03 July 2014

Yang ada 'reconciliation' diantara pemikiran dan hatinya sahaja boleh memimpin negara

Dalam negara menghadapi perpecahan ini sesiapa yang keluar meminta dan ‘solicits’ sokongan untuk membetulkan keadaan tidak akan pergi kemana-mana. Sebabnya mudah kerana jika ia berjaya,  ia tidak akan menyelesaikan masalah kerana yang menang tidak akan menang semua dan yang dikalahkan tidak akan kalah semua.

Itu pun demokrasi tetapi masalah yang kita hadapi melangkaui batas-batas keunggulan demokrasi itu kerana negara kita sedang menuju kehancuran yang tidak akan dapat di selamatkan lagi bagi pandangan setengah pihak.

Sekarang bukan masanya untuk mencari kemenangan kerana jika menang sekalipun sebagai yang dikatakan tadi, masalah tidak akan selesai kerana ia akan sangat susah untuk membetulkan keadaan negara yang begitu berkecamuk ini. Apabila terjumpa seseorang yang berkemampuan untuk memimpin dengan secara natural itu, semua pihak yang bergaduh dan berlumba-lumba itu patut bersatu dan meminta orang itu untuk memimpin dan membina sebuah negara yang baru.

Sekarang adalah masanya untuk mencari siapa yang boleh menyelesaikan kita yang berkelahi ini. Jika suami isteri bergaduh yang mungkin akan meruntuhkan rumah tangga kita ada tempat untuk merujuk iaitu di Jabatan Agama dan  Mahkamah untuk menentukan nasib keluarga itu.

Bagi yang bersorak kehulu kehilir untuk menyelesaikan isu-isu besar tidak akan dapat menyelesaikan keadaan. Akhirnya yang menang akan hanya mentadbir penyokong mereka dan sikap dendam mendendam akan tetap terjadi. Itulah keadaaan sekarang. Yang sedang berusaha mengambil alih mereka yang menyandang akan mengambil tindakan berdendam terhadap pihak yang mereka kalahkan dan mengambil alih kuasa itu tadi.

Masa akan ditumpukan untuk memperkuatkan kedudukan mereka sahaja kerana mereka tahu mendapat kuasa melalui perpecahan dan pertandingan sengit ini tidak akan mendapat sokongan sepenuhnya. Jika Pakatan Rakyat mengambil alih ramai yang akan terluka dan ia pasti tidak mendapat sokongan bulat rakyat. Akhirnya ia akan menjadi seperti UMNO sekarang ini juga dan mengambil tindakan membeli perasaan rakyat dengan berbagai-bagai cara seperti memberi BRIM yang tidak boleh mengekalkan rasa hormat rakyat itu.

Perpecahan sudah sampai ketahap yang sangat buruk, maka siapa atau mana-mana pihak yang menang atau yang kalah tidak akan membantu serta menumbang kepada pembangunan dan transformasi yang diperlukan oleh negara itu.

Blog ini acapkali meminta agar semua pihak mencari ketua yang boleh mencatarkan haluan kearah pembinaan kembali siasah dan politik negara dan akhirnya mencapai ‘ultimate’ kita, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berpanjangan.

Penyelesaian kepada masalah negara kini, memerlukan pimpinan yang mempunyai ‘wisdom’ dan bukannya pemimpin yang popular atau dipopularkan oleh ampuan yang melangit dari ‘sycophants’ yang hanya berniat untuk mendapatkan ‘tali pengelak dan tangkai penjinjing’ dari pimpinan utama negara semata-mata.

Kita perlukan pemimpin yang berpengalaman dan serius dan seorang ‘planner’ yang mempunyai bukti berjaya dalam segala yang dipertanggung jawabkan kepadanya.

Ibarat tali yang sudah terbelit sebegitu kuat bukan mudah untuk dileraikan. Orang boleh meleraikan belitan tali yang sudah tersimpul mati itu memerlukan orang yang telah terbukti kesabarannya dalam menghadapi politik yang sangat keliru pada hari ini.

Kita memerlukan pimpinan yang ada titik ‘reconciliation’ diantara hati dan pemikirannya. Think about it.

6 comments:

Naib Nabi said...

Pak AA

In short, we need Allah fearing leader who always reckon about his Akhirat, who always ask himself how am I gonna face Allah & answer His question. Please dont say what I said is illusion. Warning, if you all say so then Allah will not change our condition & most probably Allah will worsen our condition

Anonymous said...

Alhamdulillah....saya sokong pendapat tuan...ini memang wajar untuk semua pemimpin melaksanakan nya.
Tetapi amatlah sukar untuk kita mendapatkan pemimpin yang bersifat ikhlas dan jujur dalam melaksanakan nya kerana kebanyakkan mereka2 ini mempunyai nawaitu dan agenda tersendiri...selagi kita tidak sama2 berfikiran terbuka dan saling menerima teguran , lalu berubah kearah yang lebeh baik , selagi itu kita akan berada di dalam keadaan yang gawat seperti sekarang ini.
Terima kaseh tuan Aspan...semuga dapat memberi manfaatnya kepada pemimpin yang ada sekarang.

Nelson said...


Tuan AA, saya tahu siapa yang sdr maksudkan sebagai pengganti yang terbaik dalam keadaan kemelut poklitik sekarang....Tengku Razaleigh.

Saya setuju tetapi bagaimana nak lakukan?

Anonymous said...

Tuan AA,
Setuju sangat Tengku Razaleigh mengambil alih pimpinan Negara ini.
Harap2 ada caranya beliau di pilih.
Pada hemat saya,beliau boleh mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen BN,begitu juga ahli Parlimen PR dan tak lupa juga ada sokongan dari Sarawak.
Moga2 harapan kita boleh jadi kenyataan.

Nas

ismail bon said...


Jangan lah AA berangan untukmendapatkan pemimin seperti lagi. Kita akan menjadi negara Afrika, hanya nama yang berlainan saja.

You feel this country is not good anymore just leave. Zahid has already told us to do so AA.

If you want to stay here, just accept the truth. The adage that says, hujan batu dinegara orang, hujan emas dinegara sendiri, elok lagi negara lain sudah tidak terpakai lagi.

Apa susah, kalau hancur negara ini bukan kita saja yang kena, jutaan yg lain akan sama merasakannya.

Faham tak?

ismail bon said...


Saya menyambung apa yang saya komen diatas AA. Dalam keadaan yang susah saya akan menanda tangani borang 5 untuk ke tempat lain.

Sayua tahu susah ditempat baru yang saya nak pergi ni. Tetapi saya tahu ia masalah yg baru. Jemua dengan masalah yang sama sejak hampir 30 tahun.

Saya bukan putus harapan tetapi yakin saya mengambil keputusan betul.