMNO yang tidak memungkinkan mereka ini sedar!

-anakPodehGhombau-

Anonymous said...

asskum tuan,

Kawan bukan islam saya berkata kalau kelakuan serta tingkat laku pemimpin2 UMNO dikira sebagai amalan sebenar ugama Islam, tidak siapa yang akan tertarik dengan ugama Islam.

Apakah betul seperti kata kawan saya itu ? apa kata tuan ?

insafdoh67 said...

Moral dalam Umno macam budak budak kencing tepi jalan.. Orang lalu nampak. tapi buat dok je.. Ni perangai melayu umno. perangai melayu kita pulok. jenis tak kisah apa orang buat. mamak panggil Melayu mudah lupa... marah berdesing.. kena teh segelas roti sutir senyum spai petang.. senyum kambing... Ni di katakan moral... saya jahil macam puok umno gok dulu.. Moral tadok dalam kamus umno.. mu pandai mu senang... Cara mana Fikir sendiri.. kalau nak tengok orang yang ada moral. Kita boleh tengok Pemimpin Pakatan tak kira bangsa Melayu.Cina.India.dan lain lain... Tiada seorang di dakwa dgn salahlaku dalam kerajaan Pr.. Bolehkah di lihat di dalam UBN.... Tengoklah Kekayaan Pemimpin UBN dari atas spai Jkkk. semua kerana Duit... Insaflah.. Buka Mata Fikir Sejenak.. Nilai... dlu...

Anonymous said...

Dia akan terus membisu kerana dia tidak mampu untuk berhujah atau berdebat...termasukla para blogger mereka....bila ke mahkamah...tak mahu mengaku pula.....

Anonymous said...

Dlm persidangan umno baru2 ini menampakan betapa mengampunya pegikut2 umno. Tak boleh bahas yg sensitif takut kat yat selak kain.

Bukit keplu said...

Najib akan terus membisu! Najib berkata kpd dirinya." Aku PM! Siapa berani sentuh aku?Aku PM ada immuniti.inilah tinggalan mantan Madeiyy.

Aku selamat! Apa deepak dan Musa hendak menyalak itu? Silakan...."Rosmah ,kita buat diam badak!Seolah-olah tidak ada apa yg berlaku!Kita tunjuk poker face" Selagi itulah kita selamat!

Anwar tidak lama lagi akan aku kerjakan.Hakim dan AG tengah kerjakan Anwar! " ha ha ha......PR akan habis !


Bukit Keplu

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan.

Buat Tak tau saja,
Diam Saja'
Buat Pekak saja,
Buat bodoh saja.
Buat Muka tak malu saja,
Buat Macam mak bapak punya saja,
Buat macam haramjadah saja atau....

Memang betul Bodoh, tak malu,haramjadah.

Kalau benar, rakyat kena buat perubahan.....

Anonymous said...

Najib sekarang xheran dengan isu isu yg membabitkan beliau dan rosmah...kerana beliau telah mendapat green light untuk songlap duit sebelum pru 13..Sultan yg tidak ada negeri..mamak mahadey sedang mengambil peranan tidak rasmi sebagai pm...

UMNO sekarang...sangat sesuai dikenali sebagai United Mamak National Organisation...

Begitu juga di Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) begitu banyak mamak didalam kor RAMD..xkan jeneral ATM xsedar...nnti RAMD dikenali sebagai Rejimen Askar Mamak Diraja...

Pak Aspan,sekarang ini sejak 2 bulan lepas kutbah jumaat asyik menceritakan supaya umat islam menunaikan zakat...sehingga tok imam bercakap pemerintah berhak merampas harta org yg tidak menunaikan zakat...

Adakah kerajaan sekarang sangat terdesak untuk mengunakan duit zakat..memandangkan hutang negara skrg dlm keadaan yg teruk...

Anonymous said...

Malaysia ini bagaikan negara koboi. Bagaikan tiada pihak berkuasa. Ingatlah bahawa Rasulullah telah berpesan dalam hadithnya:

Dari 'Aisyah r.a. bahawa kaum Quraisy amat memusingkan mereka hal seseorang perempuan suku Makhzum yang melakukan pencurian. Mereka mengatakan: "Siapakah yang boleh berbicara dengan Rasulullah saw. (mengemukakan permintaan supaya perempuan itu dibebaskan)? Tiada yang berani untuk membicarakan hal itu hanyalah Usamah kesayangan Rasulullah saw," Lalu Usamah berbicara dengan Rasulullah saw. dan beliau menjawab: "Adakah engkau hendak menolong supaya orang bebas dari hukuman Allah?" Kemudian itu Nabi berdiri dan berkhutbah, sabda beliau: "Hai orang banyak! Orang-orang yang sebelum kamu menjadi sesat jalan disebabkan apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan saja (tidak dihukum). Tetapi kalau seorang yang lemah (rakyat biasa) mencuri, mereka lakukan hukuman kepadanya. Demi Allah! Kalau seandainya Fatimah anak Muhammad mencuri, nescaya Muhammad akan memotong tangan anaknya itu. "

Anonymous said...

Kononnya demokrasi. Tetapi kenapa menjadi pembangkang dikira sebagai pengkhianat? Kenapa bila terlibat dengan skandal masih muka tebal dan menongkat langit memegang jawatan? Tak cukup ke skandal-skandal yg telah dilakukan semenjak drp zaman TDM. Bermula drp skandal BMF dan diteruskan dgn pelbagai lagi skandal. Tetapi tiada pihak yg betul2 didapati bersalah. Bila PR hendak menghapuskan PTPN, mereka mengatakan tindakan itu akan membangkrapkan negara. Tetapi bila mereka melenyapkan duit BNM entah berapa billion, tidak mengapa.

Anonymous said...

Minta tuan aspan alias ulas kenapa calon melayu kesemuanya tewas dalam pemilihan jawatankuasa pusat DAP. Adakah ini disebabkan racism? Bagaimana org melayu mahu yakin dengan DAP jika situasi ini membuktikan kaum cina dan sekutunya takkan kompromi dengan kaum melayu jika mereka ini berkuasa....

DK

MAHApenipu said...

Apa yg berlaku terhadap pendedahan Deepak & Musa ini juga membuktikan, agensi2 awam telah menjadi alat2 UMNO/BN.

Sepatutnya Penjawat2 awam yg dibayar gaji oleh rakyat bekerja utk rakyat dan negara dibawah naungan YDP Agong ,bukannya UMNO/BN.

Begitu dalam dan kuat sekali cengkaman kuku besi pemimpin2 UMNO/BN terhadap sistem negara kini. Tiada lagi pilihan lain utk rakyat melainkan melucutkan kuasa mereka pada PRU13 akan datang.

Anonymous said...

As Salam Tuan Aspan.

Saya tolong jawab persoalan DK di atas.

Sebab kesemua calon Melayu tewas kerana dalam DAP tak ramai yang Melayu untuk mengundi.....minioriti.

sebab kedua adalah, Beruk Tua (Tengku Azzzziz) telah buat trouble dan U-turn 100% setelah kepercayaan diberikan kepadanya suatu detik dahulu. Sebab reputasi dari Beruk Tua itulah kebanyakan ahli DAP menjadi bimbang terhadap Beruk Tua yang nak mampus tiba-tiba mampu melompat pula ke sana dan ke sini.

Kepercayaan dan amanah tidak boleh dijual beli.

Anonymous said...

DK,

Kalau lebih orang Melayu ada dalam parti DAP, sudah pasti kesemua calon Melayu akan menang.

Kini DAP dalam proses mendapat lebih ahli Melayu. Dalam masa yang terdekat, dan amat digeruni oleh UMNO, in shaa Allah, parti DAP akan mempunyai ramai ahli Melayu!



Anonymous said...

The future of ordinary people, in particular the Malays lies in the good leadership and management of all aspects of the country.

chempaka said...

Sdra AA

Usah kita bercakap tentang moral pada perkara yang kita tahu memang tidak bermoral. Kita fokus pada integriti. kita kehilangan kedua-duanya di bumi serba boleh ini.

Anonymous said...

Pendapat saya masih sukar nak tumbangkan bn . Umno menumpang kekuatan rakan sekutu . Esp Sarah dan sarawak . Rakyat Di sana mudah kabur Mata bila bn tabur Wang. Malah calon selainPR BN AKAN CUBA BELI . Bn memang banyak duit yang brkuasa. Try pakatan tangani masala ini .
2. Pegawai2 kerajaan takut pangkah slain bn. Terugut kedudukan dlm kerjaya . Pakatan tolong jelaskan bahawa jaminan . Ramai yg nak faham bhw mereka boleh kerja mcm biasa . Tuan aspan tolong tulis Dan promote .ke sarawak sabah segera Dan kerap

Anonymous said...

Saya kasihan melihat melayu yg masih menyokong umno..rata2 mereka hanya menyokong berdasar sentimen dan emosi yg tidak wujud dan membuta tuli..ada dua jenis ibu bapa yg sygkn anak mereka..satu ibu bapa yg memberikan duit kepada anak mereka yg ketagihan dadah kerana tidak sanggup melihat anaknya terseksa jangka pendek,hakikatnya itu satu tindakan yg bodoh..dan kedua ibu bapa menghantar anak ke pusat pemulihan dan memberi kebaikan jangka masa panjang..
Pada melayu yg sayangkan umno mereka harus berkata benar seperti apa yg a.a lakukan..namun tunggu punya tunggu seorg pun pendekar diidamkan tidak wujud di dalam umno untuk menghentam gergasi jahat dalam umno..seperti yg musa hassan nyatakan itu adalah kebenaran kalau sebelum ini hanya mitos dalam masyarakat kita seolah2 filem hindustan dimana wujud polis jahat yg dibeli ahli politik dari atas ke bawah..kini ianya realiti dalam kepolisian masyarakat kita..
Cuma kalau anda sayangkan umno?sayangkan agama dan bangsa?mari kita menolK UMNO pada pru akan datang..

Azam zafa