17 April 2008

Rafidah melenting

Ketua Wanita UMNO, Rafidah Aziz nampaknya sudah melenting kerana usaha-usaha nyata yang dibuat beberapa orang pemimpin tertinggi parti yang meminta Pak Lah berundur dan menyerahkan ‘baton’ kepimpinan kepada Najib Razak.

Rafidah telah ‘membelasah’ pihak-pihak yang meminta Pak Lah berundur dan memberikan ‘baton’ kepimpinan kepada Najib dengan segera.

Kepada siapa Rafidah tujukan kritikan ini?

Adakah kepada Muhyiddin yang sejak akhir-akhir ini tampil membuat kenyataan yang berani?

Adakah beliau mengkritik Rais Yatim, Syed Hamid atau ramai lagi pemimpin yang berada dalam Majlis Tertinggi yang rata-ratanya ingin melihat perubahan pada kepimpinan serta meminda peraturan parti yang sudah lapuk.

Tetapi Rafidah, bekas seorang menteri yang begitu ‘controversial’ masih tidak sedar bahawa yang meminta Pak Lah berhenti adalah pengundi-pengundi ramai di bawah yang perlu diberikan perhatian.

Tindakan Rafidah ini adalah tindakan yang biasa kita dengar begitu lama dan beliau tidak sensitif pada kehendak ramai.

Kenyataan beliau 100% kenyataan politik. Kata-katanya itu mendapat reaksi panas daripada orang ramai dan saya sendiri mendapat ratusan e-mail daripada orang ramai untuk saya sebut dalam tulisan saya.

Antara bunyi e-mail yang saya terima ialah, “tolong saudara beri tahu perempuan antik ini supaya bercakap dengan menggunakan perasaan kami orang ramai dan bukannya bercakap untuk kepentingan dia sahaja”

Satu lagi berbunyi “saya sudah lama merasa lega kerana tidak mendengar Pidah ini bercakap. Tetapi sekarang saya dah mula rasa penat dan bosan apabila pompuan ini dah mula masuk gelanggang dan bercakap macam orang mabuk! Apa sebab nak pertahankan Pak Lah tu lebih-lebih. Pak Lah dan semua pemimpin di atas itulah yang menjatuhkan UMNO. Pidah dan semua pemimpin di atas itu patut berhenti serta-merta dan serahkan kepada ahli-ahli untuk mencari ganti…bukan Pak Lah yang cari!!”

Kita tahu ini merupakan perasaan yang betul-betul melambangkan perasaan rakyat dan UMNO akan menghadapi mereka ini pada pilihanraya akan datang.

UMNO perlu serius untuk menentukan masa depannya. Kali ini kita serahkan kepada ahli-ahli di cawangan untuk menentukan pengganti kepada barisan kepimpinan yang ada sekarang.

Jangan pucuk pimpinan hanya berunding dengan seorang dua sahaja kerana UMNO sudah tidak lagi releven kepada golongan muda.

Adalah tidak logik untuk kepimpinan bertukar tangan di kalangan mereka yang ditolak rakyat.

Saya tetap tidak akan berhenti daripada meminta seluruh barisan kepimpinan di atas berhenti sekiranya mahu UMNO diterima semula oleh rakyat.

UMNO sudah tidak lagi dilihat sebagai parti kebangsaan, tetapi dilihat oleh orang ramai sebagai parti ‘taukeh’, tempat segelintir manusia ekskusif mencari makan dan memperkayakan diri dan kroni mereka.

Masyarakat tahu bahawa Abdul Razak Baginda menjadi orang kaya kerana dia menjadi kroni Najib yang paling rapat.

Kalimullah sudah menjadi saudagar besar, sama besar dengan Ismet Ulam Raja dalam filem Tiga Abdul, adalah kroni Pak Lah dan Khairy Jamaluddin

Begitu juga Patrick Lim atau Patrick Badawi adalah kroni Perdana Menteri.

Vincent Tan, Francis Yeoh serta ramai lagi taukeh-taukeh besar berbangsa cina adalah kroni pemimpin-pemimpin besar negara yang sekarang dan pemimpin yang terdahulu.

Mereka ini bertenggek atas nama UMNO untuk mengikis harta kekayaan negara dan kita ahli UMNO hanya dijadikan ‘dahan-dahan bongkok untuk monyet-monyet ini meniti’.

Saya ingin menasihati Rafidah supaya ‘keep your noisy and smelly mouth shut’.

Saudari sendiri telah menjadi bahan perbualan masyarakat semasa saudari menjadi menteri dahulu.

Saudari merupakan salah seorang yang telah membuatkan rakyat mual terhadap UMNO dan kerajaan.

Kepada Rafidah, rakyat ingin melihat seluruh kepimpinan mesti meletakkan jawatan, dan ini merupakan etika kepimpinan yang sebenar-benarnya dipraktikkan oleh mana-mana rakyat negara maju.

Ingatlah, mempunyai sifat malu adalah asas bagi muslim yang beriman kerana sifat itulah yang membezakan manusia yang zuhud dengan manusia yang batil.

Setidak-tidaknya malulah kepada diri sendiri.


Sekian……………………………………………………………… Aspan Alias

No comments: