16 July 2014

Tuanku Selangor sedang murka

Tuanku Sultan Selangor begitu murka dengan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam berhubung dengan kritikan ahli Legislatif Persekutuan itu terhadap MAIS bulan lepas. Khalid Samad telah meminta Majlis Mesyuarat  Kerajaan Negeri Selangor untuk menghapuskan kuasa MAIS yang terletak dibawah kuasa baginda. Tuanku Sultan telah mengambil kritikan terhadap MAIS oleh Ahli Parlimen Shah Alam itu sebagai mencabar kuasa istana, dan Tuanku telah menyebut isu ini dengan panjang lebar dalam titah ucapan baginda di masjid Pekan Sepang semalam.

Satu pertiga dari ucapan baginda telah menyentuh isu ini dan ia membayangkan betapa murkanya Kebawah Duli Tuanku terhadap Khalid Samad secara peribadi. Tuanku telah menyebut nama Khalid secara ‘direct’ dan bukannya secara sindiran yang selalu dan lazim disebut baginda dalam banyak isu tanpa menyebut nama orang yang dimaksudkan itu.

Dalam kes ini Tuanku telah menyebut nama Khalid Samad berulang kali dan salah satu ingatan baginda kepada Khalid ialah untuk memahami negeri Selangor dan ‘attribute’ nya sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan ini. Sebagai seorang yang bukan anak jati Selangor atau dilahirkan di Selangor Khalid patut memahami isu dengan terperinci sebelum membuat kritikan. Isu anak jati Selangor ini jelas di sebut oleh Tuanku dalam titah ucapan baginda semalam.

Tuanku Sultan telah mengingatkan semua pihak yang dalam isu dalam mana baginda diberikan kuasa untuk mengambil keputusan tidak sesiapa akan mengajar baginda dan ia termasuklah isu mengganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor.

Dalam ucapan Tuanku Sultan itu ada dua perkara yang sangat menarik perhatian ramai, iaitu perkataan ‘anak jati Selangor’ dan mengganti Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Dalam ucapan baginda semalam, Tuanku Sultan telah mengingatkan semua pihak untuk tidak mengajar baginda dalam isu-isu yang ada dibawah kuasa baginda.

Isu yang mengaitkan Wan Azizah akan diusulkan untuk mengganti Khalid yang tersebar luas itu akan menjadi isu yang sangat rumit kerana isu ‘anak jati Selangor’ tadi. Saya tidak tahu samada Wan Azizah adalah anak jati Selangor atau dilahirkan di Selangor. Jika kedua-duanya tidak ada kepada Presiden PKR itu maka peluang untuk beliau diangkat dan diperkenan oleh Kebawah Duli Tuanku menjadi Menteri Besar itu adalah tipis atau tidak mempunyai peluang seratus peratus.

Tuanku Sultan mempunyai hak untuk memperkenankan atau memilih untuk mengekalkan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar atau pun sebaliknya. Lain-lain perkataan jika ada pihak atau parti politik yang cuba untuk melanggar perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Selangor, ia akan mengundang krisis perlembagaan di negeri itu.

Jika Wan Azizah tidak mempunyai kelayakan maka hanya tinggal Azmin Ali sahaja yang berkelayakan untuk menggantikan Khalid Ibrahim jika ia diperkenan oleh Kebawah Duli Tuanku. Azmin adalah anak jati Selangor dan dilahirkan di Selangor seperti Khalid Ibrahim juga. Sekiranya Tuanku Sultan memberikan perkenan kepada Azmin untuk menjadi Menteri Besar, persoalannya, adakah rakan komponen dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP dan PAS bersetuju dengan pencalonan Azmin sebagai Menteri Besar itu? Pandai-pandailah membuat keputusan dan jangan menggamit krisis perlembagaan di negeri Selangor ini

Pendeknya apa yang berlaku di Selangor dari angkara PKR ini menjadi perhatian secara dekat oleh mereka yang berada dalam ‘fraternity’ politik terkini di Selangor yang menjadi tontonan seluruh rakyat Persekutuan ini.


‘Tan Sri Khalid, ‘you may still be where you are at least until next General Election, and therefore just keep your fingers crossed’. Teruskanlah tugasan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Selangor dalam ketenangan. Biarkan sahaja mereka yang memilih untuk berada dalam keresahan itu terus berada dalam keresahan, kerana itu adalah pilihan mereka sendiri, bukan pilihan sesiapa yang lain.

13 comments:

Anonymous said...

Asslamualaikum,

Setengah golongan dalam PAS ni lebih sudu dari Kuah terutama golongan yang kononnya liberal.

Golongan ini antara sifatnya adalah memaki hamun TSKI di Selangor. Sudah berapa lama nampak begitulah keadaannya. Terbukaklah Anwarinasnya.

Litmus test boleh kita tengok ke blog2 yang berirama Liberal memaki hamun golongan ugamawan dan memaki hamun TSKI.

Adakah mereka ini ejen2 Yahudi.
Mari kita tunngu dan lihat

Anonymous said...

Salam,

Persoalannya apakah Menteri Besar dilantik oleh diri sendiri?

Apakah parti tiada kuasa melantik atau menggugurkan Menteri Besar dari jawatannya?

Apakah Menteri Besar boleh mengabaikan nasihat parti dan membiarkan negeri yang ditadbir menghadapi kemelut?

Apakah Menteri Besar sanggup membiarkan kerajaan yang dipegang parti/pakatan tewas atas sikap sendiri?

Masalah TSKI sekarang ini seperti soal air (SYABAS) dan KIDEX tidak membantu parti kerajaan yang memerintah. Ini sebab mengapa soal pertukaran Menteri Besar di bangkitkan

Anonymous said...


Anon 9:49,

You people have been talking about sanctity of perlembagaan. Why now you question the perlembagaan of the state?

You don't just talk about respecting constitution but you act just the other way.

Please be adult.

Suffian said...

Assalamualaikum....

tindak-tanduk Khalid Ibrahim yg membelakangi parti dlm membuat membuat keputusan jelas tidak disenangi . Secara tak langsung Khalid sendiri memberi bola tanggung kepada sesiapa yg terliur akan jawatannya. Kedua-duanya Khalid & pihak terliur jawatan MB pun salah dlm hal ini.
Lebih baik Khalid berundur aje kalau betul diminta pimpinan PKR berbuat demikian. Tidak akan ada reaksi berantai macam reformasi 98
kalau dia berundur pun.
Perbuatan MAIS menahan Bible yg dirampas tu....langsung tak bagi benefit pada Islam . Seseorang mesti menegur MAIS . Maka Khalid Samad dimurkai Tuanku Sultan . Tkasih.

Anonymous said...

Anom 9:49

Apa masalah isu air? Pimpinan PR pun dah setuju utk kerajaan selangor ambil alih. So, whats the issue? Adakah sebab sykt wan azmi pun kena ambil alih jugak? BTW, wan azmi juga adalah BOD dlm Institut Rakyat iaitu think tank PKR.

Kidex? Apa isu? Mini mesy. Pun dah dikeluarkan, baca sendiri apa yg tak ikut prosedur....salah satu syarat kelulusan dr kerajaan negeri ialah perlu dapatkan penduduk. So apa masalahnya? Kalau penduduk tak mahu, maka kerajaan negeri pun takkan benarkan.

Buta maklumat!

Anonymous said...


Anwar atau Wan Azizah patut ambil alih jawatan CM Pulau Pinang kerana mereka ana jati PulauPinang. Di negeri sendiri tak berani nak buat, kat negeri orang pula nak sibuk

Anonymous said...

Anom 14.43.kalau umno yang dahulunya banyak kerusi di Pulau Pinang tak perlu melantik CM orang melayu, inikan kau nak ajukan pada Anwar.Salah satu sebab umno tersungkur kerusi ketangan pembangkang sebab melayu p.pinang tak percaya pada umno sebab penakut pada gerakan dan mca.Bagi melayu disini tiada masalah siapa yang memerintah.Sebab akhirnya CM tetap seorang yang bukan melayu.Yang penting tiada lagi rasuah berleluasa lagi seolah-olah tiada lagi esoknya.

Anonymous said...

Rakyat selangor nak ikut umno trengganu.

Kami sokong derih jusoh, natang

Anonymous said...

Ini jawapan saya.

Bila air di catu, suara resah sudah kedengaran di akar umbi. Bila air terputus tidak di jangka, suara di bawah semakin ramau tidak berpuas hati.

Kidex pula apabila bantahan semakin kuat oleh penduduk baru, pihak kerajaan negeri melihat di mana silapnya. Suara ketidakpuasan terhadap MB semakin kuat.

Hari ini sekali lagi TSKI menegaskan dia akan terus menjadi MB sehingga PRU 14.

Apakah persoalan saya tidak benar?

borhan, kajang said...


Dulu PKR jugak yang calonkan Khalid jadi MB, kenapa sekarang baru nampak salah Khalid setelah kajang move itu?

Kalau Anwar tidak minat untukmenjadi MB Selangor dahulu, tidak akan ada kajang move dan tidak akan timbul isu against Khalid ini. Semuanya ini termasuk isunya dirancang oleh Anwar dan sekutunya dalam PKR itu.

Sebagai seorang ahli parti Pkr ini,saya tetap merasakan nak tukar MB tukar selepas pilihan raya umum yang akan datang.

Orang luar Selangor jangan sibuk-sibuk nak tukar MB kami. Pergi main jauh-jauh termasuk Anwar dan keluarga. Hancur negara kerana keinginan dan nafsu DSAI ini.

Cukup-cukuplah Anwar dan sekutunya ...

Anonymous said...

Pinjam kata Dr Mahathir....Pilih salah kerajaan tanggunglah sendiri...apa nak bisingx lagi.

Anonymous said...

Ramai pemimpin mengidap Penyakit gelojoh. Penyakit yg mejahanamkan diri yg gelojoh dan golongan yg dipimpin.

Anak merdeka.

Anonymous said...

Says sokong A min jadi MB Dan TSKI jaga PkNS.