Sejak dua dekad yang lalu kita orang Melayu bak kata orang kampong saya adalah dalam keadaan ‘simpang perenang’ maksudnya dalam keadaan kelam kabut.
Perbezaan pendapat dan pandangan tentang isu-isu politik, ekonomi dan sosio begitu jelas dan saya nampak ianya merupakan proses pencarian nilai murni yang telah hilang dari penghidupan seharian kita semua.
Saya mungkin berbeza pendapat dengan ranai orang dan yang ramai itu pula banyak perbezaan dengan orang ramai yang lain.
Keadaan bertambah menekan lagi apabila kita berhadapan dengan ‘politcal,social dan economic invasion’ yang orang Melayu nampak dari bangsa-bangsa asing yang mendiami negara kita yang berdaulat ini.
Keadaan ini tentang berlaku dengan bersebab.
DAN penyebab ini pun berbeza-beza mengikut pandangan ahli-ahli politik, komuniti perniagaan yang terdiri dari berbilang kaum orang-orang perseorangan dan sesiapa dikalangan ini yang lebih berpengaruh akan menguasai pandangan waktu dan ketika tertentu
Ianya akan berubah dari masa kesemasa mengikut isu yang sedang diperbahaskan.
Didalam sejarah pembangunan sesuatu bangsa perkara yang berlaku seperti yang kita alami ini adalah suatu proses yang lazim dialami oleh mana-mana bangsa yang sedang membangun.
Itu sebabnya dinegara Cina proses ini telah mereka lalui sejak 3000 tahun yang lalu; selepas satu dynasty timbul satu dynasty; 26 jumlah dynasty keseluruhannya dalam sejarah negara tersebut.
Didalam pemerintahan dynasty-dynasty tersebut masalah-masalah yang dihadapi rakyat bukannya kecil dan masalah-masalah itulah yang membawa perubahan dari satu dynasty kesatu yang lain sehinggalah sampai kedynasty Qing yang merupakan dynasty yang terakhir.
Dynasty Qing diakhiri dengan ‘people revolution’ pada tahun 1910 yang membawa negara Cina kesatu pemerintahan berparti iaitu Parti Komunis China dan dari saat itu banyak revolusi-revolusi berlaku yang membawa banyak ‘adjustment’ kepada system pemerintahan Cina.
Tetapi dalam proses itu negara Cina tetap membangun dan negara itu bukan sahaja sebuah negara yang luas dan besar ekonominya tetapi negara itu merupakan satu temaddun besar dan tidak ada apa yang mereka tidak tahu yang berlaku disetiap sudut dunia ini.
Berbalek kepada keadaan kita disini, Rakayat berpecah diantara kaum dan sesame kaum dan ianya jangan kita sangka tidak akan berakhir.
Kalau kita mengaku yang kita ini orang Islam seperkara yang kita wajib percaya dan unguli ialah, semua ini merupakan afa’al tuhan yang maha esa.
Bumi dan alam ini adalah kenyataan tuhan, dan dunia ini merupakan makhluk yang paling ‘intelligent’ jika dibandingkan dengan semua pemikiran manusia dikumpulkan sekali.
Dunia boleh membuat ‘adjustment’ dengan sendirinya dan kalau kita ikuti dengan teliti dari ‘ice-age’ sehingga sekarang terlau besar perbezaannya.
Semuanya ini adalah afa’al tuhan yang paling besar dalam proses membina dunia untuk keperluan umat dan penghuninya serta pemaparan kebesaran tuhan untuk kita tauhidkan.
Saya percaya dengan sepenuhnya bangsa Melayu adalah bangsa yang berdaulat, dan jika kita sabar menghadapi proses ini maka kita akan bangkit menjadi satu bangsa yang maju dan Berjaya.
Setiap bangsa ada sejarahnyanya tersendiri. Bangsa-bangsa yang maju sekarang ini semuanya menhadapi proses seperti yang kita sedang lalui.
Kejayaan mungkin tidak tercapai dalam masa kita masih hidup tetapi sudah cukup bagi seseorang yang bertuhankan Allah untuk memulakan usaha untuk generasi akan datang maka sesuailah dengan apa yang diyakini yang manusia itu dilahirkan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.
Tuhan pun memfirmankan yang DIA telah menjadikan manusia itu berbeza-beza dan berpuak-puak untuk kita mengenali dan menghormati diantara satu dengan lain.
Bayangkan jika tuhan jadikan manusia ini satu agama, satu bangsa dan satu pemikiran, dimana letaknya kehidupan didunia ini?
Jika tuhan jadikan manusia dan umat hanya dalam satu pemikiran yang baik dan tidak ternoda, maka apa perlunya askar, polis dan apa-apa yang lain yang menghidupkan kebesarannya yang esa itu?
Bezanya sekarang samada saya dan saudara/ri tindakkan kita itu berada dalam sepenuh keredhoanNYA atau sebaliknya.
Carilah DIA dengan intensif, kerana DIA berpesan yang DIA berselindung disebalek yang terang.
Wassalam.
Sekian……………………………………………….Aspan Alias
4 comments:
Dalam sangat. tak tercapai saya.
Saya sebenarnya gembira akhir-akhir ini sebab sdr menulis ada asas yg diletakkan kepada ketuhanan.
Saya faham apa yg sdr nak katakan, tetapi susah nak difahami ramai.
Sya faham, alhamdulillah.
bistari
Tak dapek den nak mengomen doh. Botolah tu bang. Tak dapek den nak sansang tulisan kau ni bang.
samsul, gomeh
Salam Sdr Aspan,
Perbezaan pendapat adalah satu perkara yg positif kerana dari situ,biasanya, akan bercambah dan terlahirlah pemikiran-pemikiran dan idea-idea yg keritikal,bernas dan berguna yg boleh memacu dan menggerakkan sesuatu kaum atau bangsa kearah kejayaan dan kecemerlangan.Tapi harus dingat bahawa hasil yg baik itu hanya datang dari perbezaan pendapat yg tercetus dari kalangan mereka yg rasional,matang,jujor dan ikhlas serta berilmu di dalam apa jua isu yg dibincangkan itu.Tanpa itu semua keadaan akan menjadi lebih celaru dan kelam kabut.Justeru,untuk membetulkan keadaan ini kita perlukan kepimpinan yg berwibawa,bijak,tegas dan berani .
Memangnya segala apa yg berlaku keatas setiap makhluk di muka bumi dan juga di seluroh semesta alam ini adalah afa'al Tuhan yg Maha Esa.Tapi kita juga misti ingat tentang pesanan Iman Ghazali,"Dan jika pun seratus tahun engkau duduk membaca menuntut ilmu dan seribu buku engkau menghimpunkan,tidaklah engkau dapat bersedia menerima rahmat Allah,melainkan dengan amal jua."Dan Allah pun ada berfirman,yg bemaksud,"Dan bahawasanya manusia tidak akan memperoleh,melainkan sekadar yg diusahakannya".(Surat An-Najm,ayat 39).Dan dalam surat Al-Kahfi,ayat 110 Allah menekankan iaitu,"...maka barang siapa yg mengharap untuk menemui Tuhannya hendaklah ia melakukan amal kebajikan".Dan Allah juga mengingatkan kita,"Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan diatas usaha bangsa itu sendiri".
Setiap kita yg beriman dengan DIA harus mencari DIA tetapi menemui DIA bukanlah satu kepastian.Walau pun DIA berselindung disebalek yg terang tetapi setiap kita mempunyai hijabnya tersendiri yg membataskan penghilatan dan membezakan keupayaan kita melihat dan menemuiNYA.Tetapi ada sesetengah gulongan menganjorkan supaya melihat dan mengenali diri sendiri untuk mengenal DIA,sepertimana dinyatakan didalam pepatah ini,"Barangsiapa yang mengenal akan dirinya,nischaya kenallah ia akan Tuhannya".Oleh itu carilah DIA mengikut jalan yg lurus yg sesuai dengan tahap dan tingkat kehidupan masing_masing.
Askar Tua
Post a Comment