09 August 2012

Fatwa tentang DAP: Dalil dunia nak kiamat

Dalil hari kiamat hendak sampai sudah kian nampak jelas. Apabila dunia sudah hampir hendak kiamat Tuhan akan menunjukkan dalil-dalil jelas tentang ketibaan kiamat itu. Dalil-dalil itu merupakan elemen atau kejadian yang songsang dengan keadaan dan elemen yang biasa dalam kehidupan umat dan makhluknya.

Sebenarnya dalil-dalil ini sudah lama dilihat oleh manusia yang celek agama dan ketuhanan mereka. Hanya kita tidak tahu siapa yang celek dalam segi ketuhanan kerana itu hanyalah berada dalam pengetahuan Tuhan yang maha Esa. Kita diberitahu oleh agama dan kitab-kitab kita yang unsur yang terbalik dari norma-norma biasa merupakan dalil-dalil tentang ketibaan kiamat.

Di antara dalil-dalilnya yang jelas ialah yang bathil itu bermaharajalela dan yang haq itu sentiasa tertindas di dunia ini. Perkara yang baik itu diambil sebagai perkara yang tidak baik dan jahat dan sebaliknya mana-mana yang jahat dan bathil itu dianggap baik dan diterima sebagai perkara dan tindakan baik. Perempuan berkuasa dan lelaki tunduk kepadanya. Itu adalah dalil yang telah kita lihat di hadapan mata kita sentiasa di akhir zaman ini. Di sekeliling kehidupan kita seharian pada hari ini kita menyaksikan bagaimana perempuan mempunyai kuasa yang boleh menundukkan suami mereka.

Kita juga mendengar buah-buah akan berbuah di luar musim dan ini juga sudah menjadi perkara dan kejadian biasa sahaja. Dulu-dulu kita akan hanya mendapat memakan sesuatu jenis buah-buahan itu apabila sampai musimnya. Sekarang kita boleh mendapatkannya setiap hari dan waktu. Kita hanya perlu ada wang untuk membelinya.

Tetapi dalil yang paling jelas yang dunia akan kiamat ialah apabila timbul ulamak-ulamak songsang yang akan menyesatkan umat Muhammad pada zaman sekarang. Memang janji iblis dan syaitan kepada Tuhan yang mereka (syaitan) akan berterusan berusaha untuk menyesatkan umat Muhammad.

Yang terakhir yang kita dengar serta lihat ialah satu fatwa yang dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ‘ulamak’ yang menyokong DAP itu adalah haram. Fatwa ini diperbesarkan oleh media arus perdana negara iaitu Utusan Malaysia dua hari yang lepas. Saya begitu terkejut dan sejurus selepas mendengar fatwa itu saya dihujani oleh ramai rakan-rakan dari utara ke selatan serta dari timur ke barat bertanyakan apa yang telah terjadi kepada negara kita kerana di negara kita pula menjadi tempat orang membawa dalil hari kiamat itu.

Saya hanya mengambil sikap rileks dan tidak mahu memberikan reaksi pada mulanya. Tetapi di atas desakan ramai yang menghubungi saya, saya terpanggil untuk memberikan komen ringkas dan memang pun saya menjadi tumpuan ramai rakan-rakan kerana saya adalah seorang ahli DAP sejak lapan bulan yang lalu.

Saya hanya hendak memberitahu seseorang yang beriman itu ibarat ikan hidup di laut dalam. Ikan boleh hidup bertahun-tahun di dalam lautan yang masin tetapi ikan itu tidak masin. Tetapi sebaliknya jika ikan mati dimasukkan ke dalam laut sehari dua dan dijemur selepas itu ikan itu akhirnya akan jadi ikan kering masin kerana elemen masin sudah menyerap ke dalam tubuh ikan yang mati itu.

‘Ulamak’ yang mengeluarkan fatwa buruk itu merupakan seorang yang boleh digoyahkan dengan elemen sekelilingnya seperti ikan mati tadi. Apabila dihasut dan dipengaruhi oleh alam sekeliling yang jahat, maka dia pun memberikan fatwa buruk itu kerana kepentingan mereka yang berpengaruh yang berhampiran dengannya.

Saya telah katakan selalu, orang seperti saya hanya bertukar wadah dan bukannya bertukar akidah. “Ulamak” itu sepatutnya mengeluarkan fatwa tentang rasuah dan mencuri serta merompak wang dan harta rakyat secara terang-terangan yang dilakukan oleh pimpinan sekarang ini. Kenapa ‘ulamak’ bebal itu tidak memberikan fatwa yang mengharamkan bekerjasama dengan perasuah-perasuah ini? Kenapa pula ‘ulamak’ ini mengeluarkan fatwa yang tidak berdosa jika bersama MCA sedangkan MCA terang-terangan menentang  hukum hudud dan berbagai-bagai lagi yang dilakukan oleh MCA selama ini.

“Ulamak” dari Tumpat, Kelantan ini patut diberitahu bahawa seseorang itu, selagi ianya terus bertawajjuh kepada Rasulnya dan bertawassul kepada Tuhannya ia tidak akan boleh dialih dan dianjak keimanannya. Tetapi ‘ulamak’ ini lebih cenderung untuk bermain politik dan sanggup mengeluarkan fatwa yang gila itu, sahih telah dipengaruhi oleh pihak yang sentiasa berusaha menyesatkan manusia terutamanya kepada mereka yang warak zahirnya. Iblis tidak takut kepada orang yang warak, tetapi iblis takut kepada mereka yang berilmu kerana mereka yang berilmu (alim) itu selalunya diiringi dengan keimanan yang tinggi.

Kerja-kerja seperti mengeluarkan fatwa seperti inilah yang menyebabkan agama Islam dipandang rendah oleh umat manusia yang beragama lain. Orang-orang seperti ini dipergunakan oleh mereka yang terdesak dan sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak boleh diterima akal langsung.

Tetapi apa yang kita mesti awasi diri kita ialah untuk tidak menjadi sebahagian daripada pembawa dalil ini kerana pembawa dalil itu merupakan kumpulan yang berdosa. Kita jangan terlibat dengan fatwa-fatwa politik ini.

Saya mesti memberitahu sesiapa yang ingin tahu yang tindakan saya meninggalkan UMNO ialah kerana terlalu banyak kerja-kerja kafir yang berlaku di dalam parti itu yang jelas bertentangan dengan Islam.

Kita mesti jauhi diri dari bersama dengan pihak yang terang-terangan mencuri itu kerana kita akan disamakan dengan mereka yang mencuri itu. Saya bukannya ulamak tetapi saya tahu kita tidak boleh bekerjasama dengan yang mencuri dan merompak harta dan wang rakyat.

Dalam musim pilihanraya mendatang ini kita harus waspada dengan fatwa-fatwa yang tidak berunsurkan kepada hakikat ketuhanan dan menyesatkan itu. Semuanya itu kerana politik. Ingat kita sedang hidup di akhir zaman. Yang bathil akan menghampiri kita dengan penampilan yang seolah-olah bercirikan yang haq.

Kita lihat dengan mata hati. Jangan tengok setakat menggunakan mata zahir kita...jangan kita butakan mata hati kita kerana menutup mata hati kita itu adalah pengakhir kepada hidup dalam keredhoan Tuhan.

24 comments:

Rahmat Awang said...

Bang, kita sabar dulu, nanti PR ke putrajaya, kita akan sembelih kotek ulama2 songsang ini dan bagi ke anjing makan.

Anonymous said...

Kurang tepat Aspan, tanda era UMNO nak TAMAT...

Anonymous said...

Fatwa atau pendapat yang dikeluarkan ini adalah hak si Ulama ini, tapi yang Utusan pergi letak muka depan mengapa?

Dia ni bukannya mufi, dan bukannya ulama yang dikenali ramai kerana ketokohan, kewibawaan dan kebijaksanaanya, malah kemungkinan besar rata-rata kebanyakan orang tiada tahu menahu mengenai hamba Allah ini sebelum Utusan hari ini.

Fatwa ini tidak diluluskan Majlis Fatwa Kebangsaan atau diwartakan sebagai enakmen.

fatwa ini hanya berbentuk pandangan peribadi sahaja.

Itulah kerja Utusan, mereka cerita bila tiada berita.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Ini kerja gila. Manusia yang riak sahaja yang sanggup keluarkan pendapat sedemikian. Kebodohan yang melampaui batas. Dendam kesumat beliau terhadap nik aziz bukanlah satu tiket untuk beliau meroyan macam ni sekali.

Utusan ni pun makin bercelaru. Berhajat mahu sebarkan propaganda untuk membantu BN tapi sokong membawa rebah. Walaupun dah hampir nak lemas, UMNO tidak perlu berpaut pada dahan yang rapuh seperti utusan.

Isu demontrasi jalanan dan royalti memang saya tidak sefahaman dengan tuan tapi isu fatwa gila ini saya bersama tuan. Harap tuan bersabar.

Anonymous said...

Ulama yang beri fuckwa kat media Utusex itu sabenarnya baru sahaja berbuka puasa dengan Air Daun ketom agaknya dia beng sadikit,tak apalah biarkan dia dengan Fuckwanya dan biarkan dia main jauh jauh.ABU

Anonymous said...

Saudara Aspan,

Orang yang kononnya dikatakan berfatwa tu sebenarnya bukan ulamak, tetapi " ular mamak ", species yang sama dengan " mamak kutty ". Mamak Kutty tahu anaknya tu tokey arak yang terang terang diharamkan dalam Islam. Tapi kerana yang haram tu menghasilkan jutaan RM buat Mamak dan anaknya..maka soal haram tu dipandang sepi saja. Sebaliknya dia dan keturunannya sibuk pula mengharamkan perkara halal yang dibuat pihak lain.

Bagitu juga " ular mamak " yang saudara maksudkan itu. Demi RM juga maka dia tidak nampak segala perkara haram dan dosa besar yang dibuat pimpinan UMNO BN. Lebih sedih kerana..berapa kupang sangat yang dia dapat dari UMNO BN tapi sanggup gadaikan maruah keluarkan "fatwa" konon mengharamkan sesuatu yang tak jelas walhal perkara perkara yang lebih besar seperti rasuah, bunugh orang, zina, menipu, berlaku zalaim dan sebaganya yang dibuat secara terang terang oleh pemimpin UMNO BN...tidak langsung disentuh oleh " ular mamak " ini.

1 Malaysia tahu selama ini tak seorang pun PM Malaysia termasuklah Najib yang mahu "hudud" serta perundangan berasaskan Islam dijalankan dinegara ini. Malah Najib sebelumnya terang terang telah menolak undang2 Islam selain Mamak Kutty pula mempersendakan Islam serta Rasulullah. Kenapa soal yang lebih besar begini tidak pula "ular mamak" berkenaan kelurakna fatwa atau sekurang kurangnya memberi komen tanda beliau seorang yang benar benar perjuangkan Islam? Dimana "ular mamak" ini ketika Isalam dan hudud diperlekehkan oleh Puak puak pemimpin UMNO?.

Saya tidaklah pelik sangat jika DAP menolak Islam dan hudud keran kita sedia maklum kebanyakan bukan Islam tidak mendapat gambaran sebenar tentang hudud serta undang2 Islam itu sendiri. Tapi yang saya pelik orang orang dan pemimpin UMNO BN yang mengaku Islam dan teriak sakan menyatakan Malaysia adalah contoh sebuah negara Islam walhal golongan inilah yang jelas menolak hudud dan Islam. Ini lebih teruk dan serius.

Kepada " ular mamak " yang arif sangat tu...perbetulkanlah nawaitu anda. Hinanya kerana duit sekupang dua, jiwa dan maruah anda sanggup digadai. Golongan " ular mamak " begini tidak wajar dihormati malah harus diperangi.

Anonymous said...

Kita selalu dengar tentang "pendakwaan terpilih". Yang ini pula adalah kes "fatwa terpilih". Jangan heran kerana UMNO BN ni cekap dalam hal hal "terpilih" ni. Sebab tu dalam apa apa program yang UMNO BN lakukan...akan ada "golongan terpilih" ini yang mendapat habuan besar. Puak puak terpilih ini merupakan kroni UMNO BN. Jadi jangan heranlah kalau mufti pun boleh menjadi "kroni".

Kawan kawan aku yang dulunya dalam kelas tercorot waktu sekolah, sekarang ni kaya kerana membodek dan menjadi sebahagian kroni UMNO BN. Sebab orang bodoh dan mentaliti rendah ni mudah digula2kan. Sebab tu UMNO BN kini ramai dengan puak bodoh dan IQ rendah saja. Cara mereka nak hidup senang ialah membodek dan jadi yes man. Mufti berkenaan mungkin dalam katogeri ni. Cuba cuba check SRP dan SPM dia grade berapa?. Mesti matematik pun dapat "pokok togel". Korang boleh cuba cuba risik.

Bila selalu sangat fikir periuk nasi dan harta dunia saja..ulamak pun boleh bertukar jadi ular mamak! Nak heran apa.

MAHApenipu said...

Inilah kerja ulamak Al-Suk yang menyembunyikan kebenaran kerana takutkan tuannya mengatasi Allah!!!

Ministers: 99%Cow's Brain 1%Human's Brain For Stealing said...

There are many Ulamas Al-Suk in the the world today, which will guide Islamic faith devotees to the path of the damned pit. The iman of Muslims will be tested frequently by worldly temptation or enticement to silence the truth of Allah's teaching. Always beware of this type of Ulama, which is the thorn to any Islamic society. To counter Ulama Suk, Muslims must have an in-depth knowledge of Islam.

Anonymous said...

Pak AA

Ulamak dari pondok durian telah berfatwa! Perihal ikan dalam laut yang tak masin itu dinamakan "ingkisaq"

duniabhatin said...

TK.Aspan pencerahan dgn bahasa yg menarik untuk menterjemah kepada mereka yg bermata ikankering.

Anonymous said...

Kenapa cuma DAP yang dipilih?

Mamak Kutty pun menentang Huduh pada tahun 2001 semasa Nik Aziz mahu melaksanakan Huduh.

MCA, Najis dan minister Umno pun menentang.

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Dalam blog Haris Ibrahim, People's Parliament, Haris ada bubuh gambaq kesemua Pengarah Utusan.....

Sama2lah kita kenali mereka.....apa pun yang jelas takde pun nama dan gambaq Tengku Wong di sana!

Sekian

gheng lama

sizzly7761 said...

Salam Pak AA,
Janganlah gundah dengan 'fatwa'dari ulamak 'Terompah kayu'nih. Ameno gunakan ulamak (terompah kayu) ni untuk masuk jamban aje! Inilah juga ulamak 'juling' kerana tidak dapat melihat sesuatu 'subject matter' dengan tepat sehingga keluar fatwa merapu!Kesianlah anak murid ulamak 'juling' dan 'terompah kayu' nih.

Anonymous said...

mahadeyyy baru jawab dalam Malaysiakini.....

dia dan Dap TAK SAMA!....

pasai apa????

Pasai dia SUDAH istiharkan Malaysia sebuah negara Islam katanya!!!!....

hahahhahahha.....mudah weiiii....

gheng lama

Anonymous said...

Saudara AA dan bloggers

Ulamak yang 'beralamak' ini patut dihuman ke dalam api neraka dan dibakar hidup-hidup.

Salam.
Observer

Anonymous said...

Anon 10 August 2012 01:13:00 GMT+08:00 : "Saya tidaklah pelik sangat jika DAP menolak Islam dan hudud keran kita sedia maklum kebanyakan bukan Islam tidak mendapat gambaran sebenar tentang hudud serta undang2 Islam itu sendiri. "

Saya melihat pernyataan ini sering dilemparkan, dan ingin saya suarakan pendapat saya. Tentangan terhadap implementasi hudud (oleh bukan Muslim dan juga Muslim) bukan sekadar kerana ia hudud, tetapi sebenarnya tentangan terhadap mana-mana undang-undang awam yang mempunyai lunas agama.

Mengapa ada tentangan in? Ini disebabkan sebarang penguatkuasaan dijalankan oleh manusia sendiri, yang terbuka kepada penyalahgunaan kuasa dan kesilapan. Tak kira orang itu tokoh agama/pemimpin/polis/hakim, dia tetap manusia. Dan kita lihat seringkali seseorang itu sering berselindung di bawah label "agama" untuk mengelakkan orang lain daripada mpersoalkan tindak-tanduk atau pendapatnya. Lihat sahaja contoh-contoh negara di Timur Tengah dan pemimpin-pemimpinnya. Lihat sahaja negara Turki, sebagai salah satu warisan negara Islam, telah mengisytiharkan negara sebagai sekular.

Ini bukan khusus kepada negara-negara Islam, ia pernah dialami lebih awal di negara-negara Eropah dan UK. Sebab itu berlaku tentangan daripada rakyat terhadap pengaruh gereja yang kuat. Dan dari itu wujudnya konsep pemisahan agama dan negera/negeri (sekular/separation of church and state). Ini supaya segala undang-undang dan pendapat seseorang boleh dipersoalkan, dibahas dan tertakluk kepada undang-undang, dan tidak boleh berselindung di bawah label agama.

Contoh lebih dekat, kita lihat bagaimana kebanyakan orang enggan menyuarakan tentangan terhadap tindakan JAIS yang kontroversi atau tokoh Islam (e.g. mufti/iman) kerana takut dilabel sebagai menentang "agama". Secara tidak langsung, wujudnya kongkongan pemikiran yang hanya pakar agama boleh membuat tafsiran agam secara "tepat" dan boleh bertindak sesuka hati kerana beliau pakar agama.

Di Malaysia yang berbilang kaum dan agama, adalah mustahil untuk memisahkan bukan Muslim dan Muslim dengan senang memandangkan definisi seorang Melayu dikaitkan dengan agama Islam dalam perlembagaan Manusia. Kita telah lihat banyak kes-kes kontroversi, contohnya isu janda India yang suaminya memeluk agama Islam secara sulit, isu suami-isteri di mana bukan Muslim ingin meninggalkan agama selepas bercerai, isu murtad etc, dan banyak lagi kontroversi pertindihan kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Memang agama itu sesuatu yang mulia dan indah, tetapi amat mudah untuk disalahgunakan oleh pengikutnya. Oleh itu untuk melaksanakan undang-undang yang mempunyai kesan kepada orang ramai berdasarkan label "agama" amatlah berbahaya. Perlu diingatkan juga bahawa tafsiran agama oleh setiap individu adalah berbeza, contohnya kewujudan pelbagai mazhab agama. Siapa boleh yang kata tafsirannya adalah tepat dan lain yang silap, dan kita boleh lihat banyak contoh pergaduhan/pertumpahan darah kerana perbezaan pendapat tentang agama (dalam sejarah Kristian dan Islam).

Ini bukannay bertujuan memuja segala konsep Barat, tetapi elok sekiranya kita mengkaji sejarah bagaimana timbulnya pelbagai falsafah seperti sekular, pemisahan kuasa antara eksekutif/kehakiman/perundangan dan lain-lain.

jenny

Anonymous said...

DAP will cause a lot of damage to MCA,Gerakan and other small component parties of BN in the next election.

BN has to destroy DAP to weaken PR and deny them their best opportunity to form government.

tebing tinggi said...

Saudara aspan !,

Orang yang pakai serban dan jubah ni memang layak mengeluarkan fatwa,kalau nak ikut ikutlah ,kalau tak nak ikut terpulang lah ,seperti fatwa haji hadi yang mengatakan orang UMNO kafir dan fatwa Nik Aziz mengundi PAS dapat ganjaran syurga dan pelbagai lagi lah .

Tepok dada tanya selera.

Aspan Alias said...

Tebing tinggi,

Saya hanya nak menginagatkan sdr yang Abu Jahal pun pakai serban dan jubah....

Alam Flora said...

Tuan AA.
Kesiannya dia (Tebing tinggi), tetapi otaknya rendah separas buku lali kaki. Minta maaflah mengutuk kamu di bulan mulia ini.

tebing tinggi said...

Saudara Aspan!

Itu pon yang nak saya perkatakan,sekarang ni diMalaysia ramai sangat orang yang mengambil kesempatan dengan imeg serban dan jubah ,mengatakan sesuatu yang bukan sahaja disedari bertentanagan bertentangan dengan hukum hakam malah kadang-kadang tak masok diakal.
Allah mengalakan kita berpikir dan dikurniakan akal untok berbuat demikian,jadi kesimpulanya gunakanlah pemberian itu dengan sebaik mungkin supaya dorongan dan pengaroh tidak membantutkan pemberian itu.
Insaalah.

Anonymous said...

Siapalah kita yang serba kureng untuk membincangkan isu ugama ini.Biarlah para para ulamak sahaja yang memutuskan dengan perbezaan pendapat begini.

DAP dan UMNO pasti releven.Anehnya satu mewakil kebanyakan kaum china dan satu lagi melayu.BN hanya perlu 25% sokongsn kaum china.BN tidak mudah dikalahkan dengan machinary dan media dibelakang mereka ini membuatkan PR akan terus menjadi pembangkang.After all Lim kit Siang has always been a pembangkang all his political life kan ?

Kita jangan takutkan DAP.Terserah pada rakyat untuk memilih mana party .Bagi orang kureng macam Geng lama yang terencat akal pilihlah parti cap kambing .he..he..hee

Democracy at play.Cheers.

PKMD Kuantan said...

Ramai Orang Muda Menyebut Dalil Agama;-Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri dari orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek faham agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (firman Allah dan hadis Rasul), tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar agama seperti anak panah yang lepas dari busurnya. Di mana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang dapat menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat. “;-(Riwayat Bukhari dan Muslim)