Dr Mahathir selalu menyangka yang
semua orang mudah lupa. Semalam beliau menyalahkan Sultan Iskandar yang semasa
itu menjadi Yang Di Pertuan Agong, yang memecat Tun Salleh Abbas sebagai Ketua
Hakim Negara bersama dengan lima Hakim Mahkamah Agong yang lain.
Sebelum kita memahami hakikat
sebenarnya yang berkaitan dengan isu pemecatan Tun Salleh Abbas ini, kita perlu
tahu latar belakang siapa yang terlibat, seperti Dr Mahathir dan Raja yang
dituduh Dr Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab memecat Tun Salleh
Abbas itu. Dr Mahathir semalam tidak menyalahkan Tun Salleh tetapi beliau
menyalahkan Yang di Pertuan Agong Sultan Iskandar, Sultan Johor Darul Takzim
semasa pemecatan itu.
Dalam politik negara Tun Mahathir
terbilang dengan orang yang suka melakukan kehendak hatinya sendiri dan sentiasa tidak sesuai dengan undang-undang dan etika
sebagai seorang Perdana Menteri sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini.
Jika ada halangan etika dan undang-undang beliau akan hapuskan undang-undang yang
diguna-pakai oleh negara demokrasi untuk menjaga negara itu sendiri.
Jika ada pemimpin yang beliau
anggap sebagai boleh menyaingi beliau dalam kerjaya sebagai pemimpin yang
berjaya, mereka –mereka itu akan
dipinggirkan dan digantikan dengan mereka yang boleh bersekongkol dan memenuhi
kehendaknya iaitu hanya memberikan sokongan 120 peratus terhadap beliau. Akhirnya
beliau berdiri seorang sebagai seorang pemimpin yang boleh dianggap berwibawa
dan yang lainnya hanyalah dianggap beliau sebagai ‘red-indian’ yang boleh
beliau perlakukan sekehendak hatinya. Di dalam UMNO pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli
hanya diminta bertepuk dan bersorak
dalam perhimpunan agung sahaja.
Dr Mahathir menebas sesiapa
sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau atau pun mereka yang dianggap lebih
cerdik dari beliau. Beliau seorang penebas termasuk menebas Hakim-Hakim yang
menjalankan tugas dengan baik. Tetapi kerja baik dan tindakan yang betul oleh
Hakim-Hakim itu tidak menyenangkan
kedudukan beliau, maka hakim-hakim itu
menjadi mangsa beliau. Habis Hakim-Hakim yang baik ditebasnya.
Sekarang beliau tidak mengaku menebas
Hakim-Hakim tersebut. Beliau menyalahkan ‘parang panjang bengkok’ pula. Beliau
berkata yang menebas itu bukannya beliau. Yang menebas itu adalah parang panjang
bengkok’ itu tadi. Beliau hanya menghayun ‘parang panjang bengkok’ itu sahaja
dan yang menebasnya ialah ‘parang bengkok’ itu, bukannya beliau.
Justeru yang menebas dan membuang
Hakim-Hakim Mahkamah Agong itu ialah Yang di Pertuan Agong, bukannya beliau.
Beliau hanya memaksa Agong untuk mengadakan ‘Tribunal Khas’ untuk membuang
Hakim-Hakim itu.
Itu sebabnya Tribunal Khas itu
diwujudkan pada 1hb Mei 1988 ia itu pada hari Pekerja dan hari Ahad pula.
Pandai Dr Mahathir ini, tetapi kepandaiannya ialah untuk melakukan mungkar
terhadap negara dan sistem negara kita.
Patut pun Najib sebagai salah
seorang pewaris kepada kepimpinan beliau lebih teruk dari beliau. Benarlah ‘jika
bapak kencing berdiri, anaknya kencing berlari’. Yang sengsara negara dan
rakyat. Elok kita minta semua pemimpin yang berjawatan terutamanya dalam
Kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO untuk membuka mulut mereka luas-luas. Kita
mahu tengok apa kah jenis lidah yang ada dalam mulut-mulut mereka ini.
Kalau ada masa dan waktu yang
cukup elok kita ‘revisit’ apa sebenarnya berlaku sehingga terpecatnya
Hakim-Hakim Mahkamah Agong itu pada tahun 1988 dahulu.
11 comments:
PEMIMPIN UMNO BUKA MULUT!! THE WHOLE COUNTRY WILL STINKS. MULUT BUSUK KERANA BERBOHONG, MENIPU DAN MAKAN RASUAH.
Saudara AA
This is the primary reason why Tun Salleh Abbas later wrote a book which carries the title "Shit."
Dato' Samad Ismail wrote the 'Shit' not Tun Salleh.
...tun mahathir may not be perfect...
but
...tun mahathir is a limited edition...
The true author of the Shit novel is Shahnon Ahmad, please be sensitive by not to name the wrong person who wrote the book. Shahnon Ahmad is also a 'Sasterawan Negara' similaly as what is Ahmad Said hold. But I'm not sure the titles had been awarded to every each of them.
Anon 15th june 01:25
Tun a limited edition?...I agree with you. That is why Shahrom Ahmad categorized as shit in his book. True ..a limited edition
"Shahnon"
KISAH TUN SALLEH
Sila Buka Blog CheDet Tarikh: 6 Jun 2008, The Tun Salleh Saga,
KISAH TUN SALLEH
Sila Buka Blog CheDet, Tarikh 6 Jun 2008, The Tun Salleh Saga, Tarikh sebelum Sultan Johor Mangkat
For info SHIT wrote by Dato Shahnon Ahmad national laureatte
Only book by Tun Salleh Abas about this sad episode title Lion under the throne
Post a Comment