03 August 2012

Terdesaknya UMNO tidak terperi sehingga hilang segala pertimbangan

Pertuduhan terhadap Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR, bersama bekas kakitangan Public Bank dua hari lepas masih menjadi bualan di mana-mana. Tetapi itu sudah menjadi biasa apabila pilihanraya sudah mendatang, kerana itu adalah salah satu cara pihak yang memerintah untuk menakut-nakutkan sesiapa daripada membuat lebih banyak lagi pembongkaran terhadap kepincangan sistem dan moral politik pihak BN pada hari ini.

Pihak BN tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Ada berita dan tanda-tanda isu perkauman akan dimainkan oleh BN dengan lebih hebat lagi dalam masa yang terdekat ini. Saya diberitahu bahawa pihak tertentu yang menyokong BN, khususnya UMNO, sedang bekerjasama dengan sebuah badan dan jabatan kerajaan untuk menerbitkan makalah dan buku-buku untuk memberikan tumpuan untuk mengaitkan Lim Kit Siang dalam tragedi 13 Mei 1969 dahulu.

Kita faham yang pihak BN sedang terdesak seperti orang yang sudah tersandar ke dinding dalam usaha mempertahankan kuasa. Menakut-nakutkan orang Melayu merupakan satu-satunya jalan yang tinggal bagi BN untuk memberikan perlindungan terhadap kuasa yang ada di tangan mereka. Akhir-akhir ini ada kecenderungan pihak BN akan menumpukan politik perkauman dengan menjadikan Lim Kit Siang sebagai ‘punching bag’ bagi mengelakkan rakyat khususnya orang Melayu daripada menyokong parti-parti pembangkang khususnya DAP.

Tidak siapa akan dapat menafikan bahawa DAP telah mendapat sokongan dari semua kaum seperti juga parti PAS dan PKR. Rakyat sekarang tidak mahu lagi terkongkong dengan isu perkauman yang sempit seperti dahulu. Pemikiran sempit perkauman inilah yang selama ini menjadi isu kekal bagi BN khususnya UMNO dan ia berkumandang setiap pilihanraya lima tahun sekali.

Kali ini UMNO dan BN sedang berhempas-pulas untuk mengeluarkan buku untuk membina persepsi yang Lim Kit Siang bertanggungjawab terhadap kejadian berdarah 13 Mei 1969 itu sedangkan rakyat tahu itu merupakan fitnah yang tidak terperi jahatnya. Jika benar Lim Kit Siang merupakan penyebab kejadian 13 Mei itu maka Lim Kit Siang sepatutnya telah dipenjara puluhan tahun lamanya kerana pencetus kepada kejadian berdarah itu adalah satu pengkhianatan kepada negara.

Hanya pada orang-orang lama samada dalam kerajaan atau dalam parti politik semasa itu tahu siapa dan apa yang menyebabkan kejadian itu. Yang pasti Lim Kit Siang bukannya penyebab kepada peristiwa berdarah itu. Seperti yang saya sebut dalam posting beberapa ketika dahulu, jika disebut dan diberitahu siapa yang menyebabkan kejadian itu ia ibarat ‘menepuk air di dalam dulang’.

Itulah sebabnya rakyat sudah menolak politik perkauman seperti yang masih diamalkan secara menebal oleh UMNO dan BN sekarang ini. Jika 13 Mei itu merupakan permainan politik perkauman maka adalah wajar bagi kita meninggalkan isu perkauman dalam politik negara dan lakukan seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam komponen Pakatan Rakyat yang di dalamnya tidak ada satu parti pun yang keahliannya berteraskan pada kaum.

Rakyat dari berbilang agama akur kepada kehendak Tuhan yang Tuhan sememangnya menjadikan umat manusia itu dalam pelbagai puak dan kepercayaan bagi kita hidup saling mengenali serta memahami dan seterusnya menghormati di antara satu dengan lain. Seruan ini bukan seruan Mahathir, bukan tuntutan Tok Guru Nik Aziz atau seruan Lim Kit Siang. Itu adalah seruan Allah swt dan juga seruan semua agama yang ada di dunia ini.

Ini jugalah sebabnya kenapa rakyat mesti tinggalkan semua parti di dalam BN di Semenanjung ini kerana BN itu adalah ‘coalition’ yang berlandaskan pada perkauman. Kita tidak mahu lagi kejadian seperti kejadian yang menjadi modal UMNO sejak awal 70-an dahulu. Cukup-cukuplah kerja melawan kehendak Tuhan ini dengan membesar-besarkan isu perkauman yang akan membawa kemudaratan kepada rakyat dan negara ini.

Jika benar buku yang akan diterbitkan khas untuk membuat fitnah terhadap Lim Kit Siang dalam pilihanraya ini maka ternyata yang terlalu ketagih dengan politik perkauman ini adalah UMNO dan BN itu sendiri. UMNO ketagihan dengan isu perkauman. Ini merupakan penentangan secara ‘head-on’ terhadap kehendak agama suci kita.

Di dalam parti-parti komponen PR tidak timbul isu perkauman kerana mereka adalah parti-parti ‘multiracial’ dan menyokong perjuangan ‘multiracial’ ini merupakan salah satu ubat kepada keresahan perkauman sekarang ini.

UMNO akan mengilang cerita-cerita yang tidak wujud dan fitnah, tetapi rakyat tidaklah sebodoh itu untuk menyakini apa yang diputar belit oleh UMNO seperti yang berlaku sejak dari dulu. Kita juga perlu memahami kenapa UMNO akan melakukan segala-gala yang jahat ini. UMNO dalam keadaan terdesak. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasa yang mereka selewengkan sekarang ini. Orang yang terdesak tidak akan mampu berfikir dengan waras. Itulah sebabnya ada yang membunuh diri kerana sudah hilang pertimbangan di dalam diri mereka.

Jika penerbitan buku itu benar-benar menjadi kenyataan, kita jangan hiraukan diri untuk membaca dan mempercayainya. Kita padamkan api perkauman yang akan dimainkan oleh UMNO dan penyokong-penyokongnya dalam pilihanraya kali ini dengan matang dan hanya kita perlu ingat, ia bertentangan dengan mana-mana agama termasuk agama suci kita.

18 comments:

Ibni Ismail said...

Tuan Aspan,

Saya berkongsi kebimbangan sama seperti tuan. Ada sahabat yang risau jika anwar menimbulkan huru hara jika PR tewas namun pada saya kemudaratan amukan org tiada kuasa seperti anwar tidak lah membimbangkan berbanding najib yg mempunyai askar, polis dan media massa dibelakangnya. Semoga Allah melindungi kita semua.

Anonymous said...

This is truly a powerful blog.

Sdr Aspan, you have a very clear mine.

You keep it up sdr.

Afhizan

Anonymous said...

apa????? umno nak mengamuk kalau kalah pilihan raya.........bongoknya umno....

Anonymous said...

MCA & Gerakan are irrelevant to be buried in the next GE and NEVER to recover....UMNO has a responsibility to protect and help them survive at least to enable them to rebuild, starting with destroying DAP to weaken PR and eventually to win the GE.

Anonymous said...

Undang undang tidak kenal Rafizi ke siapa ke.Sekira yang membuat laporan adalah Bank Negara peduli apa dengan orang macam Rafizi ni.Nampaknya bsnyak agensi kerajaan yang salah SPR, PDRM,SPRM dan banyak lagi membuat banyak kesalahan gara gara kerajaan BN.Betul ke?

Anonymous said...

Kalo umno nak mengamuk..biarkan pemimpin umno saja yg mengamuk..

Kebanyakan org melayu yg terlibat dlm 13 mei,telah di pinggirkan apabila umno berjaya mendapat dan mengekalkan kuasa..kebanyakan mereka hanya menjadi penduduk setingan..dan sekarang apabila tanah perkampungan setingan diambilalih..dan di berikan flat dbkl..
Cuba tengok macamana flat dbkl sekarang ini,mcm tu la umno hargai org melayu..

Anonymous said...

Salam Sdr Aspan & bloggers,
Sepertimana analysist bijak Walla yang banyak membantu Sak bersama blogger yang lain, dia syorkan kita tumpukan undi A.B.U untuk Rakyat Menang dlm GE 13.
Terima kasih.

Anonymous said...

dalam keadaan sekarang orang2 bukan islam tidak menghormati ugama islam bagaimana jika mereka berkuasa ,apa justifikasinya meletakan botol2 arak di tenggah bandar ,bila melayu bersuara dianggap rasist ,bila mereka bersuara itu menuntut hak

Anonymous said...

Memang itulah hakikatnya. Hampir kesemua agensi kerajaan telah disalahgunakan oleh UMNO/BN. Entahlah kalau masih ada yang tak nampak.

Anonymous said...

Macam mana nak ada pertimbangan sdr Aspan, Timbang dah SENGET...

jenny said...

Anon:23:56:

dalam keadaan sekarang orang2 bukan islam tidak menghormati ugama islam bagaimana jika mereka berkuasa ,apa justifikasinya meletakan botol2 arak di tenggah bandar ,bila melayu bersuara dianggap rasist ,bila mereka bersuara itu menuntut hak

Komen paling bodoh.

Kebanyakan bukan Melayu tidak berani bersuara atau komen kerana mudah dituduh menyinggung agama Islam. Lihat sahaja isu pasal azan kuat, penyembelihan korban di padang sekolah etc. Bandingkan dengan pihak yang membawa kepala lembu di kuil dan "ingatan-ingatan" halus tentang kononnya ancaman Kristian.

Isu botol-botol tu sekadar orang tak bertanggungjawab buang sampah merata-rata, Bukannya konspirasi apa.

Saya peliklah, kenapa pengikut Islam begitu penakut dan paranoid. Ada jabatan Islam, Islam sebagai agama rasmi, kaum dan penjawat tinggi majoriti, larangan berdakwah kepada Muslim - takut pulak dengan botol botol tepi jalan dan pengikut kaum lain minoriti. Nampaknya lebih 50 tahun merdeka, agama Islam tidak dapat diterapkan dengan kukuh dalam rakyat.

Anonymous said...

Anon 23:56

Maaf cakap ya siapa yang tak hormat ugama islam Orang melayu dikalangan UMNO sendiri tak hormat ugama islam jangan tuduh sembarangan dan jangan salahkan orang kain,orang islam sendiri ada share dalam kilang arak,orang islam sendiri menolak hukum allah,orang islam sendiri mempertikaikan alquran inilah dia gulungan UMNO yang dipimpin olih mamak kutty dari karala. Siapa yang rasis bukankah melayu, orang saperti katak Ibrahim Ali, ahli pakida, samseng UMNO yang selalu membuat kacau dalm ceramah PR tak nampak ke? UTUSEX yang banyak memutarbelitkan fakta,ini diakui olih kakitangan exec dari utusex iaitu kita SPIN,bermakna ini satu perbuatan pembohongan,mereka ini adalah gulungan orang cari makan cara haram apa makna ini? dengan itu mereka ini adalah dari gulungan ANAK H.... ABU

Anonymous said...

" orang2 bukan islam tidak menghormati ugama islam ".

" bila melayu bersuara dianggap rasist ".

This is NOT true!!!

Racism, bullying, harrassment and etc. are about POWER!

Whoever has the POWER, can be more/extremely racist, religious extremist and etc..

Who has the POWER to abuse it unfairly and unjustly? Not the non Muslims who are minority in the country.

Race and religion are NOT the issue...it's rampant corruption!

Anonymous said...

Anon 12:00

U r 100% correct,I as a malay so shy about what happen whenever my non malay friend asking about certain issue, get this useless UMNO goon warloard out from this country they are not belong here,they are worse then JEWS,corrupted malays.

Anonymous said...

Anon: 06:00

Religion is important...but more importantly is the Bumi's culture and traditions unique to this country/region - it must be protected at all costs.

Chinese and Indian culture and traditions, you could find in China & India. Various religions, including Islam, you could find in Middle East and all over the world.

To protect the unique Bumi's culture and traditions for the benefit of generations to come, you must take proper care of the Bumi interests.

Anonymous said...

Syarikat arak San Miguel sangat menghormati sesiapa yang ada duit untuk memilikinya.

Anonymous said...

3 August 2012 23:56,

masalahnya yang sebenar umno troopers serta media dah semaikan sifat hasrat benci, dengki, maki hamun terhadap mereka ... jadi kita yang menyokong hapuskan korupsi, kenalah lah mula " bina jambatan persahabatan - semestinya diberkati dua hala.

Saya rasa tak rugi dlm erti kata sebenarnya dalam agama. Biasa dengar anak - anak elit orang kita minum arak di kelab esklusif - kenapa ada double standard ?

Saya tak pernah minum - takut sangat hilang kontrol, banyak risiko tak tertanggung, nak jaga kecerdasan intelligence ... selalu berdoa serta memujuk orang jangan berbuat demikian... tapi shift blame rakyat Malaysia Cina, maki hamun rakyat India - kaki botol kenalah diberhentikan;
tak membaiki kelemahan diri, bagi sesetengah orang yang dah biasa maki hamun, asyik - asyik main kad race, agama, tak akan membawa manfaat kepada diri serta komuniti kita.

Baru - baru saya jumpa dua orang gadis Arab merokok di luar kampus kolej swasta dekat KLCC. Macam dlm movie. Sedihnya, ayah emak tak tahu. Tapi saya sangat kesian pada mereka, sayang kecerdikan otak serta kesihatan mereka akan terjejas.

Saudara orang baik. Ayuh kita sama- sama bangunkan sifat - sifat yang murni sampai sesiapa pun nak terikut kita. Hentikan rhetorik yang buruk, ambil yang jernih. Sekian, terima kasih. Selamat Berpuasa. A.B.U.

Anonymous said...

4 August 2012 02:45,
Setelah saya berbincang dengan Anon 3 August 2012 23:56 untuk mula membina persahabatan dengan rakyat Cina serta India, saya berharap kamu pun berbuat demikian bermulalah dari pejabat serta di komuniti terdekat. Sama - sama buang yang keruh, ambil yang jernih. Kalau dah berbuat demikian baguslah.

Untuk keluarga saya, saudara mara saya terdiri daripada lima bangsa diglu dlm pernikahan yang berunsuran high mindfulness serta rasa hormat - dua hala, multiple hala. Saya banyak belajar bila sering makan dengan mereka.


Tidak lama dulu saya terbaca sebuah artikel di FMT yang ditulis dengan penuh rintihan sebagai rakyat minoriti, India di negra ini. Kemudian penulis wanita itu mengakhiri tulisannya - berkongsi renungan bahawa dia serta keluarganya pernah menemui ramai orang Melayu yang berbudi bahasa tinggi serta baik hati.

Di lembaran lain pula di Yahoo, saya terbaca satu komen yang agak panjang, lima perenggan ( ? )bagi saya ianya adalah masterpiece , terlupa saya copy untuk admire, bukan plagarize lah.

Dalam artikel tersebut, kawan Tioghua kita cerita kenangan manisnya hidup bersama masyarakat Melayu di zaman tahun 70an. Setelah berumahtangga dia berpindah ke bandar sehingga anak - anaknya dah besar. Saya terfikir dia serta keluarganya begitu dikasihi oleh jiran- jiran Melayunya sehingga dia terkata dia rindu dengar azan.

Penulis lelaki tersebut tulis begitu fasih sekali dlm BM, saya sendiri pun malu. Walaupun saya jenis analitikal , fikiran saya tersangat usik - sangat sedih setelah membaca kedua - dua artikel tersebut.

Saya akan tetap terkenang kedua- dua artikel itu serta buat yang terbaik. Begitulah harapan saya dengan berkongsi pengalaman dlm ruangan Pak Aspan kali ini; host kita yang begitu baik dengan semua. Buat baik berkali- kali, buat saja jangan sekali- kali. Saya pun perlu pratik ungkapan ini.