Semua sentuhan Najib membawa
masalah kepada negara terutamanya dalam hal melibatkan kewangan dan khazanah
negara yang merugikan. Tidak payah kita sebut sejarah lama. Jika kita mulakan
dengan hal kapal selam hinggalah kepada isu FGV dan kini isu pembelian harta di
Cauldfield di Melbourne semuanya adalah transaksi di bawah dagu Najib.
Pendeknya apa sahaja yang disentuh
oleh Najib akan membawa malang kepada negara dan rakyat yang menanggung semua
salah laku beliau. Dalam pada itu beliau tetap berdegil dan tidak mahu berundur
dan setiap salah lakunya yang diketahui umum beliau akan dialihkan pandangan
ramai kepada perkara yang lain tidak tepat sasarannya.
Isu yang saya selalu sebutkan ialah
pimpinan kita sejak berapa lama dahulu tidak mahu mengambil ‘accountability’
terhadap noda dan kesalahan yang dilakukan mereka. Memerintah hendak lama tetapi
kesalahan tetap dilakukannya. Kesalahan mereka tidak mahu diakui tetapi
sebaliknya menyalahkan orang lain. Apabila disoal oleh rakyat jawapan tidak
diberi dengan betul atau tidak dijawab terus. Jika menjawab pun hanyalah
jawapan-jawapan loyar buruk sahaja dan tidak tepat.
Semua tanggungjawab hendak
dipikul tetapi satu pun tidak terlunas dengan baik dan sempurna malah semuanya
dalam kepincangan. Rakyat keliru dengan sifat dan tindak laku pimpinan kita.
Gaya ada tetapi tidak mempunyai ‘substance’ dan kalau dikaji dengan teliti
mereka ini layak bersama saya sahaja duduk dan minum dikedai mamak setiap hari.
Kita cuba ingatkan isu-isu yang lepas
yang berkait dengan Najib. Isu scorpene semua orang tahu ia melibatkan isu RM
lebih dari RM7billion. Akhirnya timbul isu sampingan selain dari isu tambahan
harga yang begitu tinggi, iaitu isu pembunuhan Altantuya yang sampai hari ini
tidak mendapat penyelesaian yang betul walaupun telah dibawa ke Mahkamah. Dr
Mahathir telah bertanya siapa yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya,
jawapannya tidak diberi sehingga hari ini.
Felda mantap dan selamat semasa
perbadanan itu berada di Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah dahulu, tetapi
kelemahan Abdullah Badawi yang terbilang dengan mudah tidurnya telah
membenarkan Najib membawa Felda untuk diletakkan dibawah urusan beliau semasa
menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Felda yang mempunyai resab yang
melebihi RM4 billion sekarang sudah tinggal sejemput sahaja. Peneroka yang tidak
pernah berhutang sekarang sudah berhutang kerana pembelian saham FGV yang
beliau janjikan bulan dan bintang dahulu. Sekarang harga saham FGV telah
merudum dan sekarang berlegar di sekitar RM 1.70 sen sahaja. FGV ibarat
berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap.
Dulu ramai yang menentang Felda
di senaraikan di Pasaran Saham termasuk pegawai – pegawai yang kanan dalam
perbadanan itu tetapi mereka ini diharam jadahkan oleh Najib. Sekarang peneroka
sudah mengalami masalah yang belum pernah mereka alami kerana tindakan Najib
yang memandai-mandai. Kata-kata sumbang sudah terlepas usaha yang kononnya
untuk kepentingan peneroka telah gagal.
Timbul pula isu 1MDB yang
terhutang sebanyak RM42 billion. Itu pun beliau nafikan yang 1MDB mengalami
kerugian dan Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang
rakyat lebih cerdik dari beliau.
1MDB membawa padah kepada banyak
pihak. Beberapa orang pegawai bank antarabangsa telah kehilangan kerja kerana
memberikan pinjaman kepada 1MDB. 1MDB menjadikan ‘credit rating’ negara sudah
menurun. Kita bukan tidak tahu, jika tiga ‘credit rating agencies’ ini
memberikan negara ‘rating’ yang rendah negara akan kehilangan kredibiliti dan
akan memberikan masalah dan tambahan beban kepada negara. Isu-isu seperti ini dipermain-mainkan dan
dilalai-lalaikan. Akhirnya kerajaan telah menghantar seorang Menteri Kabinet
untuk berjumpa salah satu dari ‘credit rating agencies’ itu untuk meminta
jangan diturunkan ‘rating’ Malaysia.
Semua kerja tidak dilakukan oleh
pelaksana dengan jujur. FGV telah membeli saham syarikat perladangan kumpulan
Rajawali di Indonesia dengan harga yang meragukan. Felda sememangnya terbilang
dengan membeli harta dengan harga yang ditambah berlipat kali ganda di seluruh
dunia. Tentulah kita tahu sebabnya jika membeli harta yang berlipat kali ganda
harganya itu. Kali ini Felda telah membeli syarikat kumpulan Rajawali dengan
harga dua kali ganda dari aras harga pasaran. Ada beberapa orang yang hendak
menjadi kaya raya dengan menggunakan kedudukan dan keringat peneroka itu.
Sekarang timbul pula hal
pembelian harta di Cauldfield Melbourne dengan tambahan harga sebanyak hampir RM14
juta. Sekarang MARA sedang menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat pembelian
itu. Pergolakan dalam UMNO juga dikatakan penyebab kenapa isu ini diketengahkan.
Siapa yang memangsakan dan dimangsakan dalam isu terbaru ini kita akan ketahui nanti.
Pemutus kata, apa sahaja yang
berada dibawah Najib semuanya mempunyai masalah hasil dari tidak ada kejujuran
dan merobek keyakinan dan kepercayaan yang telah diberikan rakyat itu.
Najib has to be forced out. Semua
sentuhannya membawa malang.
10 comments:
Asmkm saudara Aspan.Itulah akibatnya kalau pekerjaan/tanggung jawab tidak dilakukan sebagai ibadah.
Sebagai orang Melayu, secara logiknya sudah tentu saya pilih UMNO sebagai wadah dalam perjuangan politik Malaysia. Tujuan asal penubuhan UMNO ialah untuk kebajikan dan kejayaan orang Melayu dalam segala aspaek kehidupan.
Namun dalam "politcal milestone" UMNO ini, nampaknya sudah menemui zaman kehancuran. Bukan kerana parti UMNO, tapi kerana sifat kepimpinan sejak akhir-akhir ini yang sudah salah langkah dalam mengemudi parti arus perdana ini. Macam-macam jenis taik sudah keluar.
Secara implikasinya, bila sebut UMNO orang ramai sudah meluat, marah, benci, nak muntah pun ada. Salah siapa?
Kalau nak fikir benda semua ini, berbalik kepada rakyat Malaysia itu sendiri, pengundi itu sendiri dan terutamanya kepada "umat Melayu" khasnya dan lebih lagi kepada kebanyakan golongan umur 60 tahun keatas yang masih ada minda ala-ala 60an. Yang golongan veteran ini bagi yang bukan Melayu pun banyak terpengaruh dengan gula-gula manis bila menjelang pilihanraya terutamanya di kawasan luar bandar. Mereka ini semacam tidak tahu perkara sebenar arus politik semasa di bumi mereka sendiri. Kecuali, kalau anak-anak cucu-cucu mereka yang muda boleh beritahu perkara sebenar.
Kita mesti ingat, UMNO bukan kerajaan dan kerajaan bukan UMNO. Yang sebenarnya Rakyat itu kerajaan. Kalau orang miskin kampung tidak undi Najib, siapalah Najib hari ini?
Satu lagi perkara yang tidak baik dalam arena politik Malaysia hari ini ialah bila rakyat menyanjung pemimpin poltik macam raja. Kalau pimpinan politik di sambut tinggi melangit maka lihatlah akibatnya hari ini. Cium tangan sana, cium tangan sini. Pemimpin pun gah sombong takbur.
Sepatutnya perkataan YB (Yang berhormat) itu di ganti dengan Yang Berkhidmat. Baru betul.
Lihat contoh pimpinan Nabi Muhammad. Dia duduk di mana ada kosong. Kita sekarang bila PM datang semua orang di suruh undur dari satu tempat. Mana Islamnya kita orang Melayu ini? Bila orang politik datang kampung, YB-YB sahaja duduk satu tempat bila ada acara makan. Yang rakyat di hujung khemah sana. Ini kah sifat pimpinan rakyat? Takkan lah duduk semeja dengan rakyat biasa pun tak boleh.
Sudahlah drama-drama bila menjelang pilihanraya bila melihat telatah orang politik boleh duduk setikar dengan pak-cik makcik sakit, orang miskin di pondok buruk. Bila sudah menang, "haram-jadah" mereka nak ambil tahu susah senang rakyat.
Tibalah masanya orang-orang politik kena ubah mentaliti, rakyat pun kena ubah mentaliti ala zaman batu dahulu.
Lihatlah suasana politik di negara maju seperti UK dan US. Pemimpin sanggup mendengar luahan hati rakyat. Contoh..... budak universiti US berani menyoal kritikan pedas terhadap Presiden atau Perdana Menteri. Minta maaflah ..... budak universiti di Malaysia ada berani soal kepada PM Najib???? Yang berani ada segelintir sahaja. Tapi yang budak kelab UMNO ... kah kah kah. Jilatlah Najib puas-puas. Apa jadi ranking universiti kita? Buat malu disebabkan budaya UMNO ala sistem "diktatorship".
Sekadar renungan rakyat Malaysia.
Saudara AA
Najib seems to believe he has the Midas touch. But it's now glaringly obvious that whatever he touches turns into dust.
Mungkin sumoah laknat membawa Bala..Allah lebih mengetahuinya..Allah skan turunkan Bala dgn rnilai ringgit yg merudum
"Najib sentiasa berfikir rakyat semuanya bodoh dan tidak tahu yang rakyat lebih cerdik dari beliau."
Salam Pak AA. Saya rasa rakyat tak bodoh. Tapi orang2 di Felda memang sah bodoh bertingkat2. Mungkin dah kena sumpah supaya bodoh selama 7 keturunan, sebab suka menghalau orang2 bukan UMNO Baru/BN dari masuk ke kampung2 Felda untuk berceramah dan berkempen. Duduk la ekau mo puak2 bangang ekau tu. Bangang tak buleh diajar... FGV dah lingkop, buleh la makan gotah sokorap buek sarapan. Jobo tak tontu pasal, ambek dek kau.
Syabas Pak Aspan ! Kerana berani berterus terang dan ianya adalah ' suara ' rakyat Malaysia masa kini. Kita perlu berterus terang dan jangan menulis asyik ampu semata-mata !.
Saya terlalu yakin jika Pak Aspan diambil tindakan oleh orang-orang suruhan yang hanya ' otak kepala lutut ' supaya disenyapkan suaranya ' , akan berduyun-duyun rakyat membersi sokongan.
Tulisan Pak Aspan adalah tugasa dakwah. Saya sentiasa mengikutiya dan teruskan !.
Kapal terbang hilang ,kapal laut hilang ,rakyat dalam kawasan malaysia dicuri naik bot terus hilang ,makluk yang tak berdosa bolih hilang nyawa kena bom ,nilai saham FGV hilang maruah kerana kertas jamban lagi mahal dari saham FGV ,duit dalam 1MDB hilang ,ringgit malaysia juga hilang kerana nilainya jatuh , Pelaburan harta tanah olih MARA juga hilang kerana harga belian berlebihan dipulangkan olih penjual disonglap olih lanun2 umno ,lepas ini kereta api dari KL KE Ipoh akan hilang ...jadi mana maruah pemimpin yang diarak kehulu dan kehilir untuk jaga negara dan tolong melayu .Yang menghairankan ada arahan siapa yang tak sokong apa PM buat mereka tu kena letak jawatan ...Inilah akibatnya pemimpin tak ada maruah diri diberikan kepercayaan jadi tunggulah kehancuran .Di Jepun kereta api berlanggar menterinya letak jawatan ,Malaysia bolih buat ? Di England saorang ahli parlimen letak jawatan kerana dituduh gunakan pengaruh untuk dapatkan permit kerja untuk orang gajinya dan saorang lagi ahli parlimen letak jawatan kerana ada affair ...Malaysia menteri bolih letak jawatan ? Dulu saorang politik ahli parlimen ditangkap basah dihotel diPort Dickson cukup dengan bukti tapi dilepaskan atas ehsan pengerusi FGV ...ngapa menteri ni tak letak jawatan kalau ada maruah...
Siasatan atas songlap duit MARA dibuat olih agensi diAustralia memaklumkan yang mereka dah dapat "CASH TRAIL " ..maananya mereka tahu setiap sen pergerakan duit MARA masuk Australia untuk beli bangunan dan dimana setiap sen duit itu dikeluarkan dan siapa yang dapat....ini cekap satu tamparan memalukan Malaysia .Sirul dalam tahanan Australia tentu dah cerita kepada polis Australia siapa arahkan bom Altantuya dan TDM pun dah jumpa ibu Surul tentu dah tahu siapa arahkan bom Altantuya...semua ni bala ...
Dalam kes MARA mereka2 yang terlibat dan yang pegang kuasa wajib letak jawatan kalau mereka ada maruah terutama setiap pengarah MARA INC yang putuskan beli bangunan berasaskan songlap,pengerusi Mara ,KP MARA , Menteri yang jaga MARA . Rakyat tahu semua mereka ada kes berkaitan duit ada berkaitan projek ikan, ada kes beri duit kepada film star melalui pemandu yang masukkan duit dalam bank...jadi bolih dikatakan setiap mereka semua ada kes tapi mengapa masih pucuk pimpinan beri kepercayaan .UMNO nak menang PRU 14 tu foregone conclusion...hangus dan padam .Ini belum cakap berkaitan songlap olih kerajaan negeri ...jadi maananya kiri kanan rakyat terutama melayu kampung tradisi dan peneroka Felda yang menjahanamkan negara kerana mengundi membabi buta macamlah pemimpin UMNO makhluk diutus olih Allah yang wajib disokong...Sekarang apa dah jadi bala akan balik kepada kamu semua...Semua ni tak perlu disiasat kerana buang duit yang jawapannya semua teratur macam songlap duit FGV beli bangunan hotel diLondon dan diLondon...dah siasat all inorder documented in good faith . Kes Kriminal tad ada had masa jadi serahkan kepada pemerintah PRU14 ...
Seperti isteri Razak Baginda berteriak diluar mahkamah didepan pengamal media2 yang berkumpul semasa awal perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.. "Bukan suami aku yang nak jadi Perdana Menteri..."
Apa maksud kata2 yang tersurat tapi penuh tersirat itu. Kes Altantuya masih tergantung jawaban nya apakah motif pembunuhan dan siapa yang beri arahan pembunuhan.
Realitinya yalah lepas satu-satu malang melanda negara, ada yang melibatkan ramai kematian mangsa yang tidak bersalah seperti Lahad Datu, MH370, MH17.
Wallahhu aklam
Setuju najib must be forced out,tun mahathir pun Sudah mengatakan 'strength in numbers' to forced out najib drp kepimpinan.soalnya,bilakah Kita Akan tunjuk our strength in numbers,will the opposition going all out for najib to be forced out from ministry,will the likes of Hadi awAng puts priority of the nation instead of his own party and his own ambition to become the PM? I'm a sure that uncle lim Also will not agree on the effort to forced najib out,he will thinking of the next election,still within the interest of his party. Will the opposition stop playing politics and put the priority to save our nation? There is no other way to forced najib out other then through 'the strength of numbers' ,but I'm doubt that the opposition leaders the likes of hadi and uncle lim will do that.
Tangan Najib bawa malang. Lebih malang bagi rakyat dan negara Najib ada EMPAT tangan, bukan dua. Bayangkan dengan dua tangan pun danh banyak rosak, inikan pula empat tangan. Dah tu additional dua tangan tapaknya besar macam nyiru, genggamannya mencekup bilion ringgit sekali kaut!!
Post a Comment