16 August 2012

Kalau DAP dan PAS bersatu seperti sekarang, bagaimana Najib hendak bubar Parlimen?

Permuafakatan di antara DAP dengan PAS merupakan satu perkara yang menjeruk hati pimpinan BN. Permuafakatan untuk kepentingan negara dan rakyat serta demokrasinya semakin erat selain dari penyertaan PKR dalam Pakatan Rakyat sangat menggugat BN dalam menghadapi hari muka dalam demokrasi negara.

Sokongan padu di antara PAS dan DAP ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu tertekan dan situasi ini memang tidak pernah terlintas di pemikiran sesiapa di kalangan UMNO selama ini. UMNO sentiasa berfikir yang PAS dan DAP tidak akan dapat duduk semeja sampai bila-bila kerana perbezaan dalam banyak isu pokok yang menyelubungi kedua-dua parti itu.

Tetapi apabila kematangan politik itu wujud maka apa yang dianggap ‘impossible’ selama ini oleh BN, kerjasama utuh di antara PAS dan DAP ini sangat-sangat menyakitkan UMNO. Berbagai-bagai cara dan taktik digunakan untuk memecahkan PAS dan DAP itu kerana jika PAS dan DAP berpecah maka senanglah sedikit bagi Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen dan memanggil pilihanraya yang sangat-sangat dinantikan oleh rakyat sekarang ini.

Pilihanraya akan hanya diadakan apabila PAS dan DAP berpecah dan bermasalah. Kita sedia maklum UMNO selama ini hanya kekal kerana perpecahan pihak lain dan UMNO Baru itu sendiri tertubuh di atas perpecahan orang Melayu. Premis kewujudan UMNO itu sendiri adalah di atas perpecahan.

Ia tidak seperti kewujudan UMNO asal dahulu dalam mana penubuhan UMNO asal itu adalah di atas perpaduan yang ditunjukkan oleh semua kesatuan dan persatuan orang Melayu untuk menyambung usaha mancapai kemerdekaan yang telah dimulakan oleh pejuang-pejuang sebelumnya.

UMNO sudah hilang kemampuan untuk menunjukkan dan membuktikan kepimpinannya dengan melakukan kerja baik, maka perpecahan pihak lain merupakan perkara yang ditunggu-tunggu dan UMNO amat mahir melakukan taktik ini kerana pengalamannya memecah-belahkan rakyat itu sangat menonjol dengan ketara.

Keakraban DAP dan PAS dan disalut pula dengan PKR sebagai elemen yang mencantumkan mereka, membuatkan BN khususnya UMNO dan juga MCA amat takut. Kali ini strategi memecah-belahkan rakyat tidak menjadi dan selagi keadaan itu wujud maka BN hanya menunggu waktu untuk terkubur dalam PRU yang akan datang.

Perkara seperti ini berlaku tentulah bersebab. Ia berhubung dan berkait rapat dengan ketelusan PAS dan DAP untuk bekerjasama untuk melakukan kebaikan. Tuhan sendiri menuntut setiap pihak untuk bekerjasama dan bermuafakat untuk membina kebaikan. Kemuafakatan itu hanya berlaku di antara setidak-tidaknya dari dua pihak yang berbeza dalam banyak hal.

Demi kebaikan rakyat dan negara kedua-dua pihak telah membina kemuafakatan yang telus bagi mencapai cita-cita yang luhur untuk negara. PAS sebagai sebuah parti berlandaskan kepada Islam telah beransur-ansur menunjukkan bukti bahawa Islam itu adalah universal dan merupakan agama yang diturunkan Tuhan untuk mentadbir dan untuk memimpin semua dalam dunia yang fana’ ini.

Apabila wujud elemen yang baik di kalangan PR ia menjadi duri dalam daging kepada UMNO yang akhirnya akan menghilangkan ‘hagemony’ UMNO yang selama ini menguasai pemikiran rakyat. Sedikit demi sedikit cengkaman yang dilakukan oleh UMNO itu bertambah longgar dan akhirnya UMNO terlepas sokongan yang selama ini diperolehi oleh parti itu.

Kesatuan yang dipupuk oleh PAS dan DAP ini tidak terlerai oleh segala propaganda yang dilakukan oleh media perdana cetak dan eletronik arus perdana dan ‘goodies’ yang diberikan oleh BN sekarang sudah tidak berkesan lagi. PAS sudah menjadi ‘alternative’ automatik bagi rakyat Melayu dan beragama Islam itu dan DAP merupakan parti yang disokong oleh semua kaum terutamanya ‘alternative’ yang paling baik bagi rakan-rakan kita kaum Cina dan lain-lain.

Benar kata pepatah ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Selagi kedua-dua parti PAS dan DAP dan sokongan oleh PKR ini terus seperti yang ada pada hari ini maka tiada apa-apa lagi strategi dan taktik kotor yang dilakukan oleh BN akan memberi kesan kepada ‘coalition’ pemerintah itu.

Usaha MCA untuk memainkan isu hudud jelas menjadi ‘counter productive’ bagi BN. Isu DAP yang dituduh oleh MCA sebagai kuda tunggangan kepada PAS tidak menjadi. Sebaliknya UMNO memainkan isu PAS menjadi tunggangan DAP untuk menakutkan orang Melayu sudah tidak tajam lagi dan kian menumpul.

Taktik bermuka-muka Najib dan kepimpinan BN terhadap kaum-kaum di negara ini kian menjadi penyebab kepada wujudnya perasaan curiga dan tidak yakin rakyat kepada kepimpinan BN kini. Taktik yang dilakukan oleh pimpinan BN dengan bermuka-muka ini sudah menjadi bahan jenaka rakyat sekarang ini. Segala tindakan dan segala kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin BN hanya membawa padah kepada BN itu sendiri.

Fatwa-fatwa songsang Abdullah Sa’amah juga telah menjadi ‘counter productive’ yang jelas kepada BN khususnya UMNO dan kian hari UMNO kian dijauhi oleh rakyat, termasuk oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri.

Kesatuan rakyat berbilang kaum dan agama di bawah Pakatan Rakyat merupakan bukti kukuh yang kemuafakatan seperti tuntutan Islam itu merupakan pemangkin yang kuat untuk melakukan perubahan kepada sistem negara yang sudah kacau bilau ini.

Kesatuan rakyat ini menyebabkan BN tidak dapat menentukan tarikh dan waktu untuk mengadakan pilihanraya kali ini. BN tahu jika diadakan pilihanraya cepat maka cepatlah mereka hilang kuasa dan jika dilakukan pilihanraya ini di waktu yang lambat sedikit, maka dapatlah menangguhkan sedikit saat kejatuhannya kelak.

Saya selalu berkata yang rakyat sebenar-benarnya mahu bersatu teguh sesama mereka tetapi mereka mahu bersatu di luar BN. Nampaknya penyatuan rakyat di luar BN ini semakin menjadi kenyataan.

11 comments:

wankamarul701 said...

Semalam Ustaz Nasha suruh PAS keluar Pakatan kerana DAP masih menentang hudud. Ustaz Nasha pun buat umrah bersama Najib. Mcmana?

wankamarul701 said...

Semalam Ustaz Nasha suruh PAS keluar Pakatan kerana DAP masih menentang hudud. Ustaz Nasha pun buat umrah bersama Najib. Mcmana?

Anonymous said...

Salam Sdr AA,

Strategi 'pecah n Perintah kemudian menakut nakut rakyat dh xsesuai dan sdh ketinggalan zaman dgn adanya langit terbuka...rakyat makin lama makin celik n makin berwibawa....kesian UBN..gigitan mu buat kami ketawa kerana kegelian..sbb gigi mu sdh tiada....

-hmkaziz-

Anonymous said...

Salam AA dan bloggers,

Kesepakatan DAP dan PAS adalah berdasarkan 'common goal' jangka pendek iaitu menjatuhkan BN.

Umum mengetahui PAS sanggup berkompromi daripada mewujudkan negara berhukumkan hudud kapada negara berkebajikan.

Begitu juga konsep Malaysian Malaysia oleh DAP sudah tidak kedengaran akhir2 ini.

Jadi apakah kesudahannya selepas berjaya merampas Putrajaya?

Masing2 DAP, PAS dan PKR tidak meletakkan calon yang cukup untuk menguasai Parlimen seterusnya menukar Perlembagaan kepada hudud atau Malaysian Malaysia.

Saru parkongsian kuasa yang menarik dari segi 'check and balance'.

Keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau?

Malaysia akan diperintah oleh PR dengan acuan BN tetapi dengan lebih telus dan kadar rasuah yang minimum.

Itu saja yang kita mahu.

Surrogate

Anonymous said...

Kesian Mahadey..bila melihat pas dan dap menjadi geng..

Saya bekas tentera rejimen askar melayu diraja hairan semasa zaman mahadey..ramai mamak dan bangsa siam boleh masuk kor RAMD..

Skrg memang jelas umno ingin memusnahkan jati diri bangsa melayu..umno tidak relevan lagi untuk bangsa melayu..

Anonymous said...

Segala kemungkinan boleh berlaku.Bunga bunga penyatuan UMNO dan PAS juga menjadi igauan DAP kerana terlalu lantang negara islam dan hudud.Begitu juga dengan MCA sanggup keluar BN sekira UMNO meneruskan hudud.Apa akirnya akan berlaku sekira kemungkinan ini berlaku.Kenapa agaknya Tok Guru tok say sangat UMNO ?

Tapi Tok Nik tidak boleh selamanya ....
Predict splt in PR down the road due to ideological conflicts.

dinoscots

Anonymous said...

Nasaruddin mencari jalan keluar macam Hassan Jati, itu saja...

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Amat menarik membaca temubual ust misbahul munir dgn mantan Setiausaha Dewan Undangan Negeri, negeri Perak sewaktu perebutan kuasa BN daripada kerajaan PR yg dipilih rakyat.

Dia kata 11 bulan kerajaan PR perak yg diketuai oleh YB Nizar adalah contoh pentadbiran terbaik yg dia pernah berkhidmat! Kini dia sudah menjadi ahli Pas!

Kerjasama Pas-Dap-PKR paling mantap lagi telus ujar beliau!

Tentu pemimpin2 umno (BARU) bentan seluruh badan membaca interview ini!

Hahahahaha

Gheng lama

Anonymous said...

The country is multi religious from the start.....to implement hudud, give some respect and tolerance to others of matters of universal values.

No one should have a monopoly over God.

1Crony said...

Salam Hormat Tuan.
Kita sebagai insan dan umat Islam yang beriman diwajibkan mempercayai kepada Qadak dan Qadar (ketentuan baik dan buruk). Cuma sebagai insan yang diberi akal (tidak seperti haiwan), kita perlu memperhalusi sesuatu perkara yang boleh menyokong atau menuju kesejahteraan dalam kehidupan. Dalam kontek memilih parti pemerintah di negara ini, kita tidak perlu terlalu berburuk sangka atau terlalu paranoid. Sebagai contohnya: Anda sebagai seorang bapa dimaklumkan bahawa ada rombongan peminangan jejaka yang ingin meminang anak perempuan anda (yang layak untuk dikahwinkan). Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu dan datanglah rombongan peminangan tersebut. Tetapi keputusan yang diberi oleh anda (perempuan) adalah tidak mempersetujui peminangan tersebut disebabkan anak anda belum ada pengalaman bertunang apalagi berkahwin. Maka sampai tua lah anak perempuan tersebut tidak akan kahwin (kalau tak mencuba mana datangnya pengalaman) . Begitulah sinonimnya kita apabila mahu memilih pemimpin atau parti pemerintah di negara ini. Kerana takutkan PR yang tiada pengalaman untuk memerintah (bimbang sama macam BN), maka biarlah selama-lamanya BN yang korupsi menzalimi, merompak dan menindas rakyat dengan pelbagai dasar dan peraturan yang hanya menguntungkan dan mengayakan para pemimpin dan kroni mereka (BN) sahaja. Sekiranya selepas diberi mandat kepada PR dan mereka juga mengkhianatinya, maka selepas 5 tahun (bukannya 50 tahun) tukarkan kepada BN semula (itupun jika BN masih relevan lagi)Jangan bandingkan dengan Melayu Singapura, kerana kebanyakkan mereka terlebih Cina dari Cina dan terlebih Mat Salleh dari Mat Salleh. Lihatlah karenah dan gaya mereka apabila bertandang ke Negara ini, layaknya mereka yang termoden dan terkini manakala kita ini (Melayu Malaysia) seolah-oleh dah tertinggal dek zaman 20 tahun melebihi kita (perasan mereka sahaja). Di negara ini Melayu adalah majoriti, oleh itu jangan persiakan status itu untuk membentuk sebuah bangsa yang kuat dan bertamadun.

Anonymous said...

" Jangan bandingkan dengan Melayu Singapura ".

Most Melayu S'porean are independent, competitive, confident and fairly open minded with global outlook.

Melayu M'sia are too insecured and lack of confidence to come out of their " comfort zone ".

Melayu S'porean do not need " numbers " to do well.....many with just secondary education or a basic trade certificate are doing reasonable well with decent jobs to support their family in other countries.