Keadaan ketegangan diantara kaum lebih dahsyat lagi sekarang ini jika dibandingkan dengan keadaan
sebelum dan semasa kejadian 13 Mei !969 dahulu. Kejadian berdarah dahulu itu
hanya berlaku dalam tempoh beberapa hari sahaja tetapi keadaan telah di selamatkan
dengan pantas dan cepat oleh pemerintah dan hasilnya wujud MAGERAN dan
seterusnya mengembalikan keharmonian kaum dengan cepat,.
Lain-lain perkataan ’13 Mei’ itu
telah pun berlaku tetapi dalam bentuk yang berlainan. Sekarang telah berlaku
pembunuhan diantara kaum walaupun bukannya pembunuhan berdarah seperti kejadian
13 Mei itu. Sentiman perkauman telah bermain dengan hebatnya kini tetapi ramai yang masih belum menyedari betapa bahayanya keadaan ini jika ia
dibiarkan berlarutan tanpa apa-apa penyelesaiannya.
Buat masa ini jelas dengan kenyataan
pemimpin-pemimpin wujud sentimen perkauman dan agama yang menebal. Semua
kenyataan yang kita dengar sekarang adalah kenyataan yang menunjukan pergaduhan
diantara kaum sedang hebat berlaku. MCA yang mewakili kaum Cina bersama DAP
yang dikuasai kaum Cina sedang bersatu dalam isu kepala lembu di Pulau Pinang . Isu ini semata-mata kerana isu perkauman, tidak
lebih dari itu.
Pemimpin sendiri tidak 'magnanimous' dengan berpaut kepada sentimen kaum mereka untuk kekal dipandang
sebagai pemimpin. Tidak ada pemimpin yang mampu menyejukkan perasaan rakyat yang sedang berperang dengan sentimen perkauman mereka sekarang ini.
Sepatutnya kita ada pemimpin yang
bersikap ‘magnanimous’ ini. Tetapi Najib tidak berkata apa-apa untuk menenangkan
keadaan. Beliau seorang Perdana Menteri tetapi beliau membisu apabila
berhadapan dengan isu merbahaya ini. Negara ada Muhyiddin Yassin. Beliau
Timbalan kepada Najib. Beliau juga membisu seribu bahasa kerana takut untuk membuat
kenyataan, walaupun kenyataan yang baik untuk semua.
Hendak kita harapkan Zahid Hamidi
untuk mengeluarkan perkataan yang boleh menyejukan keadaan sememangnya tidak
boleh, kerana beliau adalah penyumbang polimik perkauman yang sangat merbahaya
ini. MCA pula mempunyai pemimpin yang tidak berani untuk mencari jalan tengah
kerana parti itu sedang berusaha untuk mendapatkan sokongan kaum Cina yang
telah ramai berpihak kepada DAP.
Oleh kerana kepimpinan MCA yang
begitu lemah mereka tidak berani menjadi parti yang boleh menyelesaikan keadaan
dan terpaksa bermain sentimen perkauman untuk memintas pengaruh DAP yang
sememangnya parti yang mempunyai sentiman ’Chinese first, the rest second or
third’.
Kenapa ini berlaku? Sebabnya
mudah kerana kaum Cina sedang bersatu untuk mengusai kerajaan dan kaum Melayu
pula tidak mempunyai kepimpinan dan terpaksa sama-sama memainkan isu perkauman
dan agama. Dr Mahathir yang begitu liberal semasa menjadi Perdana Menteri
sudah bertukar dan kembali kepada ‘ultra-malay’ beliau seperti beliau sebelum menjadi
pemimpin negara dahulu.
DAP sedang ‘riding on the racial
wave’ dan tidak akan berubah selagi kaum Cina sudah begitu aggresif dalam
sentimen perkaumannya.
Orang melayu merasa ketakutan
dengan ombak perubahan dikalangan kaum Cina tetapi Melayu pun perlu sedar yang
ombak perubahan dikalangan kaum Cina itu adalah kerana kelemahan kaum dan
pemimpin Melayu juga. Kaum Cina pun tidak mempunyai kepimpinan juga kerana
mereka juga mengambil kesempatan diatas ombak perubahan bangsa mereka.
Pendeknya baik pemimpin Melayu
mahu pun pemimpin Cina di negara ini, hampir kesemuanya adalah kepimpinan yang
lemah kerana tidak mampu memimpin dan menganjurkan perkara yang baik kepada
kaum yang mereka pimpin. Tidak kira yang bernama dan yang bergelar dalam
kerajaan dan pembangkang tidak dapat mengelak dari dihantui oleh sentimen perkauman yang mendalam dan sentiasa merasakan yang perjuangan mereka itu hanya
lah untuk bangsanya dahulu dan bangsa-bangsa lain itu kedua dan ketiga.
Segala-gala yang dibina oleh
pemimpin terdahulu dalam mentautkan bangsa-bangsa sekarang sudah hancur lebur
semata-mata kerana lemah dan fakirnya jiwa-jiwa pemimpin pada hari ini.
Semuanya ini adalah kerana
pimpinan Melayu yang memimpin kaum yang terbesar gagal mendapatkan penghormatan
semua bangsa dalam negara ini seperti yang pernah dialami dahulu dan pernah
dirasakan oleh rakyat yang masih ramai hidup sekarang ini.
Pemimpin-pemimpin Melayu pada
hari ini tidak lagi pemimpin-pemimpin Melayu seperti dahulu yang dianggap
sebagai agen untuk mentautkan bangsa-bangsa yang berbagai-bagai dengan agama
serta cara hidup yang berlainan ini.
Dalam situasi ini menghapuskan
Akta Hasutan dan menggantikan dengan apa-apa akta sekali pun ia tidak akan
membantu untuk membina keharmonian kaum di negara ini lagi malahan keadaan akan
bertambah buruk lagi apabila akta baru yang akan digubal itu terlaksana.
Pimpinan kita sedang hilang punca
dan tidak mampu melakukan apa-apa lagi. Kita bukan berdoa untuk keadaan ini
bertambah buruk, tetapi saya yakin keadaan ini tidak dapat diubati dengan
apa-apa akta sekali pun.
Yang terpenting bukannya akta,
yang penting sekali ialah jiwa kepimpinan yang kaya dan besar dan faham apa
yang hendak dilakukan jika dipilih menjadi pemimpin. Kalau benar pemimpin
Melayu hari ini kuat dan dihormati masakan keadaan sekarang ini timbul dan
tidak dapat diperbetulkan lagi.
(bersambung)
8 comments:
Nak hormat macam mana, setiap kali bercakap terserlah KEBODOHAN. Langsung tak ada 'class'. Nak bandingkan dgn menteri2 Singapura, seperti langit dgn bumi. Dari segi amanah dan kejujuran, banyak sangat boleh dipertikaikan. Rakyat dan MENYAMPAH!!!! Pasti yang di atas akan turun juga akhirnya. Itulah hukum alam.
Good one Mr Alias
Top Umno leaders in the gov have only forms but with zero substance.
For that reason, Umno will soon be doomed to disaster tuan AA.
Just keep on writing to remind those ill bred political leaders and to stop blaming others. That reminder should also for the opposition leaders.
"Kaum Cina nak menguasai kerajaan"? Mungkinkah berlaku? Jumlahkan SEMUA wakil rakyat Cina pun tak sampai 25% jumlah wakil rakyat parlimen; tengok saja kabinet sekarang, berapa menteri berporfolio penuh? Yang Liow TL pegang tu pun, yang tinggal cuma rangka, yang penting semua dah jadi Suruhanjaya.....tengoklah KSU,KP,KPN, NC........itupun belum tengok Khazanah lagi..... Siapa yang mengisi jawatan-jawatan utama ni? Jadi bagi rakyat marhein seperti saya ni, kami betul-betul mengharapkan pemimpin yang buta-warna kulit/bangsa/agama untuk membela nasib kami yang kerdil ni........
Tn AA
Ramadhan ini lupa lah semua pemimpin2 Malaysia ke, Singapura ke atau Amerika ke. Mari lah kita ramai masuk masjid/surau mengadu, memujuk, dll dgn Raja Pemimpin iaitu ALLAH. Semua pemimpin dunia akal & hati semua dlm genggaman Allah swt. YAKIN LAH DGN JANJI ALLAH & RASUL UTK RAMADHAN INI
DAP yang sememangnya parti yang mempunyai sentiman ’Chinese first, the rest second or third’.
DAP sedang ‘riding on the racial wave’ dan tidak akan berubah selagi kaum Cina sudah begitu aggresif dalam sentimen perkaumannya.
Tuan AA ahli DAP?
DARI APA YANG GENERASI TERKINI DIFAHAMKAN.PEMINPIN DIMALAYSIA INI PENGKHIANAT KPD UGAMA ,BANGSA DAN NEGARA.MEREKA INI DILINDUNGI DENGAN PERUNDANGAN YANG KOLOT LAGI JAHIL OLEH PENGUBAL PERUNDANGAN NEGARA CUMA SATU SENJATA YANG PALING KUAT IALAH MARIAH KITA MENADAHKAN TANGAN SERTA DOAKAN PENGKHIANAT INI,DIJAHAMKAN OLEH ALLAH S.TAALA SECEPAT MUNGKIN.
Tuan AA... tak payah lah diharap pemimpin Melayu yg agamanya Islam ni dapat memimpin Malaysia ke arah keharmonian..dan menyatukan bangsa Melayu.. saya dah malas nak ambik tau le perihal pemimpin2 Melayu yg berkuasa sekarang..kalau mereka ni pentingkan kuasa dan jawatan atau melantak harta rakyat.. pegi mampus la mereka.. lebih baik saya carik rezeki cara halal dan buat hal sendiri..
Post a Comment