30 August 2012

Jangan membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar (bhg 2)

Sebagaimana yang saya janjikan saya menyambung apa yang saya tulis dalam posting saya semalam.

Hudud ini, jika dipersoalkan berlebihan ia akan hanya menjadikan seseorang itu dipandang tidak mempunyai keyakinan terhadap hukum Tuhan itu. Walaupun ada seorang pemimpin besar negara yang sekarang menafikan beliau bukan tidak bersetuju dengan hudud tetapi beliau tidak bersetuju dengan hudud PAS.

Kenyataan beliau ini menjelaskan kepada kita beliau bercakap di atas premis politik dan menganggap hudud yang hendak diperjuangkan oleh PAS itu adalah hudud ciptaan PAS. Kenyataan ini merupakan satu kenyataan seorang yang hanya celik mata zahir tetapi sudah buta mata hatinya.

Beliau membutakan hatinya kerana bermain politik kepartian yang terlalu menebal sehinggakan di waktu partinya sudah hampir tumbang dan terumbang ambing beliau sanggup membuat keyataan yang bertentangan dengan agamanya sendiri. Apa yang hendak dibawa oleh PAS itu ialah hukum yang diturunkan oleh agama dan Tuhan kita.

Adalah tidak munasabah menuduh yang hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah hudud PAS. Untuk mendapat penyelesaiannya yang terpenting bagi kita yang berbeza parti politik ini wajar terlebih dahulu untuk mengakui yang hudud itu adalah hukum Tuhan. Itu yang perlu dilakukan dahulu kerana jika kita tidak percaya yang hukum itu adalah hukum Tuhan maka sampai bila isu ini tidak akan selesai.

Bagi saya hudud adalah undang-undang untuk semua orang Islam dan itu datangnya dari Tuhan yang maha adil dan saksama. Hudud ini wajar diterima oleh semua orang Islam kerana itu adalah undang-undang agamanya. Tetapi jika tidak mampu melaksanakannya jangan pula dihina undang-undang itu. Segala yang baik ini bukan senang untuk dilakukan dan tidak menjadi masalah jika ianya diikuti secara beransur-ansur sehingga dapat terlaksana dengan sepenuhnya.

Yang penting usaha mesti ada dari mana-mana pihak untuk membina keyakinan yang hudud itu adalah perintah Tuhan dan kita laksanakan secara beransur-ansur. Kata orang tua-tua, ‘kerja beransur-ansur itu tidak bertahan’. Susah senangnya untuk melaksanakan hukum Tuhan ini sebenarnya berada di dalam pemikiran kita. Jika kita berfikir yang ia susah untuk dilaksanakan maka susahlah ia. Tetapi jika kita serius maka ia akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan senang.

Oleh kerana yang memberi komen ini meyalutkan unsur politik biar kita jawab dengan bersalutan politik juga. Kini pemimpin politik terutamanya di pihak UMNO dan BN sedang berusaha untuk memecah-belahkan pembangkang dengan isu ini. MCA (Chua Soi Lek) sehingga hari ini memainkan isu hudud yang bukan pun hukum agamanya dengan terang-terangan dan UMNO sebagai rakan kongsinya mendiamkan diri kerana UMNO sendiri memang telah menolak hukum ini. Jadi semua pari-parti dalam BN menolak hudud terang-terangan tanpa segan silu.

Chua Soi Lek telah memaksa Lim Guan Eng untuk menolak PAS kerana perjuangan untuk melaksakan hudud untuk orang Islam kita. Niatnya ialah untuk menakut-nakutkan kaum Cina dan bangsa lain yang telah menolak UMNO dan BN sekarang ini. Dalam perbahasan terbuka di antara Soi Lek dengan LGE beberapa bulan dahulu LGE telah memberitahu Soi Lek yang DAP menghormati agama dan kepercayaan orang lain. LGE dan DAP bukannya seperti MCA yang memaksa UMNO menolak hudud kalau UMNO tidak mahu MCA meninggalkan BN.

Dengan jawapan LGE dalam perbahasan itu dan dalam siding media bersama Pakatan Rakyat telah memberikan pendirian rasmi DAP yang parti itu menghormati agama dan kepercayaan pihak dan agama lain. Dalam erti lain DAP tidak menentang dan membenci hudud itu secara rasmi dan sanggup bekerjasama dan terus-menerus melaksanakan apa yang telah bersama-sama dipersetujui seperti yang terkandung di dalam buku jingga Pakatan Rakyat dan tidak mahu isu hudud itu menjadi penghalang kepada kerjasama dan permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu.

Suara-suara terpencil seperti suara Karpal Singh itu merupakan elemen yang biasa di dalam mana-mana pertubuhan termasuk dalam pertubuhan politik. BN nampaknya menggunakan isu Karpal Singh ini sebagai isu yang besar untuk menakut-nakutkan orang Melayu sedangkan UMNO yang sedang berkuasa pun tidak membuat sesuatu pun untuk melaksanakan hukum agamanya sendiri. 

Apa yang dihairankan jika Karpal Singh mengeluarkan kenyataan peribadi menentang hudud itu? Karpal bukannya beragama Islam. Tetapi Mahathir atau Najib pemimpin besar UMNO yang beragama Islam sendiri mempersendakan hukum agamanya sendiri, kenapa pula hendak marahkan Karpal yang bukan beragama Islam menentang hukum Tuhan kita ini? UMNO tidak mahu dan enggan untuk membuktikan bahawa hudud itu adalah adil untuk semua.

Kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO, saya berharap jangan dipersendakan hudud ini. Jika tidak mampu untuk melaksanakannya berikanlah penghormatan kepada pihak yang sedang berusaha untuk melaksanakannya. Jangan dipersendakan yang hukum ini adalah ciptaan PAS kerana PAS seperti juga dengan orang-orang Islam lain bertuhankan Allah swt.

Setidak-tidaknya berikan pendirian seperti DAP yang secara rasminya menghormati kaum lain dengan agamanya. Jika sebelum ini DAP dimomokkan sebagai parti kafir kenapa sekarang keadaan dan pendirian di antara DAP dan UMNO itu sudah terbalik?

DAP menghormati tujuan PAS untuk melaksanakan hudud sedang UMNO dari dulu menghalang perlaksanaan hudud ini secara terbuka. UMNO sehingga hari ini tidak mahu memberikan pengakuan secara rasmi yang hudud itu datangnya dari Allah swt dan jika kita bersama-sama beriman maka mengakuinya merupakan usaha memperkuatkan tahap keimanan kita.

Perbezaan di antara DAP dengan PAS mungkin wujud, tetapi di atas perbezaan inilah yang telah membina permuafakatan di dalam Pakatan Rakyat itu. Kita mesti ingat jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak aka nada elemen permuafakatan itu sendiri. Kita juga tahu yang BN ada permuafakatan tetapi permuafatan mereka ialah untuk bersama-sama untuk mempersendakan hukum agama dan Tuhan kita.

Kita kepingin untuk mendengar UMNO mengakui secara rasmi yang hudud itu adalah hukum Tuhan kita sendiri, bukannya dari mana-mana. Tetapi sebaliknya kita mendengar kata-kata berunsur orientalis seperti ‘lebih baik bekerjasama dengan syaitan yang kita kenali dari malaikat yang kita tidak kenali’ dan sebagainya yang menyesatkan kita semua.

Sampai bila kita dikelirukan oleh politik murahan pihak yang sedang dalam ketakutan ini?

14 comments:

1Crony said...

Para pemimpin PAS pun tak kurang juga yang tolol dan otak kemetot terutama dari Selangor dan Johor yang menyokong Bekas Tim Presiden Nasaruddin Mat Isa berhubung kenyataan Karpal Singh (seorang peguam yang ego dan tidak mahu bertoleransi dengan Hukum Islam dan tidak juga mempunyai apa-apa kuasa mentadbir atau membuat keputusan). Kenyataan pemimpin otak kemetot tersebut yang menyokong Nasaruddin Mat Isa (sifat bekas pemimpin yang naik secara mudah tanpa banyak halangan dan cubaan) berdasarkan pengalaman beliau bersama PAS adalah tidak boleh diterima akal sekalipun mereka ini mempunyai tahap pendidikan agama yang agak tinggi. Cuba bandingkan dengan Asri Muda (bekas Presiden PAS) yang keluar parti dan masuk UMNO? Sikit kah jasa beliau terhadap PAS? Berbanding Nasaruddin yang hanya pandai bercakap di atas pentas dan tidak pernah berani turun untuk menyertai mana-mana demonstrasi aman? Yang beliau mahu hanyalah jalan pintas untuk menjadi MB atau sekadar menyokong rakan "munafik" dari Gombak Setia yang dipecat keluar dari parti? Diingatkan kepada sesetengah pemimpin PAS agar jangan terlalu bodoh berpolitik jika tidak mahu kamu dipandang bodoh dan hina dari sesetengah para pemimpin "parti kafir" di negara ini. Jangan jadi ikan kering, yang mata sentiasa terbuka tapi tidak nampak sebarang kebenaran yang lalu di hadapan mata.

Anonymous said...

Woi 1crony!,

Siapa engkau nak mengata PAS Johor dan Selangor ? Ustaz Nasharudin harus diberi peluang untuk menyatakan pendirian beliau menarik PAS keluar Pakatan kalau kapal Sink masi berdegil dengan hudud.Malaysia adalah negara Islam.

Amboi! sedapnya mulut tuduh orang itu kafir orang ini munafik.Allah sendiri tidak menghukum dan engkau ustaz mana.Tolong jangan banyk memandai mandai kalau belajar pun tak habis .Bandingkan kau dengan Ustaz Nash dan Dtk Hasan Ali.Kebebasan pendapat dalam PAS ?

Anonymous said...

Anon 07:41...

Kamu faham bahasa Melayu tak? Jangan meloncat macam beruk kena belacan... Biul nya otak Melayu kamu ni.. Melayu ke? Memang Allah SWT tidak menunding jari dan tunjuk sana sini kamu Munafik (kamu lah tu!) dan kamu Kafir tetapi di dalam Al-Furqan (yang diturunkan Allah melalui Jibrail dan Hadis Nabinya telah terang dan nyata menunjukkan bagaimana sifat Munafiknya individu atau sesuatu kaum itu. Kebebesan pendapat pun janganlah menunjukkan buta bahasa dan buta hati macam kamu tu, biarlah kalau PAS mesti ada suara Majlis Syura Ulamanya. Malaslah nak ulas panjang-panjang, nanti aku pun ikut banggang sekali seperti kamu.

Abang 3Crony...

Anonymous said...

Salam Pak Double A,

Dulu Mamak tu timbulkan statement hudud ciptaan Ahli Fiqh. Kemudian ciptaan PAS, last sekali hudud ciptaan Muhammad bin Abdullah pulak sebab tiada dalam Quran.Dia ni sembahyang tak? Kalu tak sembahyangpun tak apa sebab Allah cuma suruh dirikan sembahyang, tapi tak tunjuk bagaimana nak lakukan pergerakan dan bacaan dalam sembahyang. Akhir sekali timbul pula dakwaan cara sembahyang itu ciptaan Muhammad bin Abdullah!!!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Tahniah dan Syabas ke atas kedua2 bahagian penulisan yang menyentuh bab Hukum Hudud ini.

Tidak ada apa yang tersasar dari penulisan tuan ini......terang, jelas dan straight to the point kata omputeh!

Cuma kita bacalah bagaimana juak2 mahatdeyyyy membela mahatdeyyy....dengan terkial2....dengan berpusing2....dengan tak tentu arah......yang kaki berpura2 selama ni jugak sedang menunjukkan taring dan tanduk masing2!.....kerabat setan kata kannnn!!!!!

hehehheheheh.....ekekekekkek....woit!.....

sekian

gheng lama

p/s - mahatdeyyyy sendiri sedang berpusing2.....mabuk yerrrr!....hehehehh

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Bagi yang masih jahil, yang terkial-kial, yang berpusing2.....dan yang mabuk, sila baca jawapan TGNA/Kerajaan Kelantan di sini..:

http://www.blogtokguru.com/reaksi-laporan-akhbar-sinar-harian/

Bagi cik2 anon yang takde keberanian nak bubuh nama tetapi menghentam, cer rasa2 kat bawah tu....ada kerrrr????....hehheheh

sekian,

Gheng lama

Anonymous said...

Quote from FB TGNA

"Saya sangat2 dukacita dan simpati apabila membaca laporan berita seorang wanita yang ditetak pergelangan tangan dlm kes ragut di KB semalam. Insya Allah saya cuba utk melawat mangsa hari ini. Saya tergerak utk bertanya, adakah hukuman potong tangan kpd pencuri satu hukuman yg kejam?"

Anonymous said...

Decades of politics race and religion had destroyed and undermined the SOCIAL COHESIVENESS of our multi racial and religious society.

Stop using religion for narrow, divisive and damaging political purposes.

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya amat bersetuju dengan sebahagian besar pemikiran tuan berkaitan isu hudud ini terutamanya berkaitan wajib kita mematuhi arahan serta larangan Allah. Batal akidah jika kita engkar apatah lagi mempersenda hukum Allah.

Namun dalam isu apa yang dipanggil 'Hudud Pas' ini, saya bersetuju dengan pandangan Dr. Asri. Polemik hudud ini ada kebaikan nya. Semoga UMNO dapat keluarkan hudud UMNo pula utk dibandingkan dengan 'hudud PAS' ini. Mengkritik tanpa memberi cadangan bukanlah sifat cendekiawan

Isu kiasan Tun M berkaitan devil itu saya anggap sama sahaja dengan isu kiasan Nik Aziz berkaitan hal berkawan dengan syaitan. Bersangka baiklah atas kiasan mereka berdua ini.

Anonymous said...

Hukuman 'potong tangan' itu tidak boleh dilihat dalam aspek 'kekejamannya' tetapi 'keadilannya'. Quran juga tidak menyebut hudud itu satu kekejaman terhadap manusia, tetapi jika ingin menghukum, hukumlah dgn adil.

Anonymous said...

Untuk Ibni UMNO di atas...

Tak habis-habis lagi tahi sembelit UMNO ini rupanya untuk keluar dari salur ususnya. Tolonglah tuan AA beri "julab" kepada manusia spesis ini. Lepas dah keluar habis najis tu, tolong minum air kosong banyak-banyak untuk melancarkan usus anda serta kurangkan membaca blog upahan UMNO, Utusan Melayu dan menonton TV3. Insyaallah kepala dan angin anda akan stabil semula.

Anonymous said...

Buat baik dengan syaitan sekadar hendak cuba tukarkan jadi baik, tapi bermusuh/menolak malaikat jangan sekali, rosak akidah.

Anonymous said...

Salam PAK AAg
Following the 2nd Part of your column I would continue to comment on the controversial issue of HUDUD not only among the Muslims but also the non-Muslims as well. If we were to refer to numerous verses in Al-Qur'an and reports from Al-Hadith, they absolutely especially the Muslims are ignorant of God's Law and tend to turn away and contradict it as well as regarded to be falsehood and the falsehood to truth. Thus, they are regarded and recognize as arrogant and ignorance as in other words they Jahiliyyah.
Contradict and reject the Hudud by Muslims themselves means to stay away from the God's law that dully exist in Al-Qur'an and Al-Hadith. Muslim believers should hold steadfastly that HUDUD is for the righteous guidance, the prevention of wrong-doing and sinful deeds by Muslim's life on this Earth.
The aforementioned facts i put forward, surely will additional knowledge in your remarkable column.
Thanks you.

Saji said...

"Hukuman 'potong tangan' itu tidak boleh dilihat dalam aspek 'kekejamannya' tetapi 'keadilannya'. Quran juga tidak menyebut hudud itu satu kekejaman terhadap manusia, tetapi jika ingin menghukum, hukumlah dgn adil."

Kalau Sdr tidak keberatan, tolong huraikan maksud aspak 'keadilan' tentang hukuman potong tangan yang sdr maksudkan di atas?