12 May 2010

UMNO dah daulatkan Raja-Raja - bhg TERAKHIR

Bahagian terakhir posting bersiri saya ini hanya satu posting yang pendek sahaja.

Saya hanya hendak menyatakan yang UMNO patut sedar, apabila sewaktu kuat dan bergaya jangan lupa pada asal kenapa kita wujud dan diatas premis apa yang selama ini parti kita ini berjaya menjadi pemerintah sebegitu lama.

Kata orang tua-tua, kalau pinang pulanglah ketampuknya, kalau sirih pulanglah kegagangnya.

Rakan kita dari bangsa Cina tidak lupa kepada asal usulnya, itu sebab mereka ada tempat untuk mengadu apabila mereka menempuh keadaan yang meruncing.

Kalau mereka bermula dengan berniaga kedai kopi misalnya, mereka tidak akan tutup kedai kopinya walaupun mereka dan anak-anak mereka sudah menjadi manusia berjaya, seperti menjadi ahli politik besar atau ahli perniagaan besar atau telah menjadi ahli korporat tersuhur.

Hanya satu lagi yang UMNO perlu ingat; sebegitu ramai yang memberi alasan yang pindaan perlembagaan berhubung dengan kedudukkan Raja-Raja ialah untuk menghapuskan elemen Feudal dikalangan Raja-Raja dan orang disekelilingnya, saya juga ingin memberi peringatan secara peribadi yang serious.

Sedar atau tidak yang UMNO dan pemimpin-pemimpinnya sendiri sedang membentuk sistem Feudal didalam parti dengan begitu menebal.

Kalau sistem feudal yang dikatakan begitu menebal dalam Institusi Raja Melayu perlu dihapuskan, UMNO sendiri menggunakan ‘modus operandi’ yang sama untuk mewujudkan feudalism didalam UMNO.

Hasilnya kita akan lihat yang Feudalism itu akan hanya berpindah dari Raja-Raja kepada UMNO. Itu sebab saya ada menulis satu baris dalam posting saya yang terdahulu yang sebenarnya UMNO hendak membentuk dikalangan pemimpinnya ‘rakyat yang berjiwa Raja’

UMNO akan dikuasai oleh hanya keluarga PM dan anak-anak bekas PM sahaja. DS Najib merupakan pemimpin yang pertama yang datang dari keluarga seorang bekas PM.

Jika Najib berjaya dengan kehendaknya, Hishamuddin akan dijadikan atau disusun untuk mengambil alih tampuk kepimpinan negara dari beliau (Najib) kerana Hishamuddin adalah anak kepada Husein Onn dan sepupu kepada DS Najib.

Selepas Hishamuddin mungkin giliran Mukhriz pula; anak seorang lagi Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin sedang berusaha untuk mendapatkan nikmat dari kedudukkan beliau sebagai menantu kepada seorang lagi Perdana Menteri.

Elemen Feudal ini semakin hari semakain menebal dan kepimpinan negara akan diterajui oleh anak-anak PM yang tidak pernah merasa gigitan pacat dan geselan onak dan duri didalam perjuangan.

Umum mengakui jika Najib itu adalah anak kepada seorang biasa dalam masyarakat kita beliau tidak berkemungkinan akan menjadi PM. Hishamuddin yang begitu lemah tidak akan menjadi Naib Presiden jika beliau bukan anak kepada bekas PM.

Jika pertandingan diasaskan kepada ‘even playing field’ saya yakin Ahmad Zahid Hamidi adalah yang sebenar-benarnya menjadi pilihan dikalangan 3 Naib Presiden itu untuk menaikki tangga kepimpinan UMNO.

Tetapi masa dan waktu akan membuktikan apa yang saya katakan ini akan membuahkan bukti jelas tentang kebenaran atau pun hampir kepada kebenarannya.

Ramai yang mempunyai ciri kepimpinan yang baik berada diluar UMNO. UMNO tidak suka kepada kepimpinan jujur dan akan sentiasa bersetuju untuk ditipu helahkan oleh yang mempunya kuasa politik yang besar.

Jika kita tidak ada bapa atau mmertua yang menjadi PM, kita dalam UMNO hanyalah dijadikan dahan bongkok untuk kera-kera meniti.

UMNO tidak lagi memperjuangakan bangsanya; UMNO memberikan nikmat kepada orang lain walaupun UMNO yang mengaku mempunyai kuasa mutlak dalam negara ini.

Teringat pula saya kepada kata-kata; ‘ibarat memagar pohon yang condong, pokok nya membesar dikawasan kita buahnya jatuh dilaman orang’.

Tetapi apakan daya, dah kita sendiri yang mahukannya, jangan salahkan sesiapa.



Sekian………………………………..Aspan Alias

13 comments:

saniibrahim said...

2 ayat yg terakhir itu menyayat hati saya.

Lebi-lebih lagi hari ini, apabila saya dapati 70 peratus scholarship JPA diberikan kepada orang lain.

Saya tidak yakin dengan pimpinan sekarang lagi.


saniibrahim

Anonymous said...

betul, diantara 3 naib presiden tiu, Ahmad Zahid Hamidi adalah yang luar dari keluarga pemimpin besar UMNO.
zahid pun banyak sokongan.

Anonymous said...

HISHAMUDDIN, KHAIRY ADALAH NAMA-MAMA YANG JIJIK DAN TAK LAYAK JADI PM. ABOK PUN TARAK..

BAKAL PM MALAYSIA
1) DR. ZAMBRY ABDUL KADIR
2) DATO MUSTAPHA MOHD.

SETUJU, KALAU SETUJU MARI KITA DARI SEKARANG WAR,WARKAN NAMA MEREKA.

Jati Diri said...

... itu sekadar kemungkinan sahaja kan..., saudara sendiri yang berkata begitu.

...sistem feudal sudah lama dipraktikkan di dalam PKR (suami + isteri + anak) dan juga di dalam DAP (suami + anak + isteri LGE)

Di dalam UMNO ianya adalah satu kemungkinan (baca balik catatan saudara sendiri yang mengatakan "mungkin")

Anonymous said...

Harapnya sistem feudal dalam UMNO itu dapat dihapuskan.....

seperti rakan di atas menulis, saya tak mahu orang seperti Hishamuddin Hussein menjadi PM nanti, yang masih menjadi menteri semata-mata dia sepupu kepada PM sekarang... Kita rakyat boleh lihat sendiri tindakannya yang agak memalukan sebagai pemimpin.....

Khairy Jamaluddin...kita sudah pun nampak apa yang sudah terjadi semasa bapa mertuanya menjadi PM.....

Harapan saya adalah, kita ada pemimpin yang berdaya juang sepertimana Almarhum Tunku dan Arwah Tun Razak dahulu...Insya-Allah..

Hamba Allah

Quiet Despair said...

Political dynasty bukan sahaja wujud di Malaysia, tetapi juga di Amerika, Filipina, Indonesia, to name a few.
Lihatlah di Filipina, Nonoy anak Aquino bakal menjadi Presiden seperti ibunya dan juga bapa yang bakal presiden tetapi ditembak mati.
Seoerti jati Diri berkata ia wujud juga dalam PKR. Itu sebabnya pemimpin mereka tidak menuduh Umno sebegitu.
Saya rasa tidak salah jika ahli dinasti itu mempunyai kaliber. Najib layak. Tapi Mukhriz and Hishamuddin tak layak langsung.
Khairy pula, berilah dia masa dan ruang untuk membuktikan kepemimpinanya.
I rasa dia ada PM material.
Ya betul Aspan you megatakan UMNO tak banyak membantu orang Melayu biasa.
Tapi yang sedihnya bangsa lain ingat semua orang Melayu mendapat habuan daripada UMNO.
Orang Cina dan India lebih banyak meerima bantuan dan sokongan daripada MCA and MIC.
Apa yang dicakap oleh Saniibrahim memang tepat sekali.
Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, anak Cina dan India lebih ramai mendapat biasiswa JPA umpamanya.
Yang kena reject mengadu kepada pemimpin MCA dan MIC yang kemundiannya merayu supaya JPA memberikan mereka jangan tidak.
Oleh sebab desakan mereka, ramai anak Melayu yang cerdik tetapi miskin terpaksa memberi hak mereka kepada bangsa laiin.
UMNO TIDAK PERNAH BERSUARA UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR MELAYU YANG LAYAK MENDAPAT HAK SEPATUTNYA.

Anonymous said...

Kalau UMNO skrg ditugaskan untuk menahan org Melayu tidak boleh komplain yg bangsa lain dapat lebih banyak scholarship JPA maka tidaklah lagi relevan UMNO yg diagongkan oleh Melayu lupa diri.


UMNO desperado

Anonymous said...

Salam Sdr ASpan,

Ternyata Umno sekarang sudah menyimpang jauh dan tersasar dari perjuangan asalnya yg telah memupuk dan membakar semangat perjuangan dan jati diri bangsa Melayu ketahap yg begitu tinggi sehingga mereka sanggup berkorban apa sahaja,jika perlu,untuk mendapat kemerdekaan tanah air.Tidak dapat dinafikan bahawa Umno kini sudah tenat sehingga ada yg mengatakan ianya "rotten to the core".

Para pemimpin Umno kini terlampau mementingkan kedudukan dan jawatan dalam parti dan kerajaan sehingga sanggup melakukan amalan rasuah(politik wang)dan perbuatan yg bertentangan dengan etika dan peraturan parti.Justeru, amalan rasuah dan perbuatan negatif ini sudah merebak keseluruh peringkat parti dan ianya telah menjadi budaya dan wabak yg akan membawa kemusnahan dan bencana kepada parti dan Negara.

OLeh kerana para pemimpin terlalu ghairah dan sibuk dengan agenda peribadi mereka telah hilang fokus dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab kepada parti dan ahli-ahli diperingkat akar umbi.Kebajikan ahli-ahli dan juga orang ramai(bagi mereka yg menjadi wakil rakyat)terabai dan tidak dipedulikan,kecuali apabila musim pemilihan jawatan dalam parti atau pilihanraya hampir tiba.

Salah satu daripada sebab berlakunya keadaan semacm ini ialah kerana para pemimpin atasan parti Umno sekarang terdiri daripada mereka yg "tidak pernah merasa gigitan pacat dan geselan onak dan duri di dalam perjuangan".Mereka tidak dapat merasai denyut nadi dan perit jerih kehidupan rakyat jelata yg dapat menimbulkan simpati dan mendorongkan mereka berusaha sedaya mungkin untuk membantu mereka yg susah dan bemasalah.Oleh itu rakyat,khususnya orang Melayu merasakan makin terpinggir dan tidak terbela oleh Umno .Orang Melayu tidak dapat meletak harapan kepada parti lain dan juga PERKASA untuk mendapat pembelaan.PERKASA belum lagi teruji keikhlasan dan keberkesanannya.Kepimpinannya jua masih diragui.Lagi pun PERKASA bukan sebuah parti Politik.

Melihat kepada keadaan sekarang Umno tidak dapat dipulikan kecuali dengan kuasa ajaib atau perubahan yg radikal dari dalam.Ternyata ianya tidak akan berlaku. Oleh itu,alternatif dan pilihan yg terbaik ialah dengan penubuhan sebuah parti politi baru yg berpaksikan kepada perjuangan UMNO asal.Penubuhan parti baru ini juga memberi peluang untuk memilih para pemimpin yg tidak tergulong daripada anak-anak bekas PM dan puak-puak elit,jika itulah yg dikira paling wajar.

Saya kira orang yg palin layak dan sesuai untuk menubuhkan parti baru ini ialah Sdr Aspan sendiri.Apabila parti baru ini lulus pendaftaran saya akan turut serta sekadar menjadi ahli biasa.

kelin said...

What a coincidence....UMNO asal pulihkan kedudukkan Raja-Raja Melayu sedangkan UMNO (B) bunuh keunggulan institusi itu.

Betui lah kata tok aku...Mahathiak memang....

Anonymous said...

Jika difikirkan ramai masih lagi menyokong UMNO tapi UMNO yang didaftar pada 1946 yang kini telah secara rasminya diharamkan..... UMNO Baru- 1988, masih belum dapat sokongan yang sedemikian.....tak di nafikan..... UMNO Baru.... memang sudah agak tersasar... harap nya UMNO Baru ini berjuang sebagaimana UMNO 1946...... mungkin pada masa itu sokongan akan kembali besar......

Hamba Allah

Anonymous said...

Salam hormat saudara Aspan,

Hukum alam dimana mana pun didunia ini yang lama akan secara perlahan akan diganti oleh yang baru samada parti siasah, idea, pemikiran,teknologi dan lain2.samada kita setuju ke tidak itu lah hakikatnya. Buat apa kita nak merintih, kita kan anak merdeka ,punya fikiran, pelajaran ,pengetahuan yang canggih,buatlah satu keputusan yang terbaik oleh setiap dari kita. Tanggunjawab mengubah senario politik atau pemerintahan negara ini kepada yang lebih baik berada didalam tangan dan kuasa kita setiap 5 tahun melalui peti undi. Itu yang diperuntukan dalam Perlembagaan

Anonymous said...

UMNO tidak lagi memperjuangakan bangsanya; UMNO memberikan nikmat kepada orang lain walaupun UMNO yang mengaku mempunyai kuasa mutlak dalam negara ini.


Kalau gitu kita masuk Pakatan dan lihat sampai mana Pakatan memperjuangkan bangsa Melayu. Atau orang Melayu nanti keluar air lior meleleh siang dan malam!!

Aspan Alias said...

Yes anon 2010,

Org Melayu memang sedang melelwh air loir sekarang ini melihat orang lain dapat 70 peratus dari biasiswa JPA sdgkan kita selebihnya.

Apa bezanya. Itu hanya sebahagian yg terlalu kecil dari semua yg hilang.

Saya doakan sdr selamat.