Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu yang sangat hangat dibicara dan dibincang dimana-mana. Isu yang saya maksudkan ialah isu lessen judi bola yang telah diberikan kepada Vincent Tan.
Vincent telah pun mendapat keuntungan melebihi setengah billion ringgit dalam sekelip mata apabila lessen itu dijual kepada pihak ketiga.
Bermacam-macam tuduhan dan intrepitasi rakyat didengar dan semuanya merupakan persepsi negative yang boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan yang mentadbir negara dalam mana Islam itu adalah agama resminya.
Masyarakat Melayu khususnya sangat kecewa dengan pemberian lessen ini kerana parti DAP sendiri konsisten tidak bersetuju dengan aktibiti judi yang meluas sejak dari dulu lagi, dan sekarang ini lessen itu dikeluarkan pula oleh kerajaan Melayu Islam yang ditunjangi UMNO.
Kenapalah pihak yang berwajib tidak ada langsung ‘sensitivity’ yang pengeluaran lessen judi ini merupakan tindakkan yang akan mendapat reaksi yang buruk dari rakyat?
Bukankah isu ini membabitkan ‘integrity’ kerajaan negara Islam? Kenapakah suntuk sangat pemikiran sehinggakan sanggup melakukan perkara sebegini?
Banyak negara bukan Islam tidak membenarkan operasi perjudian dinegara mereka kerana mereka tahu kegiatan perjudian dikalangan rakyat mereka akan membawa kerosakkan kepada ‘fabric’ sosial masyarakat mereka.
YANG anih dan peliknya, DAP dengan konsisten tidak bersetuju dengan pengeluaran lessen judi ini dari dulu sehinggalah sekarang dan DAP bukan parti yang dianggotai dan dipimpin oleh orang beragama Islam.
Ramai yang tahu yang Vincent Tan ini telah banyak membuat pelaburan politik dengan membiayai politik pemimpin besar tertentu tetapi kenapa berikan lessen judi untuk membayar kembali sokongan kewangan Vincent kepada UMNO selama ini?.......berilah yang lain.
Kita sanggup menjual nilai kepimpinan negara kita kerana terhutang budi dengan Vincent Tan. Itulah kenyataannya. Mungkin Tengku Adnan boleh memberikan ulasan tentang isu ini.
Pimpinan kita sanggup melakukan perkara-perkara seperti ini dan tindakkan ini jelas usaha memperlekehkan agama sendiri.
Lebih dari itu ianya mempamerkan sifat sanggup memperjudikan masa depan negara yang Islam menjadi agama resminya semata-mata hendak mendapatkan wang besar untuk politik wang yang tidak berkesudahan.
Dalam masa untuk mencari kembali sokongan Melayu, pimpinan UMNO buat lagi perkara-perkara yang berlawanan dengan kehendak orang Melayu yang ramai ini.
Kepada pimpinan besar UMNO, cuba lah berehat lama sedikit dimana-mana dan berfikirlah dan buatlah introspeksi yang mendalam tentang apa yang telah anda lakukan ini.
Bagaimana hendak mendapat sokongan jika anda masih tidak sensitif terhadap perasaan Melayu ini?
Saya ingin bertanya kepada pimpinan, ‘Apa bezanya pusat pelacuran dan pusat judi’. Bukankah agama meletakkan kedua-duanya itu sma sahaja?
Kenapa Majlis Fatwa senyap sahaja dengan isu ini? Selain dari Mufti Perak dimanakah suara-suara Mufti-Muti dari negeri-negeri lain?
Malu rasanya kerana DAP tidak menyokong pemberian lessen judi tetapi disebaliknya UMNO pula yang mengeluarkannya. Kita sudah terlalu jauh tersasar…apakan daya kita…anda berkuasa…buatlah apa yang anda suka.
Nampaknya bukan pemimpin yang menjaga rakyat dan negara tetapi rakyat pula yang terpaksa menjaga pemimpin dan negara mereka.
Jelas pimpinan kita sedang memperjudikan nasib bangsa dan agama kita.
Kepada pemimpin terbesar negara, “I wish you all the best of luck!”
Sekian………………………………Aspan Alias
27 comments:
Aspan,
Jom kita berjudi. Berjudi sudah dihalalkan oleh Najib. Tapi sampai la ni pun aku tak tau nak judi ni. Kalau hang tau boleh ajak aku tak?
abu, bayan baru
UMNO ni sudah parah! Kdejab Islam, kejab jadi kafir dan saya sudah confused.
alan
Najib damages his own self and destroys UMNO in totality.
Please don't talk about Islam, if you are not serious about your religion.
This gambling issue is truly a big issue. Damn it.
Mat Jason
Isu judi, isu arak....hmmm ini lah antara cabaran di Malaysia bertuah ini.... pasal masyarakat kita ni aga majmuk..... sememang nya kalau boleh judi termasuk nombor ekor dan arak ni jangan diadakan langsung.... tapi kena ambil hati orang bukan Islam.... tu lah masalah Orang Melayu kita.... suka sangan ambil hati..... UMNO ambil hati.... PAS pun ambil hati.....cukup lah tu..... lagi satu nak kongsi, khabarnya DAP memang tak sokong judi berlesen ni pasal ada pihak yang kena-mengena dengan DAP akan untung lebih besar sekiranya judi secara gelap berjalan seperti biasa....ENTAH LAH..... mana-mana pun ada pihak yang akan kaut keuntungan.... yang kita mampu buat.... eloknya Islam atau bukan Islam jangan pegi letak duit untuk berjudi dan beli arak....ada duit kita semua pegi buat benda lain lagi berfaedah baik....
Nak berkongsi...
Saja nak tahu. Sebagai muslim
apakah hukumnya kita memilih pemimpin atau kerajaan yang menghalahkan perjudian.
Begitulah betapa paria nya pemimpin-pemimpin umno terhutang budi pada tauke cina dan membalas budinya sehingga terlupa pada agama yang dianuti.
Berasa sungguh sedih punya pemimpin melayu yang sudah tidak mengenal halal haram demi HARTA dan KUASA.
...Mat Dollah...
Tidak lama lagi ramailah yg akan kehilangan wang kerana tidak ada orang yang untung jika berjudi.
Yang untung hanyalah empunya leden dan aramai yang akan pergi berjumpa along kerana kerugian dalam perjudian.
Aku tidak sangka yang pemimpin Melayu kita akhirnya tunduk kepada wang haram.....tidak aku sangka.
ismaildin
Seperti biasa, Cina jugak yang untung.
Nak marah lagi ke kononnya warga kelas kedua?
Yang berjudipun mereka.
So why must it be legalized?
Malu rasanya kerana DAP tidak menyokong pemberian lessen judi tetapi disebaliknya.
Alah! Kalau DAP dapat memerentah negara ini semua benda maksiat jadi halal macam di Singapura!! Simple logic and yet you don't see!!
Bro Aspan, even small time gamblers like myself agree that too much gambling can destroy a FAMILY.
Tsk...tsk....
Anon 19:09,
Bodoh punya argument. Yang kita sebut ini moral kita. Kenapa org macam awak selelu nak samakan orang macam kita?
Inilah masalahnya dengan orang UMNO, kalau dah salah jawapannya . "Oh orng lain buat juga"
Kalau dah sama kita dengan org lain jadi buat apa sokong UMNO lagi?...kalau dah sama dengan Cina?
Yang kita soalkan ialah kita kerajaan yang mengaku Islam, tapi buat kerja macam org kapir!
Kalau begitu jawapan awak biarlah org sokong DAP. Jangan marah!
Mentaliti ini yg membunuh UMNO! Kalay tak tahu nak berbahas jgn masuk campur!
Zolkapli
anon 1920,
You are just typical of UMNO fucked up mentality. You don't understand this issue. What is at stake mentioned by Aspan is the purity of our religion.
It is not who would do the same and who would not. If that is what you think than legalize prostitution as well!What is the difference of the sin going to prostitution and gambling in the eyes of our religion?
I think you should smoke cigars and keep your king of mentality to your self. It is shameful.
johnwane
PUM TDM and PM Tun Lah didn't approve the license applied by this individual called Vincent Tan for religious reason. But this boy Najib as a person who has no appreciation for his own religion approved it.
So that is the difference between Najib and his predecessors for whatever worth they were. This 'semua boleh' Najib is atrocious.
He misses every good value in his decision making. Oh God! please bless us.
quay
Ya Allah ya tuhan ku,
Berikanlah hidayah kepada Najib, PM kita ini. Kembalikanlah belau kepada jalan yg sebenarnya untuk menju kearah jalan mu yg sebenar.
Selamatkan lah kami dari ditipu oleh iblis dan syaitan yang bathil!
Amin Yarabbal alamin!
Bagi lesen untuk membenteras kegiatan judi haram ada pro dan connya.
Pada saya soalannya bukanlah untuk mengalakkan perjudian. Soal pokok apakah akibatnya kepada negara jika judi haram ini tidak dikawal dan terus berleluasa dengan mengaut keuntungan berbilion ringgit dan wang ini digunakan untuk menghancurkan negara secara halus dengan mencabangkan kegiatan mereka kepada aktiviti haram yang lain.
bang,
inilah masalah eh bilo kita terlampau banyak bercakap daripada buek kojo. kan dah tergigit lidah sendiri!
malang eh, dari dulu sampai sekarang pun orang melayu gak yang dilantik jadi chairman syarikat judi dan kasino ni. untung la melayu nampak eh.
edan donga pemuda umno pun ponah dapek lesen judi ompek numbo ekor tapi dio dah jua pado bukan melayu.
den sajo nak tanyo - ado bezo ko loteri kebajikan masyarakat dengan loteri yang ado pado maso ni? agak eh yang dulu tu halal, iyo tak?
maap yo... den ni tak begapo pandai dalam hal2 judi ni. setakat main race buleh laa....
salam
Salam Sdr Aspan,
PM Najib nampaknya terlalu amat menumpu dan memusatkan seluruh pemerhatiannya kepada pembangunan ekonomi dan kemajuan matrial.Persetankan dengan perkara lain yg tidak kurang pentingnya seperti soal agama,moral,akhlak dan kerohanian.Bagi beliau wang adalah segala-galanya.Bagaiman wang diperolehi dan bagaimana dipergunakan tidak menjadi persoalan.Cara beliau menggunakan wang didalam PRK Hulu Selangor dan Sibu tempuh hari jelas memperlihatkan sikap dan pendirian beliau terhadap penggunaan wang.Semuanya halal asalkan sesuai dengan kehandaknya,walau pun cara dan kaedaahnya bertentangan dengan hukum agama,undang-undang,etik dan moral.
Jika demikianlah sikap beliau terhadap penggunaan wang maka begitulah juga pendirian beliau terhadap cara memperolehi wang.Halal dan haram tidak menjadi persoalan,samaada dengan cara judi atau melalui rasuah dan penyelewengan,semuanya boleh dan "halal"baginya.Oleh sebab itulah apa yg berlaku dengan PKFZ,Pos Malaysia dan Sime Darby yg mengalami kerugian berbillion ringgit,PM Najib dilihat tidak berapa memberi perhatian dan ambil berat terhadap perkara tersebut kerana mungkin sebahagian daripada wang itu mengalir masuk kedalam tabung parti selain dari ianya betul-betul rugi dan juga masuk saku orang orang tertentu.Satu kemungkinan.
Dalam keadaan sekarang ini dimana Umno dikatakan sakit tenat dan kepimpinan DS Najib sebagai PM masih belum meyakinkan,khususnya bagi orang Melayu,keputusan kerajaan pimpinan PM Najib meluluskan lesen JUDI ini merupakan "last Straw"bagi sebahagian ahli-ahli Umno diperingkat akar umbi yg kini melihat Umno sudah semakin hilang arah perjuangannya dan tersasar jauh dari matlamat asal perjuangannya.
Jika lesen judi ini tidak dibatalkan saya percaya Umno/BN akan menempah bencana dan musibah di dalam PRU 13 nanti.Diharapkan PM Najib tidak bertindak tegas dalam hal yg boleh merusakkan beliau dan UMNO.Batalkanlah lesen JUDI ini segera.
Askar Tua
Inilah akibatnya Sdra Aspan kalau judi haram tidak dikawal. Ianya akan menjadi masalah negara yang paling besar sekali kepada masyarakt. Benar judi haram memang tidak akan dapat dihapuskan tapi sekurangnya dapat dipantau jika dilesenkan. Judi haram pun boleh dimain melalui internet. Jika judi haram dilesenkan sekurangnya duit cukai dapat di gunakan untuk infrastructure.
Perkara ini bukan pasal halal haramnya judi. Perjudian tetap haram.
Fikirkan baik-baik. Don't be Islamic bigot. Fikirkan masalah negara dan sampingannya. You do a good job if if you could lead the people something that is good for the Nation.
_____________________________
Boy's RM8mil gambling losses
By EDWARD R. HENRY
edward@thestar.com.my
PORT KLANG: A boy who went into high-stakes gambling at the age of 16 accumulated losses amounting to about RM8mil by the time he was 19.
The boy, a millionaire’s son, had allegedly followed in his father’s footsteps by gambling and ended up losing millions in foreign football bets over the Internet.
His compulsion for betting was so great that he came to be known as the Little Dragon.
Yesterday, Klang Barisan Nasional chairman Datuk Teh Kim Poo (pic) who was unable to coax the teenager to come forward to relate his gambling spree, said the youth’s gambling habit stemmed from his father, a compulsive gambler.
“This teenager grew up watching his father gamble and at the age of 16, he began to gamble after gambling agents gave him a credit line of RM100,000. Each time he was buried in debt, his father would bail him out. Over these three years, there have been several bail-outs,” he said.
Teh added when the accumulated losses came to RM8mil, it was the last straw for the father. The man, in his 50s, barred him from gambling and stopped his son from attending college. He now works with his father.
According to Teh, the teenager who was pursuing an Australian degree programme at a college in Petaling Jaya had on several occasions used college fees to settle his debts and extend his credit line.
He would lie to his father that college fees needed to be paid and use the money to pay the gambling agents.
On occasions when he could not settle the debt, the agents would send Ah Long to collect from the father.
Teh said gambling agents were the culprits who went after teenagers from rich families.
“Most times, these agents would go to ‘high-end colleges’ and look for these rich kids. ”
Teh added that Pandamaran New Village had become a hot place for such gambling and simple wooden houses were equipped with Internet facilities for the activity.
On Sunday, Klang and Kapar MCA held an “Anti-Gambling at Internet Cafes” signature campaign at the Taman Eng Ann morning market.
It got more than 2,000 signatures from parents in two hours.
Klang OCPD Asst Comm Moha-mad Mat Yusop urged the public to provide information on gambling dens that existed in Internet cafes so swift action can be taken.
Anon 22.41
Fikiran mu itu cukup baikkah? Menghalalkan perjudian untuk membolehkan dipantau?
Orang seperti kamu yang banyak lojik tanpa pedoman pandai sangat mengata lojik selainnya adalah Islam bigot.
Saya Islam bigot nak tanya harta dari pencurian, perompakan, persundalan, perasuahan dan perjudian itu ada barakah dunia dan akhirat?
Ada lojiknya tak kepada kamu, hasil kerajaan jika yang tak berkat tetap membawa bala?
Anon 19:09
Itu kalau kalau kalau DAP memerintah! UMNO yang dahulu menghalalkan sekarang menghalalkan dan selamanya menghalalkan maksiat tak nampakkah kini?
Sekiranya DAP berjanji dan mampu menghapuskan segala gejala hasil yang dihalalkan UMNO yang kini merosakkan Melayu, DAP adalah harapan generasi Melayu akan datang!
Berkat pemerintahan UMNO mengkayakan segolongannya tetapi jelas lebih mendhaifkan Melayu sekarang dan seterusnya beberapa generasi anak cucu kita jika tidak dibuang pemimpinannya sekarang juga.
Adoi, Aspan...in Scandinavia the folks and the laws are abhorrent to sky high buildings, given the make up of the terrain.
Semua wakil-wakil rakyat yang berugama Islam sewajarnya meninggalkan BN dan menjadi wakil-wakil rakyat bebas supaya tidak berserongkol dengan masalah peghalalan judi oleh DS Najib. Semoga kita semua diampunkan dan dirahmati Allah SWT jua
Betul cakap anon 9,19. Yang haram tetap haram tapi jangan jadi Islamic bigot kalau orang Islam nak maju.
Pandangan peribadi saya.
JANGAN BERJUDI.... di tempat berlesen atau tidak.... BOIKOT kedua-duanya..... kuatkan diri masing-masing..... kita perlu mulakan dari diri sendiri... Agama kita masing-masing dah ajar benda yang baik-baik janganlah kita berbuat tak baik pulak...... Tapi ye lah, ramai orang Malaysia ni suka buat dan ambil mudah sahaja.... tak mahu menjadi rajin.... hahu jalan mudah jalan pintas sahaja......
Putat
Hey there terrific blog! Does running a blog like this require a large
amount of work? I have absolutely no knowledge of computer programming but
I had been hoping to start my own blog in the near future.
Anyway, if you have any suggestions or techniques for new
blog owners please share. I understand this is off topic nevertheless I just wanted to ask.
Kudos!
Take a look at my webpage :: removal cost
Hi just happened upon your blog via Bing after I typed in,
"Blogger: ASPAN ALIAS" or perhaps something similar (can't quite remember exactly). Anyways, I'm glad I found it simply because your subject material is exactly what I'm looking for (writing a university paper) and I hope you don't mind if I
collect some information from here and I will of course
credit you as the source. Thank you very much.
Feel free to surf to my homepage :: weblog
Howdy! This is my 1st comment here so I just wanted to give
a quick shout out and say I genuinely enjoy reading your
blog posts. Can you recommend any other blogs/websites/forums that go
over the same subjects? Thanks for your time!
My web-site - tools
Post a Comment