27 August 2010

Ibu tiri! Selamat menyambut hari kemerdekaan! Merdeka! Merdeka!

Tidak beberapa hari lagi kita akan menyambut kelahiran negara kita yang merdeka. Kita mempunyai negara yang masih muda dan kemerdekaan yang masih baru jika dipandang dari sudut kewujudan sesebuah negara.

Kita hanya mempunyai negara pada bulan February 1948 apabila Perjanjian Persekutuan ditangani oleh kesemua negeri-negeri dan negeri-negeri Selat untuk membentuk sebuah negara Persekutuan yang beribu pejabat diKuala Lumpur.

Perjanjanjian 3 pihak iaitu UMNO, wakil Raja-Raja Melayu dan Pihak British pada Februari 1948 itu telah mewujudkan sebuah Negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Dari saat itulah Malaya wujud yang sebelumnya adalah merupakan negeri-negeri yang mempunyai Rajanya sendiri dan pentadbiran sendiri setelah Malayan Union dibubarkan kerana desakkan orang-orang Melayu Melalui UMNO (UMNO asal).

Setelah wujudnya sebuah negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) maka UMNO terus memanjangkan usaha pemimpin-peminpin sebelum itu untuk bergerak kearah mencapai kemerdekaan penuh dari British. Itulah jasa UMNO (asal) yang tidak terperi terhadap orang Melayu dan bangsa-bangsa asing dan akhirnya kita mencapai kemerdekaan pada tarikh 312 Ogos 1957. Sekarang parti itu sudah tiada, tetapi orang seperti saya tetap mengingati parti itu sentiasa, lebih-lebih lagi disaat-saat kita mengingati hari Kemerdekaan ini.

UMNO (asal) itu ibarat ibu kandung kepada keseluruhan rakyat dan negara dan kematiannya tidak dapat dilupakan oleh rakyat seperti saya dan ramai yang lain. Sekarang tugas ibu kandung itu diambil alih oleh sebuah parti yang lebih bersifat seperti ibu tiri yang mengambil nama ibu kandung kita dahulu.

Ayah kita telah membiarkan ibu yang melahirkan kita mati kerana dia (ayah) mahu mencari isteri yang baru kerana mendapat isteri baru (ibu tiri kita) boleh hidup senang lenang dengan isteri yang muda. Sekarang isteri muda itu telah dikahwininya sejak 22 tahun yang lalu dan sekarang isteri muda itu banyak membawa masalah kepada kelurga yang besar ini.

Seperti ibu tiri, tanggungjawab terhadap kita, anak-anak tirinya tetap dilaksanakan walaupun banyak perkara yang dilakukannya sangat berbeza dengan cara ibu kandung kita mentadbir keluarga kita yang besar ini.

Ibu tiri selalunya tidak memahami kehendak anak-anak tirinya kerana dia tidak melahirkan kita. Ibu tiri kita tidak memahami jiwa dan naluri anak-anak tirinya dan tidak pernah bersusah payah semasa kita membesar. Yang kebanyakkan ibi tiri ini tahu ialah untuk mendapat kesengan semata-mata dan dia (ibu tiri) hanya menggunakan kita anak-anak tirinya untuk mendapatkan habuan dan kekayaan sahaja.

Anak-anak tiri ini sentiasa dibebani dengan tugas berat untuk memberikan sokongan kepada ibu tiri tanpa syarat. Ayah kita selalunya memihak kepada ibu tiri kita kerana maklumlah dia (ayah kita) baru mendapat ‘barang’ baru, maka kita ini mudah dilupakan. Itulah nasib kita anak-anak tiri ini.

Tetapi seperti biasa anak-anak tii ini akan menjadi dewasa, dan apabila sampai waktu dewasanya anak-anak tiri ini akan menjadi orang yang ‘merdeka’ dalam segi pemikiran dan pandangan.

Masa itulah ibu tiri ini akan menghadapi masalah besar kerana dia (ibu tiri) ini tidak lagi mampu memaksa anak-anak tirinya untuk mengikut kehendaknya lagi. Ramai ibu tiri yang menzalimi anak-anak tirinya ini akhirnya tinggal kesaorangan semasa tuanya. Anak-anak tiri yang sudah tidak tahan dengan perlakuan ibu tiri ini akan memilih jalan mereka sendiri dan ibu tiri akan hanya tinggal dengan beberapa anak tiri yang dijaga dan diberikan kekayaan dan kesenangan hidup.

Anak-anak tiri ini sentiasa mencari jalan untuk menjadi manusia merdeka dan tidak lagi mahu menjadi mangsa ibu tiri yang gila harta dan kekayaan itu. Bagi anak-anak tiri ini mereka mahukan kehidupan yang sempurna didunia dan akhirat dan mereka tahu harta kekayaan yang menggunung pun tidak menjamin kehidupan yang sempurna.

Jadi dihari mengingati Kemerdekaan ini, dan berada pula didalam bulan yang Mubarak ini mari kita berdoa agar kita akan mendapat kemerdekaan dari tekanan pihak yang memperlakukan kita seperti anak tiri yang tidak bermertabat ini. Anak-anak tiri pun teringin juga untuk merasakan kemerdekaan itu!

Merdeka! Merdeka!

10 comments:

Anonymous said...

hehehe!

benar pak, benar!

sulaiman akhlakan said...

Memang sedih kerana bapa kita membiarkan ibu kandung kita mati. Sekarang ini ibu tiri tidak langsung peka dengan rumah tangga. Yang penting, kuasa, kuasa, wang, wang! Itu sahaja yg dia tahu.

Kita anak tiri ini kena cari jalan sendiri. Biarlah bapa kita hidup senang lenang dengan ibu tiri kita.

Biarkan..biarkan!


sulaiman akhlakan.

mo said...

Asalam tuan asfan, Tidak semua ibu tiri itu jahat apa yg tuan fikirkan. Yang baik itu tetap baik, yg jahat itu mungkin masih boleh bertobat. Ini lah dunia yg di jadi oleh Allah dgn kesempurnaan, namun manusia yg konon cerdik pandai, certificate sampai phd. yg telah membuat segala yg asalnya baik dan sekarang sudah hancur. Sebab dalam hati mereka ini tidak ada hati jati, yg ada hati diri. Maksudnya hati jadi ini perjuangan asal idak lari, berani memberi teguran yg membena,memberi cadangan yg bagus, segala perjungan adalah demi bangsa dan negara, dan hati diri, adalah segala nya berlandas kpd kepenting diri, kalau ada kepentingan diri tak semua nya boleh. sebab itu malaysia boleh kata tun m. Anak tiri yg telah i tindas sekian lama harus memberi contoh kpd ibu tiri, agar si ibu tiri mendapat pengajaran dan kesedaran, ini bererti mendapat kebaikan dan kesejasteraan utk semua. tq

Quantum Metal Consultant said...

Ayah ku kahwin lagi..
dengan si dara remaja..
agar riang hatinya..
mendapat isteri yang muda..

ayah kahwin lagi
ayah kahwin lagi..

kenapa muda remaja
ayah pilihkan si dia
anak ayah tak terjaga
kini ayah kahwin lagi..

ayah kahwin lagi
ayah kahwin lagi..

Pewaris said...

Salam Pak Aspan,
ANAK dah berjaya membantu peneroka FELDA menangi kes saman terhadap FELDA. FELDA menyalahkan peguam atas kekalahan itu.
ANAK tiri FELDA. Begitulah lagaknya ibu tiri yang tak menjaga anak tiri. Penyelewangan FELDA telah dibuktikan oleh mahkamah, tetapi FELDA tetap tidak mahu meminta maaf dah mencari jalan untuk perbetulkan kesilapan.
Inikah yang dikatakan perjuangan Melayu?

Anonymous said...

Aku setuju dengan konsep anak tiri yang tuan huraikan kerana terasa sangat semangat melayu yang ada dalam diri aku ini entah kemana nak disalurkan . Puak2 UMNO dekat kampong aku ni kuat sangat semangat kumpulan dia hingga aku tidak ada ruang untuk menyumbang dalam UMNO. Aku rasa ramai yang terasa dianak tirikan oleh pemimpin di peringkat bahagian aku dan akhirnya dalam diam aku undi pembangkang bersama dengan ahli keluarga aku. Meluat dan rasa nak muntah bila tengok gaya dan gelagat pemimpin umno yang sudah tidak mesra rakyat.

Unknown said...

Jika UMNO 46 ibu kandung. UMNO 88 ibu tiri, UMNO Sabah 1991 tu ibu ayam kut, sundal semacam je?!

Anonymous said...

Bapa tiri sekarang ini sombong. Aku selepas pencen nak join UMNO , borang aku pun hilang. Depa takut, takut aku rampas kuasa...hahah.
Depa memang haprak

bat8 said...

Musli oli

UMNO Sabah adalah anak baru bapak dengan ibu tiri. Kerana kasihnya bapak kat anak baru, bapak jadikan anak baru ni nyawa/talian hayat bapak.


bat8

bat8 said...

Bro Aspan,

1. Perkembangan terbaru - KIMMA akhirnya diterima menjadi sekutu UMNO(Baru) setelah mencuba untuk masuk UMNO(Baru) sejak 23 tahun lalu.

2. Satu perkembangan baru yang menarik untuk kita sama-sama observe. PAS ada sayap penyokong bukan Islam dan sekarang UMNO(baru) ada sekutu KIMMA.

Await comments for others....

bat8