26 August 2012

Kerja dan niat baik mesti mendapat tentangan syaitan dan iblis

UMNO benar-benar sudah terdesak dan tindakannya semua merupakan tindakan yang sangat defensif. Siang malam UMNO terpaksa berfikir cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat, tetapi sokongan bertambah mengurang juga. Segala usaha memujuk rayu tidak lagi laku dan diendahkan oleh rakyat di seluruh negara sedangkan mereka (UMNO) perlukan kuasa lagi. UMNO sudah terlalu khayal dengan kuasa dan mereka telah bermain-main dengan kuasa kerana rakyat sebelum ini sangat bersabar.

Kenapa rakyat bersabar? Kerana mereka percaya dengan janji manis BN dan UMNO selama ini yang UMNO itu akan mempertahankan segala perkara yang baik dan menolak segala kemungkaran politik yang UMNO telah lakukan sejak tiga dekad yang lalu. Tetapi setiap peluang dan kesempatan yang diberikan oleh rakyat tidak juga dihormati. UMNO tidak ada sikap berterima kasih terhadap kebaikan rakyat itu dan terus-menerus mempersendakan mandat rakyat itu.

Mereka melakukan rasuah secara terang-terangan tanpa rasa malu dan silu. Tidak payah kita ulangi apa kejahatan dan keaiban yang mereka lakukan. Kebanyakan rakyat dan dunia tahu dan mengakui keburukan yang BN telah lakukan terhadap negara. Hakikat ini diakui sendiri oleh Dr Mahathir dan beliau pernah berkata yang UMNO itu telah busuk sampai ke ususnya.

Kali ini kita akan menghadapi PRU yang tersengit dalam sejarah negara merdeka kita dan itu adalah satu fenomena yang ‘natural’ yang berlaku di mana-mana negara dan rakyat yang mahukan perubahan. Walaupun UMNO itu sudah dipersepsikan sebagai satu parti yang buruk, tetapi demokrasi juga membenarkan mereka mempertahankan diri dan kini segala usaha dan tenaga digembeling bagi mendapatkan kesinambungan kuasa dari rakyat.

Segala pujuk rayu jelas tidak berkesan kerana persepsi rakyat, negara dan antarabangsa terhadap UMNO sudah begitu tercemar. Maka digunakan cara membeli perasaan dengan berbagai-bagai bentuk. Dari pemberian BR1M sampailah kepada pemberian duit raya kepada rakyat termasuk kakitangan awam dan pesara. Pemandu teksi dibelikan tayar kereta dan banyak lagi bentuk pembelian undi dan perasaan rakyat dilakukan. Namun rakyat tidak juga dapat diyakinkan.

Rakyat sedar pemberian-pemberian runcit itu tidak boleh memperbaiki kehidupan mereka. Ikan yang diberi tidak akan membolehkan rakyat kenyang sampai ke akhir hayat. Yang penting rakyat mahukan ialah joran untuk membolehkan mereka pergi memancing untuk mendapatkan ikan itu sendiri. Pendek kata apa juga yang diberikan oleh kerajaan tidak berkesan dan rakyat tetap menolak mereka (UMNO) terus-terusan.

Apabila cara ini tidak mendapat sambutan, UMNO menggunakan cara menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu dengan memainkan isu perkauman dan agama. Isu 13 Mei diperbesarkan dan menjadikan DAP sebagi ‘punching bag’ dan terlebih khusus lagi menjadikan Lim Kit Siang sebagai sasaran dengan tuduhan yang bertujuan untuk menyakinkan rakyat LKS adalah orang yang menyebabkan berlakunya 13 Mei 1969 itu.

Isu ini juga merupakan isu yang ‘counter productive’ untuk UMNO kerana bagi rakyat yang tahu hakikat sebenarnya itu semuanya adalah fitnah dan fitnah ini telah dibina oleh UMNO dan telah menjadi isu wajib yang kekal dalam siri kempen setiap kali pilihanraya tiba. Isu ini juga tidak memberikan kesan yang banyak kerana rakyat sudah mula faham bahawa 13 Mei itu berlaku kerana kekalahan BN dalam PRU 1969 dahulu dan DAP telah dijadikan mangsa untuk pihak lain melakukan kejadian itu kerana kepentingan politik.

Isu 13 Mei dijadikan isu politik ‘desperate’ UMNO. Semuanya ini adalah tindakan untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap sikap dan tindakan tidak amanah UMNO yang keterlaluan terhadap rakyat dan negara. UMNO ketinggalan zaman kerana rakyat mahukan keamanan dan tidak ada cara lain selain dari hidup dalam keadaan muhibbah di antara kaum. Rakyat sudah jemu dengan taburan fitnah dan isu untuk memecah-belahkan mereka.

Pemuafakatan di antara PAS dan DAP membuatkan UMNO tidak lena tidur terutamanya kepada pimpinan UMNO termasuk Dr Mahathir Mohammad. Mereka (pimpinan UMNO) begitu resah kerana permuafakatan kedua-dua parti yang berbeza ini. Perbezaan ini memang kejadian Tuhan dan Tuhan menuntut semua yang berbeza itu untuk bermuafakat untuk tujuan yang baik dan mulia.

Kalaulah Tuhan jadikan manusia ini ‘homogeneous’ bagaimana permuafakatan itu boleh berlaku? Permuafakatan hanya boleh berlaku dan dilakukan oleh mereka yang berbeza dan permuafakatan untuk hidup saling hormat-menghormati itu adalah tuntutan agama kita sendiri dan agama-agama yang lain. Yang ditegah oleh agama suci kita ialah permuafakatan untuk melakukan kerja yang tidak baik.

Tetapi segala permuafakatan yang dilakukan oleh rakyat berbilang kaum ini sangat meresahkan pihak UMNO kerana parti itu tidak suka kepada perpaduan untuk kepentingan politik mereka semata-mata. Keadaan ini disedari oleh UMNO dan pemimpin parti itu samada yang tua atau yang muda dengan tidak disedari mereka seolah-olah mengakui yang mereka itu sudah tidak berguna lagi di mata rakyat kerana kedhaifan mereka untuk melakukan apa yang dituntut Tuhan ini.

Maka mereka mencipta berbagai-bagai ‘idiom’ dan kata-kata yang bertujuan untuk menghalalkan perlakuan mereka. Yang terakhir ini Dr Mahathir berkata yang lebih baik bekerja dengan iblis dan syaitan yang kita kenali daripada malaikat yang kita tidak kenali. Kata-kata ini mereka (UMNO dan Mahathir) menunjukkan bukti bahawa mereka tidak mengenali malaikat. Yang mereka kenali hanyalah syaitan dan iblis.

Oleh itu biarlah mereka yang mengenali syaitan untuk terus bekerja dangan syaitan yang mereka kenali tetapi rakyat pula bekerja dengan pihak malaikat yang pihak sini mengenalinya. Kita hormat kepercayaan UMNO yang mereka (UMNO) lebih selesa dengan syaitan kerana mereka mengenali syaitan itu. Tetapi kita dari pihak rakyat yang inginkan kebaikan itu, kita bekerjalah dengan pihak yang pihak kita kenali, iaitu apa-apa yang baik dan yang dituntut oleh agama kita.

Memang ada pun perpatah, ‘the good is for the good and the bad is for the bad’. Jika UMNO bersesuaian dengan kehendak iblis dan syaitan kita pun tidak boleh berbuat apa-apa. UMNO bolehlah bekerjasama dengan elemen buruk itu jika tidak mampu untuk bersama dengan nilai-nilai mulia tuntutan Tuhan itu.  

Tetapi jangan bawa kami bersama untuk mengikut jejak langkah anda dalam UMNO itu. Jika UMNO selesa di sana teruskan berada di sana. “Suit yourself”. Biarkan rakyat yang ramai ini terus melakukan pencarian dan ‘soul searching’ ini kerana kami tidak tertahan lagi dengan tindak-tanduk UMNO dan BN yang tidak henti-henti menyesatkan kita semua.

Bagi rakyat ramai kita mahukan perpaduan semua kaum dan agama. Selagi berada bersama UMNO dan BN matlamat itu tidak akan tercapai sampai bila-bila. Mari kita berpadu, tetapi berpadu di luar BN.

46 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Org masjid tanah ni sedara rahim tambee kah? Ha ha ha ha ha ha ha ha
(Rahim tambee adalah anak angkat mahatdeyyy!)

Kapla logik dan simplistik Kampong man adalah keperluan asas utk jadi murid terbaik Machiavelli (yg guru Mahatdeyy Henry Kissinger duk pasak dan tanam dalam otak mahatdeyyy sejak summer of 1968 di New York!)

So org mesjid tanah dan Kampong man, dah kenal who is the devil yg mahatdeyy kenal?

Hahahaha ekekekekek

Anonymous said...

As Salam.

Umno is Father of all evils

Anonymous said...

Tuan Aspan,

Mahathir still clueless

W. Parjo said...

Assalam Pak Aspan
UMNO tak pernah kenal dan mengenali MALAIKAT,yang dia selama ini sentiasa berkerjasama dan akrab saling mengenali ialah SYAITAN.Jikalau inilah maksud yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu maka bersamalah kita mengucap SUBHANAALLAH (MAHA SUCI ALLAH),saya fikir dan yakin kesesatan ini sudah sampai kepenghujungnya.

Anonymous said...

BN adalah gerombolan Bisul Nanah Busuk Najis.

Mamak Kutty akui ini. Mamak Kutty juga terang terangan mengakui UMN BN adalah parti syaitan.

Ada syaitan baik ke???

Kalau syaitan tetap syaitanlah juga. Pemimpin sombong dan bungkak adalah mereka yang mewarisi perangai dan ciri ciri syaitan.

Mahu kah Malaysia terus dipimpin oleh golongan syaitan???. Hanya manusia berperangai syaitan akan menyokong syaitan.

Terima kasih pada Tun Mamak Kutty yang memberi TESTIMONIAL berharga kepada parti UMNO BN. Gelar Syaitan sesuai benar Tun beri pada UMNO BN!

bryan said...

Seriously the hudud start to scared off lots of non muslim. Though it will not implemented on non muslim, its sound scary with the punishment of inhuman such as amputation, beheading, and stone to death. It createf islamophobia. Think Pas hv to think it carefullu else samething as in 1999 election in next ge. Myself will boycott the election though all this while my vote to dap. History will repeat itself only human never learn.

Rahmat said...

Bang, saya doa supaya Tun mamak berpanjang umur dan jikalau Pakatan Rakyat memerintah selepas pru13, kita akan hantar semua syaitan2 ini berehat di penjara sungai buloh.

Anonymous said...

Lapan hari beraya saya jelajahi 4 negeri jumpa adik beradik dan saudara mara terdekat. Dari JB sampai kolumpo!

Mood saudara mara melayu ada dua. Yang satu terang2 dan berani bercakap tentang keburukan umno/bn.

Mood kedua, sonyap seribu bahasa. Mereka2 ni lah daulu2 kaki bodek dan pembela mahatdeyyy! Dah terkedu, kelu lidah nak bersuara!

Kat masjid tanah aku takde saudara!
Ekekekekekekekek

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

......jangan lupa hantar sekali manusia yg bertopengkan malaikat itu. Jika tidak syaitan tidak akan ada ketuanya.

Anonymous said...

Why you should feel worry about hudud. it will only be implemented to MUSLIM. For non-muslim you're free to perform your religious belief. it sound scary? what do you think the 'fair' punishment to person who kill others? how do we feel if the victim is our 'loved one'? Whatever it is, if people think hudud is 'cruel', then don't commit crime. Islam is more keen to prevention than punishment. If you need more information please ask the 'angel', don't ask 'devil'. Don't worry about hudud.

Anonymous said...

bryan,

Dont be a coward....go on vote BN. After all you and your spieces alway vote em

Anonymous said...

Anpn13,08 aka gheng lama,, Anda tidak perlu berselindung dibawah anon.Ketawa bodoh anda satu Melaka tau.
Perpaduan tidak pernah berlaku dlm Pakatan kerana mereka tdk pernah memerintah sbgai kerajaan.Entah ler..Melaka tetap UMNO/BN.Kau masih mimpi ?

Orang Mesjid Tanah

bryan said...

Er... Are you a muslim? A real muslim will call other as species?

Anonymous said...

utuk org2 islam yg beriman kpd alquran..surah Asy syuaraa 26 ayat 221..Apakah akan aku beritakan kepadamu,kepada siapa syaitan2 itu turun..ayat 222..Merika turun kpd tiap2 pendusta lagi yg banyak dosa.ayat 223..merika menghadapkan pendengeran kepada syaitan itu dan kebanyakaan merika adalah org2 pendusta...fikirkanlah,perhatikan lah terutamanya org2 melaka,kerana alquran berkembang biak ditanah melayu dari melaka,tapi yg tinggal hanya buah melaka.

Anonymous said...

Alo orang mesjid tanah,

Aku bukan selindung cuma terlupa nak bubuh nama aku. Jangan mareh! Ekekekekeke

Dalam satu Hadiths, Nabi saw ada sebut tentang 5 zaman. Kita sekarang sudah berada di penghujung zaman ke 4! Iaitu zaman kekusutan yg penuh penindasan dan ketidakadilan! Zaman yg ditunjangi oleh kerja2 iblis dan syaitan! Kat Malaysia ni umno (baru) lah agen sebenar mereka. Dan Mahatdeyy selaku Tuanpunyer umno (baru) sendiri akui hakikat itu!

Dah lama sangat umno berselindung belakang tabir melayu/Islam seperti jugak regim2 agen barat kat serata donia ni yg lahir selepas kejatuhan kerajaan othmaniah di Turki pada 1920'an tu, selaku model kerajaan 'raja' berketurunan (zaman ke 3) yg Nabi saw sebut tu!

Sudah hampir 100 tahun berlalu zaman ke 4 ni berleluasa! Regim komunis, regim diktator, regim sosialis dan regim negara2 Islam celop juga silih ganti dgn nama pemimpin sama dgn nama kita (dari kalangan kamu!) Tapi mereka buat kerja utk mantapkan kedudukan iblis dan syaitan!

Pikirlah! Takkan Nabi saw tu bersabda kosong!

Zaman 1, zaman 2 tu zaman yg mana? Zaman ke 5 tu zaman apa?

Jangan TAKSUB dgn nama umno sahaja wahai org mesjid tanah! Apa beza umno dgn nama berpuloh nama2 parti di berpuloh negara yg tertubuh selepas 1920'an tu?

Jangan hanya mengaku Islam/Muslim sahaja tapi hadiths Nabi saw tak dirujuki, tak dijadikan pedoman, malah ditolak tepi, tapi ikot ism2 yg tertubuh membabi buta!

Nanti SOSAT weiii! Ekekekekekek

Gheng lama

Anonymous said...

Salam Pak Aspan.

Ini utk orang mesjid tanah, kampong man dan gamai cik2 anon tanpa nama!

Ada sebuah Hadiths Nabi Muhammad saw bermaksud zaman/masa terbahagi kepada 5 zaman. 1) zaman kenabian 2) zaman khalifah 3) zaman raja berketurunan 4) zaman penindasan yg mencengkam dan 5) zaman khilafah. Hadith ini Nabi saw bersabda lebih 1400 tahun lalu.

Kini zaman 1 dan 2 sudah berlalu. Zaman ke 3 bermula bila berakhirnya pemerintahan Saidina Ali ra. Pemerintah kerajaan Islam menggantikan anak cucu mereka sebagai pewaris!

Kerajaan terakhir Othmaniah tersungkur oleh kerja Mustafa Kamel Ataturk dan kuncu2nya pada tahun 1924/7. Kini sudah hampir 100 tahun zaman ke4 ini berlalu. Penindasan dan pemerintahan kuku besi dgn berlandas berbagai ism terlahir! Adakah ini kebetulan?

Idi amin, badel bokassa, caucescu, peron, castro, lenin, mao, nasser, ghadaffi, saddam, mubarak, babrak karmal, assad, suharto, marcos, dan ramai lagi menindas dan mendera serta membunuh rakyat sendiri. Satu persatu rebah kemudiannya.

Bagi nama2 yg mengaku beragama Islam mereka jugak bunuh para ulamak!

Di malaysia darurat, konfrantasi malaya-indonesia, 13 mei 1969 dan kes memali adalah antara yg tercatat.

Kini umat manusia sudah sedar dan mereka minta dihapuskan sang penguasa zalim. Persekongkolan dan kerja kotor secara sedikit2 terbongkar oleh lipatan sejarah. Yg terasa rimas, bersalah dan takut sudah nyata, malah cuba memujuk agar rakyat jangan berubah ikut arus perubahan! Tanpa rasa malu mereka masih mahu rakyat pelok mereka!

Inilah yg sedang berlaku di akhir zaman ke 4 yg Nabi saw sabdakan itu! suka atau tidak zaman ke 5 yg akan memertabatkan hukum2 Allah swt akan tiba juga dipimpin oleh Imam Ahmad bin Abdullah (Al Mahdi). Kemudian akan turun semula Nabi Isa ibn Maryam melengkapkan zaman ke 5 itu!

Jangan besok orang masjid tanah, kampong man dan cik2 anon akan menentang dan melawan Imam itu demi umno/bn sudahlah!

And for bryan, stop worrying about hudud because that will be the coming laws governing the whole of mankind in times to come! No way anyone can stop it. The second coming of Isa ibn Maryam (Jesus son of Mary) will enforced it as per God Almighty's grand plan!

Sekian

gheng lama

Unknown said...

Assalamu'alaikum, Saudara Aspan dan rakan-rakan sekalian.

Jutaan terima kasih sekali lagi atas analisa berfakta ini. Malah, saya turut ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan kita yang menyatakan secara terus-terang pendiriannya tentang hudud dan kesannya; malah beliau galakkan pula kita jangan takut kalau kita tak bersalah.

Justeru, sejarah tetap tak akan mampu dibohongi; malah kalau berjaya diputar-belitkan sekalipun, kebenaran itu akan tetap terdedah juga bila tiba masa dan ketentuan-Nya. Yang pasti, sejarah telah membuktikan bahawa tentera-tentera Iblis dan syaitan itu adalah terdiri daripada kalangan jin dan mmanusia; dengan itu, apa yang saudara katakan ini mahu tak mahu, suka atau tidak, pasti tidak boleh dinafikan, khasnya kita yang mengaku beriman. Lantas, marilah kita sekalian bersama melupakan apa juga perbezaan pendapat yang remeh-temeh dan menerima hakikat bahawa kita ini adalah hamba abdi Allah SWT. Juga, sebagai warga Malaysia tercinta, terimalah variasi daripada kemajmukan kaum dan sistem beragama ini secara kolektif dan positif, tetapi dalam masa yang sama, bertegas mempertahan dan mendaulatkan apa yang sepatutnya menjadi prinsip bernegara yang telah dipersetujui sejak rundingan pra-merdeka lagi dan menolak segala bentuk kejumudan ideologi dan cara hidup. Akhir kata, bersamalah kita menjalin keakraban dengan Allah SWT dan sekalian yang menyokong-Nya yang berjiwa malaikat yang senantiasa mentaati-Nya daripada taksub terhadap mereka yang berjiwa syaitan yang telah terang-terangan mencantas kerjaya politik rakan taulan sendiri, khasnya, MAHATHIR BIN MOHAMAD!!!

Terima kasih dan salam jihad.

Anonymous said...

Kita harus bertawakkal kepada Allah yang menjadi solusi hidup kita bukan kepada yang lain.

Lihat dari " Dua Dunia - Karang ki Haji " satu lagi mitos yang boleh dipelajari.

Anonymous said...

With strong and good leadership and a reasonable free and balanced media....semua Iblis dan syaitan2 akan hilang!

Anonymous said...

Untuk apa mempelajari dari cerita mitos, bacalah Quran kalau ingin mencari panduan.

Anonymous said...

.....and this so called clueless person makes everybody gone mad?

Anonymous said...

Terbaca dlm blog tukartiub alkesah open house ghumah mahatdeyyy. Tanda2 mahatdeyyy mahu ketepikan Najib anak Razak sudah diperasan oleh wakil media!

Tadi jumpa kawan berbangsa cina, citer politik terkeluar. Dia kata dia dengar lepas PRU 13 nanti, pelaburan dalam bursa Malaysia akan berkurang secara drastik!

Saya 'baca' masyarakat cina yg tinggi nilai ekonominya enggan kowtow dgn mainan politik longkang umno/bn yg tak abis2 ni. Orang2 cina yg bukan Islam enggan diperbodoh dan enggan turut bermain sama dgn kekotoran serta lendir politik umno/bn yg tak berkesudahan!

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Quran tak mahu dibaca & difahami. Tetapi baca cerita karut karangan kitab-kitab 'kuning' orang dahulu kala dgn membawa fitnah terhadap Nabi Muhammad. Akhirnya menyesatkan diri sendiri & menyalahkan iblis.

Anonymous said...

Benar, syaitan itu adalah termasuk orang yg banyak berdusta, sayangnya walaupun telah dibuktikan dosa-dosa yg telah dilakukannya masih ramai pengikut syaitan ini menyangka ia adalah malaikat. Sebab apa? sebab kejahilan manusia sendiri.

Anonymous said...

@BRYAN

i think u shud learn what hudud law is...look deep inside..not only at d surface..
after u've understand it, only then u can argue about hudud..its come from God..and only God law are the best among d best..isn't it?

if u r christian, search for urself what crist tought about God punishment...

if u are budhhist, i think a lot of gautama's books to be guidance

if u r hindus, u shud read d historical story bout hindus deva...

dont be scare if u are not guilty...only the guilties are offensive..

Anonymous said...

Salam AA dan blogers,

Bryan dan rakan2 sewaktu dengannya adalah satu produk Islamophobia yang selalu mengaitkan Islam dengan keganasan,kemunduran dan tidak bertamaddun.

Inilah kejayaan media Barat dalam menakut2kan oranga ramai yang Islam selalu digambarkan seperti Taliban kejam menghukum dan diskriminasi terhadap wanita.

Kita selalu menuding jari ini adalah 'grand design' Yahudi melalui media yang mereka kuasai.

Polisi2 negara majoriti Islam sendiri yang tidak selaras dan dipengaruhi rejim2 diktator semakin mengeruhkan keaadaan.

Contoh yang paling pelik ialah larangan wanita memandu dan pembunuhan kerana maruah yang masih di amalkan dibeberapa negara.

Sementara hukuman hudud di Arab Saudi seperti pancung,rejam dan sebat tidak pernah diterangkan secara jelas kepada bukan Islam.

Golongan kafir seperti Bryan,Yahudi dan Nasrani seperti yang disebut di dalam Al-Quran akan sentiasa menentang hukum Allah atas sikap semulajadi kekufuran mereka dan sama sekali tidak menghairankan kita.

Yang menjadi persoalan besar ialah golongan pemimpin UMNO/BN yang mendakwa Muslim yang menentang hudud secara terang2an semata2 untuk meraih undi bukan Islam.

Janganlah beban diletakkan ke bahu PR, kerana kamu UMNO/BN adalah yang berkuasa selama 55thn dan Allah akan mempersolkan kamu di akhirat kelak.

Kepada non-Muslim seperti Bryan, kami umat Islam tidak pernah mempersoalkan hak kamu dan hukum-hakam agama kamu dan amalan penyembahan Tuhan kamu.

Jangan sampai kami mulakan kerana buruk padahnya.

Kenapa kamu tidak menyoal hak Uigyur di China atau Rohinya di Myanmar atau Muslim di Kashmir India?

Surrogate

Anonymous said...

Setuju.Baca Quran ini semua orang Islam mesti tahu dan lakukan.Bukan baca sahaja bro.Tafsirannya juga dan berguru .Why talk of the obvious ?

Anonymous said...

Bryan, votes for the devil and not those brainless human behind the angel mask.

Sir Wenger khairy said...

Gus rasa Bryan in diupah utk memainkan sentiment sensitif. Read between the lines dengan mamat ni. Akhir kata semakin lama maha semakin berpengaruh blog Aspan. Raman yg tak suka dengan pears tersebut.

Anonymous said...

KAH x 100000000000000000000000000000000000000000
00000000000001!

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

KAHx10000000000000000000001!!!

Malaysia negara Islam (tapi takde hukum Syariah!) Negara Islam milik devils?

Ekekekekeke

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

" dont be scare if u are not guilty...only the guilties are offensive.."

It is NOT about guilt or religion.

Many believe in second chance and could not accept capital punishment to stop crimes...innocent people are put to death because of gross miscarriage of justice by imperfect " HUMAN BEING " called judge, jury, witness or other names.

Many great people in history, given a second chance, had contributed significantly to the society/world.





Anonymous said...

" Kepada non-Muslim seperti Bryan, kami umat Islam tidak pernah mempersoalkan hak kamu dan hukum-hakam agama kamu dan amalan penyembahan Tuhan kamu "

The non Muslims are concerned of the Islamic law applicable to them too, when the country is a secular one with various religions with universal values.

If the Syariah law is applicable to Muslims only, non Muslims have NO problem and will fully support its immediate implementation.

Anonymous said...

@anon 09:29

"It is NOT about guilt or religion"

then what?haha...u r trying to spin d main issue here...r u d same bryan?

ok...look, if ur mom/dad/son/famly killed by someone whom u know is mad serial killer...what punishment do u want to impose?

dont tell me that u do want to release him so he can make another assasination again??? or u jailed him xxx years n then release n make another one killed n jailed again n so n so... if u say so, then u make my day cheers bro..

thats y i said earlier, do study about hudud before u want to argue..


like i said..dont be scared la bros...there's many requirement to follow before hudud can be imposed..

Anonymous said...

Orang Masjid Tanah,
Sori le, aku pun org masjid tanah, lahir, besar, keje pun kat Masjid Tanah.
Diakui sepenuhnya memang BN akan menang di Melaka, kalau beruk bertanding pakai bendera BN pun boleh monang, tapi insyaallah PRU kali ni ada fight la, yang pasti perangai ADUN Masjid Tanah memang tak semonggah, semua otak jenis lingkek jo.

Anonymous said...

Pirates, I still love your blog.Why are you not continuing it.I enjoyed the instant responses from both the political divide the need for moderation.Your anslysis on the FGVH was good but the shares remains attractive.Anyway, it has become clear to me that you are no longer non-partisan perhaps even from the start, right.Have a good day my friend.You know me but allow me to remain anonymous judt this time.Tq

Anonymous said...

Alhamdulillah,
Ada juga orang mesjid Tanah sekampong dengan saya dan akui BN akan menang di Melaka walau pun tarok beruk pun.Ini jelas menunjukan polar pengundi di tempat tempat tertentu tidak banyak berubah bagaimana juga cara kita buat.Tak mungkin pengundi di Medjid Tanah kita tu semuanya berok belaka.Terima kasih dengan pengakuan anda.

Sebenarnya itulah di Melaka kita ni jang oi.Tak tahu lah den dengan kawan Melaka kita gheng lama tu.Kalau dia kurangkan ketawa kan bagus.

Den duduk kek Kelumpo cumo kampong den ajo kek Mesjid Tanah.Kalau ADUN kau tak somonggah bukan salah den salahkan beruk beruk yang mengundi ehh.Kau jangan kato kato kek den ontah ontah kita saudaro !.Tapi PAS , PKR dan DAP tak ado tompek eh kek Mesjid Tanah ni.

Orang Mesjid Tanah

Anonymous said...

Gheng lama,
Here you go again giggling like a F@#L with nothing good to write.You have no class and a shame to this otherwise good blog.

Go back to college and learn ethics and manners.

Anonymous said...

" like i said..dont be scared la bros ".

I am not bryan.....he/she is too scared and you are probably too eager to implement something without thinking properly of its far reaching consequences and implications.

An eye for an eye, a tooth for a tooth is NOT acceptable in this modern, civilised and progressive time.....depending on the gravity of the crime, proven beyond DOUBT, punishment must be appropriate to the alleged crime or wrong doings eg. a person UNintentionally killed someone, putting him/her in jail for a considerable amount of time would be sufficient.

In many Islamic countries, Islamic laws are used to create false allegations to settle scores with the minorities and Muslims alike.....police and courts dare not investigate the allegations resulting in mob rules, even judge fleet the country after making a decision in favour of the accused in fear of his life and family.

Anonymous said...

Org Masjid Tanah,

Di Melaka, Masjid Tanah aje yang akan menang BN dlm PRU13 nanti dan di Johor Kawasan Parlemen YB Shahrir Samat. Tak gitu Dato Musa Hitam? Di Parlemen Pekan, aku dapat merasi PM 'bungkus' kali ini. Yang ramai2 datang rumah terbuka PM di Pekan tu.. bukanlah penyokong tegar PM, Mereka datang kerana ianya free aje...

../JgnMare

Anonymous said...

Alo anon yg takde telor,

Put up a name before calling others as fools!

You sounded more like a kampong man to me!
A kampong full of man without eggs?

Hahahahahaha

Gheng lama

Anonymous said...

Bila ada orang dari mesjid tanah sebut beruk, cepat2 dia kata dia duk kolompoh!

Dan cepat2 dia buat alasan bukan dia yg menguundi menaikkan YB yg perangai tak semenggah tu!

Aisyehmen. Kalo letak beruk jadi calooooon pun boleh menang kat mesjid tanah, maka memang teruk le orang2 melaka chap tambee neh!

Syabas kepada orang mesjid tanah yg enggan tergolong dgn pemilih beruk! Ekekekekekekek

Sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

@anon 07:45:00

see...u get what im trying to say...as per i've said..."there's many requirement to follow before hudud can be impose.."

theres a lot of requirement to fulfill..1 main req is..to make a muslim become a true muslim..its not like.."i'm muslim, but in d same time didn't follow what islamic taught" What is the true islamic taught? ..i think better go n find urself..its very wide..i say its become d main part because how can we prove the a suspect guilty if we didn't get the reliable witness???and did u know, if someone alleged on scam...he/she considered as non-reliable witness...

but myself n other Muslims still believe that apple to an apple are still applicable in traditional, modern, civilised, or what era u named...

let me give another example..put aside about hudud..its about economy...if d goods price in Malaysia increase, with d same salary, did we compared our economy with US economy?or can we compared to Euro country?or at least Japan? is it fair enough for our economic study????and is it the comparison made are not applicable to new era later????

this what i said fair n square..REAL EYE TO AN EYE..REAL TOOTH TO A TOOTH...accepted it in economic, but in human law DENIED?are we trying to con ourselves?

what u've seen in other islamic country or in Malaysia, its not the true muslims..if they are...they will not do that to others...including nons...in islam, weve taught that Nons are free to practice/do what u want to do as long as there is no harm to others,societies or nation (if we look it in a big picture)

look around u n see by urself, Muslims in Malaysia try to get back to what Islam has taught, to b an obedient muslims and part of it,is hudud law to be comply to muslim communities 1st...Do support us to change bro. We trying hardly since 1957....

bdw...if there is a single words that hurt u or other readers, please forgive me...im not perfect...and to others muslim, please correct me, any mistakenly infos...



TQ...


Anonymous said...

owh bdw, to anon 07:45:00

if someone UNintentionally killed someone...the law imposed to the one is qisas or takzir..!what qisas n takzir is, find urself ok...TQ...

Anonymous said...

Anon 12.36.

What the law/book say is one thing. How it is implemented or carried out is totally another matter.

We can only hope the judge, a human being, will ALWAYS make the fair and right decision on the accused/victim!





Anonymous said...

anon 14:10

dats y muslim has to practice islam as d way of life...its including how to choose d fairest n creditable judge to make a RIGHT n FAIR decision...if not human to be d judge, then who?judgement are depend on law...and our law is depend on our Book/Kitab called Al-Quran..