09 May 2010

Alhamdulillah! UMNO sudah daulatkan Raja-Raja Melayu - Bhg 1

Sejak kebelakangan ini saya bergembira dan bersyukur tidak terhingga kerana UMNO masih memerlukan Raja-Raja Melayu dan merasakan sangat yang Raja-Raja Melayulah institusi yang mampu menyelamatkan, bukan sahaja bangsa Melayu tetapi semua bangsa rakyat Malaysia ini.

UMNO mula menyedari pentingnya Raja-Raja Melayu dejak berlaku rampasan kuasa diPerak tahun lepas dalam mana UMNO dan BN diselamatkan oleh kehadziran Raja-Raja Melayu dan sejak itulah kedengaran dimana-mana ahli-ahli UMNO melaungkan, Daulat Tuanku..Daulat Tuanku.

Baru dua hari yang lepas UMNO Subang Jaya tempat saya tinggal ini telah membuat lapuran Polis terhadap Zaid Ibrahim kerana memberikan sedikit pandangan tentang boleh atau tidak bercakap pasal politik didalam masjid.

Pada hal Zaid hanya memberikan pandangan peribadi dan tidak pun menghina dan menunjukkan sikap tidak menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

UMNO Subang terus sahaja membuat laporan polis kononnya Zaid Ibrahim durhaka kepada Sultan dan bermacam-macam lagi helah untuk menunjukkan bahawa UMNO amat cintakan Raja dan institusinya.

Dalam keadaan yang lemah sekarang UMNO sudah tidak dapat membelakangkan fakta bahawa Raja-Raja Melayu itu adalah simbol yang kemuncak kepada kita orang Melayu…tiada Raja tiada Melayu.

Tetapi perasaan cinta UMNO kepada Raja hanya waktu parti itu sedang kehilangan sokongan padu orang Melayu.

TETAPI semasa UMNO sedang kuat dahulu, UMNO telah lupa daratan dengan menghentam Raja-Raja Melayu seperti Raja-Raja Melayu itu sudah tidak berguna lagi.

Malahan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahu 1992 dahulu Mahathir hanya menyindir Raja-Raja saolah-olah Baginda-Baginda sebagai sumber kita untuk mendapatkan Bintang dan Pingat sahaja.

Ungkapan itu telah mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang terdiri daripada Melayu UMNO, tanpa menyedari bahawa mereka sedang mempersendakan diri dan bangsa mereka sendiri.

Saya masih ingat lagi bagaimana pilunya ramai orang dan saya yang masih tidak menyertai UMNO (B) semasa itu nampak beberapa orang Melayu menitiskan air mata kesedihan melihat sikap laku pemimpin ulung negara menempelak Raja-Raja dan disambut dengan tepukan perwakilan semasa itu.

“Awak tengoklah Aspan, melayu sedang mabuk, pemimpinnya gila pengikutnya mabuk…menghina bangsanya sendiri,” kata arwah Cik Gu Kahar Ahmad, dari Muar yang kebetulan bersama saya semasa melihat dan mendengar ucapan Mahathir melalui TV di hotel penginapannya di Kuala Lumpur.

Sambil menyapukan minyak cap kapak ke dahinya Cik Gu Kahar berkata “Tanda cakap kawan Aspan…tak lama lagi Mahathir akan buat apa sahaja untuk mengekalkan kuasanya. Raja-Raja kita ni akan dilucutkannya kuasa, kerana Majlis Raja-Raja ada kuasa untuk melucutkan jawatannya sebagai PM..dia takut…percayalah cakap kawan!”

Saya merasakan apa yang ada di dalam pemikiran Cik Gu Kahar, pejuang Melayu tulen yang sangat saya hormati itu.

“Dia orang itu akan menjilat ludah mereka nanti tu! Mereka bukan ada malu, nanti mereka akan dengan tidak ada segan dan silu akan menyorok di bawah ketiak Raja-Raja bila tersepit nanti. Kalau sampai masa keadaan itu berlaku hadiahlah Al-Fatihah kepada kawan kalau kawan sudah meninggal waktu itu,” sambungnya dengan marah bercampur sedih.

Sesungguhnya usaha untuk mengenepikan kuasa yang masih ada sikit-sikit pada Raja-Raja Melayu itu bermula pada tahun 1983 lagi di mana Raja-Raja mesti menandatangani semua yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri-negeri dalam tempoh 2 minggu.

Jika Kebawah Duli-Duli Tuanku tidak menandatangani apa yang diluluskan oleh pihak legislatif akan secara automatik menjadi undang-undang. Maka dengan pindaan itu maka Raja-Raja Melayu seperti tidak wujud dalam konteks apa-apa pindaan yang diluluskan oleh pihak legislatif.

Di sinilah bermulanya Raja-Raja Melayu secara beransur-ansur dilupuskan daripada kedaulatannya yang dilakukan oleh pemimpin negara yang diketuai oleh UMNO.

Rakyat bukan Melayu hanya memerhatikan sahaja kelakuan pemimpin Melayu yang giat melumpuhkan serta mengaibkan bangsanya sendiri dengan menghina Raja-Raja mereka. Bagi bukan Melayu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana orang Melayu sendiri berusaha untuk melemahkan kewujudan bangsanya sendiri.

Tetapi kemuncak kepada pencerobohan ke atas institusi Raja-Raja ini berlaku pada tahun 1993, di mana Raja-Raja Melayu menjadi sasaran politik Melayu yang amat menyedihkan dan merupakan sejarah paling hitam bagi bangsa kita ini.

Ikuti sambungan tulisan ini dalam posting saya yang akan datang.


Sekian………………………………………Aspan Alias

21 comments:

amzary said...

Betul Aspan, Mahathir lah yang merendahkan Raja Raja dem hilangnya imunitu Raja Raja.

Disebaleknya pula Presiden UMNO dan PM lebih ber immuniti.

Mahathir tetap pencetuas budaya kurang ajar Orang Melayu.

Zamzary

jason lee said...

It will be an interesting follow up in your next posting, I guess Aspan.

I followed your speeches on this issue quite many times in the early nineties and I think it will be included in next posting.

jason lee

Anonymous said...

It will be an interesting follow up in your next posting, I guess Aspan.

Ya! sangat sensasi!!! tapi .......????????

james panda said...

Doc Mahathir talks too much as if he is he's clean and untouchable by corruption and abuse of power.

He inherited social and political decadence to all Malaysian and all systems in this country.

His vengeance on Pak Lah will never be over.

He quarreled with every one except with his wife and children and Vincent Tan as well as YTL and all his China men corporate supporters.

hisham said...

Ceritakan habis habis Aspan.....baru sekarang nak menyorok dikebawah ketiak Raja. Dulu dianggapnya Raja itu macam sampah.

Rakyat mesti diberitahu perangai sebenar UMNO.

Bila kuat Raja pun dikelarnya, bila dah nak 'kiok' baru mengampu Raja.

Aku geli tengok gelagat mereka.

Anonymous said...

Sdr Aspan...sdr telah memilih untuk bercerita tentang isu krisis UMNO dengan Raja-raja dan elok sdr tulis mengikut sequence yang agak paling hampir dengan keadaan semasa itu.
Ramai diantara kita yang agak masih terlalu muda semasa berlakunya krisis itu mahu tahu, kerana tidak ada yang menulisnya.
Hanya dari sdr sahaja sumber yang membolehkan kami tahu sedikit sebanyak.

Kasim b JK

Anonymous said...

Salam saudara Aspan,

Elok sangat sedara tulis dan bukakan cerita ini supaya kita
sama2 boleh menoleh kebelakang tentang gelagat pemimpin dan pengikut parti pada masa itu , dan saya juga salah seorang rakyat biasa yang sedih dan tidak setuju dengan gerakan itu. Saya bukan lah seorang peguam tetapi faham jugalah tentang peruntukan PERLEMGAAN MALAYSIA yang digubal sedemikian rupa oleh pejuang dan cerdik pandai melayu semasa kemerdekaan dimana ia bertujuan melindungi kedudukan raja
melayu dan orang melayu. Disamping ia mengelak kearah kuasa diktator ianya juga jaminan paling unggul didalam doktrin pengasingan kuasa dalam negara demokrasi seperti Malaysia.

Persoalannya kenapa mereka yang fasih tentang undang2 dan perlembagaan menyokong gerakan itu, tidak kah mereka tahu kesan buruk nya atau buat2 tak tau kerana teori cerita kerbau dan kelikir sedara dibawah. Walahullam,

Walaubagaimana pun mereka telah sedar sekarang ini akan pentingnya Raja Raja Melayu kepada orang melayu selepas mengalami sendiri peristiwa politik yang baru berlaku dimana kuasa raja penting kepada survival politik melayu.

Syabas saudara teruskan menulis walau pun pahit oleh setengah pehak tetapi fakta dan sejarah tidak pandai berbohong.

Anonymous said...

Aspan......Sdr tulis mengikut fahaman sdr sendiri. Jangan berasa takut untuk bercerita yang benar.

Tulisan sdr mungkin tidak disukai oleh pihak tertentu, tetapi sdr tidak boleh menulia pandangan mereka.

Seorang penulis mesti menulis apa yang dirasakan oleh penulis.

Sebenarnya ramai yg menyokong tulisan sdr dimana-mana saya bercakap tentang pembacaan blog ini.

Jangan bimbang sdr.


Saleem

Anonymous said...

Mamak tu bukan Melayu, datuknya orang India dari Kerala. Jadi tak susah dan tak kisahlah si Mamak tu membelakangkan Raja-raja Melayu. Yang herannya orang Melayu jati/local semua ikut saja telunjuk si Mamak tu. Aku tak paham orang Melayu ni. Cetek sangat pemikiran mereka. Asyik ikut saja si Mamak tu. Pikirlah sendiri. Sejak bila si Mamak tu pernah berjuang untuk orang Melayu? Semua dibuat untuk memperkayakan anak-anak dan sanak saudara/kroni dia. Sampai EPF kita pun digadai untuk selamatkan syarikat mereka. Orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam banyak aspek, padahal Kita dah merdeka 53 tahun, dan dalam 53 tahun ni, UMNO yang terajui kerajaan. Sekarang si Bugis tu pun buat hal yang sama. Memang kita dikuasai oleh kaum pendatang, pendatang dari Kerala dan Makassar!

SangKanchil

bat8 said...

bro Aspan,

saya masih ingat dengan peristiwa yang saudara sebutkan. Preceeding kepada pindaan yang menghadkan immuniti raja-raja tahun 1993 itu, TDM dan UMNO(Baru) begitu ghairah menghina dan mengaibkan raja-raja kita. Pelbagai keaiban raja-raja kita dibuka dalam majlis-majlis untuk mempegaruhi rakyat terutamanya orang-orang melayu. Sdra Aspan dan Allahyarham Haji kahar Ahmad menjelaskan dengan tepat sekali bagaimana reaksi ahli-ahli UMNO(baru) ketika itu.

Paling jahat sekali pada masa itu adalah media-media yang dikuasai UMNO(baru) terutamanya utusan Meloya dan berita harian - saaban hari mendedahkan pelbagai keaiban raja-raja kita. hari-haqri raja-raja kita diaibkan dimuka hadapan kedua-dua akhbar.

Tidakkah tindakan tersebut menghasut namanya? Tetaqpi tiada tindakan diambil.

saya teringat ucapan Tg razaleigh di balai Islam, kota Bharu dalam tahun 1992 - beliau berkata tindakan tersebut adalah usaha untuk membuang safety net terakhir bagi orang-orang melayu. raja dan majlis raja-raja adalah tempat terakhir untuk orang melayu mengadu apabila hak dan kedudukan orang melayu tergugat.

How true is that statement today 18 tahun kemudian. raja dan majlis raja-raja kita tidak mempunyai kuasa apa-apa lagi untuk membela nasib kita orang melayu dari kebuasan politik. Payung orang melayu dah robek!

bat8

ps: Aku tape ucapan Kuli masa tu. Pita tersebut walaubagaimanapun dah hilang.

Anonymous said...

Sdra Aspan,

1.pindaan perlembagaan yang sdra maksudkan diatas adalah berkait rapat dengan keputusan PRU 1990 dimana jika tidak kerana isu tengkolok yang Kuli pakai, BN dan UMNO(Baru) terutamanya akan kalah terok.

2. Keputusan itu pada saya menyakinkan TDM bahawa orang melayu disemenanjong sudah mula menolak UMNO(baru). Because of this also, untuk mengekalkan kuasa maka TDM telah bawa UMNO(Baru) ke sabah. Dia create banyak kerusi parlimen disana to compensate any loss kat semenanjong. PRU 2008 prooved tis point.

3. Pindaan perlembagaan tersebut mempunyai kaitan dengan kuasa mengisytiharkan darurat yang pada masa itu berada ditangan majlis raja-raja. Sdra ingat tak apa yang berlaku selepas pindaan perlembagaan 1993?


tokki

shamshul anuar said...

Dear aspan,

I am not so sure about that. I believe you got it wrong. UMNO is not against the tradition of royalty. Rather, UMNO criticized the excess of royalty.

That is all. There are some incidents that lead to Constitutional Crisis so to speak. Way back in 1970s, then Sultan Of Perak (Sultan Idris) was not on speaking term with late MB Tan Sri Ghazali Jawi due to MB's refusal to give away logging area to the Sultan.

And who could forget incident whereby Johor Education Director was directed by the late Sultan of Johor to cancel a hockey tournament due to some minor misunderstanding.

And in 1990, the Sultan Of Kelantan drove away a Lamborghini Diablo with tax issue unresolved.

I remember Dr Mahathir explained these incidents in UMNO General Assembly. Criticizing Raja-RAja is not a treason to Raja-Raja. Rather, it is good as human do make mistakes.

Dr Mahathir said " Sekarang ni orang Melayu pun marah. jadi ketika perasaan masih boleh dikawal, eloklah sesuatu dibuat. Esok kalau dah bawa parang, bukan RAja yang kena nasihat."

The point is that the Constitutional amendment was then supported by all parties, be they are PAS or DAP.

Blaming DR Mahathir is a "fitnah". Dr mahathir can manipulate the issue and incite sentiments just the way we are so familiar with DAP. But he did not.

He just amended the cOnstitution making Raja-Raja accountable for personal behaviour.

Was not that what was uttered by our "junjungan Nabi Muhammad SAW". "Jika Fatimah mencuri, akan ku potong tangannya".

Many Malays are confused with the monarchy system. As Dr Mahathir said "Remove the royalty , last vestige of old Malaya will dissapear. It is the Malay Rulers who give the Malay character to this land"

What the Malays tend to ignore is that the system prevail due to Malays are keen to the system. And it serves the Malay and national interests as well. The pomp and pageantry of "Pertabalan Raja-Raja " and "Opening of parliament" serve as a potent reminder of the history of the land.

I know it very well. Way back in 1987, when I was studying in USA, my professor asked me before a full audience.

"what make you think that you can accord your race( Malay) as the "bumiputera? The Chinese has been there for more than 100 years . THey are also "bumiputera".

I was speechless. After gathering my thought, I answered( a little bit shaken), that i have a living proof to justify my claim.

"what is that?", he challenged me. "A monarchy system that dates way back to crusades".

"Then you have a point".

Sadly to say, Malays are now "sleeping with the very people who when come to power will first throw away the monarchy system" .

Aspan Alias said...

Dear Shamsul,

First and foremost thanks a lot for visiting me and I do appreciate your view which you put it very intelligently. I feel highly obligated to interact with your thoughtful opinion without showing a kind of prejudice towards me.

Yes Shamsul, your opinion would be very correct if our constitution only provide everything is equal, there is nobody by constitution to be given special provision including for the Malays and its ruler.

Please bear with small conscious mind how the content of the constitution enshrined was written.

There was no Malaya before the 2nd of February 1948 as until a day before that there was no Federal Government yet.

When the Federal Government was formed on the 2n of Feb 1948, it was an agreement between Malay Rulers and the people represented by UMNO and also the representation of the British Government.

You must remember, the constitution was written with total sacrifice from all Malay rulers.

The Malay rulers were giving the newly formed nation called Fed. of Malays which your professor didn't know.

The Malay rulers since that date were not collecting taxes any longer and all those were vested to the Federal and State government.

What were among the bits left for the Malay rulers were constitutional rights written in the book of our Federal Constitution to safeguard their immunity against any encroachment by both verbal and bodily in or outside parliament.

Criticizing the Malay rulers in or outside Parliament was constitutional offense that's it.

Now let you and me ask a very simple question and let uas answer it ourselves Ecik Shamsul.

Can we change and amend laws or constitution with regards to the Malay rulers especially when they are faulting the purity and the serenity of the institution? Can we Shamsul?

Let us agree among both of us that the answer is YES?

Ok, Shamsul, Do you disagree with me that we are already educated like your good self?

If we are educated in actual sense of its meaning what is the most essential obligatory commitment when we wanted to deal with this delicate issue?

Shamsul, I am sure it is easy for you to consume that doing thing in most civil manner is of utmost importance.

If you agree that this is the most essential ingredient we must have before even thinking of amending and adjusting the position of the Malay rulers, than we can continue our interaction. That is also the need 'sunnah' called for my Muhammad saw (since you mention it).

Ok my dear Shamsul, listen to me...I just want to ask you one question if you care to answer; was it necessary to allege my late DYMM the YAMTUAN of NS through mainstream media that he was giving his land for the Chinamen to set up big acreage of Pig Farm in Lukut, which was not all all true?

Was it necessary for some Malay members of Parliament to ask for the rulers to be tied with a rope and beat them?

If you are keen to do some research can you go to the archive and go through some news papers of the mainstream and digest it?

How much would it cost for the PM then to have heart to heart talk to address the problems?

Honestly at that point of time I was just thinking that we were staying in Congo in different name Shamsul.

Let me tell you, the real answer why it was done in that manner, was because of insecurity feeling of a politician who wanted to cling to power bro.

Shamsul, before I retire to bed allow me to extend my gratitude to your good self as I have already found some one who has the civil mind to interact with me over this delicate issue.

Please visit me again. I don't want to loose you for meaningful interaction. Shamsul, you are great.

Thank you. Good day Sam.

jamal said...

YES Aspan and Shamsul,

It is real good connectivity between both of you.
I am watching with interest. There is no maki hamun and ejek mengejek seperti budak sekolah.
This is a real educative. Let's learn from each other bros.

jamal

bat8 said...

Bro,

1. contoh-contoh kecil yang dinyatakan oleh shamsul diatas adalah contoh-contoh utama yang dicanang keseluruh negara bagi mengaibkan raja-raja kita.

2.Bgagaimana dengan kebobrokan-kebonrokan raja-raja kecil UMNO yang mengambilalih kekuasaan raja-raja kita hari ini? harta rakyat diambil sewenang-wenangnya, rasuah, the raping of our judiciary etc.

3. Saudara shamsul bandingkanlah sendiri alasan-alasan yang TDM kemukakan semasa itu dengan kelakuan-kelakuan pemimpin-pemimpin UMNO hari ini. Kita ambil satu aje - kommision pembelian kapal selam dan kapalterbang sukhoi yang penuh misteri ini dah la. Apakah isu balak, yang menjadi hak-hak sultan sebelum 1948 itu lebih besar dari isu ini?

4. Apakah insiden sultan kelantan membawa keluar lomboghini dari storage kastam LEBIH BESAR dari arahan PM pada masa itu supaya petronas bailed out syarikat perkapalan anaknya to a tune of RM 1 billion?

saya harap profesor yang shamsul maksudkan bukan zainal kling atau shamsul amri!

5.Sebenarnya, bukan isu kecil-kecil yang dibangkitkan oleh TDM yang menjadi isu sebenar yang trigger pindaan perlembagaan tahun 1993. Ia adalah alasan bagi melengkapkan last jigsaw untuk memastikan seseorang mempunyai absolute power untuk memerintah tanpa apa-apa halangan.

6. Sebenarnya, kuasa yang ada pada majlis raja-raja sebelum 1993 boleh mengimbangi malah overide tindakan politus demi negara. Pindaan perlembagaan 1993 adalah untuk memindahkan kuasa tersebut dari majlis raja-raja kepada eksekutif.

7. Dengan lengkapnya perpindahan terakhir ini, eksekutif memonopoli keseluruhan kuasa ditangan termasuk kuasa kehakiman yang juga telah dimusnahkan dalam tahun 1988.

Sejarah perjalanan negara selepas itu hingga hari ini adalah testimoni yang tidak boleh disangkal bagi mereka yang tidak buta hati.

bat8

Aspan Alias said...

bat8,

There are only few people like you left who understands the real reason why some leaders like Dr Mahathir wanted that amendments done.

It had nothing to do with disciplining the Malay Ruler, you know that well.

By maintaining the the constitution as it was, Council of Malay Rulers then had the power to oust him for what he did.

At that point of time he had already succeeded in putting down an Independent Judiciary after ousting Tun Salleh with 4 other judges through rashly set up Tribunal.

If I have the space bro I may write again on how the Tribunal was set up. It was 'madness' beyond any one's mind could comprehend.

Bro bat8....you bear witness with other silent sympathizers when I write the continuation of this issue.

Thanks bat8.

Anonymous said...

dear aspan,

we the non Malay, actually as a Malaysia under the constitutional monarchy system have all the same duty as Malay to protect the constitution but we need you guys to come together as brothers in arm to restore back the original constitution,

cheers
sultans of swing

Anonymous said...

Mahathir is not a Malay. He is a Mamak. Yes, I agree absolutely that Mahathir is an evil guy. He is the worst that can happen to Malaysia. He destroyed many good things in Malaysia. However, if there is one thing that I would agree and pat Mahathir on his back would be his role in caging the raja-raja Melayu. The raja-rajas, many of them were not acting in compliance with the constitution and no one, other than a Mamak could put them at their rightful place. For that alone I salute the Mamak. Hidup Mamak! Hidup Mamak! Hidup Mamak!

Anonymous said...

Salam Pak Aspan,

Apa yang boleh simpulkan dari penulisan Pak Aspan dan bacaan yang lain, cara UMNO melayan Raja-Raja Melayu saling tidak tumpah seperti cara yang diamalkan oleh penjajah...itu la hasil & kesan dari penjajahan...tidak salah kalau saya katakan, kalau dahulu kita dijajah oleh Inggeris, sekarang pun kita masih lagi dijajah oleh mereka tetapi melalui UMNO...sungguh menyedihkan kerana ramai dikalangan anak muda sekarang yang tidak nampak perkara ini...

bat8 said...

bro Aspan,

1. terima kasih. saya, seperti juga sdra dan silent sympathisers hanya menyatakan kebenaran kerana kebetulan kita melalui peristiwa-peristiwa tersebut berlaku. kita mempunyai first hand information yang tidak boleh dikelirukan oleh pihak berkepentingan.

2. Kita adalah segelintir orang melayu yang teramat sayang dengan nasib orang melayu, malka kita berkata apa yang sebenar berlaku.

3. kita hanya menyampaikan kebenaran dan apa yang kita tengok dan lalui sendiri dengan berpegang kepada prinsip Ugama - i.e menyatakan kebenaran walaupun pahit.

terima kasih kembali sdra.

bat8

Anonymous said...

Terima kasih saudara Aspan kerana menjelaskan\menerangkan apa sebenarnya yang berlaku pada masa itu. Kami golongan muda pada masa itu yang masih berhingus tidak mengetahui kebenarannya. Mujur adanya penulisan dan perbincangan yang penuh informasi di sini untuk memberi penerangan kepada kami. Saya secara peribadi mengagumi saudara Aspan kerana sudi menulis mengenai kebenaran walaupun pahit untuk ditelan. Teruskan perjuangan saudara. Bentangkanlah kami kebenaran...

-pesona